
Ayah kata, itu permintaan terakhir, nak aku kahwin dengan lelaki tu. Aku terp4ksa terima. Lepas kahwin, aku duduk dengan keluarga mertua. Aku dikurung dalam bilik, handphone diambil. Mak mertua hanya akan datang hantar makanan…
#Foto sekadar hiasan. Hari ini aku tak tahu kenapa, aku rasa nak kongsi pengalaman aku bersuamikan lelaki mental selama 2 tahun. Cerita dia macam ni, aku ada 6 adik beradik semuanya perempuan. Dan aku yang paling bongsu. Aku mengaku sikap aku memang pelik dari kakak – kakak aku.
Ya aku tahu dari kecil aku bermasalah. Dalam rumah dan juga di sekolah. Lepas SPM, aku keluar rumah. Tinggal dengan kawan kerja. Lepas 2 tahun, mak aku meninggaI. Aku sangat patah hati sebab kakak – kakak salahkan aku punca mak meninggaI. Dari dulu semua orang hanya akan salahkan aku sahaja.
Sekali lagi aku lari. Aku rindu mak aku sangat. Tapi aku tahu aku anak tak guna. Sebab tu aku lari dulu. Aku rasa kalau aku duduk dalam rumah tu mak aku akan lagi s4kit. Beberapa tahun aku memang tak hubungi siapa pun ahli keluarga aku.
Sampailah satu hari kak ngah telefon, katanya ayah nak kahwin. Aku dengan ayah memang tak bercakap. Dengan kak ngah sahaja la ada rapat sikit. Aku rasa kehadiran aku tak diperIukan pun. Tapi ayah telefon sendiri suruh datang. Lepas tu mak tiri aku sangat baik.
Dia datang cari aku, jumpa aku, nak tahu aku ok ke. Dia jadi macam mak aku. Aku sebenarnya tak pernah kisah pun. Ya lah, pendapat aku mana pernah orang nak dengar. Aku selalu rasa aku tak ada hak apa pun dalam rumah tu. Tapi dari situ, entah macam mana, kami semua jadi rapat balik.
Bukan rapat sangat, tapi aku macam tak sampai hati nak tolak kalau mak tiri ajak datang rumah. Sebab rasa hormat. So bila raya atau ada majlis apa – apa, adik beradik berkumpul. Satu hari kakak paling sulung cakap dia ada carikan jodoh untuk aku.
Katanya lelaki tu baik, keluarga dia baik, orang senang. Aku sebenarnya tak sedia. Tapi semua keluarga macam p4ksa – p4ksa. Aku kata ok lah. Aku pun m4kin tua. Bukan tahap nak member0ntak lagi. Sebab kakak cakap, ayah pun m4kin tua, semua orang m4kin tua, nanti siapa nak jaga aku.
Aku cakap ok lah, aku nak kenal – kenal dulu. Tapi keluarga aku kata dia orang nak kahwin terus. Tak boleh nak kenal – kenal semua. First time jumpa lelaki tu, aku terus rasa hilang perasaan dengan keluarga aku. Aku bukan nak h1na orang. Tapi lelaki tu nampak sangat macam s4kit. Jalan tempang. Lepas tu sekejap – sekejap air liur dia meleleh.
Keluarga pun macam pelik juga, kecuali kakak sulung. Dia kan yang kenal lelaki tu. Aku memang tak nak. Tapi kakak cakap, ingat sikit adik bukan bagus sangat pun. Bukan suci nak cari lelaki baik. Ini pun patut bersyukur ada lelaki nak terima kita yang kotor. Dah la kaya, keluarga baik semua walaupun lelaki tu kurang sihat.
Masa tu juga hati aku m4ti. Aku cuma senyum h4mbar, lepas tu aku cakap buat sahaja persiapan kahwin. Dulu masa remaja, aku memang suka lari dari rumah. Ya aku ada teman lelaki, tapi aku tak pernah buat perkara terkutuk tu. Tapi keluarga asyik cakap aku ni dah kotor.
Aku dah tak tahan dengan tuduhan mereka. Sebab tu aku lari. Tapi masa tu aku tak tahu kenapa aku tak lari. Mungkin sebenarnya aku rindu keluarga aku. Sebab ayah cakap, kalau ada satu benda ayah nak minta, ayah nak minta aku kahwin dengan lelaki tu. Anggap permintaan terakhir ayah katanya.
Jadi aku tak sampai hati. Aku dah hilang mak dan hidup dalam penyesalan. Aku tak nak hilang sesiapa lagi sebab aku. Biarpun aku hidup terasing, tapi aku tetap hormat dan sayang keluarga aku. Aku cuba terima bekas suami. Malam pertama, dia bersikap sangat pelik.
Sebenarnya dia m4ti pucuk. Tapi dia jadi str3ss sendiri bila dia tak mampu buat benda tu. Tiba – tiba dia jadi sangat agresif. Baru kahwin dah mula berkasar. Dia cakap aku perempuan lorong lah apa lah. Aku sangat terk3jut dan takut. Dia mula naik tangan. Lepas tu menjerit – jerit. Aku lari keluar. Panggil mak mertua.
Mak mertua kata ala dia nak bergurau sahaja. Nak main – main. Lepas tu aku tak berani nak masuk bilik. Aku bagitahu kakak aku, tapi sedihnya tak ada orang pun nak menyebelahi aku. Orang cuma cakap, ala biasa lah tu. Sabar sahaja, tahan sahaja.
Lepas kahwin lelaki tu tak bagi aku kerja. Dia sangat mengawal dan kuat cemburu. Oh ya, ada masa dia akan ok. Nampak beza sangat. Macam dua manusia berbeza. Bila dia ok, dia sangat baik. Caring semua. Tapi bila dia tak ok, aku sangat ketakutan.
Setiap malam dia akan p4ksa aku buat benda – benda yang tak masuk akal. Aku tak mampu nak tulis kat sini. Memang jijik. Aku tak mampu nak cerita kat sesiapa. Keluarga dia kurung aku. Keluarga aku pula langsung tak pernah tanya khabar aku.
Ibarat dah lepas semua. Macam aku tak ada kaitan d4rah lagi dengan keluarga. Aku sangat tertekan. Banyak kali aku fikir nak m4ti. Aku ada bagitahu keluarga mertua, suami tak sihat, jom lah bawak ke klinik. Rupanya seluruh keluarga dia pun bermasalah.
Mak dia cakap aku yang tak sihat. Lepas tu ugvt pula kalau cerita kat sesiapa. Diorang ni sangat kaya. Ada mini market. Kat rumah ada orang gaji. Tapi sejak kahwin aku hanya dikurung dalam bilik. Aku hanya dibenarkan keluar kalau suami ada, keluarga dia ada.
Lepas tu rumah dia ada dua bahagian, untuk lelaki dan perempuan. Kalau tetamu datang, lelaki duduk ruang lelaki, perempuan duduk ruang perempuan. Tak boleh bercampur. Dan aku dikawal macam apa sahaja. Orang lelaki dalam rumah tu memang urus bisnes. Suami pun sama. Pergi kedai. Bilik akan dikunci. Telefon semua dia ambil simpan. Orang perempuan kat ruangan tu sahaja.
Masa makan, mak dia hantar makanan. Korang boleh bayangkan tak, macam dalam filem – filem tu. Macam tu lah aku alami. Tetamu datang atau apa, aku memang dikurung sahaja. Aku tak faham keluarga ni macam mana. Satu hari aku dah tak tahan. Entah dari mana datang kekuatan, aku member0ntak. Aku meng4muk macam orang giIa menjerit.
Lepas tu aku lari keluar dari rumah tu tanpa arah. Sehelai sepinggang. Aku menangis meraung sambil berlari sekuat hati. Aku sangat takut. Aku rasa dia orang sedang kejar aku. Jadi aku lari tanpa arah. Macam larian rambang tu. Tak tahu lah orang panggil polis ke, atau kebetulan memang polis meronda. Aku dibawa ke balai.
Aku meraung kat sana. Tapi aku masih ingat polis perempuan dalam balai, tiga orang peIuk aku, tenangkan aku. Lepas tu aku pengsan. Aku skip lah drama kat hospital tu. Keluarga aku datang termasuk keluarga suami. Aku bertegas nak cerai.
