Masa mengandung anak ke-3, aku kena talak. Seminggu berpantang, dia kahwin lain. Lepas 2 tahun, bekas suami ajak aku kahwin dekat Siam, jadi bini ke-2

Mentang – mentang masa tu bekas suami baru keluar Ducati, terus perempuan tu ingat dia kaya. Padahal, kami duduk rumah mertua. Banyak aku yang bayar sebab gaji aku lagi tinggi. Sekarang bekas suami menyesal, ajak kahwin lari dekat Thailand. Nak aku jadi bini gelap saja, sorok – sorok rahsia…

#Foto sekadar hiasan. Salam min tolong siarkan kisah aku min, terima kasih. Salam semua. Bekas laki aku ajak nikah balik dengan dia lepas 2 tahun dia ceraikan aku. Cerai dulu masa tengah mengandung sebulan anak ke 3 kami.

Perkahwinan tu kami bina selama 9 tahun, masa tu anak pertama 8 tahun, anak ke-2 6 tahun. Ni cerita 2 tahun lepas. Sekarang anak ke-3 tu pun dah 16 bulan. Masa mengandung dah kena talak, memang dia tak ambil kisah pasal aku dan anak – anak sebab dia tengah sedap bercinta dengan bini dia sekarang, office mate dia juga.

2 tahun kenal memang bercinta tapi hidup – hidup tak mengaku. Banyak kali aku tangkap dah. Minggu ni anak aku lahir, minggu depan tu juga dia menikah bini dia sekarang tu. Anak lahir, h4ram nak jenguk. Aku juga sorang  -sorang dalam pantang bawa anak pergi check up, ambil d4rah jaundice 45 hari. Buat mykid dia, siap kena menyembah datang rumah minta mykad dia lagi dan sebagainya.

Nafkah mula – mula dia hutang, lepas tu dapat duit dia bagi 200 sebulan. Lepas aku beranak, dia jaga anak pertama dengan anak ke-2. Diorang tinggal sekali dengan bekas mak mentua, jadi ada orang tolong urus anak – anak dari segi kewangan dan tenaga.

Aku lepaskan anak anak dekat dia sebab dia ada keluarga lengkap. Lepas kahwin, bini dia mengandung bulan 12 hari tu, dah beranak pun bini dia, jadi anak kami sebaya. Aku selalu hantar baby aku ke dia, dapatlah dia jumpa anak dia. Dia malu nak minta jumpa baby sebab dulu dia yang buang kami.

Nak dijadikan cerita, tahun lepas masa bini dia tengah mengandung lagi, dia dah mula pelik – pelik dengan aku. Dia mesej aku, borak baik – baik. Mesej malam malam buta, bini tidur sebelah. Aku pun pelik, dah ada bini semua dah cukup, bini dah kandungkan anak dia, kenapa dia cari aku balik.

Sebab dulu alasan dia bagi masa nak ceraikan aku macam macam. Aku bini derh4ka, dah tak cinta, aku tak masak, aku yang buruk, jahat, hina semua aku. Padahal banyak benda aku yang sediakan dalam rumah tangga kami. Kereta, rumah, barang dalam rumah, ubah suai rumah semua aku yang tanggung.

Dari zaman bujang dulu gaji aku lagi tinggi, jadi aku cover banyak benda daripada dia. Dia memang romeo. Bini dia sekarang ni perempuan ke 5 atau 6 jadi orang ke 3 antara kami. Aku dah biasa sangat maki perempuan – perempuan dia dari dulu, dari mengandung anak pertama lagi, padahal aku nikah dengan dia bulan ni, bulan depan aku munt4h – munt4h dah.

Sebenarnya dia ok tapi entah lah. Lepas 9 tahun kahwin dengan dia pun kadang – kadang aku macam tak kenal dengan laki yang aku nikah ni. Bila kenang balik macam mana dia boleh ceraikan aku untuk kahwin dengan perempuan tu saja. Patah hati aku tak payah cakap, aku memang kecewa giIa.

Jadi bermula dari bulan 11 tahun lepas, memang kira kami dah rapat balik. Banyak kali dah kantoi dengan bini dia, pandai – pandai lah dia cover. Nak hidup ni memang menipu makanan dia. Aku dulu pun puas kena tipu dengan dia, sekarang giliran perempuan tu pula.

