Suami kaya, berharta tapi sangat kedekut. Aku dan anak-anak tak dibenarkan duduk atas sofa. Kalau kotor, rosak aku kena ganti. Keperluan aku, kena bayar asing

Sejak pindah rumah baru, aku dan anak – anak tak boleh buat sepah, kotor. Sofa pun hanya perhiasan, Suami suruh kami duduk di lantai je. Kedekutnya suami, aku nak beli tepung, esen vanila dan yis untuk buat kuih. Aku letak dalam troli dia. Suami nampak terus suruh aku keluarkan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Hide profile aku plizzz. Apakah perasaan anda sekiranya si suami lebih menyayangi harta bendanya daripada anda dan anak – anak? Si suami menjaga harta bendanya ibarat nyawanya. Teringat aku kisah si haji bakhil zaman P. Ramlee. Tak sangka sekarang aku melaluinya.

Bezanya si bakhil dalam keadaan kelakar, tapi aku dalam keadaan perit dan terh1na. Suami aku seorang penjawat awam yang gaji agak lumayan. Aku bersamanya hampir dua belas tahun. Dari dia bukan sesiapa, tak ada kerja, duit tak ada satu sen pun.

Aku yang bersamanya dari dulu hingga sekarang. Dia bijak mengendalikan wangnya sehingga kini dia ada tanah, rumah, wang tunai, ASB penuh. Aku sedih sebab dia mengutamakan harta bendanya melebihi segala – galanya. Sangat berkira.

Aku berbisnes dalam talian, ada lah bahagian untuk aku membeli keperluan aku. Dia dulu pernah beri aku dua ratus sebulan untuk aku berbelanja. Tapi sejak dia beli rumah baru, gaji aku dimansuhkan sebab tak cukup katanya nak bayar rumah. Aku reda. Ada lah duit aku sedikit buat bisnes dalam talian untuk belanja. Tak apa lah.

Tapi segalanya semakin teruk. Dia semakin berkira sampai aku rasa aku ni bukan bini dia. Aku hanyalah bibik yang dia gunakan untuk memastikan rumah baru dia sentiasa kemas dan terjaga. Aku dan anak – anak terasa seperti askar. Sofa dibeli hanya untuk tatapan umum katanya, bukan untuk korang duduk.

Korang duduk atas lantai. Nanti rosak sofa ni siapa nak ganti? Luluh hati kami anak beranak. Dipesannya lagi kepada aku, jaga semua barang dalam rumah baik – baik. Kalau rosak engkau gantikan balik. Setiap hari aku diarah itu ini, dibentak buat kerja rumah sedangkan aku setiap hari menunaikan tanggungjawab aku.

Tapi ada saja yang tak kena di matanya. Aku rimas. Bila ke pusat pasaraya membeli barang dapur, aku terp4ksa bayar asing apa yang aku nak makan dan beli. Dia suruh aku pergi bayar jauh – jauh atau kira balik dalam bil dan bayar balik di rumah.

Ada sekali tu aku tak ada duit langsung dan aku ambil tepung gandum, esen vanila dan yis untuk membuat kuih. Aku selitkan dalam troli dia. Dia nampak terus suruh aku keluarkan. Allah, tergamak engkau wahai suami. Keperluan raya disuruhnya aku mengumpul dari awal untuk beli baju sendiri.

Katanya dia dah benarkan aku bisnes jadi beli sendiri semua keperluan. Bila kami keluar makan di kedai, bil aku kena bayar separuh. Kalau aku tak ada duit tak payah makan di luar, balik masak. Aku jatuh motosikal sebab hantar anak anak sekolah.

Bukan aku yang dirisaukan, tapi motor dia. Disuruhnya aku pergi baiki sendiri guna duit sendiri. Aku letih, tak larat. Kami ada lima orang anak. Bongsu bayi lima bulan, kakak dia dua tahun. Bayangkan betapa aku kelam kabut menguruskan anak – anak sekolah dan anak kecil sendirian.

Uruskan rumah tanpa dibantu langsung si suami. Aku tak ada cuti walaupun aku s4kit. Aku mesti pastikan rumah dalam keadaan bersih dan teratur. Aku buat kerja dalam keadaan s4kit, terketar – ketar. Ya Allah, siksanya hanya Tuhan yang tahu.

Bila aku mengadu pada dia dituduhnya aku manja. Dia buat tak tahu. Dia syok main telefon sedangkan aku kelam kabut menguruskan semuanya. Tak ubah seperti bibik. Bezanya bibik bergaji, aku tak. Hampir setiap hari aku dimaki hamun, disumpah seranah atas kesalahan yang aku sendiri bingung memikirkannya.

Anjing, b4bi, monyet, binatang, ceIaka, itu semua adalah mainan kata – katanya bila maki aku. Bila anak – anak tak duduk diam dalam keretanya, dipanggilnya anak – anak monyet keturunan ceIaka. Allah. Lebih sepuluh tahun aku mendengar itu semua.

Sekarang ayat – ayat itu tak lagi menjadi kudis pada aku. Hati aku keras, tak ada perasaan, tak ada deria rasa. Aku disorok daripada jumpa kawan – kawan dia. Dia malu kalau kawan – kawan dia jumpa aku. Aku hodoh, tak cantik katanya.

Dia d3ra fizikal dan mental aku. Dia takut pada bayang – bayang sendiri. Cemburu dia tak bertempat. Aku tinggi seratus enam puluh empat sentimeter, berat enam puluh kilogram. Walaupun anak lima tubuh aku kekal. Kawan – kawan mengenali aku seorang yang sangat bergaya.

Aku dipanggil mama hot oleh kawan – kawan aku. Namun tu semua hanya di luar. Di rumah aku dibentak, dimaki, jadi h4mba abdi. Orang luar memandang kami sebagai sebuah keluarga yang serba sempurna. Ibu bapa muda yang mempunyai anak lima, kehidupan stabil serba serbi cukup. Namun mereka tak tahu apa yang aku lalui. Perit macam ner4ka.

Suami aku mempunyai masalah dalam hubungan batin. Namun dia tak nak akui dan aku hanya boleh memendam rasa. Hampir setahun aku tak disentuh atas alasan yang tak munasabah sedangkan aku tahu dia tak mampu. Talak yang ada antara kami hanya tinggal satu.

Sekarang dia tak nak lepaskan aku walaupun dia pun dah macam tak ada hati pada aku. Semuanya demi anak – anak. Adakah aku seorang yang pentingkan diri sekiranya aku berkeras untuk berpisah? Dia pernah beritahu untuk lepaskan diri daripada dia hanya satu jalan iaitu aku bvnvh diri.

Dia tak akan sesekali lepaskan aku. Setiap kali aku mengandung, mulut dia tak lepas daripada maki aku supaya m4ti masa bersalin dan susah bersalin. Namun Allah itu ada. Alhamdulillah aku bersalin anak – anak aku dengan sangat mudah sekali.

Dalam pantang aku terp4ksa buat kerja rumah semuanya. Katanya aku dah sihat dan jangan jadi pemalas hanya makan tidur dan habiskan duit dia kena beli makan di luar. Dia gelarkan aku isteri derh4ka, jahat kerana tak dengar arahan dia kemas rumah dengan bersih dan teliti. Katanya lagi sembahyang aku tak ada guna sebab derh4ka pada suami. Aku down. Tempat aku di ner4ka katanya. Setiap hari aku berdoa supaya Dia dekatkan… aku dengan kem4tian..

Ulasan Pembaca :

Mayu Maii : Ya Allah. Kuatnya awak. Baca ni saja pun tangan aku mengeletar marah sampai peluh sejuk. Kalau aku di tempat kamu tak tahu apa akan aku buat. Mungkin bagi racun ikan buntal atau sarin VX. Suami awak macam ada masalah mental. Tak normal tu.

Binatang pun kita pelihara baik – baik. Sekiranya sering datang rumah apa lagi isteri yang beri dia kenikmatan, bagi dia zuriat, menjaga makan minum, anak – anak dan teman satu bumbung. Kalau lelaki normal sekurangnya dia pandai berfikir pasal ni. Ada yang tak kena dengan suami awak ni, ada kerosakan saraf. Kalau awak kuat bertahan lah, tapi kalau tak baik undur diri. Nanti awak diser4ng s4kit jantung atau str0k tanpa sebab.

Hashimah Abu Kasim : Selalu tengok dalam drama televisyen, tapi realitinya memang wujud manusia jenis macam ni. Tak kira lah suami atau isteri. Kadang – kadang bila Allah duga dengan rezeki yang lebih, manusia mudah lupa diri.

Lupa pada pasangan yang setia di sisi, menemani diri dari kosong hingga berjaya. Lupa pada insan yang sanggup susah payah, kongsi suka duka, s4kit pening. Bukan sehari dua hidup bersama, bertahun malah memakan belasan tahun.

Tapi sayang, bila kejayaan menghampiri, kekayaan mula dinikm4ti, dengan mudah pasangan dilupai. Segalanya berubah lebih – lebih lagi bila ada insan lain yang hadir yang kononnya mew4rnai hidup walhal hanya untuk mengambil kesempatan. Bermula lah episod semuanya tak kena. Semuanya ada silap di mata walhal hati dah mula hitam. Allah, sedih rasanya bila teman hidup yang sepatutnya memberi syurga idaman tapi telah memberi ner4ka dunia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :