Umur 60 tahun suami gatal nak kahwin lain, saya pujuk dia pergi haji dengan pakej paling mahal

Saya dapat tahu suami rancang nak kahwin dengan gadis umur 30 tahun di sempadan. Namun saya tak bising, saya berfikir apa tindakan yang patut saya buat supaya saya tidak rugi. Saya berpakat dengan anak lelaki saya. Bila suami minta izin nak kahwin lain, saya bagi syarat yang buat dia meng4muk.

#Foto sekadar hiasan. Orang lelaki ni sibuk nak test market nak tau harga diri mereka, akhirnya mereka terjer4t dalam masalah rumahtangga bila diser4ng peny4kit lupa diri, eg0, bangga kerana diIanda perasaan m4buk cinta.

Mereka tidak menilai peng0rbanan isteri, malah anggap isteri tidak berguna lagi. Dan perlu diganti.  Dah jadi datok tapi masih mendakwa ada wanita giIakannya. Zaman ini tak kira lelaki tu muda atau tua masih Iigat nak simpan kekasih gelap, hingga lupa d0sa, dan tak ingat pembaIasan hari akhir4t.

Tapi bila kena tipu dengan kekasih berbeIas ribu baru barulah sedar diri duduk termenung seorang diri. Dia ingat bila banyak duit perempuan sanggup jadi isterinya? Dia lupa badan dah tak bertenaga, cuma gagah luaran kerana bergaya.

Lainlah kalau banyak duit dan harta bertimbun – timbun keliling pinggang. Kalau wanita nak jadi nombor 2 dia tak mahu cari yang dah tua sangat, buat menyusahkan diri nak jaga suami yang badan dah mula di makan ‘anai – anai’, banyak peny4kit dah mula nak hinggap, sedangkan si wanita tengah rancak bergaya.

Lainlah kalau suami usahawan berjaya punya harta banyak tak terkira. Kalau suami s4kit ada nurse yang bolah jaga. Isteri muda cuma pasang badan, tunggu pembahagian faraid bila suami dah jalan. Assalamualaikum, nama saya Norsuhaila (bukan nama sebenar).

Suami saya sepatutnya dah bersara tapi dia nak sambung kerja hingga berusia 60 tahun. Rupa – rupanya setelah dia suruh berhenti kerja, dalam diam dia buat plan nak kahwin lagi. Masa bekerja dulu tak ada kawan nak ceritakan per4ngai suami saya, Zizan (bukan nama sebenar), bila dah berhenti barulah ada yang berani bersuara.

Katanya dia segan pada saya dan tak mahu kami berg4duh. Tetapi sekarang setelah dia tahu matlamat Zizan yang sebenarnya barulah dia nasihatkan saya supaya berhati – hati. Suami saya dah ada kekasih gelap dengan gadis berusia 30 tahun.

Mereka rancang nak kahwin kat sempadan, lepas kahwin baru dia daftarkan di negeri ini. MenggigiI lutut saya bila dengar cerita itu. Mulanya tak percaya, tapi melihat pada tingkah lakunya sering balik lambat saya syak cerita ini memang benar.

Namun saya tak bising, saya berfikir apa tindakan yang patut saya buat supaya saya tidak rugi, akhirnya saya berpakat dengan anak lelaki saya suruh dia jejaki ayahnya, mulanya dia enggan, tetapi kerana saya berkuat nak siasat, barulah dia ikut bantu.

Apabila dah sah cerita ini betul, saya bersabar, sebab saya ada rancangan lebih baik untuk menyedarkan Zizan. Saya pakat dengan anak – anak untuk kurangkan duit saguhati yang diperolehinya. Mereka akur dengan niat supaya ayah mereka tidak membazir.

Mula – mula saya pujuk Zizan pergi mengerjakan haji, setelah kami buat umrah tahun lepas. Nak daftar ikut Tabung Haji tak tahu berapa belas tahun lagi. Saya suruh ikut pakej biar mahal asal puas hati, tapi jadualnya mungkin tahun depan.

Namun syaratnya saya kena keluar duit sendiri, dia tak mahu tambangkan saya. Saya patuh. Saya pujuk dia lagi berikan duit pendahuluan untuk anak beli kereta supaya senang pergi belajar. Walaupun dia membantah, tapi dia terp4ksa keluarkan RM5,000.

Bila adik dapat mesti yang kakak dan abang pun mintak, nak tak nak, dalam marah dan membebel panjang dia terp4ksa beri jumlah yang sama. Syaratnya saya juga mesti beri. Saya kata ok je. Lepas tu kakak, anak sulung kami nak beli pangsapuri, saya pujuk Zizan beri pinjaman pendahuluan 10 peratus dan saya juga akan beri 10 peratus.

Walaupun marah tapi dengan kakak dia m4ti akal, dia terp4ksa keluarkan 10 peratus juga. Dalam pada itu berita Zizan nak kahwin lagi sem4kin rancak di ud4ra. Mungkin dia nak minta restu saya, supaya tak marah, sebab itu dia buat baik dengan saya.

Maka saya jalankan t4ktik lagi untuk kurangkan simpanannya. Saya suruh dia berikan keretanya pada anak lelaki kami supaya tidak naik motor ke tempat kerja. Tetapi dia sayang keretanya, dia beri keretanya pada saya dan suruh berikan kereta saya pada anak.

Saya setuju dengan syarat dia mesti habiskan bayaran ansuran kereta dan tukar nama saya. Zizan lagi setuju sebab dia nak bergaya dengan kereta baru. Nak tunjuk kemewahan dan kemampuan di samping bergaya.

Akhirnya tibalah masanya Zizan melahirkan hasrat nak kahwin lagi, saya memanglah marah dan tak setuju, tapi saya suruh dia tanya anak – anak, biar suasana rumah jadi lebih harmoni. Anak – anak bantah.

Zizan meng4muk, mulalah ungkit pemberiannya kepada anak – anak selama ini, dan cap anak – anak tak hormatkan ayah sendiri. Kerana marah Zizan tak balik rumah, saya diamkan diri dan lihat sejauh mana dia hendak meng4muk.

Bila dia balik sekali lagi dia tanya pandangan saya. Saya setuju tetapi dengan syarat hak milik rumah berikan pada saya seorang. Kerana rumah itu atas nama kami berdua. Saya jelaskan saya tak mahu berebut hak atas rumah tersebut dengan isteri baru dan anaknya satu hari nanti ditakdirkan dia m4ti nanti.

Dengan perasaan marah dia terp4ksa ikut dan akhirnya rumah ini jadi milik saya seorang, dengan syarat saya tak boleh kahwin. Kalau saya kahwin rumah itu mesti dipulangkan kepada dia. Saya setuju. Kerana ketika itu dia kemaruk nak kahwin.

Si perempuan dah tak boleh tunggu lagi, maklum duit banyak. Zizan dengan segera bereskan baki bayaran dan proses tukar nama rumah. Saya tahu simpanannya berkurangan walaupun belum habis lagi. Akhirnya dengan baik saya nasihatkan Zizan, saya suruh dia fikir masak – masak lepas kahwin nanti takkan dia nak berg4ntung hidup dengan duit gaji sehingga berumur 60 tahun sahaja.

Takkan lepas itu dia nak kerja jadi pengawal keselamatan atau jadi driver hantar isteri pergi balik kerja. Awak bukan orang kaya ada syarik4t sendiri boleh bekerja sampai m4ti. Atau mungkin awak nak jaga baby dan tunggu isteri kat rumah.

Ketika itu isteri masih muda dekat 40 tahun, apa awak tak cemburu tengok isteri bergaya pergi kerja tiap – tiap hari? Awak fikir perempuan itu mahu berhenti kerja jaga awak kat rumah? Kalau hari ini awak ada peny4kit d4rah tinggi, lagi 3 atau 4 tahun dah pasti ada k3ncing manis dan s4kit jantung.

Si kembang 3 ser4ngkai pasti datang! Nasib tak baik dapat s4kit buah pinggang. Waktu itu kalau masih kuat tak apalah kalau asyik keluar masuk hospitaI isteri muda pun menyampah nak jaga awak asyik s4kit. Saya bukan bodoh macam awak nak kahwin lagi kalau awak m4ti, saya tak mahu jaga suami yang sudah tua yang pasti ada pelbagai jenis peny4kit.

Cukuplah saya bekerja bertungkus lumus selama ini membesarkan anak – anak dan mengurus rumah tangga. Bila dah berhenti kerja sekarang saya nak hidup bebas nak manjakan diri. Bebas melakukan apa juga perkara yang selama ini saya tak dapat nak buat asalkan tidak meIanggar hukvm agama.

Zizan termenung dengar nasihat saya, saya tak tegah dia kahwin, tapi sampai hari ini dah dekat beberapa bulan masih belum dengar cerita dia nak kahwin, saya hanya diamkan diri, nak lihat apa dia nak buat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.