Masa mengandung, suami mesej kawan saya yang s3ksi sebab nak mengadu masalah rumahtangga

Part yang best bila hakim cakap kalau awak nak masuk ner4ka masuklah sorang2 atau bawak sekali perempuan2 yang sekufu dengan awak. Jangan diseret isteri yang baik. Balik dari mahkamah suami menangis merayu minta bagi peluang..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Masalah saya ni dah lama saya pendam, rasa dah tak boleh dipendam lagi hati saya ni. Rasa nak meIetup nampaknya sebab tu saya terp4ksa juga bercerita di sini bagi meringankan beban saya.

Begini cerita saya, perkahwinan saya dan suami dah 5 tahun. Dalam 2 tahun pertama kami bahagia walaupun suami sering tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh saya. Suami mula buat per4ngai pada tahun ketiga ketika saya mengandung anak sulong.

Ramai sangat perempuan yang muncul dalam perkahwinan kami. Ada student, gro, nurse dan macam – macam jenis lagi. Saya pulak yang bersusah payah berjumpa atau call dengan makwe – makwe suami untuk mengetahui perkara sebenar.

Oleh kerana tekanan yang hebat saya terp4ksa melahirkan anak secara c-zer walaupun doktor telah berusaha pelbagai cara. Saya pernah terlintas untuk bercerai tapi saya tahankan juga kerana memikirkn anak yang kecik masa tu. Tapi dalam hati saya tersimpan dendam pada suami.

Tahun ke 5 perkahwinan saya bercadang untuk pregnant supaya hubungan kami baik semula. Dengan kuasa Allah, tak sampai sebulan saya telah pregnant. Saya kini mengandung 3 bulan lebih anak ke dua dan saya mengalami alahan yang sangat teruk bila mengandung sehingga dimasukkan ke hospitaI.

Per4ngai suami pula sem4kin menjadi – jadi. Dia selalu tak balik rumah kalau balik pun seawal 5 pagi dalam keadaan mabuk. Paling awal dia akan balik dalam pukuI 3 pagi. Suami langsung tak hiraukan kesihatan saya. Kalau saya nak makan ke ape pandai – pandailah saya.

Saya yang dalam keadaan tak sihat ni selalu gagahkan diri untuk beli makanan untuk saya dan anak kami yang berumur 2 tahun. Saya kuat pun kerana anak saya. Pernah saya nak pitam, saya duduk di tepi jalan dulu bila, dah ok saya teruskan berjalan.

Suami plak telah bekerja dengan seorang kontraktor yang agak berjaya tapi yang saya sedih sangat kontraktor ni selalu bawak suami saya untuk entertain pelanggan ke tempat – tempat hiburan seperti karaoke, kelab yang ade gr0.

Semuanya ditanggung oleh boss suami. Bila saya tanya pada suami dia kata hanya menyanyi tanpa buat apa – apa dengan gr0. Tapi saya masih was – was tak kan selalu pergi hanya tengok sahaja gr0 – gro yang s3ksi. Suami pernah terlepas cakap tengok clien suami buat benda tak senonoh dengan perempuan – perempuan dekat kelab tu.

Suami saya memang suka perempuan yang s3ksi – s3ksi. Saya plak semenjak berkahwin berjanji pada diri sendiri untuk memakai tudung dan saya tinggalkan semua kawan – kawan dan dunia luar. Hidup saya selepas kahwin hanya untuk anak dan suami.

Saya pernah cuba ikut rentak dia dengan ikut dia pergi karaoke dan berpakaian s3ksi bersama kawan – kawan lelaki dan perempuan. Tapi suami saya cakap saya kuno dan keras macam batu duduk je tanpa menari. Saya sedih sebab saya tak boleh ikut rentak dia.

Saya rasa malu untuk menari depan orang ramai. Semenjak tu saya tak ikut dia lagi saya rasa bersalah juga tinggalkan anak saya. Setelah hati saya digur1s – gur1s dan kesabaran saya sampai kemuncak minggu lepas saya telah pergi ke Pejabat Agama.

Saya di kaunseling, Insyaalah minggu ni saya dan suami diarahkan untuk dikaunseling bersama tapi suami memang bercadang tidak akan datang. Kata dia taIak di tangan dia jangan dip4ksa – p4ksa. Saya sekarang dalam keadaan tidak tenang asyik menangis je lebih – lebih lagi sekarang ni saya tahu suami saya kerap call kawan saya yang ade masalah dengan suami dia.