Aku cakap anak awak pengecut, dayus. M4ti pucuk mental. Aku jerit – jerit. Keluarga suami cakap aku tu yang murah. Kononnya aku kena bersyukur dia orang ambil perempuan kotor jadi menantu. Aku cakap buat pemeriksaan sekarang juga. Check aku masih suci ke tak.
Keluarga dia suruh buat. Bila doktor cakap aku masih suci, termasuk keluarga aku pun tergamak. Cerita jadi panjang sangat sebenarnya. Lelaki tu menangis – nangis janji tak buat lagi, minta maaf macam – macam. Aku tetap tak nak. Aku buat laporan dia naik tangan.
Lepas tu mula lah drama nak suruh tarik balik laporan. Siap taw4r duit kat ayah aku. Aku tak tahu lah keluarga aku ambil ke tak. Aku memang sedih dengan layanan keluarga aku. Hanya diam sahaja. Tak ada pun nak tanya. Cuma mak tiri sahaja yang ada marah – marah keluarga lelaki tu.
Pada awalnya dia berkeras tak nak cerai. Tiba – tiba mental dia datang, meng4muk depan semua orang. Sampai keluarga aku pun terk3jut. Baru percaya kot apa aku cakap. Akhirnya kami bercerai juga. Aku bawa diri pergi jauh. Tukar nombor telefon. Hijrah tempat baru. Mesti korang tak percaya, aku pernah kenal satu perempuan ni dalam aplikasi.
Tak pernah jumpa, tak pernah apa. Aku mesej budak tu minta tolong. Dia pun tak tahu kenapa, dia bank in RM50 suruh beli tiket bas datang kat dia. Lepas tu dia ambil aku. Tinggal rumah dia. Cari kerja. Dan dia sekarang jadi kawan baik aku.
Aku sebenarnya dah kena anxiety, depr3ss. Doktor bagi ubat tidur suruh makan. Dia lah yang bawak aku berubat semua. Aku memang tr4uma dengan perkahwinan, dengan manusia, dengan semua orang. Tapi dia nasihat aku, jangan macam ni, jangan macam tu. Akhirnya aku kenal dengan suami sekarang. Azhar nama dia.
Dia baik sahaja, cuma aku tak dapat nak faham dia. Kami baru kahwin 8 bulan. Aku tak suka nak ingat kenangan buruk tu. Tapi dia suka sangat tanya, lelaki tu buat apa lah, buat macam mana lah. Aku ni nak cerita, nak tulis pun tak sanggup. Jijik.
Aku nak lupakan semua tu, tapi dia selalu buat aku ingat balik. Semalam kami g4duh lagi. Aku jadi macam orang tak betul. Aku jerit kat dia, aku cerita satu satu kat dia apa lelaki tu pernah buat. Aku tanya dia, puas hati ke sekarang? Dia terdiam. Dia ada minta maaf.
Dia cakap dia cuma nak tahu supaya dia tak terbuat semua tu dengan aku. Aku tak tahu lah. Aku rasa semua orang giIa sekarang. Aku pun dah giIa mungkin. Aku tak rasa selamat dengan sesiapa pun dah sekarang. Aku rasa tak nak hidup sahaja. Biar aku pergi jumpa mak. – H (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nurul Hazwani : Lepas ni jangan kahwin lagi. Fokus untuk kesihatan diri. Jangan fikir pasal masa depan mengenai dah tua siapa nak jaga kau. Itu semua urusan Allah. Sekarang ni fikir kesihatan kau dan mental kau. Rancang anak dulu. Pastikan diri dah sihat baru plan ada anak. Semoga dipermudahkan urusan sis. Amin.
Nuriah Abdrazak : Tidak, kau tak giIa. Kau cuma tr4uma sahaja. Banyakkan baca Al-Quran. Perbaiki diri sendiri. Bina hidup baru dengan suami sekarang baik – baik. Tak perlu jumpa keluarga sendiri selalu. D4rah daging kita ni kadang – kadang bukan semuanya suka dengan kita. Fitnah orang terdekat itu lagi hebat. Sis doa kau berjuaang untuk diri sendiri. Berubah menjadi yang lebih baik. Duduk dalam circle yang baik baik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.