Mula-mula aku takut tak boleh masuk dengan keluarga mertua, sekali mak mertua aku minat layan Running Man!

Aku dah kahwin 5 tahun dengan suami tapi masih tak dikurniakan anak. Keluarga suami semua kerja doktor kecuali mak mertua. Jadi aku rasa keluarga diorang ni mesti skema dan tak fun. Waktu pertama kali jumpa keluarga mertua, ada iklan Running Man. Rupanya mak mertua aku suka tengok cerita korea..

#Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum semua… Nama aku Armel dan usia aku 30 tahun. Dah lama sebenarnya aku berniat nak tulis confession ni. Tapi asyik tak jadi.

So memandangkan aku high caffein malam ni dan laki aku tengah membuta dengan jayanya, aku pun bangun dan rajinkan diri untuk tulis confession ni.

Aku nak buat satu confession tentang mak mertua aku. Selalu sangat aku baca kat sini kisah mak mertua kej4m ala – ala filem ibu mertuaku. Mungkin dari situ kot diorang dapat inspirasi nak jadi mak mertua pu4ka ala niang rapik.

Geram aku! Tapi kisah aku ni tak ada kena mengena pun. Mak mertua aku adalah mak mertua yang terbaik sekali dalam dunia ni! Alhamdulillah, mungkin ni salah satu nikmat yang Allah bagi untuk aku. Syukur sangat – sangat. Saya sayang sangat dengan Mummy!

Ok berbalik pada kisah yang aku nak sampaikan, aku dah kahwin 5 tahun tapi masih belum ada rezeki zuriat. Doakan aku ya kawan – kawan. Suami aku adalah anak ke-2 daripada 3 beradik. Tiga – tiga lelaki. Abang ipar aku pun dah kahwin dan ada anak 2 orang. Cuma yang bongsu belum kahwin lagi.

Tengah mencari jugak tu. Family suami aku termasuk biras aku semuanya doktor kecuali mak mertua aku. Mak mertua aku cikgu pencen dan dia ada persamaan dengan aku sebabnya aku pun cikgu jugak.

Di awal detik perkenalan aku dengan suami aku dulu, aku macam takut jugak tak boleh bIend in dengan family dia. Aku duk bayang aku akan masuk dalam satu keluarga yang skema dan tak fun.

Tengok suami aku tu la, mana adanya nak kelakar. So aku expect family dia pun mesti la macam tu. Lagi – lagi maknya! Aku seram betul awal – awal nak pergi rumah dia. Rupanya tekaan aku silap.

First time aku jumpa mak dia, aku, suami aku, in-laws aku berbual la dekat ruang tamu. Then masa tu ada iklan Running Man dekat TV, mak mertua aku tiba – tiba tanya aku,

“Mel dah tengok ke episod ni? Kelakar episod ni… Mummy dah tengok dah… yang ini ulangan je…” Terkedu aku! Mana dia tau aku suka tengok Running Man pulak. Haha.

Aku masa tu memang tak pernah missed tengok Running Man. Gigih tunggu hari Isnin setiap minggu. Aku pun layankan jela dia borak pasal Running man. Suami aku rupanya yang bagitahu dia. Ayah mertua aku, aku panggil abah ralik duk tengok kami berdua berbual.

Lepas tu dia cakap, “Dah sudah… jumpa geng pulak dah… selama ni tak ade orang nak layan…”

Suami aku pulak memang species ada lombong emas dalam mulut dia, so korang faham – faham la dia memang tak banyak bercakap. Dia jenis abang – abang sikit. Muka serius. Acah – acah b0dyguard. Sejak hari tu aku dah mula suka kat mak mertua aku.

Masa buat persiapan perkahwinan, mummy lah yang banyak tolong. Dia kerap datang rumah tolong siapkan hantaran, teman aku dengan mak aku beli barang kenduri. Salah satu sebab mungkin dia bosan duduk rumah sorang – sorang. Abah selalu keluar jugak.

Awal – awal lepas kahwin, aku tinggal rumah mertua aku. Again, aku masa tu takut jugak. Takut jadi macam kisah – kisah yang pernah aku baca. Menantu dengan mertua bermusvh.

Tapi aku doa dengan Allah mintak dijauhkan semua tu. Ternyata, dekat rumah mertua aku, kami m4kin rapat.

Alkisahnya, mak mertua aku ni dia tak berapa pandai masak. Haha. Dan aku boleh dik4tegorikan pandai masak jugak lah. Takde la setaraf Chef Wan.

Tapi pandai la jugak sebab family aku ada restoran. Selalu petang – petang lepas aku balik mengajar, kalau aku takde hal lain. Dia mesti mintak aku ajar dia buat itu la ini la. Terutamanya pastry. Macam – macam kitaorang buat. Cream puff, kek, brownies.

Cakap je! Beria dia tunjuk dekat abah setiap kali kek dia buat cantik and sedap. Masa abang ipar and family dia balik, maka chefnya jadi 3 orang. Termasuk biras aku sekali. Biras aku ni karakternya lain dari aku, aku jenis entah apa – apa, dia pulak jenis lembut manja.

Dia kalau balik rumah mummy, melentok dekat bahu mummy. Rapat betul. Aku teruja sangat tengok hubungan diorang. Aku teringin nak belajar macam mana nak jadi lembut manja macam Kak Min. Nanti bila – bila free please ajar saya tau Kak Min?

Dia jenis manja bukan buat – buat yang gedik tu. Tapi memang jenis lembut. Muka dia pun jenis muka lembut. Baik hati pun ya jugak biras aku ni. Kalau belikan apa – apa dia mesti belikan untuk aku sekali. Kalau harapkan aku, tak ade tudung Ariani. Sebab aku kedekut. Kihkih.

Sekarang berbalik dengan cerita mak mertua, satu hari tu dia ajak aku teman dia keluar ke bandar. Suami aku belum balik lagi, abah pulak tak nak ikut.

So kami pergi la berdua. Dia ajak aku pergi tengok set pinggan mangkuk baru. Lepas siap beli set yang dia suka, masa dalam perjalanan nak ke tempat parking kereta, ada satu kedai emas.

Mummy ajak aku masuk. Aku ikut jelah. Then masa tu dia duk tengok – tengok gelang, rantai semua. Dia tanya aku “lawa tak yang ni Mel?” sambil tunjuk satu gelang candy love. (itu kot nama dia, ada loket love tu).

Aku cakap lah lawa. Dia tanya lagi “Mel suka ke yang ni?” Aku cakap suka. Cantik. Then tiba – tiba dia cakap “Ok, mummy hadiahkan untuk Mel yang ni. Mel tolong carikan satu lagi untuk Kak Min…tolong mummy pilih…” Ya Allah terk3jut aku.

Aku cakap tak payah lah, mahal. Dia cakap tak ape, dia memang hajat nak belikan sorang satu untuk menantu dia.

Oh Guys, aku terharu giIa. Terus aku peIuk mummy and c1um pipi dia sambil ucap terima kasih. Akhirnya kitaorang pilihkan gelang yang lebih kurang sama dengan aku untuk Kak Min.

Dua tahun jugak aku duduk dengan mak mertua aku. Dan aku happy sangat – sangat. Aku pindah duduk rumah sendiri lepas tu pun tak jauh mana dari rumah dia.

Kadang aku pergi melepak rumah dia, kadang – kadang dia datang melepak rumah aku. Kadang – kadang dia datang sorang, kadang – kadang diheretnya sekali abah.

Aktiviti utama berborak pasal Kpop, drama korea, atau pun mengumpat suami aku. Macam – macam lagi la. Pastu mummy ni dia adil dan saksama. Dia gilir – gilir pergi rumah Kak Min jugak. Ada hari kalau Kak Min tak busy, kami bertiga buat girls day out.

Anak Kak Min pun ikut sekali. kami pergi cari kedai hipster untuk upload kat IG, food hvnting sana sini, shopping. Laki kitaorang pandai – pandai la buat hal sendiri.

Pengalaman paling indah 2 tahun lepas, kami satu family ramai – ramai pergi Korea. Mummy dengan aku lah yang paling macam sikit – sikit sawan tengok poster artis Korea. Laki aku yang sinis tu siap perIi “Ni kalau dibiarkan sesat entah ke mana – mana dua orang ni.”

Yelah kami teruja sebab pergi tempat – tempat sh00ting Kdrama. Beli itu ini. Acah – acah cakap Korea guna dialog dari drama Korea, macam – macam la perangai pelik kami kat sana. Seronok sangat – sangat! Lagi seronok bila ketiga – tiga para suami tak suka makanan Korea.

Since aku, mummy and Kak Min tekak International kami telan je. Adik ipar aku pun ok jugak bab ni. Mungkin sebab dia generasi muda jugak.

Yang paling buat aku suka mummy dan aku sayang sangat – sangat dia, sebab aku pernah ada krisis dengan suami aku.

Aku cemburu jugak lah sebab aku nampak ex gf dia dulu duk komen komen dekat FB dia. Bukan sekali, banyak kali. Suami aku memang cakap tak ada apa – apa. Tapi aku tak suka.

Aku pernah menangis sebab tu. Bila mummy tau pasal tu, dia sekolahkan suami aku. Lepas tu dia cakap kat aku,

“Ish tak payah cemburu kat dia tu, mummy tak suka dia tu kalau Haziq kemaruk nak pun. Bukan lawa pun.. baiknya tak jugak…” Mummy yang cakap ok, bukan aku. Nasib baik lah benda tu tak berlarutan, perempuan tu Alhamdulillah takde dah duk lebih – lebih dengan suami aku. Terima kasih mummy! Kalau mummy baca ni, Mel harap mummy tahu Mel sayang Mummy macam ibu kandung sendiri.

Dalam perkahwinan Mel, selain dikurniakan suami yang baik, Mummy jugak kurniaan Allah untuk Mel. Love you so much Hajah Rahima! – Armel Dayana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ratnaz Kasro : Kami pun tumpang happy dengar cerita confessor. Beri kasih sayang, baIasan jugak kasih sayang. Semoga terus bahagia di samping suami dan seluruh ahli kluarga. Ibu mertua ka, ibu sendiri sama penting, Insyaallah, one day confessor mesti tr3at your menantu better dari apa yg confessors pernah rasa. Insyaallah. Kami yang membaca pun happy, apetah lagi confessor yang merasai. Syukur alhamdulillah, jaga diri baik.

Aienteh Basyashah : Alhamdulillah, seronok baca cerita positif camni. Saya pun bersyukur sangat dapat mak mertua yang baik sangat – sangat. Walaupun tak moden macam cerita puan ni, tapi sepanjang kawin 7 tahun ni, tak pernah terasa dengan mak mertua. Cakap lembut, tak pernah marah – marah, penyayang sangat. Rindu sangat kat mak.

Zara Lily : Rezeki puan dapat mertua yang sangat – sangat baik! Mummy buat menantu macam kawan – kawan and anggap macam anak perempuan sendiri lagipun anaknya semua hero. Alhamdulillah.. Senyum je saya baca confessions ni. Comel je!

Niena Sofea : Alhamdulillah. Mak mentua saya pun baik sangat. Selalu ja kami suami isteri datang rumah mama lepak – lepak sebab kami masih berdua. Belum punya cahaya mata. Suami pun pernah kena sekolahkan dengan mama. Mama selalu jaga nama baik kami suami isteri. Walaupun orang lain mengata, mama selalu cakap abaikan dan dorang tu cemburu. Sentiasa backup kami suami isteri. Hanya keluarga saya dan mentua saja tahu kami bagaimana. Orang lain boleh bercakap apa mereka mahu walaupun tak mengenali secara dekat kami suami isteri. Farhanah sayang mama. Terima kasih dah lahirkan abang.

Eiyda Aizrish : Alhamdulillah.. cerita TT dengan suami masa ada krisis tu sama macam cerita saya. Ibu mertua saya pun tak menyebeIahkan anak dia. Dia siap warning lagi. Ibu mertua saya agak tegas, mungkin sebab dia pesara polis. Hubungan saya dengan ibu mertua juga sangat – sangat rapat. Sesekali bila balik kampung, kami berdua boleh bersembang sampai pukuI 1-2pagi. Sampai suami pun pelik apa yang kami sembangkan. Tapi, Allah lebih sayangkan Ibu mertua saya. Dia pergi tanpa sempat berjumpa kami, sebab waktu tu PKP. 13/05/20, hari Rabu, ramadhan ke 20 kalau tak silap. Alfatihah untuk arw4h mummy Hajah Che Bee binti Ujang, Rembau N9.