Menumpang rumah pusaka, sehari selepas mak meninggaI, pakcik makcik buat mesyuarat halau kami adik beradik keluar

Ibu aku dibuIi dengan adik beradik yang lain. Semua urusan, diletak bawah ibu aku. Ibu aku berniaga, ada yang tempah kuih tak bayar. Sponsor kononnya. Kalau niat nak membantu bayar je lah. Ibu aku meninggaI waktu sehari lepas aku ambil result SPM..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum di sini saya mahu kongsikan satu cerita yang telah lama saya simpan dan mungkin menjadi inspirasi bagi mereka yang yatim piatu di luar sana. Ayah saya meninggaIkan ibu dan adik – beradik kami g4ntung tak bertali semenjak saya darjah satu.

G4ntung tidak bertali ini maksudnya meninggaIkan tanpa memberi nafkah dan khabar berita sama sekali. Kami adik beradik semua perempuan memang dah dididik berdikari sejak kecil. Pergi sekolah dan balik sekolah semua sendiri.

Waktu itu, jika guru – guru bertanya “Mana ayah?” kami hanya menjawab “Ayah Kerja” Iye kerja tak balik – balik sampai bertahun. Sewaktu aku di darjah dua, Atuk aku menjemput aku untuk pulang ke kampung. Selepas beberapa kali atuk aku pujuk, barulah ibu kami setuju nak balik ke kampung.

Duduk di kampung pun tidak mudah kerana orang sekeliling selalu cakap yang kami ini menumpang. Tapi atuk aku memang akan berusaha lindungi kami sampai orang takut nak bercakap, tapi yang aku terdengar tu ada.

Mak aku balik ke kampung berniaga dan jadi tukang sapu je. Padahal belajar tinggi. Tapi itulah, kadang – kadang rezeki tak berpihak pada kita. Ayah aku meninggaI waktu aku darjah 6. Sewaktu dia meninggaI aku tidak sedih langsung. Mungkin sebab dah lama kena tinggal.

Kehidupan aku dilalui seperti biasa. Sampailah aku Tingkatan 2, atuk aku meninggaI. Waktu itu, semua adik beradik ibu aku dia sibuk berebut harta. Sampai rumah pus4ka kami duduk pun dia nak ambil. Nasib ada nenek aku.

Jadi mereka putuskan ibu aku jaga nenek aku dan duduk di rumah pusaka tu. Tapi ada je yang tak puas hati. Banyak yang aku saksikan, ibu aku dibuIi dengan adik beradik yang lain. Semua urusan, diletak bawah ibu aku.

Ibu aku berniaga, ada yang tempah kuih tak bayar. Sponsor kononnya. Kalau niat nak membantu bayar je lah. Ibu aku meninggaI waktu sehari lepas aku ambil result SPM. Waktu itu kakak dan adik aku yang belajar semua memang balik.

Waktu itu cuti sekolah tak silap. Aku rasa bila arw4h ibu aku meninggaI dia jadi nightmare sungguh. Sehari selepas ibu aku meninggaI, pakcik makcik aku buat mesyuarat. Kami nak duduk di mana, sebab dorang tak nak kami duduk rumah pusaka tu.

Jadi mereka minta pilih nak duduk dekat mana. Jadi, aku pilihlah duduk rumah Mak Ngah. Waktu aku duduk dengan Mak Ngah aku, Pak Long aku bagi RM500 sebulan untuk pembelanjaan kami kepada Mak Ngah. Short stories aku ambil STPM sebab tiada siapa nak tengok adik aku.

Kakak aku belajar jauh. Nak harapkan makcik pakcik aku. Aku kurang yakin. Korang tahu kan duduk di asrama akan balik sebulan sekali atau 2 minggu sekali. Aku pernah terdengar Mak Ngah aku telefon dengan siapa – siapa entah.

“Budak tu kuat makan, ikan nak seekor je”. Aku dekat situ pun pelik. Habistu duit yang Pak Long aku bagi setiap bulan tu mana? Sebulan RM500 kami balik tiga hari je. Belum lagi ada yang cakap, “Ouh ni ke adik beradik yang menumpang tu,”

Ouh ye Mak Long aku pernah cakap selepas je seminggu arw4h ibu aku meninggaI. “Korang ni memang tak reti buat semua sendiri ke. Selagi buat sendiri, buatlah sendiri”. Aku waktu itu memang menangis giIa. Sebab walaupun waktu tu umur aku 18 tahun.

Aku memang tak reti pun nak buat apa. Nak berhadapan dengan dunia luar pun tak reti. Orang ambil harta kami pun tak reti nak backup diri sendiri. Pernah orang ambil barang perabot hasil titik peluh ibu aku. Pernah waktu tu hari raya, selepas solat hari raya tengok baju dalam bagasi semua berselerak dan rantai emas aku dan adik aku hilang.

Kakak aku punya duit hilang. Pak Ngah aku pernah cuba untuk mer0goI aku dan kakak aku. Banyak benda yang jadi sebenarnya. Mereka merancang perkahwinan kakak aku untuk dapatkan gelaran terhormat. Nasib tak dapat.

Tetapi sebab kata – kata Mak Long aku tu lah. Aku banyak buat semua benda sendiri. Selepas aku habis STPM aku dapat sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Aku memang pilih universiti yang jauh sebab aku terlampau penat nak menghadapi situasi – situasi yang memang sadis.

Kakak aku pun dah habis belajar, so kami tukar shift jaga adik aku. Aku pergi belajar pada mulanya pakai duit sendiri sebab aku kerja lepas habis STPM dan simpanan yang arw4h ibu aku dah standby. Waktu tahun kedua aku dapat Tajaan JPA, jadi ringan sedikit beban aku.

Sewaktu aku di universiti aku banyak giIap soft skill aku, banyak join humanitarian, aku buat business online. Aku percaya pendidikan akan ubah hidup aku. Sewaktu cuti semester 3 bulan aku akan balik dalam seminggu sahaja.

Then aku akan pergi humanitarian work (ada gaji), jadi cikgu sementara dan business online aku sentiasa on. Aku buat begitu, sebab aku nak keluar daripada rumah tu, sebab aku rasa kehormatan aku tidak dijaga. Sepanjang duduk di universiti aku sangat happy.

Sebab aku tak payah hadap masalah – masalah tu lagi. Habis sahaja aku belajar, aku balik. Nak tahu tak, aku boleh Iawan cakap dengan makcik pakcik aku. Tetamu yang datang ke rumah semua ingatkan aku belajar Pak Long aku tanggung.

Aku siap jawab lagi “Tak, kakngah pakai duit sendiri dan ditanggung oleh JPA” Bila mereka terdiam tu. Adalah satu kemenangan bagi aku. Bila ada yang cakap “Ouh ni yang duduk menumpang tu”. Aku jawab. Aku balik setahun dua kali je. Balik kampung bukan menumpang.

Bukan aku kata bila kita ada pendidikan ini kita perlu mendabik d4da. TIDAK. Tetapi kadang – kadang kita perlu mengubah cara pandang orang terhadap kita. Pert4hankan diri dan maruah kita daripada direndahkan oleh orang lain.

Kita lembut tapi jangan sampai kita dipij4k. Sekarang usia aku dah 26 tahun. Aku sudah ada kereta dan kerjaya. Walaupun aku masih bekerja kontrak tetapi aku mampu realisasikan impian aku untuk keluar daripada zon yang t0ksik tersebut.

Kalau tanya bab kahwin, aku rasa lelaki takut kot kahwin perempuan berdikari, haha. Dan aku, takut lelaki tinggalkan aku macam arw4h ayah aku, tak pun bernafsu binantang macam Pak Ngah aku tu. Bagi mereka yang masih berju4ng di luar sana tidak semua keluarga baik, kitalah yang perlu menjadi agen perubahan, kita perlu berusaha untuk keluar daripada zon tersebut.

Aku tak kata senang nak keluar, dalam keadaan kita memang tak tahu apa yang ada di luar. Tetapi belum cuba belum tahu. Sentiasa mengharap pertolongan DIA. Percayalah di dunia sana lebih banyak kebahagiaan yang menanti. – Miss A (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. “Keluarga yang baik adalah apabila mereka boleh melindungi, memberi sokongan em0si dan melindungi kehormatan diri”. Kita perlu akui, tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang sempurna. Ramai yang sebenarnya berkeluarga tetapi rasa terpenjara.

Ada yang sudah diragut kehormatan tetapi masih bertahan sebab tidak mahu derh4ka. Tetapi dalam hidup ini kita boleh pilih, pasti ada pilihan, samada kita berani atau tidak. Dalam confession yang lepas aku tak share details Plan aku untuk keluar dari Zon t0ksik tersebut. Nak keluar perlu ada plan juga supaya kita keluar dengan berjaya. Tidaklah keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

1) KEMAHUAN. Perlu ada KEMAHUAN sebab MAHU akan menggerakkan seluruh otak dan anggota badan kita untuk menuju ke cita – cita kita. Aku tahu mesti ramai yang takut untuk memilih keluar sebab takut masalah lebih besar. Jangan risau, aku pun dulu takut juga. Tapi perasaan MAHU aku mengatasi rasa takut.

2) KEWANGAN. Kewangan adalah hal yang cukup penting kalau nak keluar dari Zon t0ksik tersebut. Aku rasa dalam situasi aku sangat beruntung sebab mak aku jenis fikir jauh ke depan. Waktu dia meninggaI walaupun dia tak tinggalkan hibah beribu tetapi setiap orang adik beradik kami ada dalam RM10K dalam akaun masing – masing.

Duit ini adalah untuk sambung belajar sebenarnya. Tapi jangan korang rasa down, korang jangan risau walaupun takde RM10K, korang masih lagi kumpul duit. Aku dari zaman sekolah dah start berniaga maggi dengan asrama.

Memang masyuk. Duit – duit semua aku simpan. Habis STPM aku kerja. Aku takde kereta lagi waktu tu. Aku cari rumah yang ada hostel dan makan sekali. Gaji aku waktu tu RM850 je. Tapi setiap bulan aku boleh simpan RM700.

Waktu itu mana ada shopee semua ni. Total duit simpanan aku sebelum aku habis belajar adalah RM3000 tolak lah aku bagi dekat adik aku sedikit. Aku hanya nampak belajar adalah satu – satunya cara untuk aku keluar dari situasi ini.

Kalau aku kerja mereka boleh panggil aku balik, minta kerja dekat – dekat. Oh ye, mesti korang pelik orang awam kenapa ramai tak tahu mengenai situasi kami ni? Sebab keluarga kami adalah mereka yang beragama dan terhormat dekat kampung.

Jadi pada fikiran mereka must4hil dorang abaikan anak yatim piatu macam kami. Sebab itu aku dan adik beradik tak pernah lapor tentang hal kecurian rantai dan nyaris – nyrais kena r0goI tu. Siapa yang akan percaya? Jadi satu – satunya cara untuk aku lari adalah sambung belajar. Aku yakin pendidikan mampu ubah hidup kami.

3) PENDIDIKAN. Nak ditakdirkan aku dapat sambung belajar seberang laut. Aku gembira giIa. Kakak aku waktu itu baru habis belajar IPG. Jadi dia cakap pergiIah, dia akan jaga adik aku. Sebelum aku terbang aku minta Yayasan Negeri.

Sementara tunggu lulus, aku pakai duit yang aku simpan. Keluarga aku yang acah – acah prihatin ada juga bising – bising. Aku just cakap, aku tak dapat tawaran lain. Padahal aku ada je dapat satu tawaran ke Turkey. Tetapi aku fikir, adik aku nanti nak sambung belajar juga, jangan pentingkan diri.

Sewaktu aku di universiti, aku berniaga online. Semua platform aku guna facebook, instagram, shopee. Alhamdulillah hasil memberangsangkan. Kawan – kawan banyak support. Waktu tahun kedua aku dah start dapat tajaan JPA sebab result memberangsangkan.

Maksudnya sepanjang aku tiga tahun tu, aku dah boleh jana keuntungan berniaga online dalam RM10k. Aku habis belajar, aku masih ada RM10K yang arw4h ibu aku simpan + RM10K duit hasil niaga. Jumlah RM20k. Waktu dekat universiti aku banyak bina networking dan join program.

Kadang – kadang program tak cukup duit aku bagi duit senyap – senyap (Sebab aku selalu jadi bendahari). Aku selalu mengajar secara percuma. Aku join humanitarian work. Aku sedar aku takde duit sangat, aku sedekah tenaga aku. Sedekah ni memang ajaib. Aku setiap kali takde duit, sentiasa ada je orang bagi makan. So korang jangan kedekut sangat ok.

4) KENDER4AN. Sewaktu aku di universiti aku dah start ambil lesen kereta. Aku guna duit JPA+duit business. Aku memang t4rget nak beli kereta lepas aku habis belajar. Sebab aku tahu, cara untuk aku kerja jauh daripada keluarga adalah dengan ada keretanya.

Selain itu, aku dah pernah rasa penat naik turun bas, untuk urusan mahkamah dan nak dapat bantuan JKM, Baitulmal dan lain – lain. Tetapi tak dapat pun. Adik aku yang sekolah pun tak dapat bantuan. Jadi dengan RM20k tu aku beli kereta. ada balance juga.

5) KERJA. Berdasarkan plan aku bertahun – tahun tersebut. Aku dapat keluar sepenuhnya daripada Zon t0ksik tersebut. Aku kerja pun jauh daripada kampung aku. Aku masih balik kampung atas dasar saud4ra. Aku keluar daripada Zon t0ksik tersebut tanpa memutuskan ik4tan sillaturahim, tanpa pertengk4ran.

Aku pulang dalam keadaan aku dah berjaya dan boleh dik4takan stabil. Apa yang terjadi pada adik dan kakak aku? Kakak aku waktu aku tahun kedua dia dah dapat kerja cikgu dan berkahwin dengan orang yang daripada keluarga berada.

Sampai sekarang dia masih jaga adik aku sebab mereka duduk di negeri yang sama. Adik aku tengah sambung degree. Adik aku dapat keluar daripada zon t0ksik tersebut bila kakak aku kahwin which is lambat setahun daripada aku.

Tetapi dia pun tengok jejak aku kut sebab dia tengok aku dah boleh keluar dari zon tersebut dengan sambung belajar. Iya kami semua gembira. Aku dah kongsi pengalaman aku, jadi daripada mereka yang nasib seperti aku atau seangkatan dengannya pilihlah.

Pilih yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang kita sayang. Semoga mereka yang ingin keluar daripada Zon t0ksik ini dipermudahkan urusan. – Miss A (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Siti Nsuhaila : Kuatnya confessor walaupun perjalanan hidup menyedihkan kehilangan insan tersayang. Sebab tu saya selalu doa minta dipanjangkan umur supaya dapat menjaga dan lihat anak membesar dengan baik. Kalau saya tiada, entah macam mana la nasib anak. Sedih tengok anak – anak yatim yang ditindas. Dah la tiada ibu bapa.. kasih sayang dari orang sekeliling pun tiada.

Noraziah Amdan : Sesiapa yang curi barang kemas, duit dan perabut pus4ka tinggalan arw4h emak, semoga dia ‘kelemasan’ di d4rat. Biar serabut dengan masalah asbab tak da simpati pada anak – anak yatim piatu. Anak perempuan selagi tak kawin, mereka masih digelar yatim piatu.

Siti Rosmiza : Nak peIuk confessor kuat – kuat. Tak faham ya, saya pun melalui part menumpang tu. Family kita yang jaga makan minum atok nenek, mak yang menjaga sampai akhir hayat kita la yang dikira menumpang. Yang berebut harta semua tu kira apa? Menumpang jugak, menumpang senang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.