Suami curang dengan kawan sepejabat, siap bawak balik tidur sebilik dekat rumah mak mertua. Depan perempuan tu suami h1na, jatuhkan maruah aku..

Suami bermain cinta dengan teman sepejabat, beragama lain. Dia selalu bawa balik perempuan tu ke rumah ibunya, bermalam dan tidur sebilik di sana. Selepas wanita itu berkahwin dan mengandung, hubungan mereka masih diteruskan. Yang peliknya mak mertua aku sokong..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Aku tak tahu dari mana nak mula cerita. Kepala aku berat fikirkan masalah yang ada. Perkahwinan kami masih muda, menjangkau usia 6 tahun. Masih berdua. Aku tak tahu ini kali keberapa aku minta suami lepaskan aku.

Masalah kami bermula sejak awal perkahwinan lagi. Tapi makin membarah sejak tahun lepas. Bermula pertengahan tahun lepas, suami bermain cinta dengan teman sepejabat, beragama lain. Kerap kali suami bawa pulang ke rumah ibunya, bermalam dan tidur sebilik di sana.

Selepas wanita itu berkahwin dan mengandung, hubungan mereka masih diteruskan dengan sokongan ibu mentua. Per4ngainya ketika itu sememangnya sangat sangat meny4kitkan dan mengh4ncurkan perasaan dan hati aku. Suami pernah jatuhkan maruah aku di hadapan wanita itu dengan menemukan kami. Perkataan cerai sentiasa bermain di bibirnya ketika itu.

Awal tahun ini, kami pernah ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai. Namun, lafaz itu mahkamah katakan tak sah. Ketika itu suami meminta aku untuk berikan waktu untuk dia selesaikan dengan wanita terbabit. Namun, sehari selepas itu, suami membawa wanita dengan perut boyot itu pulang bermalam di rumah ibunya lagi.

Sungguh hati aku telah mengeras waktu itu. Hanya penceraian yang ada dalam kepala. Aku cuba menyusun langkah untuk memaksa suami melepaskan aku secara baik. Hati aku benar – benar h4ncur. Aku sebolehnya mengelakkan peng4duhan kerana tak mahu d0sa dikumpul untuk waktu tersisa.

Aku melihat bagaimana hubungan mereka berakhir 4 bulan lepas tanpa perasaan. Suami ketika itu menunjukkan perubahan, mula solat, mula memberikan nafkah, mula berkongsi untuk kelengkapan rumah dan rajin ungkapkan sayang.

Aku cuba tutup mata pada kehendaknya yang mahu merahsiakan kata laluan telefon bimbit daripada aku. Aku cuba tutup setiap apa yang aku rasa ketika berdepan dengan keluarganya. Namun, hati ini sangat s4kit, seolah tak mampu lagi bertahan dalam perkahwinan yang ada.

Selama 4 bulan ini, aku rasakan suami seperti hanya ingin pergunakan aku. Niat aku hanya ingin menolongnya sekurang – kurangnya sebagai manusia. Tapi lama kelamaan, aku rasakan suami seperti keterlaluan meminta untuk meminjam duit aku.

Aku keluarkan wang simpanan dan dari kad kredit semata – mata mahu lepaskan suami dari kebankrapan dan pinjaman berlesen (dibuat ketika bersama dengan wanita itu). Sehingga kini, suami belum menggantikan kembali duit yang dipinjam. Aku tak pernah mendesak suami untuk melunaskannya untuk elakkan perg4duhan.

Aku pernah beberapa kali minta suami lepaskan aku sepanjang 4 bulan ini. Setiap kali aku minta dilepaskan, suami tak akan memujuk. Dia hanya akan memberikan kata – kata pedas kepada aku. Kerap kali dia katakan aku isteri yang tak bersyukur. Disebabkan itulah dia menerima musibah ini.

Pernah dia katakan pada aku dia menyesal bertemu dan berkahwin dengan aku. Sejak kes pengesahan lafaz dulu, suami memang tak pernah menyentuh aku. Aku pernah menduganya dengan meletakkan tangan di atas pehanya. Perlahan – lahan dia melarikan pehanya.

Kini, suami mula culas untuk solat. Hanya solat subuh yang akan ditunaikan. Yang lain, lenyap. Aku akui aku bukan isteri yang sempurna. Aku banyak kekurangan. Aku tak minta dilayan seperti puteri raja. Aku cuma minta dihargai dan dihorm4ti sebagai wanita dan isterinya.

Aku perIukan dia untuk betulkan aku, bukan jatuhkan dan tinggalkan aku ketika aku silap. Aku cuba untuk berikan suami peluang walau tika sayang aku terhadapnya semakin pudar. Aku cuba mengajak suami berbincang hati ke hati. Tapi suami terlalu kaku. Hanya aku yang banyak bercakap.

Bila ditanya, banyak jawapan “entahlah”. Aku cuba untuk sesabar mungkin. Tapi aku selalu kalah. Sungguh sabar itu bukan sesuatu yang mudah. Mungkin aku yang masih tak dapat terima apa yang telah suami dan ibunya lakukan. Mungkinkah aku yang tak reda dengan ujian ini?

Sungguh aku mahu jadi isterinya yang baik untuk sama sama ke syurga. Sama – sama betulkan diri kami. Aku cuba berlapang d4da untuk terima apa yang jadi. Tetapi aku tak kuat setiap kali teringat apa yang suami katakan dan lakukan kepada aku, dan gambar – gambar mesra mereka. Hati aku s4kit.

Aku jadi manusia pemarah dan emosional. Sehingga kerap kali minta dia lepaskan aku. Aku penat dengan emosi aku sendiri. Tolonglah pembaca semua, kalau ada cara untuk aku tangani masalah ini sebaik baiknya, pandulah aku, ajari aku. Terima kasih.

Ulasan pembaca :

Alice Thandela : Allahurabi, d3rita awak sama dengan d3rita aku, tak ada bezanya. Kita hanya mampu bersabar, insya-Allah akan ada hikmah di sebaliknya. Kuatkan semangat sis, awak tak seorang, Allah ada bersama kita. Mujur awak tak ada anak, aku pun tak ada anak, senang sikit nak bergerak. Sama – sama lah kita berdoa.

Ingat sis, doa seorang isteri yang dikhi4nati oleh suami mudah didengar Allah hingga langit ke tujuh Sidratul Muntaha. Allah akan makbulkan doa isteri yang dianiaya oleh suami. Jangan tinggal solat sunat, solat tahajud, solat hajat, solat duha, buat solat istikharah mohon petunjuk pada Allah. Zikir banyak – banyak, rajin rajin bangun malam buat solat tahajud dan solat hajat 2 hingga 4 rakaat. Nangislah sepuas hati depan Allah atas sejadah.

Puan Hasanah Abdullah : Jika puan masih mahukan ikatan perkahwinan itu, puan boleh ke pejabat agama untuk buat kaunseling, tetapi jika puan dah nekad untuk berpisah sila terus ke mahkamah syariah dan pohonlah apa yang diperIukan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :