Lepas dapat kahwin baru, suami jarang balik rumah isteri kedua. Masa suami kemaIangan, 5 bulan aku jaga. Mana bini kesayangan dia??

Dekat hospital, aku sengaja tinggal suami dalam keadaan s4kit, patah, biar bini kedua yang jaga. Tiba – tiba nurse call aku… Empat hari di hospital, lima bulan terlantar dekat rumah aku, batang hidung bini kedua suami aku langsung tak nampak..

#Foto sekadar hiasan. Untuk part I : 7 tahun bahagia dalam rumahtangga, suami tiba-tiba cakap nak kahwin lagi. Dengan bekas tunang. Dulu mereka putus sebab tak cinta. Tapi sekarang dah bercinta. Pada post yang sebelum ni, rupanya aku tak tulis ya Khai dan Nadia berkahwin juga.

Jodoh mereka maybe, aku redha dalam terp4ksa. Sudah hampir setahun mereka berkahwin, bulan October nanti anniversary mereka yang pertama. Apa yang boleh aku ringkas, hati aku h4ncur bila mereka berkahwin. Kehidupan selepas itu seperti biasa, cumanya Khai akan bergilir – gilir.

4 hari rumah aku, 3 hari rumah Nadia. Tapi kerapnya di rumah aku, alasan Nadia tiada, out station, ada program di KL. Aku tak pernah tanya, Khai beritahu aku just dengar. Apabila dia di rumah aku, aku jalankan tugas seadanya seperti sebelum ni.

Makan pakai dia tiada yang berubah – sama seperti sebelum ini. Angin aku akan ok jika dia tak buat per4ngai. Apa aku masak, dia makan tanpa merungut. Pernah sekali dia bermanja mintakan aku masak nasi lemak. Spontan aku cakap – “u minta macam – macam ni, dekat isteri atau maid?”.

Aku tahu Khai hanya mahu bergurau, tapi aku terlalu sensitif lepas dia berkahwin lain. Aku jarakkan diri dari keluarga mertua selepas Khai berkahwin lagi. Ayah mertua masih baik dengan aku, namun aku perasan ibu mertua sem4kin dingin dengan aku. Kakak ipar juga sama. Biarkanlah….

Tak pernah aku beremosi depan anak – anak. Depan anak – anak, kami berlakon bahagia seperti biasa. Aku teruskan hidup. Perbualan harian kami hanya berkaitan anak – anak. Selain itu, aku hanya diam. Kami masih tidur sebilik, makan semeja. Depan anak – anak, aku berusaha menjadi seceria yang mungkin.

Khai cuba baiki keadaan, tapi bila dia menyentuh perihal ‘kita’, aku naik angin. Aku w4rning Khai jangan c4bar aku. Tapi dia pandai ambil kesempatan, depan anak – anak dia ambil kesempatan. Pegang tangan, peIuk pinggang, civm pipi aku. Sebab dia tahu aku takkan menolak depan anak – anak.

Aku diam tak membalas. Cuma bila dia terlalu melampau ambil kesempatan, adakala tanpa aku sedar air mata mengalir. Aku autom4tik akan menangis. Khai melihat dan terdiam. Aku volunteerkan diri berjumpa pakar psik0logi. Aku rasa tak mampu untuk bertahan dalam perkahwinan ini, kepada Khai aku minta berundur. Its ok, I mengalah…

Aku contact beberapa rakan dan majikan lama. Aku plan nak kerja kembali. Sepanjang jadi suri rumah, aku ada ambil tempahan kek dan pastri, sambutan not bad. But my passion more to become engineer, makan gaji pun takpa. Kerja semula, Khai approved tapi bukan bercerai.

Khai minta aku bersabar. Things gonna be ok, just like before… aku tak faham. Adakala tertanya juga aku di mana Nadia. Khai dah macam penduduk tetap kat rumah aku. Boleh dibilang dengan jari berapa hari dia pulang ke sana dalam sebulan. Aku tak bertanya, cuma bila dia pulang ke sana dia akan beritahu.

Khai medical leave 5 bulan, kemaIangan ketika pulang dari bekerja. Kereta total lost, Khai patah kaki dan retak pergelangan kaki. Both keced3raan di bahagian kaki kiri. Perlu dibantu untuk bergerak. Semasa di hospital, itulah kali pertama aku melihat Nadia. No comment about her

Lepas Maghrib, melihatkan keadaan Khai yang masih sedar, doktor juga sahkan tiada keced3raan dalaman , aku minta izin Khai pulang ke rumah. Khai mengangguk. Dalam muka Khai yang berkerut menahan kes4kitan sempat juga aku perli dia, “wife kesayangan mesti nak jaga u malam ni. esok je la I datang balik”.

Adik ipar tidak henti update status dalam wassap group, Khai sudah dimasukkan ke dalam wad, esok pagi pakar orthopedik akan check again about kaki yang patah. Aku cuba tidur, tapi tak lena. Baru saja nak terlelap, before subuh dalam pukuI 5 begitu Khai call – guna phone nurse.

Mulanya berder4u d4rah aku dapat call dari nombor tak dikenali pagi – pagi buta. Khai minta aku datang awal, dia sorang – sorang di wad dari malam. Segan katanya minta nurse buatkan semua. Aku rasa bersalah, tapi rasa nak marah juga.

Ingatkan isteri kesayangan yang temankan malam tadi tapi difikirkan semula, aku rasa sangat berd0sa sebab tinggal Khai malam tadi. Myra dan Lyla aku hantar ke taska. Kelam kabut pagi tu. PukuI 8 aku dah terpacak di tepi katil Khai dengan satu bekas sup ayam dan nasi goreng cina. Our comfort food bila tak sihat.

Sedih tengok keadaan dia, tapi aku lebih kepada geram. Rasa nak g4duh tapi tak manis la pula orang dengar. Lagipun macam k3jam sangat kan kalau aku cari g4duh waktu tu. Tengah hari waktu melawat, aku balik rumah. Waktu tu family Khai akan ada, aku malas nak jumpa mereka.

Malam aku datang semula, tidur sana temankan dia. Muncung aku sedepa, mata aku menjeling. Khai silap buat lawak sikit, aku fire dia, ‘isteri kesayangan u mana? u s4kit kenapa I kena jaga pulak’. Aku pelik Khai seperti tak kisah pasal Nadia.

Semua dia minta aku buatkan, bila aku tanya kenapa tak minta isteri sana yang buatkan, Khai hanya senyum. Empat hari di hospital, semua berkaitan Khai, aku yang uruskan. Aku tak nampak Nadia, mungkin datang masa waktu melawat mungkin.

Empat hari di hospital, lima bulan medical leave di rumah aku. Kecuali aku, Khai hanya keluar rumah bila bersama keluarga mertua. Appointment doktor, atau family mertua ambil bawa balik Perlis untuk berurut tradisional. Lagi pula Khai tak ada kend3raan.

Kereta Khai aku pakai buat macam harta sendiri. Sebabnya Khai kemalangan hari tu semasa sedang guna kereta aku. Mana Nadia, apa sudah jadi dengan hubungan mereka? entah la korang… Maaf kalau coretan aku kali ni agak bosan. Mesti ramai nak tahu pasal Nadia. Tapi jujurnya aku sendiri tiada jawapan…

Untuk post aku yang first, aku baca semua komen korang. Terharu sangat, rasa dihargai. Untuk Khai, I sayang u sangat – sangat. Tapi I tak boleh terima bermadu. I tak boleh terima I terp4ksa berkongsi u dengan orang lain. I impikan jadi isteri u sampai akhir hayat I.

Sudah setahun I merajuk, tapi I suka u tak putus – putus berusaha memujuk I. I suka bila kita terp4ksa berlakon bahagia depan anak – anak. Dalam diam, I suka u pegang tangan I, u civm pipi I depan anak – anak. I sedih bila medical leave u habis.

Bila u cadangkan I kerja semula dengan company lama, I love the idea, memang I nak dengar u cakap macam tu. Jangan bosan ya jika u kena tengok muka I di rumah dan juga tempat kerja nanti. I tahu sekarang I cuma bermimpi, tapi I berserah sepenuhnya kepada Allah. Indah sangat mimpi kali ni.

Setahun yang berlalu, it is too much for me. Hati I h4ncur, tapi usaha u yang tak putus pujuk buat I bertahan . Satu I pohon, suatu hari nanti jika I terIuka lagi, tetaplah di sisi I okay… I tak pasti siapa kita di masa depan, kepada Allah I berserah…. – Nurul (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nurul Mohd : Hugs dik. Orang nama nurul, memang kuat emosinya. Akak nak cakap, dik. Part khai peIuk bergurau depan anak – anak, mahal sangat moment tu, dik. Anak – anak membesar dengan rasa bahagia. Stabil emosi mereka. Childhood yang penuh keriangan. Mahal sangat yang itu.

Akak tahu rasa itu, dik. Sebab itu lah yang arw4h suami akak buat. Anak – anak akan menjerit happy, jeles yang membawa happiness. Anak – anak memang happy sangat melihat ibu ayah mereka express kan rasa kasih sayang begitu. Enjoy that moment, dik. Percayalah cakap akak. U gonna miss that.

Anak – anak takkan rasa yang sama jika melihat ibu buat begitu dengan ayah baru. Silap – silap, mereka menyampah. Khai loves you. Cuma masih ada saki baki kasihnya dengan nadia. But for now.. enjoy the marriage ye, dik.

Zahrotul Farihah Abdul Aziz : Saya rasa, banyak perkara yang Nadia tidak boleh menandingi awak. Cinta Khai mungkin sudah dibahagi 2.Tapi saya yakin, awak dapat portion yang besar. Semoga pernikahan awak dan Khai kekal ke akhir hayat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :