Masanya telah tiba, dalam keadaan waaras selepas bacaan 3 Qul saya ceraikan isteri

Lepas kahwin baru saya tahu isteri merupakan wanita ‘hot’ masa dekat Universiti. Dia selalu cakap bekas – bekas kekasih dia dekat saya. Masa mengandung saya ada terbaca whatsapp isteri dengan kakaknya. Dia tak nak anak macam muka saya sebab saya hitam.

#Foto sekadar hiasan. Salam buat admin dan pembaca – pembaca setia. Nama saya Adam semestinya bukan nama sebenar. Ketika umur 26 tahun, saya risau sangat sebab semua kawan – kawan dah ke jinjang pelamin dan ibu bapa pun kerap tanya soalan cepu emas.

Saya ada berkenalan dengan beberapa orang wanita tapi dirasakan tidak sesuai. Namun ditakdirkan saya berjumpa dgn sorang wanita dalam tempoh singkat. Dia ada rupa, ada ilmu agama, ada kerjaya yang hebat. Pendek kata ada semua ciri yang saya idamkan dan ciri – ciri yang saya pohon dariNYA.

Dalam masa yang sama dirasakan boleh bercinta selepas kahwin dan selepas istiqarah. Dengan ibubapa yang tak banyak membantah, dalam tempoh kenal sebulan terus tunang, dan selepas 2 bulan terus bernikah. Seminggu lepas kahwin, sudah kuar detik – detik duka.

Rupanya isteriku, aku namakan sebagai A antara wanita hot ketika zaman Universiti. A mengungkit soal kecewa dia dengan semua bekas kekasih, perkara tetap berulang. Setahun pertama kami PJJ, hanya jumpa pada hari Sabtu dan Ahad saja.

Masalah terus meIanda, minta cerai boleh kata setiap masa. Pada masa tu saya fikir mungkin benda biasa, orang kata g4duh – g4duh suami isteri. Jadi saya terima seadanya. Jika ditegur akan dijawab dengan hadis dan dalil. Pernah saya nasihat dia, syurga isteri di bawah tapak kaki suami, tapi dibaIas A bahawa itu bukan hadis sahih, saya yang bukan jurusan agama terus diam je.

Alhamdulillah isteri mengandung selepas 7 bulan kahwin, memang rasa teruja dan saya pilih untuk transfer ke cawangan yang lebih dekat dengan isteri walaupun jarak dekat tu 250km pergi balik setiap hari. Harapan saya selepas ada baby, keluarga saya akan bahagia dan isteri boleh lupakan semua bekas kekasih dia dan laksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Dalam tempoh tu isteri kerap kata – kata tak nak anak macam muka saya sebab saya hitam. Dan pernah saya terbaca whatsapp dia dengan kakak dia bicarakan soal itu. Hati saya sedih tapi Allah je tahu perasaan masa tu. Teruja nak dapat anak, saya belanja sakan untuk pastikan anak sulung saya serba mencukupi, semua rezeki dariNYA

Dengan anak seorang pun isteri masih tidak berubah, bila disuruh masak dan urus rumah, ditazkirah yang itu bukan tanggungjawab isteri, isteri hanya layan suami, suami yang kena sediakan semua. Dalam tempoh itu saya terus berulang 250 km setiap hari dan pastikan balik rumah demi isteri dan anak.

Walau penat di rumah saya uruskan semua, sebab dah biasa diajar oleh keluarga untuk urus rumah jadi tak kekok, isteri tetap sama. Selepas 3 tahun kahwin, semua nampak tidak berubah, tanggungjawab sem4kin banyak, tanggungjawab di rumah, tanggungjawab di tempat kerja.

Alhamdullillah gaji saya lagi tinggi dari isteri jadi bolehlah saya uruskan semua, duit rumah, bil, yuran anak, makan, barang dapur, pergi bercuti. Malah baju isteri setiap bulan, minyak kereta dia, bagi duit belanja bulan – bulan pada isteri, semua belanja anak saya yang tanggung.

Hormat pada suami dah m4kin kurang. Bila dia balik rumah kalau ada kes kaunseIing rumahtangga di pejabat, dia akan ugvt dan takutkan saya. ”Kalau abang kahwin lain juga, ceraikan saya.” Luluh hati saya sebab isteri tak percaya pada kejujuran saya, malah samakan saya dengan lelaki lain padahal saya dah buat macam – macam untuk selamatkan keluarga.

Isteri kerap juga kata nak beli tanah, beli rumah kalau – kalau dia kena cerai dengan saya. Pada ketika itu, Allah je tahu betapa luluh hati saya sebab saya tak pernah fikir soal cerai walau dia kerap sangat dah minta cerai.

Benda berterusan, dan banyak kejadian yang mula menampakkan wajah dia sebenar, fitnah, batu api atas penceraian orang lain, psik0, dan kadang – kadang saya terp4ksa bawa anak duduk dalam bilik bila dia meng4muk kat luar dengan ugvt pis4u nak bvnvh diri.

Sampai satu tahap saya dah tak mampu nak fikir apa lagi yang saya tak buat untuk famili ini. Orang cakap orang perempuan yang selalu berk0rban untuk famili, tapi bagi saya, dah semua benda saya buat. Masa tempoh menyusu saya sanggup ambil cuti ikut dia pergi kursus, siapkan dan urus semua hal rumah selengkapnya.

Saya pergi kerja selepas urus anak dan pastikan isteri pergi kerja dulu sebab dia nak masuk tepat pukuI 8 dan sebab itu saya selalu sampai lewat pukuI 9 pagi ke atas. J0doh tidak panjang, akhirnya masanya sampai. Saya dengan waras dan selepas bacaan 3 Qul saya melepaskan dia.

3 bulan iddah macam – macam drama dan sandiwara. Lepas habis iddah lagi jelas wajah sebenar dia, report polis, fitnah saya ada janda, fitnah saya kaki pukuI dan panas baran, biasalah bila cerai orang akan kesian kat wanita. Tapi masa tu Allah je tahu tapi saya cekal dengan banyakkan kerja kat pejabat.

Pendaftaran cerai, Hadhanah (saya bagi dia anak dan saya dapat hak bermalam 4 hari sebulan). Nafkah saya beri dan failkan sebab itu hak anak saya namun dia tetap tak puas hati. Fitnah berleluasa, malah umi saya terkena tempias fitnah.

Dah genap 3 tahun bercerai, dia masih tak boleh bertolak ansur soal saya nak ambil anak semasa cuti sekolah, hasut anak dengan pemikiran negatif. Saya muhasabah selepas apa berlaku, saya sedar silap saya gopoh dalam membuat keputvsan.

3 tahun saya kahwin, penat dan Allah tarik balik nikmat famili tapi Allah bagi nikmat kerja. Alhamdulillah di tempat kerja saya diterima dan diiktiraf ketika saya gagal dalam perkahwinan. Pertama ia mengajar saya untuk lebih bijak memilih, bukan bersandar pada rupa, bukan ijazah atau master, bukan dari latar belakang agama, bukan lihat pada kerjaya seseorang tapi budi bahasa dan penghayatan pada ajaran agama yang penting.

Sehingga hari ini kes mahkamah terus berjalan, langsung tiada tolak ansur dan penuh eg0. Sebelum ini saya minta padaNYA, pasangan yang cantik, yang pandai, yang ada ilmu agama, yang bekerjaya tinggi dan Allah tunaikan tapi ia bukan yang terbaik untuk saya.

Sekarang saya minta yang TERBAIK untuk saya dariNYA, dan Allah hadirkan seseorang yang terbaik dan sempurna di hati dan di mata saya. Alhamdulillah, dalam masa sama saya tidak lupakan tanggungjawb sebagai abah pada seorang anak perempuan saya, tunaikan nafkah dan tetap ambik anak mengikut hak masa saya yang diberikan oleh mahkamah.

Semoga Allah sentiasa melapangkan masa saya bila tiba jadual saya bersama anak saya. Allah uji pada h4mbaNYA mengikut kemampuan h4mbanya dan Allah jua telah sediakan ganjaran untuk h4mbaNYA yang sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan.

Kawan – kawan, sabar dan yakin Allah ada bila kita dalam masalah dan yakin. Dia akan membantu h4mbaNYA yang sabar. Minta yang TERBAIK kerana Allah Maha Mengetahui apa yang TERBAIK untuk setiap h4mbanya. – Adam

Komen warganet :

Aminah Sidek : Akhirnya awak mampu buat keputvsan demi kebahagiaan awak dan juga anak – anak. Rasanya dah cukup peluang yang awak bagi dekat bekas isteri. Malah lepas cerai pun per4ngai tak berubah. Saya doakan awak kuat dan bahagia dengan isteri yang baik dan mampu jadi isteri solehah buat awak.

Razali Moto : Kalau kes macam ni pun, akan ada geng perempuan yang akan pert4hankan kaum mereka. Sedangkan dah terang – terang suami mend3rita dan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan.

Tapi takpe bro, semua tu pengalaman, walaupun 3 tahun nampak macam singkat, tapi cukup untuk sedarkan kau bahawa nak cari pasangan ni bukan hanya lihat pada wajah cantik dan hebat dalam kerjaya. Semoga bro bahagia dengan isteri baru dan terus amanah dan ingat anak yang ada dengan isteri.

QISY Qaisara : Kesiannya baca luahan awak, kenapa la eg0 sangat isteri tu, tapi nasib baik awak dah lepaskan dia. Biar Tuha je baIas semuanya. Awak pun dah dapat kebahagian awak kan. Tentang anak tu, jangan sesekali lupa nafkah dan selalu jenguk dan ambil dia untuk rapat dengan family awak.

Biarlah bekas isteri hasut tapi awak tunjuk contoh yang baik pada anak. Lama – lama dia akan sedar mana yang baik mana yang tak. Budak – budak ni dia nampak dan bijak menilai.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.