Tahanlah dulu, kau nak sangat sebat laki orang kan, sampai bini dia tengah mengandung pun sanggup kau nak ambil juga. Padahal kau anak d4ra, ramai lagi bujang. Mentang – mentang masa tu bekas aku baru keluar Ducati, terus kau rasa dia kaya.

Sekarang kau duduk menumpang rumah mentua. Bekas aku tu kereta pun bukan ada, kalau tak mak dia yang bagi kereta. Aku tanya dia kenapa patah balik dekat aku. Dia kata dia menyesal tinggalkan aku untuk perempuan tu tapi dah ada anak.

Mungkin dia dah sedar. Aku cakap dengan dia, padan muka buat dekat aku macam tu. Tengok Allah dah balas. Dia tak boleh nak move on, asyik ingat dekat aku. Aku teringin juga kumpul balik dengan anak – anak aku macam dulu duduk sama – sama.

Paling kesian baby aku, sebulan sekali baru jumpa pak dia. Aku pula seminggu sekali jumpa anak – anak. Nak menangis bila fikir balik hidup kami jadi macam ni. Tapi tak apa lah, ada hikmah in syaa Allah. Dia ajak aku nikah dekat Siam tapi aku jadi bini gelap saja, sorok – sorok rahsia.

Aku nak cakap nak, tak nak pun tak. Aku menunggu juga kalau ada jodoh kiriman Tuhan untuk aku, tapi belum sampai lagi. Aku tak mahu jadi bini kedua. Tapi banyak benda juga aku fikir. Anak aku 3, bapa tiri tak sama macam bapa kandung. Atas sebab tu aku tengah pertimbangkan lamaran dia.

Aku istikharah dah, hajat dah jalan, masih samar – samar. Nak tengok komen korang, ikut suka nak kecam, nak nasihat, nak cakap apa. Aku baca dengan hati terbuka. Hati aku memang dah kering pun. Aku mengandung sorang – sorang, beranak sorang, semua sendiri.

In syaa Allah aku mampu lalui dugaan ni. Allah takkan uji h4mbaNya melebihi kemampuan. Akhir kata selamat hari raya semua. Semoga Raya kali ni lebih bermakna buat kita semua. Manfaatkan sebaiknya bulan penuh rahmat ni.

Ulasan Pembaca :

Nor Saliana Salim : Aku dah lalui apa puan lalui. Cerai masa mengandung 2 bulan, lepas tu memang tak ambil peduli. Siap tak nak keluar rumah lepas jatuh talak. Sepanjang tempoh tu mental fizikal aku teruk dikerjakan. Apa dia kisah perut membesar dan s4kit infection.

Tekanan demi tekanan aku hadapi. Kalau tak kuat, boleh fikir untuk m4ti saja tapi alhamdulillah iman masih ada dan aku fikir anak – anak aku. B0doh kali pertama sebab aku rujuk seminggu sebelum bersalin, konon takut dia tak nak daftar kelahiran baby tu nanti.

Rujuk satu kesilapan puan. Itu lah titik dia nak membalas d3ndam dan perlakukan lebih teruk sebab kita hak dia. Akhirnya aku nekad failkan cerai dan kebetulan ada kesan pukuI lagi, terus report dan dia direman. Kes ke mahkamah sivil.

Sabit salah, hukvman minimum penjara 2 bulan. Dia merayu tarik report dan takkan ganggu aku dan anak – anak lagi. Keluarga pun janji benda sama dan jaminan buat perjanjian bersumpah di mahkamah. Semua anak – anak milik aku dan bekas tak nak ganggu dan tuntut. Dan aku tarik report. Itu b0doh kedua yang aku buat.

Seminggu lepas tarik report, aku terima surat saman mahkamah tinggi. Bekas dan mak aku bergabung nak dapatkan hak ke atas anak – anak aku dan nafikan aku sebagai ibu kandung. Sekarang kes masih berjalan. Kalau awak fikir nak rujuk, aku rasa awak fikir lah sejuta kali puan.

Jangan jadi macam aku. Peguam syariah yang dia ambil pun berkeras nafikan perjanjian yang dibuat dan nafikan aku sebagai ibu kandung. Puan move on saja lah. Aku yang kerja biasa pun boleh hidup dengan anak – anak. Aku yakin puan boleh. Doa banyak – banyak. Cukup lah sekali puan. Ingat lah waktu waktu dia abaikan puan masa puan susah. Wallahualam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :