
Masa tinggal dekat sana tujuh bulan tu, adik – adik ipar h4ram nak bertegur sapa apalagi tengok muka, semua paling muka. Bagi salam, ditoleh tempat lain. Aku masak sorang pun tak makan, aku tegur sorang pun tak toleh, aku ajak borak semua buat b0doh…
#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku nak minta pendapat semua. Mohon hide profil ya. Aku dah berkahwin dengan seseorang yang memang pilihan aku masa aku study dekat universiti dulu. Masa tu dia baru grad politeknik. Lima tahun lalu hubungan kami ditentang oleh keluarga dia sebab aku asal campuran Cina. Macam – macam dikatakan.
Pada mulanya aku fikir keluarga dia normal dan akan terima hubungan kami bila kami dah nikah dengan sah. Yelah, masa nak minta restu bernikah pun suami dah diherdik macam – macam. Aku nak salam tangan mak dia pun ditepis.
Apalagi adik beradik dia, satu patah h4ram tak pernah tegur sapa apalagi hormat aku sebagai kakak ipar. Mula – mula memang aku pelik, rasa macam aku ni tengah berdepan dengan manusia ke kayu. Bila hulur tangan dekat adik beradik dia, masing – masing masam muka bangun masuk bilik.
Yang perempuan lagi kurang ajar, tangan diberi, sikit pun tak mahu salam. Sampai lah kami kahwin. Mak dia halang betul – betul hubungan kami, macam – macam dicanang. Untuk pengetahuan semua, suami bekerja masa tu dengan jawatan yang baik.
Mak suami tak habis – habis nak tuduh aku nak perabis duit anak dia tu, sedangkan gaji suami habis bayar hutang PTPTN sebab nak selesaikan habis tak mahu tangguh masa tu. Lagipun aku memang tak terdesak nak harta anak dia sesen pun, sebab sebelum kahwin boleh dikata keperluan aku dipenuhi oleh keluarga aku. Apa yang aku nak semua dapat tapi aku lebih suka hidup sendiri.
Sampai lah hari kami dah jadi satu, takde satu ketul pun wakil atau ahli keluarga suami datang apalagi nak bersemuka dengan ayah aku. Jangan kata datang, bab hantaran pun tak ambil tahu. Maka dengan izin Allah kami nikah sangat sederhana, tanpa orang ramai, tanpa hantaran berdulang, tanpa duit hantaran beribu – ribu.
Aku cuma minta mas kahwin RM100 dengan Al-Quran yang ada terjemahan berserta telekung putih RM50 sahaja dekat Jalan TAR. Ayah aku sangat baik, tak bantah sikit pun pendirian aku. Padahal keluarga dan saud4ra mara kami mula mengecam dan pandang serong.
Aku anak perempuan tunggal dan ayah aku orang yang senang dan dikenali, tapi majlis nikah kami tiada perarakan macam adat Melayu, cuma nikah. Sampai mak suami masa tengok gambar nikah kami menyindir katanya nikah macam orang Indon sebab tak ada baju nikah.
Aku tak kisah, bukan tak mahu bahagia jadi raja sehari macam orang lain, tapi cukup lah yang ada dan perlu sahaja. Aku buat majlis makan – makan sikit – sikit. Bila dah nikah kami tinggal menyewa dekat dengan pejabat suami, dengan toto, periuk nasi dan radio.
Kami bina keluarga kecil kami sikit demi sikit walaupun tiap kali mak dia datang penuh sindiran. Maklumlah aku kan setelah berkahwin tak bekerja sebab masih belajar sampai aku grad. Tujuh bulan lepas nikah, aku mengandung anak sulung aku dan tiba masa bersalin. Berpantang di rumah mak dia sebab suami memang tak dapat jaga aku masa dia perlu bekerja.
Di situ aku lalui pengalaman yang beri kesan sepanjang hidup aku. Aku berpantang di rumah mak mertua, aku kemurungan. Normal lah aku lahirkan anak melalui pembedahan. Jadi susu badan memang ambil masa lama nak keluar.
Macam – macam mak dia cakap, tekan – tekan aku sampai aku pernah nak campak anak aku dari tingkat atas. Sampai termakan benda yang tak boleh dimakan, satu badan bentan, memang langsung tak jaga. Maka aku lari pulang ke rumah minggu kedua. Begitu lah anak seterusnya.
Pernah dalam pantang aku disuruh basuh tandas rumah mereka dengan perut yang masih berd4rah, jahitan pembedahan tak kering lagi masa kami tumpang tinggal dekat rumah mak dia tujuh bulan. Macam – macam aku lalui. Suami aku pula mengadu saja setiap kali mak dia mula mengh1na kami.
Masa tu suami susah dan baru berhenti kerja, kami anak kecil – kecil lagi. Nak cari rumah sewa memang mahal masa tu. Masa tinggal dekat sana tujuh bulan tu, adik – adik ipar h4ram nak bertegur sapa apalagi tengok muka, semua paling muka walaupun aku ni kakak bagi mereka.
Bagi salam, ditoleh tempat lain. Tegur baik – baik buat pekak telinga dan akhirnya aku pula buat – buat pekak dan bisu. Sampai mer0yan mak dia bising – bising kata aku sombong, kata aku tak beradab, tak reti nak keluar bilik. Padahal hanya Allah yang tahu macam mana tersinggung aku dengan perbuatan mereka.
Aku masak sorang pun tak makan, aku tegur sorang pun tak toleh, aku ajak borak semua buat b0doh. Mereka cuma tegur abang mereka saja. Agaknya dalam keadaan aku yang suri rumah masa tu boleh giIa duduk rumah berkurung bilik saja. Keluar ke ruang tamu semua tarik muka.
Suami suruh aku sabar, jangan peduli. Tapi tak tahu nak cakap. Anak sulung aku dicubit suka hati. Aku sabar saja padahal apa lah salah anak aku main – main dekat ruang tamu. Aku terp4ksa kurung anak dalam bilik. Habis pantang anak kedua, ya masa tu aku mer0yan mana taknya.
Aku duduk dekat bilik, mak dia sembang dekat luar dengan jiran – jiran beritahu dia lah yang kena buat kerja rumah, kena basuh baju – baju kami, padahal semua tu aku yang buat. Macam – macam dikutuknya aku. Belum lagi semua orang yang dia jumpa dia ungkit pasal kahwin kami. Sikit – sikit ungkit walaupun masa tu dah beranak pinak pun aku.
Dengan besan dia, mak mertua adik ipar aku pun dia boleh buka pekung suami aku. Maruah suami aku letak dekat mana bila dia cakap suami aku macam – macam, anak tak dengar cakap, balik – balik ungkit cara kami kahwin. Aku tak tahu dia nak cara kahwin macam mana baru puas hati, sedangkan aku kahwin ikut kemampuan suami.
Kalau nak grand, dia sponsor lah. Takkan ayah aku nak bagi anak dia hantaran pula. Satu perumahan boleh tahu cerita dalam selimut kami. Baik tak baik pun kami kahwin macam mana, kami susah ke senang, semua orang tahu sebab mulut mak suami yang suka canang buruk-buruk pasal kami.
Paling sangat buat aku sedih, ayah dan keluarga aku datang ke rumah mak mertua ingat nak bermalam sebab adik aku grad esoknya. Sungguh aku tak sampai hati tengok orang tua yang besarkan aku dengan tangan mereka terp4ksa tidur di lantai rumah mak mertua aku tanpa selai toto atau lapik tikar pun.
Bila ayah aku pulang dengan sedih dan berkecil hati, cepat – cepat mak mertua buka lapik sofa dia, basuh bersih – bersih. Agaknya ayah aku n4jis ke bagi mereka. H1na sangat pandangan keluarga suami pada keluarga aku, padahal tanpa keluarga aku, suami aku tak ada apa yang dia ada hari ini.
Aku marah mengadu dekat suami, suami pun malu dengan tindakan mak dan keluarga dia. Yelah ikutkan memang pelik cara keluarga suami, tak bertegur sapa, antara mereka adik beradik pun tak ada bonding, macam orang asing. Atau mungkin aku dibesarkan cara berbeza yang buat aku rasa sangat janggal dengan keluarga suami.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang besar, mak ayah pula selalu pentingkan talian silaturahim. Kami dibesarkan cara, biar papa macam mana adik beradik jangan lupa, kalau g4duh macam mana ingat semula masa kecil minum susu mak yang sama.
Satu hari aku dah tertekan sangat dengan per4ngai merepek keluarga suami, ya aku muat naik status dekat Facebook cuma sekadar kongsi kata – kata yang biasa orang kongsi. Tapi tiba – tiba sepupu suami pula sentap, tangkap layar tunjuk dekat keluarga suami.
