Mertua p4ksa suami sambung belajar dan akan tanggung aku dan anak-anak. Akhirnya aku dijadikan bibik yang dibayar gaji

Memang dari awal lagi mertua suruh suami aku sambung belajar, segala nafkah akan ditanggung oleh mertua. Aku terhutang budi, aku mula tolong buat kerja rumah. M4kin lama aku dijadikan bibik. Mertua nak semuanya sempurna!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai. Aku seorang isteri, ibu kepada dua anak dan juga mempunyai pekerjaan yang mulia iaitu suri rumah. Sudah 6 tahun hidup berumahtangga dengan suami tapi belum ada rezeki berumah sendiri.

Lebih tepatnya mertua tidak ingin kami tinggal berasingan dengannya sebab dia merasakan kewangan kami suami isteri belum kukuh. Alhamdulillah kewangan mertua kukuh sekukuh – kukuhnya sebab tu merasakan mampu sara kami suami isteri dan anak – anak.

Kenapa nak sara kami? Sebab suami diminta untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi lagi. Mulanya aku pun sama diarahkan untuk lanjutkan pelajaran tapi rezeki mengandung awal dan perlu jaga anak – anak.

Aku dan suami boleh dik4takan berkahwin awal. Habis sahaja belajar diperingkat ijazah, aku dan suami yang masatu belum berkahwin sempat bekerja selama setahun. Kami bekerja di negeri yang sama dan membuat mertua dan ibubapa aku risau kalau terjadi perkara buruk belakang hari sebab kami bekerja di tempat jauh dari keluarga. Jadi kami pun berkahwin atas restu semua orang.

Setahun berkahwin, aku mengandung. Aku mendapat alahan teruk jadi terp4ksa berhenti bekerja. Mertua pula arahkan suami sambung belajar sebab ada peluang. Mertua sangat baik tidak kedekut dan melayan aku dan anak – anak dengan sangat baik.

Yang tak bestnya, aku tetap menantu dan akan kalah dengan yang namanya anak kandung. Suami hanya ada 2 orang adik beradik. Suami bongsu dan ada seorang kakak yang hanya beza 2 tahun umurnya dengan aku dan suami.

Kakaknya ini sekarang sudah memiliki pangkat doktor tapi belum bekerja sebab belum habis belajar. Sementara dia belum bekerja, maka dia tinggallah dengan kami anak beranak dan mertua. Ipar aku ni baik cuma pandai moody.

Kalau angin tak baik semua orang tak dilayannya kalau angin baik, maka baik la juga dia. Bayangkan pagi ni kamu bergurau senda tiba – tiba tengaharinya dia boleh jeling kau dan tak layan. Entah apa silap kita ni. Kadang – kadangperkara kecil pun dia boleh marahkan contoh, aku lupa tutup suis kipas apabila tidak berada di ruangan tu.

Kebanyakan yang buat moodnya tak okay memang berpunca dari aku la yang kadang – kadang aku pun tak sedar aku punca. Kalau dah mood tak okay memang jelingan dan kadang – kadang sindiran la yang kau dapat. Tinggal free kan tak perlu kisah bil api air.

Kami dulu ada pembantu tapi dah berhenti. Mertua pun dah pencen jadi dia pun dah tak cari pembantu. Jadi kerja rumah 100% aku yang buat. Mulanya mertua takde pun suruh aku buat sebab aku ada anak kecil. Buat mana yang termampu sahaja.

Tapi dalam masa sama beliau selalu mengadu dekat aku yang beliau penat dan ipar aku bila disuruh mesti marah – marah dan akan merajuk. Kurung diri di bilik. Mertua meluah sampai nangis – nangis. Jadi aku yang tempat meluah ni pun mulanya membantu sebab sedar diri juga yang hidup menumpang dan mertua dah banyak tolong aku dan suami.

Tapi lama kelamaan pekerjaan tu semua jadi tanggungjawab aku dan bila tak dibuat akan jadi amvkan mertua. Terasa diri ini pembantu akhirnya. Sedangkan anak perempuannya hanya goyang kaki. Aku setiap hari memang tidak akan keluar bilik selagi anak – anak aku tidak bangun.

Sebab boleh histeria anak – anak kalau bangun tiada aku di sisi. Tapi anak – anak aku bukan la sejenis bangun lambat. Dorang akan bangun sekitar 6 – 8 pagi macam tu. Kadang – kadang jam 9. Dan jika jam 9 baru aku keluar bilik mula la dik4takan pemalas, bangun tengah hari padahal baru jam 9 ya.

Sedangkan ipar aku tu betul – betul bangun tengahari tapi mertua hanya butakan mata sebab risau anaknya akan merajuk bila ditegur. Mertua selalu cakap tak nak bezakan aku dengan anak perempuannya tapi 10 kerja yang aku buat akan dilupakan bila ipar aku buat 1 pekerjaan.

Selalu aku berterus terang dengan mertua pasal ketidakpuasaan aku ini, kenapa aku selalu dimarah jika tidak buat kerja. Kenapa aku sahaja yang buat kerja. Ya mertua sedar semuanya. Beliau akan minta maaf, menangis minta aku tidak ambil hati tapi dia tiada pilihan sebab takut ipar aku merajuk. Mahu juga aku buat sama seperti ipar aku kuat merajuk.

Tapi ntahlah terasa berd0sa pula sedangkan mertua banyak membantu dan itu bukan diri aku. Aku merasakan perbuatan tu salah dan kenapa aku perlu buat benda salah begitu. Kedua – dua mertua aku sedar akan sikap ipar aku yang selalu tidak melayan aku dengan baik tapi tetap aku yang disuruh berbaik – baik dan ambil hati ipar aku balik. Aku dijamu dengan kata – kata motivasi yang memaafkan itu indah.

Suami aku memang sudah bertahun tak bertegur dengan kak ipar, aku pun tak tahu mana salahnya dan rasanya aku pun akan ikut jejak juga sebab kak ipar dah mula tak nak tegur aku. Jika dulu aku tak kisah tapi sekarang menjadi kisah sebab ipar aku tinggal lama di rumah ni dan kami sebagai adik memang selalu disuruh mengalah sebab kami adik.

Bayangkan azabnya tinggal sebumbung dengan orang yang tak suka kau. Memang tak did3ra fizikal tapi sepertinya did3ra mental. Mertua cakap ipar memang dah tak boleh diubah, jadi kalau aku boleh berpikir w4ras, pikirlah w4ras. Maafkanlah dan ambil yang jernih buang yang keruh.

Mertua jadikan aku menantunya ini sebagai anak perempuan impiannya yang dibentuk sesuai keinginannya. Mertua impikan anak perempuan yang selalu membantunya, yang bangun awal terus buat kerja rumah, yang pandai buat kerja rumah serba serbi. Yang bila dimarah tidak akan meIawan dan hanya mengikut kata.

Dia tidak dapat jadikan anak perempuannya seperti itu, maka menantunya ini menjadi sasarannya. Aku mulanya ikhlas atas dasar membaIas budi tapi sekarang dah tidak ikhlas. Macam aku cakap 10 kebaikan yang aku buat akan kalah dengan 1 kebaikan yang anak perempuannya buat.

Jika anak perempuannya buat kebaikan habis sekampung dicanangnya tapi kebaikan aku perkara biasa baginya yang memang itu kewajipan yang perlu aku buat. Mertua pernah cakap dia salah mendidik anak – anak. Anak manja dari kecil serba serbi cukup ada pembantu yang buat itu ini. Sebab tu mungkin anak perempuannya itu tidak tahu membuat kerja.

Alasan mertua tidak ambil pembantu sebab dia sudah pencen dan pekerjaan rumah dia boleh uruskan sendiri. Tapi nampaknya macam pekerjaan tu beralih arah kepada aku. Nak duduk rumah sendiri tapi suami masih belajar dan kami tiada pendapatan lebih.

Aku pernah berniaga online tapi tidak terurus sebab setelkan hal di rumah besar ini yang tidak pernah habis sekaligus menjaga dua budak kecil. Mahu berkerja tapi anak – anak tidak mahu berpisah, masih menyusu badan.

Ditambah mertua pun tidak bagi aku bekerja sebab ada mereka yang membantu kewangan kami asalkan tinggal bersama mereka. Terima kasih admin jika siarkan luahan aku ni. AKHIR SEKALI AKU PENAT. – Bulan (Bukan nama sebenar)

Sambung… Lepas baca komen, aku keliru aku ni betul – betul ters4kiti atau hanya aku yang tak sedar diri dan play v1ctim. Macam aku cakap mertua sangat baik dan sering membantu aku dan suami dalam kewangan. Tapi bukan bagi duit tiap bulan macam tu ya.

Bantu sini macam sediakan makan minum sebab kamikan tinggal sebumbung. Kadang – kadang tu ada la hulur duit tapi bukan selalu dan aku akan simpan duit tu untuk kegunaan kec3masan macam anak – anak nak ke kIinik, atau kegunaan lain.

Tapi kadang – kadang rasa duit yang di hulur tu ibarat gaji sebab aku yang menguruskan semua kerja di rumah ni. Ke aku yang over thinking ni? Bab suami pula. Biarpun dia masih belajar, tapi dia tetap cari duit lebih ya. Bila cuti belajar memang dia tidak akan minta duit dengan mak ayah dia.

Dia macam berdiri atas kaki sendiri. Sebab dia cakap dah bersyukur mak ayah dia dah tanggung kami. Sebab nak harap pendapatannya berapa la sangat kan dengan kerja part time dia buat. Alhamdulillah suami seorang yang baik.

Tapi mertua juga yang suruh dia sambung belajar jadi memang mertua la yang perlu tanggung semua tu kan. Cuma yang tak okay masa dia. Dia dah full time belajar, bila cuti dia kena kerja part time. Jadi masa untuk aku memang jarang.

Dia pun menjual online, memang hp 24 jam la di tangan. Jadi most of time kami g4duh memang sebab masa la yang jarang diluangkan pada kami. Alasan suami dia cari duit untuk kami anak beranak. Tak tau bersyukur kah aku ni ya dah dapat suami rajin cari duit tapi still men4gih masa padanya?

Bab aku tak berapa ngam dengan ipar tu ada lah aku suarakan, aku nak untuk tinggal di luar. Menuntut tanggungjawab suami untuk sediakan aku rumah. Aku rasa dengan pendapatan suami cari duit tu boleh sediakan aku rumah biarpun sekadar bilik sahaja.

Tapi suami tak nak kami sewa bilik, dia nak sewa sebiji rumah dia rasa tak mampu. Aku cakap ukur baju di badan sendiri. Dia cakap ya tapi pikir soal anak – anak nanti tak selesa environment tinggal dalam bilik. Dan mesti mertua tak setuju kami sewa bilik sahaja.

Jadi aku desak suami untuk minta satu rumah mertua. Mertua ni banyak rumah ya dan semuanya disewakan. Suami tak mau sebab macam aku cakap suami memamg sejenis tak nak berg4ntung sama harta mertua. Lagipun dia cakap rumah semua ada orang sewa, takkan nak suruh orang tu keluar padahal ada kontrak perjanjian sewa.

Dan aku ni salahkah menuntut hak aku dalam nafkah rumah atau aku memang tak memahami suami? Suami cakap setahun lebih lagi dia habis belajar. Sabarlah untuk tempoh tu. Mahu sahaja aku balik ke rumah ibubapa aku tapi macam pelik pula aku di rumah ibubapa aku tapi suami di rumah ibubapanya sebab rumah mertua dekat dengan universitinya manakala rumah ibubapa aku lain negeri yang berjam lamanya untuk sampai.

Kan itu normal untuk menjaga emosi aku sebagai manusia? Kata orang jauh bau wangi dekat bau busuk. Tapi apa aku nak cakap dekat ibubapa aku kalau aku tinggal dengan mereka kan. Nak cakap aku penat jadi pembantu di rumah mertua? Apa nanti mereka pikir kan.

Sebab mertua ni memang baik layanannya terhadap aku. Cuma bab buat kerja rumah ni je yang buat aku giveup tinggal sama dia. Rumah ni besar ya. Macam over juga cakap bunglo tapi memamg besar. Dan mertua seorang perfectionist semua nak perfect.

Dia memang tak arahkan aku buat tapi kalau tak buat akan dimarah tak pun mertua buat sendiri dan akan mengadu dia penat s4kit badan semua. Aku jadi tempat mengadu tiada pilihan dan perlu membantunya. Mula – mula ikhlas la tapi lama – lama tidak sebab kenapa hanya aku yang buat anak d4ranya tidak.

Hanya sebab anak d4ranya marah dan merajuk apabila disuruh buat kerja rumah. Tapi kalau aku tak buat jadi amvkan pula. Pada yang komen kalau tinggal rumah mertua kena la pandai bawa diri. Ya aku terlalu pandai bawa diri sampai dijadikan pembantu rumah.

Bermula hanya sekadar menolong tapi lama kelamaan menjadi tanggungjawab aku. Mahu kerja tapi mertua tak bagi. Pernah menjual online tapi dicakap main hp 24 jam. Sudah aku jelaskan, bukan main hp tapi menjual. Tapi ntah la macam tak faham atau pura – pura tak faham.

Kalau dah selalu di sindir dicop main hp dan lama – lama akan dimarah kalau ada kerja atau anak – anak belum terurus sebab dicakap main hp. Jadi aku pun stop jual online. Ke aku ni terlalu lemah tak boleh dimarah? Nak kerja? Lagi lah tak diizinkan.

Sebab mertua cakap jangan jadi seperti dia. Terlalu kerja sampai anak – anak orang lain yang jaga. Dan tengok la kesannya pada ipar. Dia tak mahu jadi seperti ipar terlalu berg4ntung pada pembantu sehingga besar tak tahu buat kerja. Bonding antara anak dan parents tiada.

Aku pikir anak aku, aku la tentukan acuannya. Kenapa mertua nak aturkan. Tapi suami pun tak izinkan aku bekerja sebab merasa apa yang mertua cakap masuk akal. Salahkah aku kalau aku nak cerai dengan suami sebab penat dijadikan pembantu oleh ibunya dan sikap mertua yang terlalu masuk campur urusan rumahtangga aku?

Atau minta cerai sebab suami jarang luangkan masa dengan aku dan sikap suami terlalu ikut aturan mertua sebab dia terlalu terhutang budi sebab mertua banyak membantu kewangan kami? Aku penat emosi, mental dan fizikal. Atau aku ni terlalu overthinking? Masalah ni kecil kah atau aku yang terlalu besarkan masalah?

Pada yang cakap suami dan aku sebenarnya belum sedia berkahwin. No kami sudah bersedia tapi segalanya h4ncur bila suami sambung belajar itupun atas arahan mertua dan kami pindah ke rumah mertua. Alasan suami sambung belajar supaya boleh dapat kerja lebih baik.

Mertua pun keduanya dari golongan belajar tinggi so anak – anak pun kena ikut la. Dan soal nafkah jangan risau mertua boleh tanggung. Maaflah ya kalau ada meluat baca sebab buat luahan lagi. Tapi rasa ringan sikit beban ni lepas meluah kat sini.

Nak meluah pada orang yang kenal diri ni tapi ibarat luahkan aib keluarga suami pula. Sama apalah mereka fikirkan tentang keluarga suami. Jadi sini tempat paling sesuai. – Bulan (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Siti Abdullah : Baik hadap rasa sedih ‘berpisah’ kejap dengan anak supaya awak dapat kebebasan bekerja, dari hadap penat mental dan fizikal sebab dijadikan ‘babu’ secara tak langsung. Banyak cara supaya anak dapat menyusu dalam masa yang sama awak dapat bekerja.

Nanti situasi tu jugak akan mem4ksa mentua cari pembantu balik. Then awak bebas dari jadi pembantu diorang. Balik kerja hadap jelah anak tu puas – puas. Ada rezeki lebih sikit cari la rumah sewa. Kalau masih beralasan then hadap jelah keluarga suami tu sampai anak – anak besar, or bertambah sementara nak tunggu suami habis belajar dan bekerja semula. By the way awak memang bawah tanggungjawab diorang since anak diorang tak bekerja dan tak mampu tanggung anak isteri buat masa sekarang. And good luck!

Marcella Edora : Suami: konon taknak berg4ntung dengan mertua tapi masih nak duduk dengan mak pak dia. Sebab apa? Sebab tau kalau duduk menyewa, nak kena sedia duit makan minum, duit api air, duit belanja bini. So jalan paling senang is duduk serumah dengan mak pak dia lah kan?

Tahlah. Rasanya problem kat sini SUAMI u je sis. Sebab gagal jadi SUAMI. Dah tau berbini, kena tau la apa yang patut didahuIukan. Belajar pandai – pandai belajar tinggi – tinggi pon macam benak ubi je dia bab ni.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.