
Walaupun mak tak kerja tapi bila anak – anak minta, mak akan bagi juga. Kadang – kadang sampai mak terp4ksa pinjam kat jiran sebab nak tolong anak – anak. Satu hari tu aku nampak mak menangis. Aku tanya..
#Foto sekadar hiasan / AI. Kat sini aku cuma nak luahkan apa yang tersirat di hati. Aku perIukan pandangan orang. Aku perIukan sokongan dan juga tunjuk ajar daripada korang. Ini ialah kisah hidup aku.. Aku anak bongsu dalam keluarga. Adik beradik aku ramai.
Kakak – kakak dan abang – abang aku semua dah berkeluarga dan ada tanggungjawab masing – masing. Kakak aku yang sulung dah bercerai dengan laki dia. Dia hidup susah selepas bercerai. Tapi dia tak pernah mengeluh kat kami semua. Tapi mak tetap tolong apa yang patut kat dia.
Mak kata mak tahu apa yang kakak rasa. Kakak aku ni dah lah ada anak 3 orang. Semua dia jaga sendiri. Dan salah seorang anak dia, no. 2 tu kurang upaya, OKU. Jiran – jiran dia banyak bantu dia. Berkat keprihatinan jiran – jiran, ada orang kaya datang bagi bantuan dekat dia sekeluarga. Sekarang ni dia dah tak susah dah. Cukup makan anak beranak. Alhamdulillah..
Dia muda lagi tapi kalau dia nak kerja siapa nak jaga anak dia. Mak aku dah uzur. Dah tak larat nak jaga anak dia tu. Bila teringat kat anak dia, aku menangis sebab aku tak mampu nak tolong. Abang – abang aku yang lain pun susah juga. Tak ada lah hidup mewah.
Harapkan isteri dorang kerja kerajaan. Abang – abang aku semua tukang masak. Tapi disebabkan dapat bini yang kaki kongkong ni, tak pernah hulurkan duit kat mak, abah. Kadang – kadang je. Tapi kadang – kadang tu lah yang jarang nampak.
Ada yang bila sesak akan minta duit kat mak aku. Mak aku ni walaupun tak kerja tapi bila anak – anak dia minta dia akan bagi juga. Kadang – kadang sampai mak terp4ksa pinjam kat jiran sebab nak tolong anak dia. Aku yang tengok ni, aku rasa geram kat abang – abang aku.
Kakak – kakak aku yang lain suri rumah. Seorang je kakak aku ni kerja tapi dia dah kahwin. Berapa sangat lah dia boleh tolong tapi dia still bagi kat mak aku tiap – tiap bulan. Dia lah tempat aku mengadu bila aku ada problem. Satu hari tu aku nampak mak menangis.
Aku tanya kenapa mak menangis. Dia cakap rindu kat anak – anak dia. Aku cakap tak apa, raya nanti mesti dorang balik kampung. Dorang duduk dekat je. 30 minit sampai rumah mak aku tapi jarang sekali balik tengok mak abah sihat ke. Anak – anak dorang je yang duk tanya khabar.
Syukur sangat raya tahun ni semua balik raya kat rumah. Ingatkan bila balik semua, dapat gembirakan mak aku. Tapi sebaliknya. Seorang abang aku ni perIukan duit untuk topup bisnes dia kalau tidak dia akan hilang semua bisnes dia. Aku tahu pasal ni pun sebab aku curi – curi dengar.
Mak aku kata, “Tak apa mak tolong. Tapi mak tak ada sekarang ni. Petang nanti mak bagi.” Lepas mak aku masuk dalam rumah, aku tanya lah petang ni mak dapat duit apa? Mak aku cakap duit raya yang sed4ra datang rumah bagi kat dia. Aku sebak dengar. Mak aku ni tak kan pernah kata ‘tak’ ada dekat anak – anak dia.
Abah aku kerja kampung je. Berapa sangat lah sebulan dia dapat. Abah aku tak pernah bagi duit kat mak aku. Dia akan beli lauk untuk mak aku masak tuh je. Kalau dia ada duit lebih seket kami makan sedap, kalau tak ada tuh kadang – kadang tu tak makan pun nasi.
