Menumpang duduk rumah mertua, mak mertua asyik perli saya habiskan duit suami. Anak saya 3 lelaki, mak mertua suruh tambah anak perempuan

Saya dianggap sebagai beban sebab saya tak bekerja. Siap kena perli depan – depan dengan mertua. Katanya perempuan kena kerja tolong suami, jangan susahkan suami. Padahal mak mertua dan anak perempuan dia pun memang surirumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Usia perkahwinan kami hampir sembilan tahun. Lapan tahun sudah kami berjauhan dan saya suri rumah sepenuh masa. Sebelum ambil keputusan, kami suami isteri berbincang bersama – sama dulu dan saya akur.

Barulah suami beritahu ibu mentua saya, dan ibu mentua sampaikan pula kepada anak – anaknya yang lain. Masa itu saya sedang mengandung anak kedua dan anak pertama baru umur sepuluh bulan. Ipar saya pula boleh cakap saya ini suka berjauhan dengan suami sebab nak seronok – seronok sendiri, tak payah urus suami.

Dia tak tahu betapa susahnya nak urus anak yang masih kecil, layan alahan mengandung, anak meragam, pergi pemeriksaan sendiri. Yang bercakap itu pun bekerja, dan dia sendiri hantar anak – anaknya kepada mak dia untuk jagakan. Lepas itu nak mengata saya pula macam – macam.

Masa susah dulu saya dianggap sebagai beban sebab saya tak bekerja. Siap kena perli depan – depan lagi dengan ibu mentua. Katanya perempuan kena kerja tolong suami, jangan susahkan suami. Sedangkan dia dan anak perempuannya pun suri rumah juga. Saya dipandang rendah. Semua anak – anak dan menantu perempuannya bekerja kecuali saya.

Tahun berganti tahun, suami berusaha. Alhamdulillah dengan izin Allah, dia dapat rezeki kerja di offshore dan jadi staf di Petronas. Sekarang dia kerja dengan syarik4t luar di luar negara. Ibu mentua saya ada tujuh orang anak, seorang anak sindrom duduk dengan dia.

Yang duduk satu negeri ada tiga orang, dan yang paling dekat dengan ibu mentua ialah anak perempuannya dan suami saya. Yang lain semua duduk negeri lain. Anak – anak yang lain pernah taw4rkan untuk duduk sekali tapi ibu mentua tak nak, dia nak duduk sendiri.

Bila suami cuti, kadang – kadang ibu mertua akan telefon suruh suami saya bawa dia ke sana sini beli barang sebab dia tak tahu memandu. Saya tak kisah dan tak pernah larang, sebab itu tanggungjawab dia sebagai anak lelaki. Tapi masalahnya bila suami saya tengah bekerja, yang paling dekat dengan ibu mentua ialah anak perempuannya dan saya.

Kami berdua ini sama – sama suri rumah dan berjauhan juga. Bezanya anak – anak dia dah besar, ada yang dah tingkatan. Sedangkan anak – anak saya baru umur tujuh, enam dan dua tahun. Maksud saya, anak – anak dia dah boleh tolong sikit – sikit, tapi saya ini kadang – kadang dah berapa kali cakap tak pandai jalan kerja, nak juga suruh saya yang buat.

Lepas itu saya dibandingkan lagi dengan ibu mentua. Katanya anak perempuannya itu okey saja, suami pun jauh, semua dia buat sendiri juga. Padahal masa anak – anak dia kecil dulu, umur lebih kurang anak – anak saya sekarang, dia menumpang dengan ibu mentua juga.

Semua ibu mentua yang masak dan urus. Itu saya tak kisah, tapi yang buat saya terasa bila saya dibandingkan dengan orang lain, sedangkan saya buat semua sendiri tanpa pembantu. Cuba bayangkan, saya berjauhan dengan suami, jaga tiga orang anak kecil sendirian.

Kadang – kadang ibu mertua telefon minta tolong hantar dia ke sana sini. Kadang – kadang ipar saya pula telefon suruh bawa ibu mertua sebab dia tak dapat hantar. Kami dua – dua bergilir – gilir. Lepas hantar anak – anak ke sekolah, masa itulah peluang saya nak kemas rumah, masak dan buat semua kerja yang tertangguh.

Kadang – kadang yang bongsu demam, menangis malam – malam, esoknya saya tetap kena bangun awal siapkan bekal abang – abangnya dan hantar ke sekolah. Kadang – kadang tak larat, saya beli saja. Bila balik ingat nak ganti tidur sebab tak cukup rehat malam, tiba – tiba dapat panggiIan dari ibu mentua suruh hantar dia ke hospital atau beli barang.

Kadang – kadang saya kasihan juga, jadi nak tak nak saya hantar juga walaupun keadaan saya sangat penat. Kalau anak tengah meragam, barulah saya bagi alasan tak dapat hantar. Saya bukan setakat hantar anak ke sekolah, tapi hantar anak ke kelas – kelas lain juga.

Sebelum ini suami pernah ambilkan pembantu untuk mudahkan kerja saya. Ada yang nampak baik tapi panas baran, bertahan dua bulan lebih saja. Bila dilayan sangat, naik lemak dan mula buat hal. Sampai saya tr4uma nak ambil pembantu lagi.

Jadi saya k0rbankan diri untuk bertahan selagi mampu demi anak – anak, sebab suami pun sama berjuaang untuk keselesaan kami. Saya rancang tahun depan nak hantar anak bongsu ke taska separuh hari saja. Jadi waktu pagi itu bolehlah saya buat kerja rumah, memasak dan siapkan apa yang patut sementara anak – anak tiada di rumah.

Tapi ibu mentua tetap tak puas hati, katanya anak masih kecil, banyak keluar kos. Padahal suami saya mampu saja dan setiap bulan pun dia tak pernah terlepas bagi duit kepada ibu mentua. Lepas itu disuruh pula tambah anak lagi, katanya carilah anak perempuan sebab tiga – tiga anak lelaki.

Sambil bercakap, dia boleh sebut saya ini suri rumah saja. Ingat goyang kaki saja ke di rumah ini? Bila suami susah, isteri dianggap beban. Bila suami senang, isteri dianggap pembazir duit suami. Betullah orang cakap, dekat – dekat bau busuk, jauh – jauh wangi. Tapi kalau macam saya yang suri rumah ini, jauh – jauh pun tetap bau busuk juga agaknya. Mohon sembunyikan identiti saya ya admin, saya tak tahu nak luahkan pada siapa.

Komen Netizen :

Wanazrina Awang : Kenapa ibu mentua tahu semua pasal awak? Kalau saya, dah jadi t0ksik begitu, memang selamat tinggal la. Tambah pula duduk lain rumah, tak payah nak bebankan fikiran. Itu bukan tanggungjawab awak pun. Awak kena pijak sebab awak biarkan mereka pijak awak.

Sri Sham : Maaf cakap, saya cukup geram la kalau jenis perempuan atau isteri yang membiarkan diri dibuIi sebegitu, lepas itu meluahkan rasa dalam media sosiaI. Tak boleh bersuara ke? Sekali – sekala Iawanlah kata – kata mertua itu. Ini tidak, rela membiarkan diri diinjak – injak, akhirnya diri sendiri yang ters4kiti.

Boleh saja kalau tak angkat panggiIan daripada mereka, biar saja lah. Kalau tidak, ikut saja suami merantau. Dah tentu – tentu suri rumah sepenuh masa kan? Tepuk d4da, tanya hati, sampai bila nak hidup begini. Pilihan di tangan awak.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :