Dia mula cari kesalahan cakap saya tak pandai uruskan rumah, masak tak sedap, anak tak terurus. Itu belum lagi dia tuduh saya ada ‘jantan’ di pejabat. akhirnya suami buat keputvsan ceraikan saya alasannya saya tidak mahu berhenti kerja.
#Foto sekadar hiasan. Saya ingin berkongsi pengalaman pahit yang saya lalui 5 tahun lalu, kini walaupun sudah bergelar ibu tunggal dalam usia muda, tetapi saya rasa bangga kerana dapat menguruskan anak – anak dengan baik dan tidak menyusahkan emak ayah lagi.
Saya rasa hidup saya sekarang sem4kin hari sem4kin selesa, sebab tidak lagi menyusahkan hidup emak ayah seperti yang terp4ksa kakak saya lalui, semuanya gara – gara ikut perintah suami, nak jadi isteri solehah, takut masuk ner4ka kerana syurga di bawah tapak kaki suami.’
Melalui coretan ini saya ingin menasihatkan kaum wanita yang sudah bersuami dan ada anak tetapi tolong jangan berhenti kerja walaupun anda menghadapi masalah seperti saya didesakan suami supaya brhenti kerja. Sebab belum tentu suami boleh menunaikan kewajipannya setelah berhenti nanti, contohnya kakak saya
Kakak saya seperti suaminya lulus SPM, sama – sama dapat kerja jadi kerani. Tetapi suaminya tak sabar dan tak betah bekerja, nak cepat kaya, mulalah buat dua kerja nak jadi orang bisnes, sebab dia percaya hanya dengan berniaga boleh jadi kaya. Namun nasib tak menyebeIahi dia, akibat kurang pengalaman, bisnes terjun Iombong dia banyak hutang.
Ketika itulah kakak jadi penyeIamatnya, pinjam sana pinjam sini termasuk gadai tanah emak untuk tolong suami buat bisnes. Sebab ketika itu suami sudah berhenti kerja. Berkat doa isteri dan keluarga, bisnesnya naik semula.
Tetapi kelemahan orang lelaki ni dia tak pandai urus kewangan. Tak lama berniaga mulalah bisnes nak h4ncur. Untuk seIamatkan bisnesnya, kakak disuruh pinjam lagi. Bila gagal, kakak jadi m4ngsa, perg4duhan sering berlaku, akhirnya bercerai.
`Lebih maIang ketika itu kakak sudah berhenti kerja atas arahan suami disuruh bekerja di pejabatnya, puncanya kakak marahkan suaminya ada kekasih baru, jadi untuk buktikan kebenarannya, suami suruh kakak kerja di pejabatnya. MaIangnya ketika itu bisnes suaminya sudah dihujung tanduk, dan kakak tidak tahu. Sia – sia kakak berhenti kerja, kerana tak ada duit kakak terp4ksa duduk menumpang di rumah emak.
Itu dugaan yang terp4ksa kakak tanggung, namun dugaan saya juga sama maha beratnya. Suami saya Ezatt desak saya segera berhenti kerja, membuatkan hidup saya tak tenteram. Ketika itu saya hampir sasau, puncanya kerana cemburukan saya, kedua kerana gaji saya lebih tinggi daripada dia, dan saya tidak beri dia urus gaji saya.
Dia lulus SPM saya ada diploma, bukan tinggi sangat, tetapi bab pendapatan memang saya dapat lebih daripadanya. Lagi pun saya tekun bekerja, bukan macam dia kerja ikut suka dan tak pernah senang hati dengan majikannya.
`Apa yang menjadikan dia bertambah marah apabila permintaannya minta duit gaji saya dicampurkan dengan gajinya, saya tolak, sebab daripada awal lagi saya lihat dia cuba kawal pendapatan saya. Dia yang tentukan apa perabut nak beli, apa makanan elok untuk kami. Sebenarnya ini semua bukan isu besar, kerana lebih besar lagi dia tak suka saya beri duit kepada emak ayah saya setiap bulan, katanya saya ada suami, maka saya mesti ikut cakapnya. Mesti bantu suami, bukan emak ayah lagi.
Nak bantu macam mana lagi? Boleh dik4takan banyak urusan dalam rumah, saya yang bereskan. Duit gajinya cukup untuk dirinya sendiri, minyak motor, beli susu anak, bayar utiliti dan topup telefon dia. Yang lain saya selesaikan. Bukankah saya sudah membantu?
Memang betul saya kena dengar dan ikut perintah Ezatt, tapi saya juga ada hak bersuara, sebab bukan semua kata dan pendapatnya betul. Dia juga mesti beri contoh seorang suami yang baik. Tapi tidak! Contoh! dia solat kadang – kadang, puasa jarang – jarang, tapi cakap pasal syurga ner4ka, kalahkan ustaz. Sebab dia marah apabila saya tak beri duit gaji pada dia.
Kata Ezatt apabila seorang wanita itu berkahwin dia mesti beri pendapatan kepada suami. Sebab kalau suami tak izinkan dia bekerja, isteri tak boleh bekerja. Kalau macam tu dia sepatutnya cari isteri tak bekerja dari awal, bukan isteri macam saya yang bekerja.
Saya pernah dengar ceramah agama, beberapa orang ustaz cakap tidak wajib isteri tanggung suami, dan tak berd0sa kalau isteri beri emak ayahnya duit, asalkan si isteri beritahu suaminya. Tapi Ezatt marah tak benarkan saya beri pada emak, sebaliknya mesti beri pada dia. Dia bertambah s4kit hati bila dapat tahu pendapatan saya lebih tinggi daripada dia setiap tahun.
Oleh kerana saya engkar pada perintahnya dia desak saya berhenti kerana dia rasa malu dengan kekurangannya. Oleh kerana saya tak mahu berhenti, dia cari pelbagai masalah dan kesalahan saya dalam menguruskan rumah. Mula tuduh saya masak tak sedap, rumah tak bersih, pengasuh yang jaga anak tak betul. Kerana terlalu banyak kerenahnya menyalahkan saya dan saya cuba mempertahankan diri, maka berlakukan bertengk4ran demi pertengk4ran yang berakhir dengan tangannya mula naik ke kepala dan badan saya.
Tak puas hati dengan masalah rumah maka dia mula reka cerita, dia tuduh saya tak mahu berhenti kerja kerana saya ada `jantan’ yang saya layan di pejabat. Sebab tu saya tak layan dia dengan baik. Nak layan macam mana. Bila balik rumah, serba tak kena sebab dia sentiasa cari jalan salahkan saya. Bila balik lambat saya beli lauk di kedai, dia tak suka makan. Bila masak pulak dia kata masakan saya tak sedap.
Cuba fikir disebabkan selalu kena marah, kena pukuI macam mana saya ada hati dan perasaan nak sayang dan layan dia. Saya jadi hilang nafsu, dan tak ada hati nak layan dia dengan baik. Kerana marah dia mengadu kepada keluarganya, dia sengaja nak malukan saya. Mertua pun mulalah buka `kitab tak berbaris’ nasihatkan saya supaya layan suami, tak baik, berd0sa tak layan suami nanti masuk ner4ka, tak cium bau syurga. Tapi emaknya tak tanya kenapa saya hilang nafsu pada suami. Tentu tidak, sebab dia cuma dengar apa yang anaknya cakap sahaja.
Bagaimana pun oleh kerana hendak rumahtangga kembali aman, saya berusaha buang yang keruh ambil yang jernih, saya buat pengakuan saya tak ada kekasih di pejabat kalau itu menjadi kemarahannya. Tapi dia tak percaya. Akhirnya saya terp4ksa beri duit gaji pada dia supaya dia uruskan rumahtangga kerana itu kehendaknya yang hakiki.
Bulan pertama masuk bukan keenam memang nampak baik, dia tunjukkan pada saya duit yang dia simpan. Bukan duit gajinya tapi duit saya. Setahun lamanya saya diam, saya fikir tentulah simpanan bertambah. Nak jadikan cerita kereta rosak saya suruh dia hantar bengkel. Dua minggu tak siap, saya terp4ksa naik motor dia ke pejabat. Waktu itu nak hantar dan ambil anak ke rumah pengasuh jadi masalah. Pastilah saya sampai pejabat lewat.
Saya suruh dia desak pomen bengkel supaya cepat siapkan kereta. Masa berlalu hingga sebulan lebih. Kereta tak siap jugak. Satu hari saya terjumpa surat bengkel sebut jumlah kerosakan mencecah RM800. Saya suruh dia bayar segera. Ketika itu baru terb0ngkar rahsia dia kata duit tak ada. Apa hal dengan simpanan yang dia tunjukkan pada saya dulu? Katanya dah habis kerana beli barang makan. Apa lagi pertengk4ran pun berlaku antara kami. Saya ditamp4r dituduh meIawan suami.
Peliknya sepanjang lebih setahun saya serahkan gaji saya pada dia untuk uruskan keluarga tak timbul pun cerita saya ada skandaI layan jantan lain ataupun masakan saya tak sedap, saya isteri pemalas dan macam – macam lagi. Semuanya bertukar jadi baik. Boleh dik4takan kami jarang bertengk4r apa lagi kena pukuI. Rupanya duit gaji saya ini besar kuasanya, boleh menutup semua kesalahan saya selama ini. Jadi duitlah segala – galanya!
Kerana kereta penting untuk kegunaan saya ke pejabat dan urusan hantar anak – anak ke rumah pengasuh, saya terp4ksa pinjam duit ayah untuk bayar bengkel kereta. Bila dapat kereta kembali, baru saya tahu, kereta saya dah lama siap, tapi tak diambil. Tentulah masalah Ezatt tak ada duit nak bayar pada bengkel.
Kerana tak puas hati dan s4kit hati saya tanya Ezatt apa jadi dengan simpanan yang dia tunjukkan pada saya dulu. Katanya habis. Oleh kerana dia tuduh saya ada jantan lain, maka saya tuduh dia adakah dia gunakan duit simpanan untuk joIi dengan perempuan lain? Memang soalan saya meny4kitkan hatinya. Tujuan saya supaya dia sedar jangan suka tuduh saya buat jahat, cermin diri sendiri.
Lepas peristiwa itu saya tak beri lagi duit gaji saya, dan saya pastikan semua urusan rumah saya bereskan. Tetapi Ezatt tak puas hati. Mulalah lagu `isteri derh4ka kembali bersiaran.’ Oleh kerana saya sabar dan diam malas bertengk4r, kerana fikiran suntuk sebab kena ganti duit ayah yang saya pinjam. Maka Ezatt beri kata dua kalau saya masih beri pada emak dan ayah duit, maka dia akan ceraikan saya.
Akhirnya walaupun saya masih sayangkan Ezatt, tetapi saya terp4ksa fikirkan masa depan saya dan anak – anak, saya kata pada Ezatt saya tak mahu bercerai, tetapi saya tak boleh ikut kehendaknya, dan jika dia tak boleh terima permintaan saya maka saya tidak ada pilihan terp4ksa terima keputvsannya menceraikan saya.
Tiga bulan lamanya kami berfikir, akhirnya Ezatt buat keputvsan ceraikan saya alasannya saya tidak mahu berhenti kerja. Saya diceraikan taIak satu. Kata mertua saya esok lusa bila dah tenang bolehlah rujuk semula. Tetapi saya sudah tetapkan hati, saya lebih rela jadi ibu tunggal demi masa depan kami anak beranak.