
Selepas beberapa bulan, suami dan mertua datang semula ke rumah mak ayah aku. Kali ni keadaan lagi teruk. Ayah aku masa tu dah tak tahan. Hari tu juga suami lafazkan cerai dekat aku depan semua orang. Tak lama lepas kami cerai, suami mula s4kit..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku dah lama pendam cerita ni. Bertahun aku simpan sebab tak sanggup nak ingat balik apa yang jadi dalam hidup aku. Tapi sekarang aku dah redha dan aku harap apa yang aku tulis ni boleh jadi pengajaran pada orang lain.
Aku kahwin dengan bekas suami aku sekitar tahun 2016. Masa tu dia baru habis degree dan baru dapat kerja. Aku pula cuma ada SPM je. Ramai orang selalu pandang rendah sebab aku tak sambung belajar macam adik beradik aku yang lain. Tapi aku tak pernah kisah. Bagi aku, rezeki masing – masing. Aku cuma nak jadi isteri yang baik dan hidup sederhana dengan suami.
Lepas kahwin kami duduk dekat Sungai Petani. Hidup kami bukanlah senang sangat, tapi aku bahagia. Gaji dia masa tu pun biasa – biasa je, tapi kami cukup makan pakai. Aku urus rumah, masak dan jaga semua keperluan dia. Aku tak pernah berkira apa – apa sebab aku percaya, susah senang suami isteri kena lalui sama – sama.
Suami aku memang pasang cita – cita nak jadi anggota bomba dari kecil lagi. Berkali – kali dia cuba masuk tapi selalu gagal. Aku tengok sendiri macam mana dia kecewa setiap kali tak lepas ujian. Jadi aku sentiasa bagi semangat dekat dia supaya jangan putus asa.
Alhamdulillah, lepas beberapa kali mencuba akhirnya dia berjaya juga. Masa dia masuk latihan, aku duduk dengan mak ayah mentua sebab diorang dah berusia dan perlukan orang tolong urus rumah. Aku buat semua kerja rumah tanpa berkira. Masak, kemas rumah, jaga makan minum mak ayah mentua. Aku anggap diorang macam mak ayah aku sendiri.
Lepas suami aku habis latihan, dia dapat posting dekat Kelantan. Belum sempat kami hidup lama bersama, aku terp4ksa balik semula ke rumah mentua sebab ayah mentua tak sihat. Suami sendiri yang suruh aku balik teman mak ayah dia. Aku ikut je sebab aku fikir tu tanggungjawab aku sebagai isteri.
Tak lama lepas tu pula PKP bermula. Aku terus terkandas dekat rumah mentua berbulan – bulan. Bila dah boleh rentas negeri, baru aku dapat balik semula duduk dengan suami dekat Kelantan. Aku ingatkan lepas tu hidup kami akan tenang, tapi rupa – rupanya masa tu la semuanya mula berubah.
Aku mula rasa suami aku lain macam. Dia selalu menjauhkan diri, mudah marah dan asyik cari salah aku. Bila aku tanya apa masalah dia, dia tak pernah nak jawab. Sampai satu hari dia suruh aku balik rumah mak ayah aku dekat Terengganu.
Aku balik dengan hati yang penuh tanda tanya. Tak lama lepas tu aku dapat tahu dia pergi berubat dengan seorang ustaz. Rupanya, dia percaya bila orang tu kata aku yang kononnya buat benda bukan – bukan dekat dia. Bukan setakat aku, mak ayah mentua dan seluruh keluarga dia pun percaya bulat – bulat.
Aku langsung tak diberi peluang nak jelaskan apa – apa. Mereka terus hukvm aku macam aku ni memang bersalah. Satu hari mak mentua dan kakak ipar datang rumah mak ayah aku. Diorang marah, tengking dan tuduh aku macam – macam depan keluarga aku. Aku terkedu masa tu.
Aku cuma mampu geleng kepala sebab memang aku tak pernah buat semua benda yang diorang tuduh. Mak ayah aku cuba pertahankan aku. Diorang kata aku ni jenis lurus, tak pandai benda macam tu. Tapi keluarga mentua langsung tak nak dengar. Apa pun yang aku cakap, semuanya dianggap menipu.
Hari tu aku balik bilik dan menangis puas – puas. Aku tak sangka orang yang aku jaga selama ni, yang aku anggap macam keluarga sendiri, sanggup percaya tuduhan orang luar daripada percaya aku. Yang lebih meny4kitkan hati, tak lama lepas tu aku dapat tahu bekas suami aku dah kenal dengan perempuan lain.
Aku sendiri nampak gambar diorang dekat media sosiaI. Masa tu status kami masih belum selesai lagi, tapi dia dah bawa perempuan tu jumpa keluarga dia. Aku cuma mampu tanya, kalau dah ada orang lain kenapa tak lepaskan aku baik – baik.
Tapi jawapan yang aku dapat cuma dia kata dia belum boleh ceraikan aku lagi sebab ada urusan yang belum selesai. Masa tu aku dah tak tahu nak rasa apa. Aku dah difitnah, dih1na dan dipandang macam orang jahat. Dalam masa yang sama, aku kena tengok suami sendiri bahagia dengan perempuan lain seolah – olah aku ni tak pernah wujud dalam hidup dia.
Selepas beberapa bulan, keluarga bekas suami aku datang semula ke rumah mak ayah aku. Kali ni keadaan lagi teruk. Masing – masing masih yakin aku yang buat semua benda tu. Bekas suami aku pun ikut sekali. Aku cuba jelaskan sekali lagi yang aku langsung tak pernah buat apa yang diorang tuduh, tapi langsung tak ada siapa nak dengar.
Ayah aku masa tu dah tak tahan. Dia cakap, kalau betul aku ni jenis yang pandai buat benda bukan – bukan, dari dulu lagi aku dah buat. Takkan sepanjang aku kahwin, aku sanggup susahkan suami sendiri. Tapi semua penjelasan tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Hari tu juga bekas suami aku lafazkan cerai dekat aku. Masa dengar lafaz tu, aku rasa kosong. Aku tak menangis depan semua orang sebab aku dah terlalu penat. Dalam hati aku cuma fikir, mungkin ni jalan yang Allah dah tentukan untuk aku.
Lepas semuanya selesai, aku cuba teruskan hidup macam biasa. Aku tukar nombor telefon, aku jauhkan diri daripada semua yang pernah lukakan aku. Aku tak nak lagi ingat apa yang jadi sepanjang aku bergelar isteri dia. Beberapa minggu lepas perceraian kami, aku dengar bekas suami aku mula tak sihat.
Dia selalu mengadu s4kit belakang dan macam – macam lagi. Berubat sana sini tapi tak sembuh. Masa tu aku langsung tak ambil tahu sebab bagi aku, hubungan kami dah berakhir. Tak lama lepas tu aku dengar cerita daripada orang yang bekas suami aku pergi berubat dengan ustaz lain pula.
Kali ni apa yang dia dengar berbeza sangat dengan apa yang dia percaya sebelum ni. Dia mula diberitahu yang selama ni dia dah terpedaya dan percaya pada orang yang salah. Makin lama, makin banyak perkara yang terbongkar. Dia mula sedar yang sepanjang ni dia terlalu mudah percaya cakap orang tanpa usul periksa. Orang yang dia pertahankan rupanya bukan macam yang dia sangka.
Bila semuanya dah jadi macam ni, baru dia teringat balik apa yang aku pernah buat sepanjang kami berkahwin. Dia teringat macam mana aku jaga mak ayah dia, urus rumah, teman keluarga dia masa susah dan sanggup berjauhan dengan suami sebab nak jaga ayah mentua yang tak sihat.
Dia mula menangis dan menyesal. Aku dengar dia banyak kali minta maaf dekat mak ayah dia sebab terlalu cepat percaya tuduhan orang. Dia juga cuba hubungi aku melalui macam – macam cara sebab nak jelaskan perkara sebenar. Mak mentua dan adik beradik dia pun mula sedar kesilapan masing – masing.
Mereka cuba cari aku dan minta maaf atas semua kata – kata yang pernah dilemparkan dekat aku dulu. Tapi masa tu hati aku dah terlalu terluka. Bukan sehari dua aku tanggung semua tu. Aku dih1na depan keluarga sendiri. Aku dituduh macam macam tanpa bukti.
Orang yang sepatutnya lindungi aku sebagai isteri, dialah orang pertama yang percaya tuduhan terhadap aku. Aku dah maafkan semuanya. Aku tak simpan d3ndam. Tapi memaafkan tak bermaksud aku mampu kembali macam dulu. Ada luka yang sembuh, tapi parutnya tetap ada sampai bila – bila.
Kadang – kadang aku terfikir, kalau masa tu bekas suami aku pilih untuk berbincang dengan aku dulu, kalau dia pilih untuk percaya penjelasan aku walaupun sedikit, mungkin rumah tangga kami masih ada sampai hari ni. Apa yang paling aku sedih bukan sebab perceraian tu. Tapi sebab peng0rbanan yang aku buat sepanjang jadi isteri langsung tak dipandang.
Bertahun aku cuba jadi menantu yang baik, jaga mak ayah dia macam keluarga sendiri, akhirnya semua tu hilang hanya sebab satu tuduhan. Aku tak tahu apa yang Allah aturkan untuk masa depan aku. Tapi aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Aku cuma harap tak ada lagi orang lain yang diuji macam aku. Kalau dengar tuduhan terhadap pasangan sendiri, siasat dulu, berbincang dulu dan jangan terus percaya cakap orang. Kadang – kadang, sekali kita tersalah percaya, kita bukan saja hilang pasangan.
Kita hilang orang yang paling ikhlas menyayangi kita. Terima kasih sebab sudi baca luahan aku sampai habis. Aku dah maafkan semua yang pernah s4kiti aku. Cuma untuk kembali seperti dulu, biarlah tinggal sebagai sesuatu yang tak mungkin berulang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.