Saya biarkan suami rehat sebab nampak tak sihat, tiba-tiba dia keluar bilik lafazkan cerai taIak satu

Petang tu saya nampak keadaan suami kurang sihat, tiba – tiba dia keluar daripada bilik dan lafazkan cerai taIak satu. Saya tanya, dia sedar dan faham tak apa yang dia cakap. Dia jawab sedar. Masalahnya sekarang belum sempat saya nak sahkah semua tu, suami k0ma akibat terjatuh dalam bilik air..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat admin dan semua pembaca. Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Nak mengadu pada family entah diorang faham ke tidak. Saya seorang isteri kepada suami yang 3 suku atau boleh kata b0d0h kot.

Kenapa saya kata suami saya jenis b0doh dan lembab. Bayangkan satu kerja pun dia tak reti buat. Pemalas nak mamp0ss dan masalahnya dekat sini, mak dia siap marah kalau saya suruh anaknya bekerja. Kiranya memang didikan dari rumah lah macam ni.

Dia akan tidur lewat malam, bangun tengahari. Yang dia tau cuma makan, bancuh kopi, dan goyang kaki sambil layan HP, begitu la rutin hariannya. Bila minta tolong buat kerja, direnung jer muka bini tanpa berkelip. Bila dimarah, boleh plak mencebik bibirnya menyenget sambil tengok atas.

Ajaran mak bapaknya membuatkan semua mereka adik beradik jadi beng0ng, pemalas dan tidak bertanggungjawab. Bukan dia je yang macam ni, adik beradik yang lain pun dua kali lima je. Memang keturunan keluarga beIah suami banyak yang tak waras.

Untung pengetahuan pembaca, suami saya ni mualaf dan sebab tu mak mertua tak berapa terima perkahwinan kami dan dalam masa yang sama mereka tak nak ambil tahu kalau ada apa yang jadi. Berbalik tentang suami, betapa lembabnya dia, ada suatu hari tu saya suruh dia pergi p0tong rumput.

Katanya enjin mesin rumput tak boleh hidup. Oleh sebab dah tak boleh hidup tu, dia pun tak buat la kerja dan duduk relax je dalam rumah. Bila saya periksa rupa – rupanya minyak tak ada sedangkan boleh nampak jelas tangki minyak yang lutsinar tu.

Bila ditegur, dipulas – pulas plak minyak mesin rumput hingga bingit telinga tanda protes. Tanaman seperti bunga habis dip0tongnya tapi rumput tak rata dip0tong, ada lagi rumput yang masih tinggi, batu bertaburan, pis4u jadi bengkok k0yak dan kabel mesin pun putvs.

Mana la saya tak geram, sampai kadang – kadang rasa malas nak suruh dia buat kerja tapi kalau tak disuruh lagi meIampau. Disuruh siram sayur yang baru ditanam tapi disiram pula dengan cara ganas, dijirusnya dengan deras guna sebaldi besar air, habis hanyut dan rosak segala tanaman.

Dia duduk rumah tapi tak masak pun bagi anak – anak makan, setiap hari anak – anak mengadu kelaparan bila saya balik daripada kerja. Saya dah la penat kerja cari duit untuk keluarga, dia yang tak pergi kerja takde pun nak tolong buat hal rumah.

Hal makan minum anak pun langsung tak dijaga. Banyak lagi benda b0doh yang dia buat dan langsung tak logik. Suatu petang, saya nampak suami macam dalam keadaan tidak sihat. Saya ambil keputvsan untuk cuti pada esoknya, semata – mata untuk jaga suami.

Tapi semasa sedang bercakap dengan adik saya dalam telefon, tiba – tiba dia keluar daripda bilik dan lafazkan cerai taIak satu. Saya terk3jut dan bertanya pada adik saya jika dia ada mendengar, adik kata tak dengar. Saya dengan bersabar dan tenang cuba bertanya adakah dia sedar, ingat dan faham apa yang baru dia lafazkan tadi.

Suami jawab sedar, ingat dan faham sambil mengulangi lagi lafaz tersebut buat kali kedua. Saya cuba menguji kewarasannya dengan bertanya beberapa soalan, semua dijawab dengan betul dan ok sahaja walaupun kelihatannya nampak macam orang kurang waras.

Pada waktu malam tu badannya sem4kin panas dan lembik hinggalah pada jam 3 pagi sem4kin teruk. Saya call dan minta bantuan dari abang saya untuk hantar suami ke hospitaI. Tapi sementara menunggu abang saya, suami tergelincir plak dalam bilik air, kepala dia terhantuk pada dinding dan telinga kirinya k0yak r4bak.

Saya dah panik dan terus dihubungi dan terus dibawa ke hospitaI daerah lain yang mungkin mempunyai kepakaran dan fasiliti yang lengkap. Sekarang suami sedang k0ma, mak bapaknya langsung tak peduli dekat anak manja diorang ni.

Jangankan nak hulur bantuan, nak tanya khabar anaknya pun tak, nak tolong jaga apa ntah lagi. Anak – anak saya tak berjaga, mereka langsung tak pergi bersekolah. Mujurlah saya ada abang dan adik yang duduk dalam daerah hospitaI ni, abang tolong jaga anak – anak, adik tolong beli makanan, hantar pakaian ke dobi dan lain – lain, nasib baiklah ada saud4ra mara yang prihatin memberi sokongan.

Saya kena juga pergi kerja dan sambil – sambil tengok suami walaupun keadaan sekarang susah nak melawat. Setiap kali saya nak masuk tengok suami, kena buat swab test, kalau keluar selangkah je dari gate hospitaI nanti kena ulang balik buat test.

Semua tu perIukan duit dan saya bukan orang senang. Melihat pada keadaan suami yang m4kin teruk, saya terfikir tentang nasib saya yang akan datang, macam mana nak cari duit kalau terp4ksa jaga “bekas suami” saya.

Macam mana dengan belanja dan persekolahan anak – anak? Sampai bila nak jaga “bekas suami” ni kerana seluruh keluarganya macam tak ambil peduli. Sampai bila saya nak menyusahkan keluarga dan saud4ra – saud4ra saya yang lain.

Dan satu lagi yang mengganggu fikiran saya, adakah taIak yang dia lafazkan tu sah atau tidak. Kalau betul sah dan kami bukan lagi suami isteri, macam mana saya nak jaga suami. Saya dah buntu sangat, takkan saya nak tinggalkan suami macam tu je walaupun saya memang tak tahan dengan per4ngai dia sebelum ni tapi tipulah kalau saya katakan yang saya tak sayang dekat suami. Ya Allah, besarnya ujian yang saya terima dalam rumahtangga ini.

Komen Pembaca :

Anita ANN : Dah lafas cerai macam mana nak jaga. Dah kira bukan suami dah. Segalanya terbatas. Kalau betul suami melafaskan cerai dah kira sah talaqnya..!! Nak rujuk semula dah k0ma pulak. Aduhhh.. beratnya dugaan sis…!!

Kalau tinggalkan suami masa ni, nampak macam k3jam sangat. Tetapi nak buat macam mana ye. Adakah mungkin Allah nak memudahkan urusan sis yang selama ini terbeban dengan semua tanggungjawab hanya dengan satu lafaz..??!! Waallahualam.. Rujuk pejabat agama jer lah, jalan yang terbaik.

Siti Khairunnisa : TaIak dah jatuh sebab suami dah lafazkan. Apa – apa pun kena pergi pejabat agama dulu. Takut nanti sis tersentuh aurat d0sa plak nanti. Buat pengesahan kat pejabat agama, untuk sementara tunggu keputvsan jatuh taIak atau tak, sis jaga dulu suami sis sampai la keputvsan tu keluar.

Lepas tu, sis cari jalan untuk settlekan masalah sis dengan keadaan suami sis sekarang ni. By the way mak ayah dia masih ada, Sis ada dua pilihan untuk buat keputvsan, STAY OR GO ON? Banyak – banyakkan istighfar tau.

Doa banyak – banyak supaya suami cepat sembuh. Banyakkan buat solat hajat sis dan mintak Allah bagi pengampunan buat suami sis. Inshallah.. amiin ya rabb.

Sarifah Raziah : Allah tidak uji di luar kemampuan h4mba Nya. Jangan biarkan fikiran negatif merosakkan segalanya. Fikir yang baik – baik je puan. Puan kena ikhlaskan hati dalam saat hadapi ujian serta hulur bantuan. Orang yang sabar, Allah janji kemenangan.

Tapi pendapat saya, puan kena rujuk dulu dengan pejabat agama untuk dapatkan kepastian. Lagipun sekarang kalau betul jatuh taIak, masih lagi dalam eddah. Puan kena buat cepat urusan tu, nanti kalau dah habis eddah lagi susah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.