Masa tu aku masih sekolah. Setiap malam aku sedar, bapak tiri akan cuba masuk bilik aku untuk buat benda tak elok. Bila aku cerita dekat ibu, ibu kata orang minyak

Keesokannya, aku mengadu pada ibu. Namun bapak tiri tak mengaku, siap bersumpah itu bukan dia. Selang beberapa hari, balik dari sekolah, ibu bagitahu tentang orang minyak yang memecah masuk rumah orang. Mungkin orang minyak yang telah masuk bilik aku.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama aku Dinaz berusia 24 tahun, nama samaran. Baru habis belajar dan bekerja biasa – biasa untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang di ibu kota. Ibu bapa aku berumur awal 40 an.

Ini luahan hati aku sebagai seorang anak sulung perempuan di mana aku rasa kekurangan kasih sayang dan figura seorang ayah dan ibu. Mak dan ayah aku cerai ketika aku berada di sekolah rendah. Namun aku horm4ti keputusan mereka.

Walaupun pokok pangkalnya aku belum tahu, masih belum dengar dari mulut mereka sendiri. Bila aku dah dewasa, aku mula memahami sedikit demi sedikit. Namun aku masih inginkan kepastian dari mereka. Aku sangat sayangkan ibu aku. Oleh tu, aku ikut ibu selepas bercerai dan tak menghubungi ayah kandung aku.

Selepas bercerai, ibu aku ambil keputusan untuk berkahwin lagi dengan jejaka pilihan hatinya. Ibu tak pernah tanya, adakah aku setuju? Adakah aku selesa dengan dia? Semua atas keputusan ibu aku sendiri. Itu pilihan ibu aku dan ya, pilihan tu telah bawa aku di sini hari ni, menulis coretan yang tak terluah dek kata – kata aku.

Selepas ibu berkahwin, kami tinggal bersama. Aku tak selesa namun sebab aku sayang ibu, aku cuba untuk menerima pakcik dalam hidup aku. Hasil perkahwinan mereka, dapatlah aku dua orang adik yang masih kecil. Kejadian yang tak dapat aku lupakan dan aku simpan hingga ke hari ni ialah pada waktu malam, pakcik akan menjenguk bilik tidur untuk pastikan aku tidur kerana esok sekolah.

Namun aku sentiasa berpura – pura pejam mata kerana takut dimarahi. Jadi pada malam tu, aku tengah berbalas mesej dengan kawan aku pada tengah malam. Jadi aku memang sedar akan apa yang berlaku pada masa tu. Aku sedar ada sosok tubuh yang mendekati pintu bilik tidur.

Ibu tak izinkan aku kunci pintu bilik walaupun sudah diminta. Jadi aku turuti saja kehendak ibu. Disebabkan aku sedar sosok tubuh seorang lelaki yang aku percaya pakcik mendekati bilik, jadi aku pun pejam mata dan sorokkan telefon untuk berpura – pura tidur.

Namun tiba – tiba, aku sedar ada tangan yang cuba dimasukkan ke dalam seluar dan meraba – raba. Aku terk3jut sangat waktu tu. Tak percaya. Jadi aku bergerak – gerak lalu tangan tu dikeluarkan dan terus keluar dari bilik. Keesokannya, aku mengadu pada ibu. Ibu terus memarahi pakcik.

Namun pakcik tak mengaku dan siap bersumpah itu bukan dia. Selang beberapa hari, aku jauhkan diri dari semua terutama pakcik. Pulang dari sekolah, ibu bercerita mengenai orang minyak yang memecah masuk rumah orang. Mungkin orang minyak yang telah masuk bilik aku. Ibu beri ideologi tu kepada aku. Aku mula percaya dan tiada sesiapa yang mengungkit hal tu lagi.

Pakcik aku terlalu senang. Dia tak bekerja dan boleh dikatakan dia biawak hidup. Hanya tahu menonton televisyen, kopiah hanyalah di kepala semata – mata. Kalau benar ikut agama, mesti tahu akan nafkah yang perlu diberi kepada ibu dan kepada adik – adik aku.

Kenapa perlu gunakan agama. Tak dapat aku sangkal, kata – katanya memang manis belaka. Mungkin sebab tu ibu jatuh hati. Tapi bukan ni caranya. Bila aku sudah menginjak dewasa, semua yang ibu kata hanyalah dusta semata – mata.

Kerja yang diceritakan kepada aku hanyalah dusta. Kenapa duduk rumah dikatakan kerja? Ya aku faham dunia sekarang banyak tiktok terkenal semua tu. Bukan tu yang aku maksudkan. Ini duduk rumah dan tidur. Goyang kaki. Tengok televisyen. Adakah tu kerja?

Ibu yang berniaga untuk menyara kami. Cukup – cukup makan. Dulu aku diejek kerana terlalu kurus. Sekarang baru aku sedar kesusahan yang aku alami pada waktu tu. Duit sekolah diulang – ulang pakai. Kalau tak makan, simpan jadi esok ada duit kalau aku lapar.

Ibu banyak berhutang dengan orang dan tu sudah jadi kebiasaan. Mungkin tu sebab untuk menyara kami adik beradik. Dipendekkan cerita hinggalah aku masuk ke universiti. Pinjaman belajar juga ada aku hulurkan kepada ibu kerana kesian. Ibu tiada duit. Duit kerja juga dihulurkan.

Pakcik? Pakcik makin menjadi – jadi kerana ditanggung. Sejak kecil ibu terapkan kena bantu mereka apabila sudah tamat belajar. Apabila aku kerja kena beli rumah, beli kereta dan buat pinjaman untuk mereka kerana tak terbalas jasa mereka membesarkan aku. Tak tertanding dan tak mampu dibayar dengan apa jua sekalipun.

Jadi aku pernah suarakan hal ni kepada semua ketika makan. Ketika aku sedar ini semua salah. Suami ialah seorang ketua. Harus jalankan tanggungjawab seorang suami mencari rezeki, menjaga isteri dan anak – anak. Pakcik aku terasa hati dan terus berlalu, tak jadi untuk makan. Aku yang dimarahkan.

Ibu kata aku sangat biadap dengan pakcik. Belajar tinggi – tinggi tapi ini yang dibalas. Bukankah belajar lagi dapat membuka mata kita untuk memahami tentang dunia. Dapat melihat dari perspektif lain, bukan ideologi yang diterapkan dari kecil.

Sekarang sesudah bekerja, baru dua bulan dengan gaji berjumlah RM1800 belum tolak KWSP, aku beri kepada ibu semuanya tanpa apa – apa kata. Aku kesian dekat ibu. Puncaknya kerana pada suatu hari aku ada masalah dengan keluarga aku.

Ibu minta aku untuk buat pinjaman peribadi berjumlah RM30k untuk bantu mereka hidup. Tak salah jika aku bayar pinjaman tu dibandingkan apa yang mereka beri kepada aku. Namun aku menolak. Aku tak mahu teruskan tradisi ni. Aku tak mahu nanti jika aku berhutang, anak – anak aku juga ikut susah.

Selepas peristiwa ni, hubungan kami jadi tak baik. Ibu menuduh aku anak derh4ka yang tak kenang budi. Kalau aku tak tolong keluarga, siapa lagi yang akan tolong? Aku ialah anak sulung yang ada tanggungjawab. Ibu kata aku kena ingat tanggungjawab aku sebagai kakak kepada adik – adik aku.

Habis? Pakcik. Mana pergi tanggungjawab pakcik? Ibu terlalu menangkan suaminya. Aku tetap berkeras walaupun aku dicaci macam – macam. Sebab duit, ibu kata macam – macam kepada aku. Aku rasa dibuang sejauhnya. Hidup aku waktu tu sangat perit. Sangat s4kit untuk aku telan hingga aku bercadang untuk bvnvh diri.

Kenapa aku dicop anak derh4ka dan tak kenang budi kerana aku tak mahu buat pinjaman RM30k? Salahkah keputusan yang aku buat. Ibu cakap jangan pentingkan diri. Sekurangnya pinjaman tu boleh bantu mereka hidup. Pakcik menyokong ibu.

Aku harus balas jasa ibu membesarkan aku. Aku tak kisah nak beri ibu duit bulanan. Namun bukan ni caranya. Dengan pakcik tu tak bekerja, bagai menempah m4ut. Aku tak setuju. Aku ingat kerja dekat dengan ibu dapat tengok ibu dekat dekat. Senang.

Namun kata – kata ibu amat meny4kitkan. Bagai aku tak layak hidup di muka bumi ni. Pelbagai doa dilemparkan kepada aku agar aku hidup susah kerana seorang anak yang menjaga ibu dan dengar kata ibu, Allah akan memberkati hidup.

Disebabkan aku menolak permintaan ibu yang satu ni, aku didoakan hidup tak selamat. Amat s4kit. Jadi aku buat keputusan untuk cari kerja di ibu kota untuk stabilkan emosi aku. Dalam lebih kurang dua tiga minggu aku dapat taw4ran kerja. Aku berhijrah untuk baiki hati aku.

Aku masih sayang ibu. Aku harap dengan keputusan ni hubungan kami makin baik. Namun tak. Wang bulanan masih aku pindahkan ke akaun ibu pada setiap bulan. Namun ibu tetap minta amaun yang melebihi kemampuan aku. Duit makan juga aku bahagi hingga makan RM300 saja sebulan.

Aku bawa bekal nasi dan telur kicap saja ke tempat kerja. Gaji aku hanyalah cukup – cukup makan. Tak mampu beri ibu kemewahan. Namun aku dicop pentingkan diri sendiri. Di sinilah aku rasa sunyi tanpa siapa – siapa, amat tertekan. Aku tak tahu lagi bagaimana cara untuk baiki hal ni. Cik Dinaz, bukan nama sebenar.

Ulasan Pmebaca :

Fazidah Abdul Kadir : Bagi ikut kemampuan, jangan bagi banyak sangat. RM300 cukup untuk ibu. Yang lain awak buat simpanan dan belanja. Tak ada dalam Islam pun anak perempuan memang tak perlu tanggung keluarga. Hakikatnya orang lelaki yang kena buat semua tu. Adik – adik awak ada bapa, ibu awak ada suami. Sudah – sudah tanggung benda yang tak perlu pun awak tanggung.

Dee Ya : Awak, ibu awak tu dah giIa. Maaf cakap terus terang tapi macam itulah keadaannya. Seorang perempuan yang tak dapat hidup tanpa lelaki. Awak tak perlu pun bagi duit banyak. Cukup bagi RM500 saja sebulan untuk makan ibu sebab makan pakai adik – adik awak patutnya tanggungjawab bapa tiri dan mak awak. Mereka yang bersedap – sedap, kenapa awak pula yang menghulur duit.

Lepas ni tak payah hubungi mak awak lagi. Masukkan saja duit RM500 sebulan untuk makan mak awak dan diam selama sebulan. Bulan depan masukkan lagi RM500. Cukuplah berk0rban. Makan pakai tempat tinggal tu tanggungjawab suami mak awak, bukan awak.

Azura Zura : Bukan tanggungjawab anda untuk menyara adik – adik tiri. Bapa dia ada lagi kan? Suruh bapa dia pergi kerja cari duit. Bantulah diri sendiri dulu. Pastikan ada simpanan untuk diri sendiri, makan pakai kend3raan tempat tinggal diri sendiri cukup dan selesa dan selamat. Ada lebih duit baru bagi ikut mampu, tak ada lebih tak payah bagi. Bagi sebagai tanda ingatan, bukan untuk menyara keluarga sepenuhnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :