
Isteri kedua suami bagitahu dia mengandung. Tapi suami pelik, mereka dah lama tak bersama. Rupanya, dia mengandung anak lelaki lain. Dia menyesal, janji nak berubah. Minta suami bayar kos hospital nak buang baby tu. Aku baca mesej suami, aku nampak suami nak terima balik…
#Foto sekadar hiasan. Salam w4rga FB, aku perIukan nasihat dan harap ada komen yang boleh ajar aku cara yang betul untuk selesaikan masalah aku ini. Maaf kalau kisah aku ini agak panjang… Aku dah berkahwin 5 tahun dan dikurniakan seorang anak.
Sepanjang 5 tahun berkahwin hanya aku seorang yang bekerja, tak pernah merasa duit gaji aku sendiri. Semuanya suami yang kawal atas alasan banyak hutang. Suami berhenti kerja setelah berkahwin sebab dapat duit dan harta peninggalan arw4h ayahnya.
Masa 5 bulan berkahwin aku disahkan mengandung, 3 bulan usia kandungan, suami kantoi curang dengan isteri orang. Bermula kisah sedih aku dari mula kantoi curang hingga tahun lepas. Macam – macam perkara terjadi pada aku. Perempuan itu bercerai, gugurkan kandungan anak bekas suami dia, bercuti dengan suami aku ketika aku dalam pantang.
Sem4kin berani menc4bar aku dari hari ke hari. Sampai tayang kemesraan mereka post di media sosiaI, ser4ng aku macam aku yang r4mpas suami dia. Aku tak boleh buat apa sebab tengah sarat mengandung, bersalin pula caesarean makan masa yang lama untuk pulih.
Dia juga suka putar belit dan pandai set pemikiran orang lain. Selalu usaha untuk aku berg4duh dengan suami. Dia akan cerita semua yang dia buat dengan suami. Disebabkan tak berjaya hasut aku, dia hasut pula suami. Orang tengah asyik bercinta memang percaya semua kata – kata dia.
Akhirnya suami dah mula pandai naik tangan dekat aku, suami selalu tak balik, mengh1na dan mencaci aku. Mereka juga telah bernikah di Siam, cuma 4 bulan dirahsiakan. Perempuan itu tak nak bermadu dengan aku, dia yang beritahu aku dengan harapan aku tuntut cerai.
Sebaliknya suami sangat marah dan ceraikan dia talak 3. Perempuan itu tak dapat terima hakik4t dan cakap aku yang p4ksa jadi talak tak sah. Aku dan suami pergi pejabat agama dan mahkamah memang dah sahkan jatuh talak suami pada perempuan tu.
Cuma terlalu banyak proses jika mereka nak sahkan penceraian dari segi undang – undang dunia.. jadi mereka tak uruskan. Maksudnya dalam islam sah talak tapi mereka masih ada surat nikah Siam. Perempuan itu sentiasa pujuk suami, pernah aku terbaca dia kata dia sanggup tanggung semua d0sa di akhirat nanti dan akhirnya mereka bersama lagi.
Tahun lepas suami kantoi bawa perempuan tu balik ke rumah. Aku terus packing dan bawa anak berpindah. Suami izinkan keluar rumah masa itu sebab dia rasa dia tak perIukan aku lagi. Aku juga failkan fasakh tapi macam yang korang tahu, fasakh memerIukan masa yang lama.
Suami pula asyik tak datang dan hakim faham – faham sahaja la, macam endah tak endah bila seorang isteri tuntut cerai walaupun aku ada banyak bukti. Perempuan tu pula selalu mesej aku beritahu yang dia setiap hari berg4duh dengan suami, suami macam orang tak betul sejak aku dan anak tiada, duit pun suami tak ada. Aku nak gelak pun ada, padan muka!
Suami juga sering pujuk aku dan berjanji untuk berubah. Proses fasakh yang terlalu lama dan aku kena upah peguam dengan kerja tempat baru yang tak mengizinkan aku kerap ambil cuti, akhirnya aku pulang semula ke rumah. Ya.. aku nampak perubahan suami.
Suami dah mula bekerja, aku sponsor dia untuk permulaan kerja. Kemudian dia minta aku berhenti kerja sebab kerja baru aku sangat sibuk dan jauh.. Dia cakap aku cuma perlu uruskan anak, gaji dia besar, rm5k hingga rm6k sebulan, mampu tanggung keluarga kami. Dia juga melayan aku sangat baik.
Tak lama lepas tu, aku dapat tahu rupanya perempuan tu dalam masa aku nak bercerai dengan suami, dia bertukar – tukar melayan suami orang dan suami aku ceraikan talak 3 lagi sekali depan – depan dia sebab itu suami berubah layan aku dengan baik.
Tapi.. sekarang perempuan tu datang semula. Apa yang aku sedih, dia datang semula mengandungkan anak lelaki lain. Pada mulanya dia mesej aku cakap itu anak suami aku. Suami baca dan marah dia sebab dah lama tak jumpa macam mana itu anak suami aku pula.
Dia tukar pula cerita sedih, dia cakap itu anak orang lain. Dia pujuk suami tolong bayarkan bil untuk dia gugurkan kandungan itu dan minta suami terima dia semula. Dia janji nak berubah. Aku baca mesej suami aku dapat rasa suami akan terima dia.
Aku tanya suami tapi suami tak pernah mengaku. Aku bincang elok – elok dengan suami kalau dia nak perempuan itu lepaskan aku baik – baik. Suami cakap takkan lepaskan aku, aku terlalu baik, cantik, lemah lembut, tak pernah balas perbuatan dia atau mengungkit sekali pun.
Dia juga cakap perempuan itu sejahat – jahat perempuan yang dia pernah jumpa tapi dia tak tahu kenapa setiap kali perempuan itu cari dia, dia akan lupa aku. Bila aku ajak berubat, suami tak nak. Jadi sekarang aku buntu sangat – sangat.
Sekarang aku juga tengah mengandung. Aku tahu suami sayang perempuan itu, aku nak izinkan kahwin tapi aku tanya ustaz, ustaz cakap aku dah tahu mereka dah bercerai, kalau aku izinkan nikah atas dunia aku dikira bersubahat. Mereka akan hidup seperti suami isteri sedangkan mereka berz1na sepanjang hidup mereka dan kalau ada anak keadaan akan lebih teruk lagi.
Kalau aku minta cerai pula suami memang tak akan ceraikan, aku pula tengah mengandung dan tak bekerja. Suami juga dah cakap, macam mana dia sayang perempuan itu dia tetap tak akan lepaskan aku. Kalau aku tuntut fasakh, makan masa yang lama dan aku tiada duit untuk proses semua itu.
Kalau aku biarkan, aku takut lepas bersalin aku yang mer0yan atau jadi sesuatu pada anak – anak aku. Apa yang perlu aku buat?? Untuk pengetahuan korang, aku dan suami dalam 20-an, perempuan itu pula hampir 40-an. Mak mertua pernah pergi tengok yang suami dah kena teruk dengan perempuan itu tapi masalahnya suami tak nak berubat. Aku harap ada komen yang dapat membantu aku.
Komen Netizen :
Amai Amza : Maaf cakap, kenapa la kamu simpan lagi suami macam ini. Banyak masalah, nasihat aku tinggalkan terus dan pergi jahanam. Sah – sah lelaki kamu kaki z1na.
Nor Hidayu : Aku baca sampai habis kisah awak ini. Aku sangat sangat bersimpati. Susah kalau dah terkena ini. Usaha lah sampai boleh untuk pisahkan. Harap ada yang baik menanti awak di masa depan. Sekali lagi aku cakap aku memang simpati dengan masalah awak. Tapi aku pun tak tahu nak bagi pandangan macam mana.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.