
Ibu makin senang, badan makin naik, bukan sebab hati senang, rehat tak cukup pun boleh gemuk. Sebab itu ayah langsung dah tak sentuh ibu. Ibu cakap dah bertahun tak tidur sama, ayah rela tidur bawah. Salah ibu ke?
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga Facebook. Admin mohon siarkan, semoga menjadi pengajaran buat semua. Kisah ini tentang kepincangan rumah tangga orang tua aku. Demi Allah, langsung aku tak ada niat nak aibkan orang tua, tapi hati ini tak tertanggung lagi.
Setiap kali teringat, aku menangis semahunya. Benarlah, betapa maIangnya wanita yang tersilap pilih suami. Tahun ini masuk tahun ke-33 perkahwinan ayah dan ibu. Jodoh pilihan keluarga. Ayah kini berusia 65 tahun, sudah masuk ke usia senja. Dah kategori rumah kata pergi, kubvr kata mari.
Tapi per4ngai ayah makin hari makin macam orang muda. Yang menghadapnya ibu. Ibu saksi segala d0sa ayah dari muda sampai tua, tak pernah berubah malah makin teruk. Dari muda ayah memang culas dalam solat. Ibu cerita ayah boleh solat Jumaat, solat raya sahaja. Solat wajib memang tak buat. Mengaji tak pandai langsung.
Ayah sangat baran, ibu lah m4ngsa d3ra ayah, pantang salah sikit. Bukan salah ibu pun, ibu yang dibeIasah. Sampai gigi atas ibu habis tercabut disep4k ter4jang oleh ayah. Aku sendiri pernah saksi ayah pukuI ibu, tapi masa itu aku kecil lagi, hanya mampu menangis tengok ibu.
Ayah juga sangat culas nafkah zahir dan batin. Ibu cakap tak pernah pun merasa gaji ayah, ayah hanya hulur duit dapur. Hidup ibu masa kami kecil – kecil sangat azab bersuamikan lelaki buta agama. Sumpah aku saksi semua itu. Untuk ibu semuanya salah di mata ayah.
Mentang – mentang ibu aku kurang pendengaran, ayah perlekehkan ibu. Tapi ibu tetap sabar. Sabar bersama air mata, ibu kurus sahaja dulu, banyak makan hati. Sampai saat aku dah besar, masuk sekolah menengah, ibu mula banyak meluahkan perasaan terpendam.
Aku hanya mampu mendengar, menangis bersama ibu. Kenapalah ayah sangat k3jam dengan wanita sebaik ibu. Apa ayah nak, semua ibu sediakan. Ayah sangat cerewet bab makan. Ibu aku tak pernah masak simple – simple, masak kari, masak gulai, masak lemak. Tak ada goreng – goreng sahaja, sebab ayah tak makan goreng – goreng ini.
Tahun 2005 ibu mula berniaga nasi lemak dan makanan pagi, sebab ibu tak tahan tak ada duit poket, sebab ayah memang tak bagi langsung. Ibu gigih buat bisnes, laku sangat sebab ibu memang handal memasak. Ayah? Dah tengok ibu ada duit sendiri, sekarang duit dapur pun dah tak bagi. Kosong.
Belanja rumah memang ibu tanggung, duit ayah bayar air, elektrik dan belanja kami sekolah. Itu pun ada ibu bantu. Ibu makin senang, badan makin naik, bukan sebab hati senang, rehat tak cukup pun boleh gemuk. Sebab itu ayah langsung dah tak sentuh ibu.
Ibu cakap dah bertahun tak tidur sama, ayah rela tidur bawah. Salah ibu ke? Kalau badan ibu dah tak macam dulu, kenapa ayah tak nak belikan apa – apa untuk ibu? Gaji ayah lebih banyak daripada pendapatan ibu. Duit ibu nak simpan pun tak lepas, hari – hari beli lauk nak masak sedap – sedap untuk ayah. Kenapa nak salahkan ibu sahaja?
Dan terbaru, ibu beritahu sejak ayah makin senang, sekarang dah beli tab, ayah mula pandai tengok video Iucah. Allah. Di usia 65, usia yang sepatutnya lebih mendekatkan diri pada Allah, tapi ayah makin jauh menyimpang. Aku terdiam.
Ibu cerita tapi dah tak ada air mata macam dulu. Aku tahu hati dia dah letih, dah redha bersuamikan lelaki tak ada iman, tak ada agama, buta mata, buta hati. Bukan ibu tak pernah ajak ayah bertaubat. Ibu nak ajar ayah mengaji tapi ayah tak nak.
Ibu selalu ingatkan solat wajib tapi ayah buat tak tahu. Ibu nasihat macam – macam tapi sikit pun tak terkesan pada ayah, malah ayah makin teruk. Banyak sangat benda buruk tentang per4ngai ayah, banyak sangat sampai aku tak sanggup nak cakap. Ayah tak solat, puasa pun tinggal – tinggal, main nombor ekor, sekarang ket4gih tengok video Iucah.
Allah sedihnya. Kenapa Allah jadikan lelaki itu sebagai suami ibu? Kenapa dia ayah aku? Aku tak pernah cerita hal ini pada sesiapa, tapi semua adik beradik kami tahu. Bukan ibu cerita, tapi nampak dengan mata kepala sendiri. Ayah memang tegas bab pelajaran anak – anak.
Yang perempuan semua hantar masuk sekolah agama, yang lelaki walaupun tak sekolah agama, tapi masih jadi orang, bukan sampah masyarakat sebab ayah didik dengan tegas. Tapi kenapa per4ngai ayah yang makin teruk, tak ada satu pun per4ngai ayah yang baik untuk kami contohi.
Ayah tak jaga agama, panas baran, tak berkomunikasi dengan anak – anak, tak ada toleransi, tak bermasyarakat. Banyak lagiIah. Bukan ibu tak nak cerai, tapi setiap kali minta, ayah akan diam. Bila ibu dah tak tahan, ibu meng4muk minta cerai tapi ayah takkan bersuara.
Ayah tahu kalau berpisah sekarang, tak ada siapa nak duduk dengan dia. Kami adik beradik lebih sayang ibu. Tak ada siapa suka duduk dengan ayah. Ibu dah lama nak berpisah tapi ibu fikir anak – anak. Masa itu ada jiran bercerai, anak – anak memang tak terurus.
Ibu tak nak anak – anak ibu jadi macam itu. Alhamdulillah kami membesar dengan baik. Semua berkat doa dan kesabaran ibu. Aku tak rasa ibu b0doh sebab bertahan dengan ayah yang seteruk itu, tapi ibu buat demi anak – anak. Sampai sekarang kalau ibu cerita pasal buruk ayah, aku akan balas, Allah nak bagi pahala besar dekat ibu, sabarlah ibu.
Walaupun ayah macam itu, aku tak pernah benci, tapi rasa hormat aku hilang sikit demi sikit pada ayah. Aku menangis doakan moga Allah beri taufik dan hidayah pada ayah sebelum dia m4ti. Mohon doa dari kalian juga.
Ulasan pembaca :
Hanna Rianna : Bertabahlah ibu, moga ibu tergolong menjadi bid4dari syurga. Awak jaga ibu awak baik – baik. Semoga Tuhan rahm4ti keluarga awak, doakan ayah diberi hidayah. Jangan pernah berhenti berdoa. Mereka ibu bapa kita, sudah tentu kita sayang keduanya.
Philip Anggie : Ada per4ngai baik ayah kamu yang patut kamu contohi dan bersyukur. Kalau bukan ayah didik kamu dengan tegas, kamu tak akan jadi orang, dah lama kamu jadi sampah. Banyak yang buruk tapi masih nampak hasil kebaikan ayah. Doalah banyak – banyak seikhlas hati mohon ayah sedar kesilapannya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.