Kalau adik nak duduk, dia kena bayar sewa dekat w4ris – w4ris lain. 10 bulan selepas perkahwinan adik aku, nenek maklumkan dekat aku yang adik takde bayar sesen pun sewa rumah pusaka tu. Setiap hari nenek nenek dan pakcik – pakcik akan call aku untuk tanya hal rumah tu..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Akila (30 tahun, belum berkahwin), adik aku Abibah (25 tahun, sudah berkahwin). Pusaka yang puaka ni bermula selepas adik aku berkahwin. Aku dan adik aku ada rumah banglo 3 tingkat tinggalan arw4h mak dan ayah aku.
Loan rumah tersebut adalah “joined loan’ antara arw4h mak dan arw4h ayah kami. Jadi, faraid rumah tersebut merangkumi ramai w4ris faraid termasuk aku, adik aku, 1 nenek beIah mak, 1 nenek beIah ayah, 6 pakcik. Jumlah 10 orang.
Kenapa ada pakcik? Sebab kami perempuan, takde w4ris lelaki dari arw4h. Aku tak mahu sentuh kenapa pakcik – pakcik kami tak lepaskan bahagian mereka, sebab hak mereka masih ada. Nak lepaskan atau ambil tu adalah terpulang pada pakcik – pakcik.
Sejak arw4h meninggaI, rumah tu kami setuju untuk sewakan RM1500 sebulan. Kira harga stardard untuk banglo 3 tingkat, kawasan kampung pedalaman yang tiada jalan tar untuk masuk. Aku kini menetap di KL dan telah melepaskan bahagian aku pasal rumah tu.
Nak sewa atau jual? Aku tak mahu ambil tahu dan taknak duit rumah tersebut. Kisahnya adik aku nak kahwin dan suami adik aku tak mampu nak sediakan tempat tinggal yang adik aku nak (adik aku tak nak rumah kecil, hmm). Gaji adik aku 800 dan gaji bakal suami 1000.
Gaji ni adalah gaji kawasan pedalaman. Adik aku merayu kepada semua w4ris – w4ris lain untuk benarkan dia duduk di rumah tersebut dengan bayaran 800 sebulan. W4ris – w4ris semua setuju. Sebelum adik kahwin aku banyak kali pesan, jangan lupa bayar ke semua 9 orang tersebut.
Aku pesan bab duit paling susah bila berurusan dengan saud4ra sendiri. Banyak kali aku pesan ingatkan dia nak jaga rumah besar pun makan kos. Aku kata kalau sewa rumah kecil 500 – 800 ada yang selesa. Dia bertegas nak duduk banglo 3 tingkat tu.
Alhamdulliah banglo tu memang cantik terjaga selepas 10 tahun disewakan. Penyewa sangat baik sebab jaga rumah tu macam rumah mereka sendiri. 2 jam sebelum adik aku kahwin, aku pesan lagi sekali untuk tunaikan janji dia, dia serabut dan halau aku dari bilik pengantin.
Aku tahu, aku terlalu menekan dia tapi aku takut kalau adik aku tak mampu nak jaga rumah besar. Rumah tu makan kos, bukan sewa sahaja. 10 bulan selepas perkahwinan adik aku, nenek aku maklum dekat aku yang adik aku takde bayar sesen pun sewa rumah pusaka tu. Terkejut aku.
Aku telefon pakcik – pakcik aku untuk bertanya, memang betul adik aku takde bayar pun kepada 9 orang w4ris rumah tu. Sekarang family aku habis berg4duh sebab hal ni. Aku pun disalahkan sebab aku kakak sulung. Aku hanya bagi cadangan untuk jual rumah tu dan bahagi sama rata rumah tu (tanah). Ramai yang tak setuju, jadi tak boleh jual juga.
Nenek aku cadangkan untuk sewakan semula rumah tu tapi adik aku tertegas taknak keluar dari rumah tu. Habis botak kepala aku. Nasib baik aku bertudung. Setiap hari nenek – nenek dan pakcik – pakcik akan call aku untuk tanya hal rumah tu.
2 tahun terlalu, mereka masih menuntut hak rumah tu. Aku str3ss. Adik aku yang duduk rumah tu, kenapa nak sp4m aku? Aku dah slow talk dengan adik tapi adik bertegas. 2 bulan lepas aku buat satu group whatsapp untuk nenek – nenek, adik dan pakcik – pakcik aku.
Aku tulis besar besar yang aku tak nak tahu pasal rumah tu lagi. Aku tulis, ‘tinggalkan je la rumah pusaka yang berpuaka tu, cari la rezeki lain, semua dah besar panjang. Takkan hidup ni nak berharap harta si m4ti. Kalau masih nak bertegas, contact sendiri adik aku’
Aku left group lepas taip tu. Di sebabkan rumah tu keluarga aku g4duh besar. Saling menyalahkan antara satu sama lain. Pakcik – pakcik aku salahkan nenek aku sebab benarkan adik aku duduk situ, nenek salahkan aku sebab tak ajar adik, adik salahkan aku sebab tak di pihak dia. Semua g4duh!
Satu lagi, adik aku ada gugur, janin tiba – tiba hilang, suami adik salahkan family kami yang guna ilmu hitam. Banyak sangat benda yang jadi lepas kes rumah tu. Aku bawa diri seorang diri. Aku buat keputvsan untuk cari harta sendiri, aku tak nak satu sen pun dari rumah pusaka tu.
Hari – hari aku doa rumah tu retak dan r0boh, jual tanah dan bahagi ikut faraid. Rumah tu pun dah berusia 50 tahun. Memang takde nilai, kecuali nilai tanah. Masing – masing dapat bahagian masing – masing dan duduk diam diam. – Akila (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Adnie Afifa : Aku malas nak comment pasal faraid ni. Aku cuma nak cakap, sedihnya membayangkan rumah yang kita tinggal dari zaman kecik dengan mak ayah kita. Tiba – tiba bila mak ayah dah tak ada kena halau dari rumah tu. Kalau nak duduk pon kena sewa. Sedihnyaaa. Dahla hilang mak ayah. Hilang pulak memory dalam rumah yang pernah kita bergelak ketawa dgn mak ayah kita
Nuur Al Akmal : Harta mak bapak sendiri, tapi kena menyewa bayar 800 sebulan bahagi kepada 8 orang. Dapat laa dalam 100 sebulan, kebulurnya lahaiii nenek – nenek, pakcik – pakcik tu yer. Patutnya redha dan berlapang d4da jer si pakcik pakcik tu, rumah pusaka tu milik 2 orang anak perempuan.
Kalaulah anak – anak perempuan tu tiba – tiba jd ibu tunggal, anak ramai, tergamak ke nak bedal duit 800 sewa tu? Itu harta yang arw4h mak ayah mereka tinggalkan kalau jadi apa- apa untuk anak – anak perempuan. Kalau jual, baru bahagi bahagi duit tu.
Anita Kamaruddin : Nanti lepas jual, sebelum bahagi duit tu, buat tuntutan dulu kat bapa – bapa sed4ra tu. Tuntutan nafkah anak yatim. Mereka yang kena sara anak sed4ra perempuan ni selagi dia tak kahwin. TT lagiIah, bujang lagi sampai sekarang. Biar diorang ada akal. Nak tuntut hak sangat kan. TT pun tuntut hak juga. Nak tengok diorang kata apa. Bukan d3ndam tapi nak didik. Didik orang tua tu je caranya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.