Masa nak basuh kereta ada pakcik tua tegur. Awalnya sembang biasa tiba2 dia ajak saya pergi Hatyai hujung minggu

Pakcik tu umur nak dekat 70 rasa tapi masih sihat. Mula – mula saya rasa okay je cara dia tegur sampai la satu hari tu dia cakap saya lawa. Saya dah mula takut pergi situ. Tapi ada sekali saya pergi lagi dan terjumpa dengan dia. Kali ni pakcik tu cakap. “Lama tak nampak kamu, pakcik rindu la kat kamu.”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Terima kasih kalau tulisan ini disiarkan. Nama saya Jojo, usia lewat 20-an dan masih bujang. Hari ni saya rasa nak share pengalaman saya kena hadap per4ngai manusia yang dah lanjut usia tapi masih tak sedar diri.

1) Masa ni saya baru mula kerja, umur pun awal 20-an masa tu masih ada jiwa nurani dan hormat orang tua. Kerja saya kena selalu outstation jadi saya memang seminggu sekali akan ke carwash sebelum masuk office. Satu hari ni, saya pun pergi la cuci kereta kat satu carwash ni macam biasa.

Sambil tunggu tu, ada la sorang lagi pakcik (umur dalam 50-an) tengah tunggu kereta dia jugak. Saya ingat lagi dia bawak Myvi masa tu. Pakcik tu mula – mula sembang la tanya saya kerja apa duduk dengan sapa. Saya jawab la just sebab hormat (masa ni naif yang amat).

Tiba – tiba dia tanya selalu weekend pergi mana, saya pun jawab bawak parents jalan – jalan la. Lepas tu, pakcik ni keluarkan ayat yang buat saya terkebil – kebil kat situ sebab memang saya tak sangka akan keluar dari mulut si pakcik ni.

Dia cakap “Jom, weekend ni jalan – jalan Hatyai”. Masa tu saya serious taktau nak respon macam mana. Saya tau korang akan cakap kenapa tak tengking atau marah je pakcik tu tapi saya yang masa tu naif diam je sambil pandang pakcik tu tapi dalam hati rasa nak Iempang je pakcik ni dia ingat saya ni escort girl ke.

Nasib baik masa tu kereta saya dah siap, saya pun terus blah dari situ. Dalam kereta saya masih tak percaya jantan tua tu boleh cakap macam tu kat saya. Ni permulaan saya mula hati – hati dengan orang tua yang konon nampak baik.

2) Pengalaman kedua ni masih di carwash. Saya memang selalu pergi carwash tu sebab murah dan servisnya pun bagus. Satu hari ni, lebih kurang 6 bulan lepas kejadian pertama tu, carwash yang saya selalu pergi ni tutup, saya pun pergi la carwash lagi satu dekat – dekat situ jugak.

Saya masa tu dah mula move on dari kegelian dengan per4ngai jantan tua tu. Tapi taktau la nasib maIang menimpa saya. Saya terserempak lagi dengan pakcik tu dekat carwash yang lain tu pulak. Rasa nak tercabut jantung, saya baru perasan dia duk sebeIah je dengan saya.

Dia pun perasan saya, dia tegur lagi tapi saya tak ingat apa macam mana dia tanya. Yang saya ingat saya bagitau dia saya dah kahwin dan duduk dengan suami kat Bangi. Lepas tu dia cakap anak dia pun duduk Bangi. Dia tanya rumah saya kat mana pulak.

Memang tak la saya nak bagitahukan. Kali ni kereta pakcik ni siap dulu dia pun mintak diri. Lega rasa dia dah blah dari situ. Sejak kejadian kedua ni, saya dah tak pergi carwash yang sama sebab takut nasib maIang terjumpa lagi dengan pakcik tu. Saya rela basuh kereta sendiri atau cari carwash lain walaupun jauh dari office. Tak boleh brain laaaa dah tua tapi takde adab.

3) Kejadian ketiga ni pulak dah takde kena mengena dengan pakcik sebelum ni tapi masih melibatkan orang yang saya sepatutnya hormat and panggil pakcik. Mak saya ada bukak stall jual baja dan pokok kat pasar tani. Jadi bila hujung minggu saya selalu la tolong mak dekat pasar angkat – angkat barang semua.

Ada la sorang pakcik ni berniaga minyak wangi dengan bini dia umur dalam awal 50-an jugak rasanya tapi bini dia nampak muda and comel putih la bagi saya. Saya ni kulit gelap sampai ada orang penah tegur ingat saya ni kacukan India.

Pakcik ni suka datang berborak kat khemah mak saya. Dia memang jenis suka cakap tak berhenti ada saja dia nak cerita tapi lebih kepada nak up diri sendiri la. Mak saya jenis layankan je, saya pun sama. Tapi lepas dah terkena pengalaman sebelum ni, saya dah malas nak ramah sangat dengan orang tua lelaki terutamanya.

Kalau dia datang je, saya akan buat – buat busy atau pergi jalan – jalan dekat khemah orang lain pulak. Sampai la satu masa ni, mak saya cakap, “Jo, Pakcik M cakap ko lawa, dia nak jodohkan dengan anak sulung dia baru abih belajar.” Saya masa ni dah 27 anak dia baru 24.

Saya pun cakap dah kenapa pakcik ni nak suruh saya tanggung anak dia ke apa anak dia pun belum keja lagi dah nak jodohkan dengan anak d4ra orang. Sebenarnya setiap kali Pakcik M datang berborak kat khemah kami, saya ada feeling vibe yang sama masa pakcik kat carwash datang borak dengan saya.

Cara dia pandang saya, buat saya rasa tak selesa. Satu lagi, kadang – kadang masa saya tengah makan kat gerai lain dia suka datang tegur – tegur nak beramah mesra, seriously saya tak suka dan menyampah. Saya ni intr0vert, jadi memang allergic dengan orang yang peramah sangat ni.

Naluri saya rasa macam sebenarnya Pakcik M ni yang nak try saya tapi dia bagi alasan nak jodohkan dengan anak dia. Anak dia ada je datang tolong dia tapi anak dia tak pernah sekali pun pandang saya jenis buat hal sendiri je tapi bapak dia yang suka lebih – lebih. Puji saya lebih – lebih depan saya, cakap saya lawa.

Manis semacam je mulut dia haish rimas. Saya sedar je saya tak lawa mana pun tapi ntah apa la niat Pakcik M ni, saya tak kuasa nak melayan. Sejak dari tu, saya dah jarang tolong mak sebab saya taknak terserempak dengan pakcik M. Lagipun saya cakap kat mak tak payah la berniaga lagi saya boleh tanggung mak lepas ni.

4) Okay ni kejadian paling latest yang buat saya lagi menyampah dengan pakcik tua. Sejak pkp 2020 sampai sekarang, saya mula bagi kucing jalanan makan dekat area rumah saya. Masa pkp saya selalu brisk walking area kawasan rumah lepas tu saya akan bagi kucing – kucing makan.

Kucing – kucing bila dah kenal saya selalu ikut mana saya pergi. Masa ni la pakcik saga merah selalu tegur saya masa saya jogging. Pakcik saga merah umur dah 60-an nak dekat 70 rasa tapi masih sihat. Mula – mula dia ni saya rasa okay je cara dia tegur sampai la satu hari tu dia cakap “Lawa kamu harini”.

Masa tu saya tengah bagi kucing makan. Dalam hati saya cakap Alahaiii pakcik ni pun spesis yang sama macam sebelum ni ke. Lepas tu saya dah slow down bagi kucing makan dekat dengan rumah Pakcik saga merah. Sampai la satu hari ni saya tak sempat lari dia tegur saya, “Lama tak nampak kamu, pakcik rindu la kat kamu.”

Kali ni terkebil – kebil lagi saya kat situ taktau nak react macamana. Hadoiii. Mungkin ada yang akan kata saya overthinking overreacting tapi dengan pengalaman – pengalaman sebelum ni, memang susah saya nak percaya pakcik – pakcik lagi. Hmmm.

Ada satu hari ni, saya terdengar bini pakcik tu macam tengking dia sebab apa saya pun tak pasti. Hmmm ntah la apa nak pikir tapi saya memang dah tak selesa nak lalu depan rumah Pakcik saga merah lagi. Baru – baru ni saya terserempak lagi dengan pakcik saga merah dekat satu kedai tomyam dekat area rumah saya.

Saya nampak dia tapi buat – buat tak nampak sambil tunggu makanan siap. Tiba – tiba bila makanan saya siap saya nak bayar, mata saya perasan Pakcik saga merah sedang mendekat saya still control saya buat – buat tengok hp saya sampai la dia betul – betul datang dekat dengan saya tanya saya beli apa.

Ishhh perlu ke datang dekat sampai tak sampai satu meter just sebab nak tanya saya beli apa. Saya tak tau nak explain macam mana tapi saya memang dah boleh sangka baik dengan pakcik saga merah lepas dia tegur saya lawa and cakap dia rindu saya.

Saya rasa orang tua yang beradab takkan cakap macam tu kat anak d4ra. Lagi satu, saya perasan yang dia tak pernah bahasakan diri dia Pakcik bila tegur saya. Okay setakat ni je lah luahan saya. Korang tolong la bagitau macam mana nak deal dengan orang – orang tua macam ni.

Saya dah letih nak berpura – pura hormat dengan orang – orang macam ni. Taktau la apa perasaan anak – anak dorang kalau tau bapaknya per4ngai macam ni. Dan tolong la doakan saya dapat jodoh tahun ni ye hahaha. Terima kasih pada yang sudi baca dan komen nanti. – Jojo (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Sue Ieda : Jantan tua gatal miang memang wujud sis. Siap pergi masjid tak pernah miss tapi gatal jugak bila tengok anak d4ra. Hati – hati jela. Asal jantan tetap anggap jantan. Tak kira tua nak m4mp0s ke muda trang tang tang ke.

Ungku Emmy Rina : Kalau macam kacukan India, mesti rupa macam anak Mami ni. Tu yang ramai kejar tu. Hehehe macam ni la, awak belajar baca dan hafal ayat – ayat pendinding diri. Amalkan selalu. Mudah – mudahan awak terhindar daripada orang yang memudharatkan awak.

Fazidah Abdul Kadir : Semoga bertemu jodoh yang baik dan soleh. Memang ramai lelaki tua miang macam tu. Kalau dah nampak dari jauh lari lah. Nasihat ni bukan untuk tt sahaja. Yang rajin sangat upload gambar – gambar dalam media sosiaI tu, terutamanya remaja perempuan.

Kena beringat sikit, ramai species mcm pakcik – pakcik lanjut usia je yang berkenanan sangat dengan korang tu. Yang bujang dan muda belia ni tak berapa nak minat kecuali yang betul – betul cantik. Kalau korang jenis biasa – biasa dan rajin pulak letak gambar sendiri hati – hati lah ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.