
Dulu masa dengan aku, bekas suami beli rumah teres setingkat je. Bila dengan bini baru, dia beli rumah Semi D, kereta baru, motor baru. Aku nak tuntut rumah tu sebagai hak sepencarian. Kesian dekat anak – anak aku. Bini baru dia hasut…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku seorang suri rumah. Bekas suami aku dulu seorang penjawat awam. Kami pernah berkahwin selama 7 tahun, tapi sekarang sudah 4 tahun kami berpisah. Masa kami masih suami isteri dulu, bekas suami aku terlibat dalam kemaIangan besar.
Tulang rusuk dia patah, sampai dia tidak boleh bergerak dan tidak mampu uruskan diri sendiri. Sejak itu, mak mertua aku yang banyak jaga dia. Aku cuba pada awalnya, tapi aku terus terang cakap aku memang tidak mampu. Aku jenis penggeli, terutama bab nak basuh ber4k. Aku bukan jenis biasa hidup susah. Jadi aku rasa tertekan sangat.
Akhirnya aku buat keputusan failkan penceraian. Waktu bercerai, hak penjagaan anak – anak diserahkan kepada aku sebab mereka masih kecil. Kami ada tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Nafkah anak – anak pula dip0tong terus melalui gaji bekas suami.
Bab itu aku lega sebab walau apa pun berlaku, anak – anak tetap dapat bahagian mereka. Masa suami masih s4kit dulu, ada seorang lelaki bujang yang selalu tunjuk minat pada aku. Dia kata, kalau aku bercerai, dia nak kahwin dengan aku. Aku fikir mungkin dia betul – betul ikhlas.
Jadi selepas bercerai, aku kahwin dengan dia. Tapi kehidupan tidak jadi seindah yang aku bayangkan. Nafkah anak – anak tetap bekas suami aku bagi, tapi suami baru aku minta anak – anak dihantar ke kampung untuk mak aku jaga. Katanya rumah sempit, dia tidak selesa ada anak – anak.
Aku berat hati tapi sebab nak elakkan g4duh, aku ikutkan juga. Hati seorang mak, pedih sangat bila terp4ksa lepaskan anak sendiri duduk jauh. Lepas bercerai, soal rumah jadi isu besar. Rumah yang kami beli dulu akhirnya terp4ksa dijual.
Hakim putuskan duit jualan dibahagi, aku dapat suku bahagian. Padahal, masa mula – mula suami s4kit, dia pernah janji rumah tu akan jadi tempat aku dan anak – anak. Katanya biar dia seorang saja keluar dan sewa rumah lain. Tapi janji tinggal janji bila kes naik mahkamah.
Sekarang ini, bekas suami aku sudah pun kahwin dengan seorang peguam. Perempuan tu kalau ikut mata aku, biasa – biasa saja. Tidaklah cantik mana pun. Aku pelik apa yang bekas suami aku nampak pada dia. Yang meny4kitkan hati, bekas suami siap puji – puji isteri baru dia.
Katanya pandai masaklah, pandai jaga suamilah. Aku ni dulu tak pandai layan dia ke? Memang aku selalu beli makanan bungkus tapi bab dalam bilik semua tip top. Itu dia sendiri pernah cakap. Mereka sekarang dah ada seorang anak, baru berusia 8 bulan.
Lepas berkahwin, hidup bekas suami aku terus berubah. Dia beli rumah baru, motosikal baru, kereta baru semua untuk isteri barunya. Dengan aku dulu, rumah kami cuma single storey. Sekarang, dengan bini baru, terus dapat rumah Semi D. Aku memang geram.
Aku pernah cakap dengan bekas suami, aku nak tuntut rumah yang isteri dia duduk sekarang sebab aku kata anak – anak aku ada hak juga. Tapi isteri dia boleh hasut dia kata aku tak ada hak langsung. Sampai bekas suami sanggup cakap aku ni tak sedar diri, tak tahu bersyukur. Aku rasa terc4bar giIa.
Yang paling buat aku terkilan bila anak sulung aku, umur 10 tahun, balik kampung cerita pada aku. Dia kata bila jumpa ayah, ayah lebihkan adik baru dia. Belikan mainan, belikan pakaian cantik, sedangkan anak – anak aku ni cuma dapat duit belanja sekolah biasa saja.
Anak aku tanya aku, “Kenapa ayah sayang adik baru lebih daripada kami?” Aku terus menangis malam tu. Aku tak tahu nak jawab apa. Satu hari, ada kejadian yang tak dijangka. Anak bongsu aku yang baru 6 tahun, demam panas sampai kena w4rded.
Aku hubungi bekas suami, tapi dia lambat datang. Bila sampai pun, dia cuma duduk sebentar, lepas tu terus balik sebab katanya isteri baru dia tak sihat. Masa tu aku rasa macam nak menjerit. Anak sendiri s4kit, tapi dia masih lebihkan isteri barunya.
Plot twist paling aku terk3jut bila kawan pejabat bekas suami bocorkan cerita. Katanya, sebelum kahwin dengan isteri barunya, perempuan tu pernah kantoi keluar dengan lelaki lain. Tapi entah macam mana, bekas suami tetap pilih untuk kahwin dengan dia juga.
Aku dengar bekas suami pernah berg4duh besar sebab isu tu, siap kena baIing pinggan mangkuk lagi. Tapi depan orang, mereka pura – pura bahagia. Yang lebih meny4kitkan, aku dapat tahu isteri barunya sekarang sedang mengandung lagi.
Bekas suami nampak m4kin bahagia, tapi aku tahu dalam rumah tangga dia sebenarnya banyak bergolak. Kawan aku cerita, isteri dia kuat cemburu. Sampai bekas suami aku dilarang jumpa aku kecuali untuk urusan anak. Kalau jumpa pun, mesti isteri baru dia ikut sekali.
Aku rasa macam kelakar, sebab kalau dia betul yakin dengan suami dia, kenapa nak takut sangat dengan aku? Aku sedar ramai yang akan kata aku giIa sebab masih tunggu bekas suami. Tapi aku percaya, cinta pertama itu takkan pernah hilang.
Aku ada tiga orang anak dengan dia, itu bukti ik4tan kami tetap ada. Aku percaya cepat atau lambat, dia akan kembali semula pada aku. Biar orang nak kata aku per4mpas atau tak sedar diri, aku tahu, bekas suami aku takkan bahagia lama dengan perempuan tu.
Komen netizen :
Nur Syaqielah : Kau dah bercerai, jadi memang tak layak nak tuntut harta yang suami kau bina dengan isteri baru dia. Anak – anak hanya berhak dapat nafkah yang ditetapkan mahkamah, itu sahaja. Sebenarnya masa bercerai pun kau tak layak tuntut lebih sebab kau sendiri nusyuz bila berhubungan dengan lelaki lain.
Anak – anak pun banyak kau serahkan pada orang lain untuk jaga. Masa dia s4kit, kau tak nak jaga, tapi sekarang nak tuntut macam – macam. Jangan perasan layanan atas katil tu boleh buat orang kenyang. Dia dah bahagia dengan hidup baru, lebih baik kau jangan kacau. Bertaubatlah sebelum terlambat.
Wan June : Puan… hak puan memang sudah lupus bila bercerai. Jadi janganlah mer0yan nak tuntut sesuatu yang bukan milik puan lagi. Puan pun dah kahwin baru, sepatutnya cari kebahagiaan sendiri, bukan sibuk dengan kehidupan bekas suami. Ingat, kebahagiaan rumah tangga bukan semata – mata pada paras rupa atau layanan di bilik tidur. Baiki diri, jangan terlalu perasan lebih.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.