Sekarang abah aku dah tak larat kerja. Makanan di rumah pun harapkan mak aku beli. Mak aku pun harapkan duit kakak aku yang bagi tiap – tiap bulan tuh. Sejak aku cuti sem ini aku selalu marah dekat abah aku. Aku marah sebab dia tak kerja walaupun aku tahu dia dah tak larat.
Lagi aku beng4ng dekat dia bila dia minta duit dekat mak aku nak beli r0kok. Aku paling benci orang yang hisap r0kok ni sebab mereka nak beli r0kok anak bini kelaparan. Bila aku marah abah, mak akan marah aku balik. Lepas tu aku tertanya – tanya kenapa mak marah aku?
Aku tak salah, aku cuma tegur abah je. Salahkah aku marah abah? Korang rasa betul ke tindakan aku selalu marah – marah bising – bising kat abah aku? Selama aku study kat UIA ni dari asasi sampai degree aku tak pernah minta duit kat family aku. Aku usaha sendiri.
Kadang – kadang tu aku tak makan sebab tak cukup duit. Nak minta kat kawan, malu. Aku akan menangis bila sendiri. Sehingga satu hari tu aku mimpi aku jadi kaya so aku dapat bantu family semua. Aku akan buat dorang semua happy. Dan yang paling penting mak gembira selalu tak de sedih – sedih dah.
Aku selalu berdoa semoga mimpi aku jadi kenyataan. Dan aku akan bantu mak. Bagi aku mak lah penguat semangat aku nak belajar sungguh – sungguh. Aku bersyukur sangat sebab dapat masuk UIA. UIA buat aku tak lupa pada keluarga. Dan yang paling penting aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai h4mba Allah.
Kawan – kawan UIA pun baik – baik. Tak pernah ajak buat benda tak elok. Bila dorang ajak keluar, aku cakap aku tak de duit, dorang sangat memahami. Tak buang aku. Semoga aku berjaya capai cita – cita aku. Aku post kat sini pun cuma nak luahkan kat korang pengalaman hidup aku.
Aku cuma nak cakap anak bongsu ni tanggungjawab dia tuh banyak. Dia lah satu – satunya harapan keluarga yang tinggal bila yang lain dah kahwin. So jangan cakap anak bongsu ni manja. Dia paling rapat, dia lah yang selalu dengar luahan hati mak.
Satu lagi aku nak pesan, korang bila dah kahwin jangan abaikan ibu bapa korang. Terutama lelaki. Jangan ikut sangat bini ko tu. Itu apa yang terjadi dekat abang – abang aku. Aku tak salahkan kakak – kakak ipar aku tapi aku salahkan abang – abang aku. Sebab tak de prinsip hidup. Tak kuat iman macam tu lah jadi.
Aku ni perempuan. Tapi per4ngai aku dah macam lelaki sebab semua kerja aku buat. Aku berdikari sendiri. Kalau lepak dengan kawan – kawan dorang selalu tanya bila nak kahwin, bila nak ada boyfriend. Aku cakap aku tak nak. Aku minta dijauhkan. Aku takut aku terlalai. Aku takut aku lupa mak dan abah aku bila bahagia dah aku jumpa. Biar jodoh tu datang sendiri.
Aku ni kalau dalam kelas tak pernah cakap dengan laki. Kawan laki pun takde. Aku jauhkan diri aku dari budak laki. Sedangkan course aku boleh kata dalam satu kelas ramai laki. Biar masa yang tentukan. Korang yang baca tolong bantu aku. Bagi aku kata – kata semangat untuk sem baru nanti. Bagi semangat seketul… hehe. Sekian. -isfahan (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Ain Fathihah Fhm : Abang – abang h4ng memang tak berduit pun. Sebab tu mereka tak mampu hulur duit kat mak h4ng. Bukan sebab kakak ipar kongkong. Entah berapa banyak dah abang h4ng duk guna duit isteri untuk tanggung keluarga dan sara anak – anak mereka. Kakak ipar kerja kerajaan ka kerja swasta ka, tetap h4ngpa adik beradik yang kena bantu makpak sendiri. Bukan tanggungjawab menantu perempuan.
Salina Gunawi : Jangan suka salahkan kakak ipar sebab kadang – kadang adik beradik sendiri yang tak berguna. Kalau abang tu tak malu minta duit kat emak rasanya dia malu tak minta duit kat isterinya?
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.