
Saya terfikir, mak ayah mertua pilih saya sebab saya gaji besar ke? Sejak peristiwa tu, setiap sen duit saya yang digunakan, setiap belanja nafkah saya akan tulis dalam buku. Saya akan tuntut semuanya dekat suami
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Saya bukan lah seorang yang suka cerita / share pada public tentang kehidupan saya. Tapi hari ni saya buat keputusan untuk share sebab saya nak minta pendapat yang akan membantu saya bagi mengelakkan saya membuat keputusan yang salah.
Saya dan suami baru berkahwin dan perkahwinan kami adalah family arrangement (actually arrange by our both auntie) yang mana kami tidak pernah berjumpa sebelum ini. Pada saat saya ingin dikenalkan dengan suami saya, terdapat satu lagi lamaran yang menantikan jawapan saya dari rakan sekerja saya untuk anaknya, tetapi saya telah membuat keputusan untuk bersetuju dengan jodoh yang telah diaturkan oleh family sebelum saya berkenalan dengan suami saya.
Ini adalah atas dasar percaya dengan pilihan keluarga dan saya ingin dapat redha dari mak ayah saya (walaupun sebenarnya mak ayah saya tak pernah p4ksa saya) walaupun saya mempunyai pelajaran, kerja dan gaji yang lebih tinggi dari suami.
Kami berkahwin setelah 6 bulan diperkenalkan tapi kami seringkali bert3ngkar bila perbincangan kami melibatkan nafkah dan ibu bapa suami saya sejak bulan pertama usia perkahwinan kami.. Mungkin kerana takut saya akan mer4cuni fikiran anaknya (ini apa yang fikiran jahat saya fikir).
Mak mertua saya telah menetapkan sejumlah wang yang perlu diberikan oleh suami saya kepadanya tanpa mempertimbangkan kemampuan suami saya untuk menafkahi saya kerana saya bekerja dan mempunyai gaji yang lebih tinggi. Saya pernah membincangkan perkara ini dengan suami dengan mengatakan bahawa saya tiada masalah untuk dia menyarai kedua orang tuanya tapi berg4ntung kepada kemampuannya.
Sekiranya dia mempunyai kemampuan yang lebih maka dia perlu bagi lebih tapi sekiranya bulan itu diberi rezeki yang kurang maka dia perlu berbincang dengan kedua orang tuanya yang dia tidak mampu untuk memberikan perbelanjaan seperti yang dituntut oleh ibunya,
Tapi sia – sia dan dia cakap ‘habis dia kena utamakan isteri dari mak ayah, mak ayah tak boleh ditukar ganti tapi bini boleh cari lain’. Waktu tu sedihnya hati saya. Tapi saya diamkan. Mungkin ada yang kata kalau gaji saya dah lagi tinggi patutnya saya kena bantu suami.
Pada mulanya, saya ada membantu suami saya walaupun nafkah zahir saya diambil ringan. Perkahwinan kami diuji apabila suami saya hendak berhenti kerja (sebab dapat taw4ran kerja kat company lain) tapi company lamanya tidak mengeluarkan gaji suami saya dan saya telah bersabar menyarai suami (belanja kerja, makan, hutang asb).
Dan segala perbelanjaan rumah dengan berg4ntung dengan gaji saya (masa tu saya tak dapat bagi duit belanja kat mak ayah saya dan mereka memahami lepas saya jelaskan kesulitan yang saya alami). Dan pada saat ini saya sedang membangunkan rumah saya dengan perbelanjaan membina rumah ini ditanggung oleh saya seorang tanpa duit suami walaupun sesen.
Tapi pada bulan seterusnya setelah suami terima gaji (dari company baru) dan membayar hutang kereta, insuran dan lain – lain perbelanjaan tertunggak, suami segera mengasingkan bayaran untuk belanja orang tuanya tanpa memikirkan saya (balance duit tu baru dia bagi kat saya itu pon tak lepas duit bil dan belanja rumah).
Waktu tu saya diam, cuba bayangkan waktu tu suami menyerahkan duit tersebut kepada emaknya di hadapan saya dan mak mertua saya sambil melayang – layangkan duit tersebut di depan saya dan cakap ‘tak marahkan?’. Ya Allah waktu tu hanya Allah tau macam mana perasaan saya dan suami pula menzahirkan kegembiraan saat dia dapat setel hutang belanja bulanan kat mak ayah dia.
Padahal mak ayah dia bukan seorang yang fakir miskin yang tak cukup belanja bulanan (hampir setiap hari keluar dan makan kat luar) dan dia juga ada adik beradik yang lain untuk membantu walaupun ayah dia dah tak bekerja. Dalam 2 minggu lepas tu, saya mengalami pend4rahan (saya baru dapat tau saya dah mengandung 6 minggu) dan minta untuk suami bawa saya ke hospital.
Tau apa yang menyedihkan, waktu tu suami tanya nak gi cucuk duit dulu tak? (kalo cucuk duit dia tak pe lagi, ini tak dia tanya nak keluarkan duit dari bank saya sebab duit gaji dia dah habis) dia langsung tak tanya keadaan saya macam mana pun masa tu.
Dah la waktu tu saya pun tak cukup duit sebab saya perlu bayar jumlah yang banyak untuk pembinaan rumah (masa tu pergi hospital kerjaan je sebab saya kerja gomen tak yah bayar). Tak cukup dengan itu, masa nak gi kerja pon dia minta duit dengan saya sebab duit gaji dah habis..
Kadang – kadang saya terfikir sebab dia (mak ayah dia sekali) nak kahwin dengan saya sebab gaji saya besar ke dan mak ayah saya jenis baik (selalu bersabar dengan apa yang orang buat). Dapat tolong dia hidup senang semua. Sebab dia pernah cakap yang dia nak saya jual kereta saya sebab buat apa ada 2 kereta (biasa dia pergi kerja naik motor, ni pon kete dia dah dekat 3 bulan tak gerak dan tayar pancit sebab tak da duit nak tukar tayar dan service).
Lagi 1 dia nak buat bisnes nak beli rumah tapi dia nak saya yang buat loan tu (lagi la saya tak boleh nak terima) sebab dia kata buat apa kerja kerajaan kalo tak nak buat loan. Sebelum kahwin, saya dah selesaikan hutang ptptn dan lain – lain hutang (walaupun saya baru bekerja untuk tempoh 2 tahun setengah).
Sekarang yang tinggal hutang kereta je tu pon akan habis dalam 2 tahun setengah lagi (sebab pinjam 5 tahun je) dan saya bukanlah seorang yang suka berhutang. Sejak peristiwa tu, setiap sen duit saya yang digunakan dan setiap belanja nafkah (termasuk yang diminta balik)
Saya akan catitkan dan nyatakan dia semua hutang yang wajib dia bayar balik dan saya jadi benci dengan mertua saya (ada kes yang menyebabkan saya benci dengan sebab tak consider langsung saya tengah m4buk mengandung). Saya tahu suami kadang – kadang berusaha untuk puaskan hati saya dan orang tua dia terutama mak dia (saya nampak tu sebab dia kuat OT) dan saya tak kisah hidup susah senang dengan dia tapi bersifat adil antara saya dan mak dia.
Saya paham kesusahan dia sebab tu saya tak pernah minta pergi honeymoon, jalan – jalan semua and guest what saya tak pernah pergi tengok wayang pon dengan suami sejak kami kahwin sebab tak cukup duit. Dia minta saya paham kesusahan dia tapi saya juga minta dia pahamkan orang tua dia yang dia pun tengah susah nak bina kehidupan berkeluarga sekarang ni.. Salah ke saya??
Saya berniat untuk pergi kaunseling di pejabat agama dan mungkin akan tuntut cerai kerana sabar saya sem4kin menipis (sebenarnya saya sayang perkahwinan kami). Mohon tolong bagi pandangan dan mohon tidak dih3ntam..Apakah yang saya buat ni salah? Apakah saya perlu terus bersabar lagi? – Aku Yang Tersepit (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Noorzatul Iqmar : Kisah sis ini mengingatkan kisah aku zaman muda – muda dulu. Pertunangan aturan keluarga. Aku yang lurus ini terima lah sebab nak restu orang tua. MaIangnya belum apa – apa lagi dia dah tanya gaji aku, simpanan aku, aset – aset yang aku dah ada masa itu.
Lepas itu beritahu aku yang apa – apa hal dia akan utamakan orang tua dia dahulu sebab katanya orang tua tiada gantinya. Baiklah, aku faham lagi bab itu. Tapi yang meny4kitkan hati aku, dia sendiri beritahu mak aku depan – depan aku yang lepas kahwin nanti dia akan pastikan aku kena bayar komitmen – komitmen kami 50 – 50.
Haha. Nasib tak jadi pun dengan dia. Pandangan aku, “so-called” suami sis itu sebenarnya tak bersedia pun nak kahwin dan galas tanggungjawab sebagai suami. Nampak sangat nak gunakan awak untuk kepentingan mereka anak beranak. Lupakan saja. Awak layak dapat yang lebih baik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.