
Hidup kami memang susah dan semuanya serba kekurangan. Kami tinggal di rumah sewa kecil, hanya ada satu bilik, tilam pun masa tu pinjam daripada kawan. Aku tak sangka, mak mertua anggap kami tak mampu besarkan anak yang baru lahir sebab kami miskin. Kak ipar meng4muk suruh aku bagi anak dekat dia..
#Foto sekadar hiasan. Aku dan suami berkahwin masa usia kami masih muda. Masa tu hidup kami memang susah, baru nak belajar berdikari, dan semuanya serba kekurangan. Kami tinggal di rumah sewa kecil, hanya ada satu bilik, tilam pun masa tu pinjam daripada kawan.
Aku tak pernah kisah sebab aku sayangkan suami aku. Kami kahwin sebab cinta, dan aku percaya rezeki akan datang bila kita sabar dan berusaha. Tapi aku tak sangka langsung yang ujian paling besar bukan datang daripada kesusahan hidup, tapi daripada keluarga sendiri.
Paling aku tak boleh terima bila mak mertua dan kakak ipar aku sanggup nak jual puteri sulung kami atas alasan kami susah. Waktu tu aku baru lepas bersalin, masih lemah, Iuka pun belum sembuh sepenuhnya. Tapi mereka datang ke rumah dengan niat yang sangat k3jam.
Mereka suruh kami jangan daftar anak tu di Jabatan Pendaftaran Negara dulu. Katanya ada satu pasangan w4rga Indonesia yang tak ada anak perempuan dan mereka nak ambil anak kami. Bukan ambil jaga, tapi beli. Aku terkedu masa dengar tu.
Aku ingat mereka bergurau, tapi bila tengok wajah mereka serius, aku terus menggigil. Orang Indonesia tu memang kenalan rapat mak mertua dan kakak ipar aku, tapi aku dan suami langsung tak kenal. Bila aku dan suami tak setuju, keadaan jadi tegang.
Kakak ipar aku marah betul, sampai sanggup datang semula ke rumah meng4muk macam orang tak betul, siap ugvt suami aku, yang juga adik kandung dia sendiri. Aku masa tu menjerit ketakutan, peIuk anak kuat – kuat sambil menangis. Mak mertua aku pula menuduh suami aku anak derh4ka sebab tak nak ikut cakap dia dan tak nak jual anak sendiri.
Masa tu aku betul – betul rasa dunia ni gelap. Aku tak sangka ada manusia yang boleh tergamak buat macam tu, lebih – lebih lagi d4rah daging sendiri. Selepas kejadian tu, aku minta bantuan keluarga aku sendiri. Ayah aku datang dengan abang – abang aku untuk selesaikan hal ni.
Mereka semua marah, tapi ayah aku masih tenang dan nasihatkan aku supaya jangan buat laporan polis waktu tu sebab tak nak panjangkan cerita. Katanya, kalau boleh, selesaikan cara baik demi menjaga perkahwinan aku yang masih baru. Aku akur walaupun dalam hati aku masih terIuka dan takut.
Alhamdulillah, dengan bantuan keluarga aku, kami berjaya daftar anak di JPN dan semuanya selesai. Tapi perasaan tr4uma tu tak pernah hilang. Aku pernah fikir nak buat laporan polis juga selepas semuanya tenang, tapi bila fikir balik, aku kasihan pada suami aku.
Aku tahu dia tersepit antara isteri dan keluarganya sendiri. Atas dasar kasih dan cinta, aku tak teruskan. Tapi jauh di sudut hati aku, Iuka tu masih ada sampai sekarang. Sekarang dah sembilan tahun kami berkahwin, dan Allah kurniakan kami dua orang puteri yang comel.
Tapi sayangnya, per4ngai mak mertua aku masih tak berubah. Dia masih suka campur tangan dalam rumah tangga kami. Setiap kali suami dapat kerja yang agak stabil, mesti dia akan ganggu. Katanya kerja tu tak elok, tak sesuai, suruh berhenti.
Kadang – kadang aku rasa macam dia sengaja nak tengok kami susah. Bila aku cuba nasihatkan suami supaya tak terlalu ikut cakap mak dia, mak mertua aku akan telefon aku dan marah, siap cakap aku punca anak dia berubah. Yang aku pelik, sepanjang kami berkahwin, sedetik pun kami tak pernah tumpang rumah atau ambil apa – apa daripada keluarga suami.
Semua benda kami usahakan sendiri, dari rumah sewa, barang dapur sampai baju anak – anak. Tapi mak mertua aku masih rasa dia berhak masuk campur dalam semua keputusan kami. Dia suka cakap, “Aku yang lahirkan dia, jadi aku tahu apa yang terbaik.” Padahal yang dia buat cuma menyusahkan anaknya sendiri.
Tentang kakak ipar aku pula, aku nampak dia dah ada perubahan yang sem4kin baik. Mungkin dia sedar perbuatan dia dulu terlalu melampau. Sekarang kalau kami terserempak pun, dia akan senyum dan tanya khabar. Aku dah maafkan dia dalam hati, cuma aku tak boleh lupa apa yang pernah dia buat dulu.
Bayangkan, kalau masa tu aku dan suami termakan hasutan, mungkin sampai sekarang aku hidup menyesal sebab kehilangan anak sendiri. Yang buat aku m4kin sedih bila mak mertua aku masih berpegang pada pemikiran lama. Dia selalu cakap, apa yang ada pada aku semuanya hak anak dia.
Contohnya kalau aku beli barang rumah guna duit aku sendiri, atau kalau ayah aku bagi hadiah pada aku, dia akan cakap, “Itu hak anak aku juga, sebab kau isteri dia.” Aku dah banyak kali jelaskan, tapi dia tetap tak faham. Sampai pernah satu hari, dia datang rumah dan selongkar almari aku sebab katanya nak ambil barang anak dia.
Masa tu aku betul – betul hilang sabar, tapi suami aku cepat – cepat tarik tangan aku suruh masuk bilik. Katanya, jangan balas sebab itu mak dia. Aku hanya mampu menangis. Aku tahu suami aku sayangkan mak dia, tapi aku juga perIukan suami yang tegas.
Kadang – kadang aku rasa macam aku ni tak ada tempat mengadu. Bila aku cakap penat dan sedih, suami cuma diam. Katanya, “Sabar, nanti mak berubah.” Tapi sembilan tahun dah berlalu, dan tak ada apa – apa pun yang berubah. Aku pernah cakap pada suami, kalau dia betul nak bahagiakan keluarga kecil kami, dia kena letakkan batas dengan mak dia.
Bukan bermakna dia derh4ka, tapi dia kena tahu mana tanggungjawab sebagai suami dan mana tanggungjawab sebagai anak. Aku tulis ni pun bukan sebab nak memburukkan sesiapa, cuma aku nak orang lain jadikan pengajaran. Jangan biarkan sesiapa pun, walaupun keluarga sendiri, ambil hak kita atau cuba pisahkan kasih sayang kita dengan anak.
Bila ada masalah, selesaikan dengan bijak. Kalau dulu aku tak kuat, mungkin anak aku dah lama hilang. Aku masih terbayang wajah mak mertua aku masa dia marah – marah sambil jerit suruh suami aku juaI anak. Lvka tu dalam, tapi aku belajar untuk maafkan dan teruskan hidup.
Sekarang aku cuma harap suami aku m4kin kuat dan boleh lindungi kami daripada campur tangan sesiapa. Aku nak hidup tenang, nak anak – anak membesar dalam suasana bahagia tanpa rasa takut. Aku juga nak ingatkan para suami di luar sana, jangan terlalu ikut cakap ibu sampai mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak – anak.
Kasih seorang ibu memang tak boleh dinafikan, tapi kasih terhadap keluarga sendiri pun kena dijaga. Aku tak tahu tulisan aku ni betul atau tidak, tapi ini sekadar luahan hati yang dah lama aku pendam. Aku cuma nak keadilan dan ketenangan untuk diri aku serta anak – anak. Semoga siapa pun yang baca kisah ini, ambil iktibar dan jangan biarkan sejarah hitam jadi kenyataan dalam hidup orang lain.
Komen Netizen :
Khairul Anin: Bagi saya, suami tu kena mainkan peranan. Bila dari awal dah tah per4ngai mak dan keluarga dia macam tu, patut jauhkan la awak dan anak – anak dari keluarga dia. Benda yang jadi tu dah mendatangkan tr4uma dan bukan benda yang biasa biasa ye. Kalau saya, memang takkan tengok dah muka mertua tu.
Agus Salim : Semoga Allah beri petunjuk pada ibu mertua puan, bagi saya suami puan tak berd0sa pada ibunya walau pun engkar tak menjual anak puan. Sama – sama kita berdoa agar ibu mertua puan dapat petunjuk ke jalan yang benar. Apa yang penting puan jagalah rumahtangga puan dengan baik hidup aman bahagia. Kalau ada rezeki pindahlah jauh sedikit dari keluarga suami agar kurang dapat gangguan mertua. Suami kena mainkan peranan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.