
Sampailah satu hari, aku dan isteri g4duh besar. Aku tertekan sangat sampai aku TERlafaz talak. Isteri aku terus keluar bawa anak – anak. Aku merayu, menangis depan dia..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku nak cerita benda yang sampai hari ni aku masih tak boleh maafkan diri aku sendiri. Aku pernah ada isteri yang baik, anak – anak yang manja, dan rumah yang tak mewah tapi cukup bahagia. Tapi aku sendiri yang rosakkan semua tu.
Bukan sebab orang ketiga ganggu kami tapi sebab aku yang buka pintu. Entah macam mana, aku terjebak dengan seorang perempuan nama dia Zati. Mula – mula atas urussan kerja je. Tapi lama – lama jadi terbiasa. M4kin layan, m4kin hanyut.
Benda h4ram ni, bila sy4itan dah buka jalan, memang susah nak patah balik. Aku bercinta dalam gelap, sorok – sorok macam budak sekolah. Bergayut berjam – jam. Asal ada peluang. Asal aku di luar, asal bini aku takde kat rumah. Aku cari Zati.
Masa tu aku tak nampak salah sendiri. Tapi sekarang bila fikir balik, aku memang b0doh. Isteri aku tak pernah cukup pun nafkah dia. Duit rumah, duit anak – anak, semua dia banyak cover. Aku kerja pun tak tetap. Sekejap buat bisnes, sekejap kerja kapal tapi semua tak jadi.
Tapi aku tetap gigih cari duit, bukan untuk keluarga tapi nak kahwin dua. Nak buktikan konon aku mampu. Bayangkan, aku kumpul duit bukan untuk belanja anak – anak atau bahagiakan isteri tapi untuk kahwin lagi satu. Padahal rumah tangga sendiri dah tunggang – langgang.
Ada masa aku dah start pelik m4kin jauh dari isteri, m4kin jauh juga rezeki. Tapi aku still tak sedar. Aku sangka ni ujian, padahal itulah amaran dari Allah. Bila isteri aku Nur tahu pasal Zati, dia tak meng4muk kat Zati. Dia tak ser4ng Zati pun.
Dia cuma nasihat aku. Dia cakap, “Abang, berhentilah.” Tapi aku ego. Aku keras kepala. Aku sangka dia takkan ke mana. Aku yakin aku boleh simpan dua – dua. Lepas tu kami m4kin selalu g4duh. Bila dia luah kecewa, aku suruh dia diam. Aku anggap dia cari pasal.
Aku tak peduli hati dia h4ncur ke tak. Yang aku tahu, aku nak kahwin dengan Zati. Sampailah satu hari, kami g4duh besar. Aku tertekan sangat sampai aku TERlafaz talak. Sumpah aku tak berniat. Tapi benda dah terlafaz. Dan masa tu, aku rasa hidup aku runtvh.
Nur terus keluar dari rumah. Bawa anak – anak. Tak nak tengok aku dah. Aku cuba rujuk, pujuk, menangis depan dia tapi dia dah taw4r hati. Dia cuma nak jaga anak – anak. Aku? Aku tinggal sorang. Dengan perempuan yang aku sanggup Iawan dunia demi dia tapi m4kin hari, aku mula takde hati dah kat Zati.
Zati yang dulu sanggup jadi nombor dua, sanggup tunggu aku, sanggup beralah, bila dah jadi satu – satunya dalam hidup aku, per4ngai dia lain, pelik. Sikit – sikit cemburu, asyik syak aku rindu bekas isteri. Dia insecure, penat mental. Aku letih.
Aku mula teringat Nur, isteri aku yang dulu. Yang sabar. Yang tenang. Yang tak pernah bebankan aku. Tapi aku buang dia macam sampah. Sekarang aku kosong. Aku hilang keluarga, hilang anak – anak, hilang ketenangan. Duit m4kin tak ada. Bisnes lingkup. Kerja tak jadi. Semua macam baIa datang satu – satu.
Dan aku tahu… ni semua balasan dari Allah. Balasan sebab aku curang. Balasan sebab aku s4kiti hati isteri aku sendiri. Sebab aku buat maksi4t walaupun cuma mesej, walaupun cuma “borak kosong”, walaupun konon tak tidur bersama. Tapi itu tetap maksi4t. Itu tetap d0sa.
Sampai sy4itan control diri aku dan tepuk tangan sebab aku kalah dengan hawa nafsu aku sampai runtuh rumahtangga aku. Aku bukan lelaki baik. Tapi aku mula sedar, bila kau lalai, Allah akan tarik satu – satu. Bila kau ikut nafsu, Allah akan bagi kau rasa gelapnya hidup tanpa rahmat. Sebab tu aku tulis ni.
Untuk lelaki – lelaki yang rasa dia “berhak kahwin dua”. Untuk suami – suami yang tengah main mesej dengan perempuan lain, rasa macam “benda biasa”. Untuk yang fikir “isteri aku takkan ke mana…” Aku nak cakap, bila isteri kau dah penat, bila Allah tarik semua nikmat, masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.
Aku dah hilang isteri yang baik. Aku dah hilang keluarga yang aku bina bertahun – tahun. Sekarang aku duduk sorang dalam rumah sewa, pandang siling, fikir, “apa aku dah buat?” Kalau kau tengah main api sekarang, berhenti. Sumpah berhenti. Tak mampu poligami, jangan dekati z1na. Pergi belajar agama betul – betul.
Jangan tunggu Allah ambil semuanya baru kau nak menyesal. Sebab bila dah terlambat, takde rewind. Yang tinggal cuma sesal. Dan kalau kau baca ni, tolong doakan aku. Aku nak Allah ampunkan aku. Aku nak jadi ayah yang baik semula. Dan aku nak hati isteri aku yang aku Iukakan dulu… tenang. Walaupun bukan dengan aku. — Lelaki yang kena t4mpar dengan realiti (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Norwahida Zul : Memang sedih jika suami per4ngai macam ni. Setakat gaji suami kecik tak keja tetap boleh terima laig tapi bila kau sendiri tak cukup bagi nafkah anak bini tapi main kayu 3 dengan perempuan lain. Memang remuk seremuk hati. Maaf memang boleh tapi nak lupakannya mungkin makan masa. Mungkin sampai m4ti bermain di fikiran dengan kecurangannya.
Nurin Haha : Macam mana boleh confident nak kahwin 2, sedangkan keperluan rumah pun banyak wife cover? Malunya baca. Padan muka kau eh, semoga nur kahwin dengan lelaki yang mampu provide semua benda 100%, tak perlu 50 – 50, dan semoga anak – anak kau dapat bapak baru yang stable dan bukan kaki perempuan.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.