Selepas 3 bulan kahwin. Kali pertama dia tengking saya kuat-kuat dari dalam rumah sampai jiran dengar. Hanya sebab saya lambat kunci pagar

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sejak tu, suami berd3ndam dengan mak saya. Dia h1na mak saya, fitnah, umpat dan burukkan mak saya. Sampai sekarang. Paling s4kit, sampai mak saya meninggaI pun, dia masih m4ki dan kutuk arw4h mak saya..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua… Saya Alisha (bukan nama sebenar), berumur 34 tahun. Saya mohon sangat untuk pendapat kalian… Apa yang saya lalui dalam rumahtangga saya ni normal ke? Semua orang hadapi masalah macamni ke? Atau saya sebenarnya sedang bertahan dalam sesuatu yang tak sihat?

Saya dan suami berkahwin 11 tahun lalu. Kami tak kenal lama pun, cuma beberapa bulan, sebab saya nampak dia baik. Kawan – kawan panggil dia ustaz, dia pandai mengaji, minat nasyid, hormat orang tua dan sangat ramah dengan keluarga saya. Saya terima lamaran dia sebab saya percaya dia orang baik… Ya dia orang baik.

Tapi semua berubah hanya selepas 3 bulan kahwin. Kali pertama dia tengking saya kuat – kuat dari dalam rumah sampai jiran – jiran dengar… hanya sebab saya lambat kunci pagar. Dari situ, saya mula nampak sisi dia yang sebenar. Garang, moody, dan saya wajib ikut mood dia.

Dia pakai topeng, depan orang dia ramah dan baik sangat, tapi dengan saya dia garang dan moody. Lepas 4 bulan kahwin, bisnes dia jatuh. Katanya rugi RM7 juta. Keluarga saya pun ada join bisnes tu. Mak saya cuma nasihatkan dia supaya bayar hutang tapi sejak tu, dia berd3ndam dengan mak saya. Sampai sekarang.

Padahal mak saya tak pernah salahkan dia. Tapi dia h1na mak saya, fitnah, umpat, dan burukkan keluarga saya depan orang. Paling s4kit… Sampai mak saya meninggaI pun, dia masih m4ki dan kutuk arw4h mak saya bila dia ada masalah. Saya jadi tempat dia lepas geram dih1na, ditengking, dim4ki depan muka, hanya sebab saya lambat urus rumah atau lambat masak atau rumah sepah sikit, saya boleh terima kalau dia marah saya secara sembunyi dan bukan depan anak – anak.

Setiap kali dia marah, saya diam. Menangis. Tapi bila dia dah lega marah, dia akan jadi baik balik macam tiada apa – apa berlaku. Saya keliru. Penat. Tapi saya tetap sabar. Sebab saya sayangkan dia. Dia bukan tak ada kebaikan. Dia bantu urus rumah, masak, ambil anak sekolah, bawa bercuti, raikan hari jadi. Tapi emosi saya… saya rasa kosong. Saya tak rasa disayangi.

Dia pernah kata dia hanya kahwin sebab tak ada pilihan, kalau tak kahwin dengan saya pun ramai lagi pilihan dia. Bila saya pandang muka dia, saya nampak benci. Bila dia layan saya lembut, cuma bila dia nak bersama. Selebihnya… saya rasa dia bencikan saya.

Saya tak pernah tolak dia. Tapi sekarang saya perasan badan saya sendiri macam menolak dia. Hati saya rasa takut bila dia dekat. Saya tak kenal diri saya sendiri. Saya rasa macam hilang segala perasaan terhadap dia. Saya pernah kena label sebagai “sampah, binatang, b4bi, tak layak disayangi, mak ayah saya tak sayang saya, apatah lagi suami, dan kalau tak ada undang – undang dah lama saya takde dalam dunia ni, dia buat.” Sampai sekarang kata – kata tu terngiang.

Saya mula murung. Jumpa doktor, disahkan MDD (Major Depressive Disorder) dan anxiety. Saya mohon izin tinggal asing sementara, dia izinkan. Tapi lepas beberapa bulan saya rasa lebih tenang, saya buat keputusan nak berpisah secara baik.

Tapi… dia kata saya penting diri, tak sabar, tak bersyukur, isteri yang gagal dan tak cinta dia. Saya tanya kalian jujur .. salahkah saya? Terlalu ke saya minta tenang? Saya betul – betul tak tahu ni, salah saya ke ya bila saya dah tak sanggup teruskan?

Saya sayang dan kesiankan dia tapi dia tak pernah kesiankan saya bila dia h1na saya macamtu sekali… Dan bila saya menangis depan dia, dia tak pedulikan saya sampailah air mata saya kering sendiri. Saya m4kin hilang diri saya. Dia solat. Dia ke masjid. Dia belajar agama. Tapi bila di rumah, umpatan, m4kian, pengh1naan… semua tu jadi makanan harian. Bukan pada saya saja, pada kawan baik dia, famili dia, siapa pun.

Lepas letak telefon bila tak puas hati, dia akan m4ki atau umpat orang yang dia baru cakap baik – baik tadi. Saya tak tahu siapa dia sebenarnya. Saya tak tahu siapa saya lagi. Tolong… Saya perIukan pandangan kalian. Adakah saya isteri yang tak tahu bersyukur? Atau sebenarnya… saya sedang cuba selamatkan diri? Sebab suami saya kata saya pentingkan diri.. Saya sedih dan tak tahu apa yang saya perlu buat.. Terima kasih baca sampai habis. Semoga Allah rahmati kalian semua. – Alisha (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Suria Garden : TAK. TAHNIAH SEBAB BERJAYA LEPAS. Dia munafik. So apa saja kata dari mulut dia ialah kutukan pada PERIBADI dia sendiri bukan Puan. Bila dia tuduh Puan tak bersyukur… dia lah manusia tak bersyukur. Segala m4kian dia lemparkan, sebenarnya cocok digunakan untuk gambarkan per4ngai dia. Yang tak layak disayangi ialah dia sendiri.

Manusia macam ni sebenarnya BENCI pada diri sendiri tapi dia luahkan pada orang lain. Sebab dia tak sedar sebenarnya yang dibenci ada pada dirinya sendiri. Bergerak ke depan Puan. Syukur akhirnya Puan berjaya keluar. Jangan bawak satu debu pun kata – kata dia dalam hati dan minda Puan. Puan patut meraikan dengan tenang dan senang hati.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.