Apa lah konon ertinya tu sebab tak ada sebut siapa – siapa pun. Sepupu – sepupu suami memang semua tak pernah baik dengan aku, apalagi nak bertegur sapa. Semua stalk Facebook aku lepas tu main lapor saja. Aku tak faham apa sebenarnya yang mereka nak.
Suami aku nak marah aku, cerai aku? Memang tak lah. Mereka tuduh aku b0mohkan suami? Aku tak kisah, cakap lah apa saja. Nak pilih kasih antara cucu? Maaf lah keluarga aku besar, anak – anak aku dah cukup kasih sayang. Tak perlu nak terhegeh – hegeh sedangkan anak – anak aku tak dilayan pun.
Sekarang ayah aku dah belikan rumah untuk aku dan suami, kami dah pindah dan anak ketiga pun mak dan keluarga dia masih dengan per4ngai pelik macam tu. Aku tak tahu sampai bila. Bukan sekali aku cuba berbaik, dah banyak kali apa yang aku dapat cuma cercaan.
Sekarang aku give up. Terpulang lah mereka nak cakap apa, nak putus silaturahim ke apa pun. Aku sentiasa doakan yang baik – baik, demi Allah tiap solat tak pernah putus aku kirimkan doa. Hanya itu kami suami isteri mampu kirimkan.
Adik ipar yang mulut pu4ka WhatsApp maki hamun aku, halau aku dulu bukan main mengata aku, halang suami balik rumah mereka dan hasut suami bencikan mak dia. Padahal aku tak perlu cakap apa – apa sebab dia sendiri boleh nampak apa keluarga dia buat.
Suami yang belum mampu nak ke sana, lagipun apa lah nak balik sana kalau tak ada yang sudi serta aku dan anak – anak dibenci sebegitu sampai pegang anak aku pun jijik. Anak – anak aku ramai, semua tak pernah kenal nenek mereka. Aku tak kisah.
Raya tahun lepas ada cuba nak berbaik, aku bawa anak – anak balik sana malam raya. Sampai sana mak dia telefon cakap buat apa balik, tak ada bilik dekat rumah ni. Terp4ksa kami tidur hotel semalaman dan pulang tanpa singgah pun.
Aku pun dah buntu tak tahu cara nak baik – baik lagi dengan mereka selagi mereka dengan ego dan sombong sendiri. Aku dah cukup berbaik tapi dibalas n4jis. Hanya doa aku harap Allah mampu buka hati mereka terima yang mereka pun tak sempurna.
Kutuk aku sebab dia baru sehari dua pakai tudung dah rasa macam malaikat. Ya aku pun asal kampung, tapi aku sekolah agama, tahu hormat orang. Jangan duduk Kuala Lumpur tapi budi bahasa ke longkang, adab pun tak ada. Kau tak terima aku kakak ipar kau, pergi m4mpus aku peduli apa.
Tapi kau ingat nanti jawab depan Tuhan silaturahim apa kau dah putuskan. Batu api lagakan suami aku dengan mak dia, lagakan aku dengan mak mertua. Ingat lah hari ini kau buat orang, esok lusa mak mertua kau buat dekat kau. Jangan kau baru nak fikir.
Kau block Facebook aku, ingat aku hadap sangat nak stalk kau sedangkan siang malam adik beradik kau dengan sepupu sepapat kau yang mer0yan stalk Facebook orang. Lepas tu mengadu domba. Allah, terpulang lah pada yang nak kecam tapi ini kisah aku yang tak ada penyelesaian.
Suami pun dah ambil keputusan biarkan, maksudnya abaikan dan tak peduli sebab bukan sekali dua kami cuba, tetap juga dicanang bukan – bukan, belum lagi dih1na kami depan orang dan jiran. Pasal beranak pun kami dicerca sebab anak ramai.
Aku nak buat apa kalau dah mengandung, takkan nak gugurkan anak aku, takkan nak bvnvh satu – satu. Dah rezeki aku banyak ni mengandung, takkan nak tentang takdir Allah. Aku harap semoga mereka terima lah satu hari nanti bahawa aku isteri yang sah dan anak – anak aku d4rah daging mereka.
Hari mereka buat kami, esok lusa siapa tahu anak – anak aku yang akan cuci ber4k mereka bila mereka s4kit. Sepedih mana hati aku, ingat satu, aku tak ajar suami atau anak – anak aku benci keluarga suami. Terima kasih, sekadar luahan. Kalau nak bagi pendapat silakan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.