Kawan saya ni memang sangat s3ksi, boleh kata memang taste suami saya. Kawan saya beritahu saya suami kerap ajak dia keluar. Tolonglah pembaca semua sekarang ni saya sangat – sangat sedih, hati tak tenang. Kadang – kadang terfikir untuk bawak anak saya di tengah – tengah jalan untuk di langgar dengan kereta.

Kadang – kadang saya rasa hendak drive sampai ke gaung macam – macam yang saya fikirkan. Tolonglah kawa n -kawan saya betul – betul buntu. Lagi satu saya rasa untuk ke mahkamah terus dan failkn perceraian tapi saya rasa tak sekuat untuk buat begitu dan saya takut kena bayar fee yang tinggi untuk failkn kes.

Sambungan.. Minggu lepas masa saya pergi mahkamah, hakim tanya sebab – sebab saya nak bercerai. Saya cakap pasal suami ramai perempuan kuat berp0ya – p0ya dan kaki minum. Hakim tanya suami dia mengaku semua dan dia mintak maaf tak nak ceraikan saya dia kata masih sayangkan saya dan anak – anak.

Dia janji akan berubah sebab hakim brain wash dia kat situ jugak. Adalah dalam 20 minit sesi soal jawap, hakim tanya saya lagi, masih nak bercerai lagi ke walau dah sarat. Saya cakap, Ya. Suami pandang saya macam terk3jut.

Akhirnya hakim cakap next week datang sekali lagi, suami kena bawak seorang saksi untuk menjadi saksi suami berjanji tak kan buat per4ngai lagi. Kemudian hakim cakap terpulang pada isteri next week untuk bercerai atau tak sebab dia taknak suami terus bagi tekanan mentaI dan teladan tak baik pada isteri dan anak – anak.

Part yang best bila hakim cakap kalau awak nak masuk ner4ka masuklah sorang – sorang atau bawak sekali perempuan – perempuan yang sekufu dengan awak. Jangan diseret isteri yang baik. Sejuk hati aku dengar nasihat hakim tu.

Setelah balik dari mahkamah suami berkali – kali mintak maaf dan tanya betul ke saya nak bercerai? Dia suruh bagi peluang sekali lagi dekat dia. Saya plak tak tau perasaan saya kali nie. Nak terima atau tak. Suami memanglah nampak dah berubah dah tak keluar malam sentiasa ade kat rumah, masak untuk saya, jaga anak.

Memang nampak berubahlah tapi saya takut semua tu hanya seketika sebab dia tak sangka saya yang nampak lembut ni akan bertindak sedrastik itu.

Komen Warganet :

Lily : I tumpang s4kit hati baca cerita – cerita lelaki tak reti tanggungjawab ni. Geram sangat tapi bila ingatkan di akhir4t nanti ada baIasan setimpal untuk diorang redha je lah. Yang penting kita jaga diri kita sendiri jangan sampai dipijak – pijak dek jantan sebegini.

Dalam kelas agama pagi tadi ada satu pengajaran yang I nak share kat sini. Bahawa bila Allah mencintai kita, Dia membeIai kita dengan dugaan demi dugaan. Bukan seperti makhluk yang bila cinta dibeIai dimanja. Jadi bagi yang sedang diuji tu ingatlah yang kalian sedang begitu dicintai oleh Allah. Redha merupakan tempat istirehat bagi orang yang mukmin kerana dia tau segala yang berlaku takde sebesar zarah pun yang bukan dari Allah.

Fatimah : Sedih bace cite macam ni, I ni memang sensitip amat – amat agaknya. Semalam baru tau my frens separate dengan hubby dia. Balik umah I yang menangis sedih kenangkan nasib dia dan anak – anak. My fren dan hubby kalau orang tak kenal memang tengok macam pinang dibeIah dua la, nampak perfect dan sebagainya.

I tak tau sapa yang salah tapi bermain – main di fikiran I, orang cantik suami sanggup tinggalkan apatah lagi kalau orang yang so so aje. Dengan anak yang comel – comel. Paling I sedih anak yang last tak sampi setahun lagi.

Aina Alia : Salam tt. Kalau akak berada di tempat tt, dengan bersuamikan lelaki yang tidak pernah solat, minum arak, perempuan, menipu. Saya tidak akan menunggu untuk terus jadi isteri. Dia bukan lelaki yang baik untuk jadi suami kita dan ayah pada zuriat kita.

Kuatkan hati. tt sendiri jangan tinggal solat. Only then Allah akan bantu dan beri petunjuk dan kekuatan. tt tahu apa harus dibuat. Semua dah bagitau untuk fail perceraian. Dengan alasan yang ada. Pasti keadilan berada di pihak tt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.