“Orang selalu pelik bila tengok saya masuk tandas OKU sebab mereka lihat saya di kaca televisyen nampak sempurna”

Nabil dedah status diri yang sebenar, seorang 0KU. Orang nampak saja sempurna di kaca televisyen. 

Kehidupan sebagai selebriti sering dilihat sebagai individu yang serba serbi sempurna. Tambah lagi jika selebriti tersebut merupakan antara yang popular dan berjaya. Namun sebenarnya ramai di antara selebriti ini pandai menyembunyikan ketidaksempurnaan mereka dari dapat dikesan dari para peminat dan mata-mata netizen yang sering meneliti dan menghukvm.

Mungkin ramai tidak tahu nasib maIang yang menimpa pelakon dan pelawak Nabil Ahmad sewaktu bekerja sebagai seorang Mat Dispatch suatu ketika dahulu.

Mengimbas kembali kenangan pahit, Nabil berkata kemaIangan itu berlaku ketika dia berumur 19 tahun. Kisah Nabil itu dikongsi secara eksklusif menerusi program Rumah No 107 yang bersiaran pada Jumaat lepas.

Kata Nabil disebabkan kemaIangan itu juga dia terp4ksa berpaut kepada sesuatu benda untuk kembali berdiri sekiranya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Saya bermula dengan kerja di warung pada umur 15 tahun. Saya bersekolah tetapi pada masa itu saya tanggung diri saya sendiri. Yuran sekolah pun saya bayar.

“Kemudian dalam umur 16 ke 17 tahun saya bekerja di sebuah kedai nasi lemak. Selepas itu baru saya jadi dispatch.“

Pada umur 19 tahun saya baring selama setahun kerana mengalami kemaIangan. Peha patah jadi saya sebenarnya c4cat.

“Orang selalu pelik bila tengok saya masuk tandas OKU sebab mereka lihat saya di kaca televisyen nampak sempurna.

“Tapi sebenarnya orang tak tahu saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.

“Saya selepas duduk dalam tandas untuk waktu yang lama saya tak boleh terus bangun sebaliknya kena berpaut.

“Badan saya ada besi, bermula dari tulang pinggul saya sehingga bahagian tulang peha. Gigi depan saya juga palsu sebab gusi patah, itulah kemaIangan yang berlaku sewaktu saya bekerja jadi mat dispatch,” kongsinya

Selain Nabil, Datuk Ac Mizal juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut. Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Saksikan episod penuh bersama Nabil dan Ac menerusi Rumah 107 di Astro Go.

Berikut pula reaksi dari netizen

“Nabil. Ekau tak ponah kojo merchandizer oppisser. Kalau kau kerja merchandizer oppisser, Ekau akan menyanyikan lagu merchandizer oppisser di atas motorsikal sambil Menjerit-jerit dengan sekuat-kuat hati.

“Betul-betul. Nabil zaman Sekolah kerja di warung nasi lemak mambau.. Mmg rajin dia ni…bagus kerja dia

Masa dia masuk raja lawak terus ckp eyh ni Abg yg kat kedai nasi lemak tu.”

“Samalah, saya pun pernah kemalangan dan mengalami patah peha dan pinggul kalau duduk canggung memang tak boleh jadi terp4ksa masuk tandas OKU tapi doktor tak mahu bagi card OKU takut orang tak bagi masuk tandas OKU .”

“Ya, Allah baru tahu pasal abang Nabil. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, selama nie dia. Selalu buat kite ketawa tapi kite tak pernah tahu derita disebalik lawak yang dia selalu buat. terbaik la abg Nabil.”

Nabil Tak Lupa Kawan Sekampung

Nabil mendakwa, hampir setiap hari dia menerima mesej daripada teman sekampung yang meminta bantuan akibat hilang pekerjaan sejak PKP.

“Kita tahu bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Disebabkan PKP, ramai yang hilang pekerjaan. Sekarang, hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menganggur.

“Jadi, ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal dari kecil, takkan tak dibantu. Apatah lagi, ada antara mereka mempunyai ramai anak. Tapi saya beri ikut kemampuan,” katanya.