Aku pelik dgn Nur, muka cantik tapi tak reti bergaya, pakai baju gelebeh size L. Satu hari aku terbaca mesej Nur dengan lelaki

Aku ni model muslimah, banyak kawan dengan orang cantik, glamor, pandai bergaya. Kami semua dah ada boyfriend jadi kami pujuk Nur kenal dengan seorang laki handsome. Tapi tak sampai sebulan laki tu mintak putvs. Dia malu nak mengaku Nur ni girlfriend dia sebab Nur tak bergaya. Lepas setahun aku terbaca mesej Nur dengan laki tu..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Alin. Aku seorang model muslimah, acah – acah gitu ja. So kebanyakan kawan aku memang cantik – cantik, fIawless, meIetop gitu. Kawan rapat aku pun semua lawa – lawa, semua jenis glamour.

Tapi ada seorang terkecuali. Sangat terkecuali. Aku panggil dia Nur. Nur ni sebenarnya cantik, manis orangnya. Jujur aku cakap, dia lagi cantik daripada kawan aku yang lain. Tapi cara dia memang lain. Kalau ikut size badan, baju di size M tapi dia pakai baju size L tak pun XL.

Memang semua labuh – labuh. Jadi dia nampak besar. Tudung dia semua pattern sama, dia tak suka mekap, tak pernah rasanya. Kening dia macam lukis dah, memang lawa. Dia tak suka ambil gambar, dia tak suka nak bergaya.

Dia ni pulak jenis tak makan gambar, maksudnya lagi lawa kat luar daripada dalam gambar. Macam robot ja bila suruh posing. Yang paling penting, dia ni lemah lembut, pandai dan sangat menjaga peribadi. Bagi aku tu yang penting bila jadi perempuan.

Ni harap muka segak, bila dating semua nak bagi kat buah hati tu. Hilang habis maru4h diri. Nak jadi cerita, kami yang lain ni semua dah berpunya. Kebanyakan kawan aku, couple dengan abang – abang sado, bukan taktau diorang ni.

Kadang – kadang tu tak hensem pun tapi sebab body lawa, memilih ya amat. Padahal dia tak sedar, kepala dia kecil body besar tu lagi s4kit mata aku tengok. Ada seorang lelaki ni minat dekat Nur. Hensem tapi jenis bajet sikit.

Nur ni tak pernah bercinta tapi bila semua orang pujuk, dia pun cakap, okay kawan ja dulu. Kemudian berkawan la diorang. Bila dah berkawan, macam – macam dia suruh Nur buat. Dia suruh Nur bergaya sikit, make up sikit, tu sikit ni sikit.

Dia malu nak mengaku Nur ni girlfriend dia sebab Nur tak bergaya. Ig, FB Nur pun dia tak follow, dia kata gambar semua gambar passport. Tak sampai sebulan, Dia minta putvs. Dia cakap dah la tak cantik, banyak pantang pulak.

Nur pun setuju, Nur cakap, dia nak jadi diri dia sendiri, dia taknak berubah untuk orang. Sebenarnya aku rasa dia tak ada hati pun nak bercinta, dia tak suka dating – dating buang duit, buang masa. Kata dia, Ni bukan masa nak main – main.

Kalau suka, kawan sekejap je untuk nak kenal kemudian kahwin. Simple. Sentap jugak kami kadang – kadang kalau dia cakap macam ni. Yela, kami ni asyik dating ja. Tambah lagi bila dia keluar bab agama. Menusuk kalbu kot.

Sepanjang diorang berkawan selama sebulan, Nur tak pernah guna duit lelaki tu, tak pernah naik kereta sekali, tak pernah keluar berdua. Lelaki tu marah sebenarnya Nur setuju macam tu ja diorang putvs, terus dia cari perempuan lain, of course la senang ja nak dapat yang lawa dah dia hensem.

Nur, sikit pun dia tak terusik. Aku tak nampak langsung tanda – tanda orang jiwa kacau. Masa putvs tu, Nur nak exam. Lepas putvs, terus dia study. Last – last result dia gempak habis 3.9, boleh tahan jugak s4kit hati tengok dia ni.

Setahun berlalu, si lelaki tu dah berkawan dengan 3 perempuan yang berbeza. Satu hari, Nur pergi tandas, tiba – tiba mesej daripada lelaki tu masuk. Aku terbaca, “forgive me Nur, please.” Aku terk3jut jugak, bukan dah setahun ke putvs?

Aku bukak chat diorang, berlambak mesej daripada lelaki tu yang tak berbaIas. Daripada diorang start putvs sampai sekarang, laki tak tak pernah putvs asa dekat Nur padahal dah ada girlfriend kot. Aku diam ja, aku tak cakap aku baca conversation diorang.

Malam tu aku ajak lelaki tu jumpa, memang aku kenal dia pun. Aku nak tau dia nak apa sebenarnya. Aku takut dia Nur ke apa ke, dah la Nur ni jenis baik. Bila jumpa, muka dia memang serabut. Dia cakap Nur lain orangnya sebab tu dia tak boleh move on.

Pertama kali dia berkawan dengan perempuan yang tak nak pakai bedak sebab nak jaga wudhuk. Tak pernah dia kenal perempuan yang sanggup berjalan tengah panas pergi stesen bas sebab tak nak naik kereta sekali dengan dia.

Sepanjang sebulan kawan, dia tak pernah tengok muka Nur betul – betul, asyik tunduk ja. Bila dia suruh Nur bercerita, Nur suka bercerita pasal macam mana nak jaga hubungan dengan Allah, macam mana nak jadi anak yang baik.

Dia punya bercerita sampai memang masuk dalam hati. Pendek kata, Nur mengajak dia ke arah kebaikan. Kadang – kadang dating pergi rumah anak yatim, pergi hospitaI saja – saja duduk dekat ruang menunggu tu tengok orang s4kit.

Pernah pergi rumah orang tua. Memang jarang la nak pergi mall, tengok wayang apa semua tu. Satu ayat lelaki dia yang buat aku terasa sikit jugak tapi dalam masa yang sama mengaku betul dia cakap. “Bila aku nak yang cantik, cantik semata la aku dapat. Girlfriend aku semua jenis tak boleh buat bini. Tersentuh sikit ja tangan, diorang yang over nak pegang tangan aku. Pakai tudung tapi agama hilang. Tak boleh susah sikit, mengada lebih, mentang – mentang aku ada kereta, buat aku macam driver.

Ada yang sanggup tak solat sebab malas nak kena buang makeup. Tapi kalau peribadi elok, dia boleh ubah orang sekeliling dia berubah jadi baik. Tak perlu nak cantik, naturally orang akan nampak dia cantik. Macam Nur, satu dalam seribu.”

Lebih kurang macam tu la ayat dia. Boleh tahan jugak mamat ni kalau bercakap. See? Sebulan ja kot kawan. Tapi Nur dah boleh pengaruh orang macam tu. Aku ada pujuk Nur suruh baik balik dengan lelaki tu, memang tak jalan la.

Dia nak tunggu habis belajar lepas tu siapa nak kat dia terus kahwin. Kalau tak, dia nak kerja simpan duit nak beli kereta kat mak dia. Kalau ada jodoh, ada la. Bila lelaki tu cakap macam tu, aku setuju sebenarnya. Nur ni suka pergi ceramah, takpun tengok kat YouTube, bila habis tengok ja dia terus share dengan kami.

Dia punya cerita tu, kadang – kadang boleh menangis kami ni. Nur tak pernah tegur pakaian kami, tapi pelan – pelan dia bagi hint, “Kita perempuan kalau jaga aur4t pun dah dapat pahala. Biar panas kat dunia, nanti kat akhir4t sejuk.”

Wah, giIa tak sentap kena macam ni. Haha Semua cerita ni jadi pengajaran. Nak sangatkan yang cantik, dapat yang cantik ja la. Lepas tu frust sorang – sorang dalam diam. Macam aku ni, muka bukan main jaga, masak langsung tak reti. Tapi setakat la sedar diri lagi, sebab aku dah masuk kelas memasak, inshallah lepas ni pandai dah. – Alin

Sambungan.. Pertama sekali, aku nak jelaskan sesuatu. Admin tolong siarkan ok, kalau tak habis la orang salah faham. Nama sebenar aku jauh benar dengan nama Alin tu. Alin tu nama manja aku, family ja guna nama tu, kawan – kawan pun tak tau.

Jadi aku bukan Syazlin Zainal, model yang disebut – sebut. Sudah tentu aku tak akan bagitau nama sebenar aku, Kalau aku sebut, confirm orang akan kacau Nur, nak kenal dengan Nur dan tu bukan niat sebenar aku tulis cerita ni.

Biar aku ja tau siapakah Nur yang sebenarnya. Aku cuba tulis secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang salah faham yang mungkin berlaku. Terk3jut aku baca semua nak kenal dengan Nur, nak kenal Alin. Tolong jangan cari siapa kami, memang tak jumpa.

Kalau aku nak orang tahu siapa aku, baik aku post kat ig aku ja, semua orang boleh baca. Okay sambung pasal Nur. Sebenarnya banyak ja Nur di sekeliling kita ni, setiap orang mungkin ada kenal Nur macam Nur aku.

Luarannya sangat biasa, langsung orang tak sangka di sebalik rupa yang lembut ada ketegasan. Sebenarnya, kami Kenal Nur pun dengan cara yang sangat kami tak sangka. Dulu kitorang ada join gym, Nur ni ja pelik. Kenapa pelik?

Macam aku cakap, dia suka pakai besar – besar. Masa tu dia pakai seluar track, bila pergi tandas aku nampak dia pakai belt okay, means seluar tu memang besar, gagah jugak dia pakai. Aku tahan nak gelak, gigih ja perempuan ni.

Bila ada lelaki kat gym tu, terus dia blah. Macam mana aku tertarik nak kawan dengan dia mula – mula tu? Coach kami selalu speaking tapi Nur baIas bahasa Melayu. Satu hari, ada seorang perempuan ni macam perli Nur, agak kasar la bahasa dia.

Macam mengh1na, terus Nur speaking. Terk3jut semua orang, accent dia fuh, tak dengar melayu dah. Lepas tu, aku tegur dia. Bermula dari situ la kami berkawan. Bila dah kawan baru tahu satu universiti sebenarnya. Lepas tu, kami ajak Nur duduk serumah sekali, dia okay ja.

Jadi bila dah tahu Nur ni memang lain sikit, bila dia buat benda pelik kami okay ja. Pernah sekali tu ada kucing kena Ianggar, kereta Nur tersadai kat rumah sebab dia tak lekat lesen P lagi, aku suruh bawak ja dia tak tak nak.

Kereta aku pulak kawan aku pinjam. Masa tu tinggal kami berdua ja. Ada moto ja, helmet ada satu ja. Dia letak kucing tu dalam raga, dia terus pecut pergi kIinik haiwan. Dia pakai helmet terbalik okay, aku tak sempat nak tegur dia dah pecut dah.

Kucing tu tak selamat, tak sempat sampai dia dah m4ti. Nur punya menangis, macam dah lama dia bela kucing tu padahal baru jumpa ja. Satu kebiasaan Nur, dia selalu solat dhuha dan baca al-mulk. Dua ni memang dia tak tinggal.

Bila belajar pulak dia jenis suka apa yang dia belajar, benda tu masuk dalam hati aku rasa. Dia pernah menangis baca buku syariah, Aku macam, dah kenapa minah ni? Kenapa Nur tegas? Nur sangat jaga bahasa dan adab dengan orang tua.

Pernah sekali kawan aku meIawan cakap mak dia dalam phone. Nur panggil dia masuk bilik, sejam jugak diorang dalam tu. Risau jugak aku, bila keluar dua – dua menangis. Rupanya kena muhasabah. Banyak kali jugak kami kena tarbiah.

Nur tak tunggu lama, dia nampak terus dia tegur. Setakat ni ja la cerita aku. Pesan aku, tak perlu kenal siapa Nur, semua orang boleh jadi Nur. – Alin, bukan syazlin Zainal

Komen Warganet :

Fatin Farhana : Awak tahu apa yang bagus tentang awak, Nur dan kawan – kawan awak yang lain. Awak dan kawan – kawan tak melenting bila Nur tegur, bila Nur bagi hint. Sebab ramai sebenarnya akan marah bila kena ‘perli’ atau kena tegur walaupun benda tu betul Semoga kita semua dapat jadi wanita seperti Nur.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.