Mertua pengotor, dia bilas puting anak aku dengan air liur dia je. Kunyah kunyah dulu makanan, baru bagi anak saya makan

Saya ini tak kerja memang orang pandang macam b0doh – b0doh sahaja. Hidup pula menumpang rumah mak mertua. Anak saya baru umur 3 bulan, mak mertua bagi makan aiskrim..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin dan semua. Sebelum itu, admin tolong sembunyikan profil saya ya, terima kasih. Ceritanya begini, saya hari ini entahlah menyirap pula dengan ibu mertua selepas dapat tahu dia dengan keyakinan teguhnya berkata tahun ini saya raya di beIah dia.

Agak – agaklah kan, tahun lepas sudah raya di beIah dia. Saya ini kampung beIah utara. Suami kampung belah selatan. Saya ini sudah masuk tahun keempat tinggal dengan mertua di ibu kota, anak seorang baru berusia dua tahun.

Bukan apa, mak dah lah puasa seorang diri, takkan raya pula saya tak nak balik. Ayah ada lagi tapi tidak berapa sihat sangat, kampung tiada sesiapa pun sebab semua sudah keluar bekerja. Cadangnya tahun ini beIah saya pula, kan?

Ibu mertua nak juga balik beIah dia, siap sudah tentukan w4rna apa nak pakai tahun ini, kepoh betul lah dia ini. Suami saya belum bagi kata putus lagi, dia sudah pandai – pandai. Cukuplah bab itu. Nak cerita sedikitlah masalah saya dengan keluarga ibu mertua ini, taklah besar mana, tetapi bila hari – hari berkumpul, dia jadi macam b4rah pula dalam kepala otak ini.

Sebelum ada anak, saya ada masalah tekanan kerana orang asyik pesan supaya tidak mengandung, suruh belajar habiskan dahulu lah, itu sahaja zikir di mulut ibu mertua bila orang tanya sudah ada isi belum menantu itu.

Malas nak tulis saya belum habis belajar sebab nanti macam jelas sangat adik ipar mesti dapat hidu. Yang penting bukan SPM lah ya, haha. Sampai kami kahwin tiga empat bulan pun tidak bersama betul – betul lagi sebab suami macam takut kalau saya hamil.

Lawak tak lawak ketakutan macam ini pun boleh berlaku, kan? Haha, b0dohnya. Tapi tak lama pun selepas itu, dapat tahu saya hamil. Kami suami isteri takut nak beritahu sebab takut orang kecewa kan. Dalam tiga bulan baru suami beritahu keluarganya dan suram sahaja, tiada teruja mana pun.

Tidak pernah orang tanya saya mengidam apa pun, saya bawa diri sahaja sembilan bulan itu. Tapi itu tak berapa s4kit hati saya, tetapi sangat selepas ada anak ini jadi s4kit jiwa pula saya. Apa sahaja saya buat untuk anak, asyik kena soal sahaja.

Contohnya anak saya ini, saya masakkan mi (khusus bayi) pun bapa mertua kata, “Ish nanti usus terbelit lah,” padahal sudah dua tahun pun. Apa jadilah pula ini? Bagi makan yogurt pada anak pun kata nanti s4kit perut. Anak bangun lambat, dik4ta nanti gastrik lah budak itu.

Bagi makan buah, dik4ta tak elok makan buah dahulu, makanlah nasi dulu, blablabla. Itu belum masuk bab nak bagi pakaian, bab mandi anak, semua nak dikomplen. Senang cerita, semua saya buat salah. Anak tengah panas terik, bagi lah pakai lampin sahaja. Ini pun kena kecam, dik4ta nanti masuk angin.

Bagi anak minum air sejuk yang ditapis pun dimarah juga, takut batuk. Padahal ibu mertua suap anak saya makan aiskrim boleh pula? Masa umur tiga bulan dah bagi makan aiskrim, agak – agak boleh ke percaya orang macam ini nak jaga anak? Memang tidaklah saya terus berhenti kerja.

Mereka jenis pengotor, bilas puting cucu pun guna air liur sahaja, kunyah – kunyah dulu baru bagi cucu makan. Eee geli, kan? Anak saya tak pandai cakap lagi, hari – hari juga anak saya kena komplen, lidah pendek lah, cakap bahasa apa lah, tak pandai itu inilah. Dibandingkan anak saya dengan anak orang lain. Pokoknya saya ini tak baik kot jaga anak.

Saya ini tak kerja memang orang pandang macam b0doh – b0doh sahaja. Adik ipar pula jenis suka atur – atur hidup orang juga, itu jenis tak habis – habis tanya bila nak kerja, tinggal lah anak dekat orang, jangan takut sangat nak bagi anak pada orang, serahkan lah pada Allah, blablabla.

Sembang kencang bab agama tapi jaga hati orang tak reti, perempuan ini. Saya berhenti kerja pun sebab anak minum susu badan sahaja, botol tak nak dah dia tolak. Saya rasa kasihan lah pada anak. Saya rasa hak asasi hidup saya dah tak ada dah.

Suami kata gaji dia tak mampu nak bawa kami pindah keluar rumah ini. Tak tahu lah duit nafkah saya tak dapat pun, dapat duit beli keperluan anak sahaja. Bulan – bulan dia bayar bil mak dia semua, dia bagi mak dia RM400 – RM500.

Kalau ikutkan pandangan saya lah, kami mampu sahaja pindah kalau tak bagi RM500 itu, tapi RM500 buat sewa rumah dan hari – hari saya boleh masak untuk kami. Saya ada juga buat bisnes dalam talian tapi belum ada peningkatan lagi.

Saya pula dah tak ada rasa nak bersama ke, nak memasak ke, nak apa sebab saya dah mula tertekan dengan semua benda dalam rumah ini dengan kritikan – kritikan yang ada. Hari – hari hidup kena komplen, awak rasa seronok ke walaupun benda itu mudah – mudah sahaja bagi orang lain?

Mungkin suami tak kisah kot sebab rumah mak dia, kan. Saya sejak kahwin tak pernah dapat waktu uruskan keluarga sendiri. Kalau saya masak tak ada orang makan, suami sahaja makan. Ada sahaja nak komplen, sambal tak masak cili lah, masak lemak tak lemak lah, belacan lebih lah. Akhirnya saya tak masak dah, saya jadi tukang makan sahaja sekarang ini.

Kritikan demi kritikan ini macam tak ada kesudahan. Boleh saya katakan di sini saya tak pernah bahagia duduk sini. Sampai bila pun tak tahu lah nak duduk sini nanti keluar pula dekat berita suri rumah gantung diri. Maaf lah pada yang susah nak faham ataupun cerita saya terbelit – belit, saya tak pandai nak luahkan dengan tulisan sangat.

Tapi selepas tulis ini rasa lega sedikit sebab apa yang terbuku dah terkeluar dah. Sebabnya kalau cakap dengan suami buat g4duhnya, dik4tanya saya tak faham dia dengan keluarga dia.

Komen W4rganet :

Siti Fasehah : Benda ni simple ja.. sabar dan usaha. Sabar untuk lalui semua tu dan usaha untuk keluar dari semua tu. Kita bila dah stay dengan orang negatif pandang pulak kita ni negatif takda nya nak nampak yang baik dekat kita ni.

Dah dia tak suka yelah semua jela dia tak suka. Dia kisah apa nye lah hati menantu ni sebab dia fikir yela mentua ja yang ada hati yang ada hak atas semua semua nye lah. Tapi dalam masa yang sama kena usaha lah untuk keluar dari rumah tu.

Keluar stay asing In syaa Allah nanti akan rasa kebebasan and kegembiraan tu nanti. Susah senang suami isteri ja yang tau semua kongsi berdua ja. Takyah dah nak hirau hati manusia negatif yang lain bukan nya nak elokkan keadaan pun nak bagi buruk lagi ada lah so sabar dan usaha la yaa sis

Melati Putih Melati : Duduk sendiri. Takdak duit carik duit. Jangan duduk dengan orang lain.. Mak sendiri ke atau mertua..jangan!! kerana orang – orang tertentu saja boleh tinggal bersama keluarga. Yang bersama dari kecik hingga besar pun sukar serasi berg4duh lah dengki lah tak puas hati lah.

Apatah lagi kalau baru nak masuk beberapa tahun dalam rumah orang, keluarga orang. Akan ada komplen itu ini. Sudahnya hidup dalam tekanan, celaru, tiada kasih sayang. Kebahagian masa akad nikah bersama pasangan lebur.. Beza bila dalam keluarga ada ikhlas, kasih sayang.. Yang buruk jadi indah..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.