Suami selalu naik tangan, kantoi ada ramai perempuan tapi aku tetap taknak keluar dari rumah. Sehinggalah, seminggu lepas bersalin, suami heret aku keluar

Masa tu aku tengah mengandung anak ketiga, aku pergi jumpa keluarga suami. Aku bersumpah, sampai aku cakap, kalau betul aku buat, biarlah anak yang aku kandungkan ni cac4t..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide profile aku. Aku sudah berkahwin hampir 9 tahun dan mempunyai 3 orang anak perempuan. Kisah hidup aku tak sebahagia orang lain. Mak ayah aku orang susah dan aku anak paling bongsu dalam keluarga.

Masa umur aku 10 tahun, ayah aku meninggaI dunia. Aku sangat rapat dengan ayah aku. Walaupun kami orang susah, tapi ayah aku adalah lelaki yang paling sempurna di mata aku. Sekalipun dia tak pernah jentik aku. Selepas ayah aku meninggaI, hidup aku berubah 360 darjah.

Tak ada manusia yang sayang aku macam mana ayah aku sayang aku. Aku ada 3 orang abang dan 2 orang kakak. Perbezaan umur aku dengan adik beradik yang paling akhir pun 9 tahun. Aku memang tak rapat dengan mereka. Selepas ayah aku meninggaI, aku kena cari duit sekolah sendiri sebab mak aku suri rumah saja.

Dari kecil aku kena mengasuh anak buah untuk dapat duit sekolah. Bila cuti sekolah, aku buat kerja sambilan di kedai makan dan kedai baju untuk yuran dan barang sekolah. Dari kecil aku dah cari duit sendiri. Bila masuk remaja, aku mengalami tekanan perasaan dan mula member0ntak.

Mak aku tak ada pendapatan dan hanya berg4ntung hidup dengan kakak dan abang aku saja sambil mengasuh anak – anak mereka. Di sekolah pula aku tak ada kawan rapat. Aku seorang yang pendiam dan tak ada siapa pun tahu masalah aku.

Balik sekolah aku terus kerja sambilan di kedai makan. Bila aku balik lewat sikit, aku dituduh macam – macam oleh kakak dan abang aku. Dari kecil memang mereka tak sukakan aku. Aku pernah dipukuI dan dicukur kepala sejak umur aku 12 tahun lagi. Aku alami tekanan perasaan yang teruk.

Aku pergi sekolah, balik terus kerja dan bila balik lewat sikit aku dituduh macam – macam oleh abang, kakak dan ipar aku. Pernah masa umur aku 14 tahun, aku diheret oleh abang ke klinik untuk periksa sama ada aku mengandung atau tak, padahal salam dengan lelaki pun tak pernah.

Mak aku hanya mampu menangis saja tapi tak boleh pertahankan aku sebab dia cakap abang dan kakak saja yang bela dia. Aku lalui semua tu sampai aku dewasa. Aku hanya belajar sampai tingkatan 5 saja sebab aku tak mampu sambung belajar walaupun keputusan aku elok.

Alhamdulillah selepas tu aku bekerja. Aku pernah cakap dekat mak, nanti bila aku ada duit, mak tak payah dah kerja mengasuh cucu – cucu. Tapi aku diuji lagi. Tak sempat aku nak bahagiakan mak aku, Allah ambil mak aku. Satu – satunya manusia yang tolong sapukan ubat dekat aku bila aku kena pukuI dengan abang dan kakak ipar aku dah tak ada. Selama ni aku bertahan hidup sebab mak aku saja.

Aku nekad lepas aku bekerja, aku tak nak tengok mak jadi h4mba kepada anak – anak lagi. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Selepas mak aku meninggaI, aku larikan diri dari keluarga. Dari situ baru aku rasa bahagia, jauh dari abang, kakak dan ipar.

Lepas tu aku bertemu dengan suami aku. Dari awal perkenalan, Alhamdulillah semuanya indah. Aku sayang dekat dia sebab aku rasa dialah pengganti ayah aku. Dari kecil memang aku dahagakan kasih sayang. Aku nak ada orang sayang aku macam mana ayah sayang aku dulu.

Alhamdulillah selepas 2 tahun kenal, kami berkahwin. Tapi ujian datang lagi. Suami aku tak seperti apa yang aku nampak sebelum ni. Masa aku mengandung anak sulung, dia dah mula tunjuk per4ngai sebenar dia. Dia panas baran dan suka pukuI aku, tapi aku tetap sabar.

Aku berharap dia akan berubah. Siang malam aku berdoa supaya dia berubah tapi tetap sama. Aku ni perempuan biasa, kadang – kadang aku berleter juga. Tapi dia langsung tak boleh terima teguran. Aku tegur dia supaya jangan main game depan anak, aku pula yang kena pukuI balik.

Aku minta bila dia ada dekat rumah, tolong luangkan masa dengan anak – anak. Tapi dia cakap jangan tegur dia sebab dia benci orang tegur dia. Dia dah beberapa kali kantoi dengan perempuan lain. Dia janji tak buat lagi tapi dia tetap ulang benda yang sama.

Sampai junjung Al Quran pun dia tetap buat juga. Lepas kahwin dia suruh aku duduk rumah dan aku ikut saja. Aku hanya buat kerja sambilan, jual baju dan jual minyak wangi untuk cari pendapatan sendiri sebab kalau aku minta duit nafkah memang akan berg4duh dan akhirnya aku dipukuI.

Aku sabar sampai lahir anak ketiga. Masa aku mengandung anak ketiga, aku diuji lagi. Aku dituduh oleh kakak ipar kononnya aku memb0mohkan anak dia sampai anak dia s4kit. Macam – macam lagi tuduhan yang aku terima. Masa tu aku tengah mengandung anak ketiga.

Aku pergi jumpa mereka dan aku bersumpah dengan nama Allah, dengan mak ayah aku dan anak yang aku kandungkan masa tu yang aku tak buat semua tu. Sampai aku cakap, kalau betul aku buat, biarlah anak yang aku kandungkan ni cac4t.

Tapi Alhamdulillah anak aku lahir sihat walafiat. Macam – macam ujian yang datang dalam hidup aku. Dengan suami kaki pukuI dan kaki perempuan, dengan adik beradik yang buang aku. Aku memang tak ada tempat nak mengadu. Aku juga tak ada kawan rapat yang boleh berkongsi masalah.

Aku ni jenis manusia yang susah nak percayakan orang. Bukan semua orang akan faham masalah kita. Berbalik kepada suami aku, dia tetap tak berubah. Suami aku ada juga sisi baiknya. Dia tak tinggal solat dan selalu masak untuk anak – anak. Tapi buruknya dia, dia selalu pukuI aku sebab benda kecil dan suka layan perempuan lain. Bukan sekali dua, tapi dah 5 kali kantoi.

Dia sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk jumpa perempuan tu sedangkan perempuan tu duduk di Sabah. Siap sanggup tempah penerbangan untuk jumpa dekat Kuala Lumpur. Keluarga aku pula menetap di utara Malaysia. Dah banyak kali dia kantoi, dia minta maaf dan aku maafkan dia. Tapi dia tak pernah berubah.

Mungkin orang akan kata aku b0doh sebab masih hidup dengan suami macam ni. Tapi aku sayangkan anak – anak aku. Aku tak nak mereka rasa apa yang aku rasa masa kecil dulu. Tak dapat kasih sayang ayah dan hidup susah sampai pernah makan nasi dengan mangga dan garam saja.

Semalam suami aku kantoi lagi dengan perempuan lain dan kali ni aku minta cerai. Aku tak akan keluar rumah selagi suami aku tak lafazkan talak walaupun dah banyak kali dia halau aku. Sampai ada satu masa tu, aku baru lepas bersalin tak sampai seminggu pun lagi, aku diheret keluar rumah oleh suami sendiri.

Luka jahitan bersalin pun belum sembuh lagi, aku dipukuI sekali lagi. Aku tak tahu sy4itan mana yang merasuk dia. Dia rajin solat tapi dia tak pernah ajak aku berjemaah sekali. Kami solat asing – asing. Kalau dia solat, dia akan kunci pintu bilik dengan alasan tak nak anak – anak kacau dia mengaji.

Sampai semalam, tahap kesabaran aku dah habis. Aku minta cerai dan dia cakap tunggu seminggu untuk dia buat keputusan. Tapi aku kesian dekat anak – anak aku. Aku tak nak mereka rasa apa yang aku rasa dulu. Mungkin orang akan kata aku b0doh.

Tapi sekarang ni aku hanya berserah kepada Allah dan berharap Allah buka hati dia. Aku hanya fikir mungkin ni ujian untuk aku dan aku kena hadapinya. Tapi sampai bila aku kena bertahan macam ni pun aku dah tak tahu. Aku dah tak kuat sebab tu aku luahkan dalam ni.

Bukan niat aku nak buka aib suami, tapi aku sangat tertekan sekarang ni. Aku dah tak ada siapa – siapa dalam dunia ni. Kalau aku keluar dari rumah ni, macam mana nasib anak – anak aku. Dekat mana aku dan anak – anak nak berteduh.

Aku tak ada duit dan aku tak tahu macam – mana nak bagi anak – anak aku makan. Aku minta jasa semua bagi pandangan yang positif untuk aku sebab aku sedang alami tekanan yang sangat kuat sekarang ni. Kalau tak fikirkan Allah dan anak – anak, dah lama aku bvnvh diri. Tolong aku, bantu aku. Aku buntu dan aku tak tahu nak buat apa lagi. Terima kasih. Assalamualaikum.

Ulasan Pembaca:

Athena Athera Yan : Sis cuba call Talian Nur 15999. Mereka boleh bantu sis untuk keluar dari keadaan terus dipukuI dan mengalami tekanan yang lebih teruk. Aku doakan sis kuat dalam harungi dugaan ni demi anak – anak. Banyakkan doa dan minta petunjuk daripada Allah.

Shida Kairul : Kesiannya sis, dari kecil diuji sampai lah dah ada 3 orang anak. Besar betul ujian sis. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga sis dilindungi, diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :