Ayah koma macam susah nyawa nak keluar dari badan, sehinggalah kawan ayah datang dan call seseorang

Doktor cakap ayah n4zak, tetapi bila semua persiapan dah dibuat, oksigennya kembali normal. Esok jadi benda yang sama, berulang – ulang selama dua minggu. Kami minta para ustaz bacakan doa tapi keadaan masih sama. Sehinggalah seorang kawan ayah dari Universiti datang. Dia call seorang wanita..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt warga FB. Selama ni aku hanya jadi pembaca setia. Seronok membaca komen masing – masing dan tak pernah terfikir nak menulis confession ni. Hati aku tergerak untuk kongsi sedikit kisah family aku selepas membaca kisah Puan Aina di dalam confessionnya, “D0sa Silam Pasangan Mengh4ntui Diriku.“

Para pembaca sekalian, betul apa yang Puan Aina risaukan. D0sa sesama manusia bukan perkara remeh yang perlu kita memandang rendah. Apatahlagi melibatkan maru4h manusia yang lain. Kerana tiada mengenali aku di sini, biarlah aku buka sedikit pekung di d4da mengenai kisah keluarga aku.

Arw4h Ayah aku seorang Engineer. Selalu ikut group tabIigh dan seorang ayah yang cukup sempurna di mata kami. Sedikit pun ayah tidak pernah naik tangan. Dia menjaga ibu dengan sebaiknya sehinggalah ke akhir hayatnya.

MaIang tidak berbau, ayah ditimpa rumah r0boh sewaktu bekerja. Ayah k0ma selama dua minggu. Tetapi yang peliknya, doktor mengatakan ayah n4zak tetapi bila semua preparation dah dibuat, oksigennya kembali normal.

Esok jadi benda yang sama, berulang – ulang selama dua minggu. Ia seperti nyawanya susah nak keluar dari jasad. Seperti dalam keadaan tersiksa. Wajah ayah yang dahulunya putih, menjadi agak gelap. Ramai ustaz datang untuk membaca doa supaya dipermudahkan urusan ayah.

MaIangnya keadaannya masih sama. Kami semua memohon maaf kepada orang sekeliling sekiranya ayah pernah berd0sa, atau hutang. Tetapi ayah tidak pernah berhutang dengan orang lain. Dia yang selalu dihutang orang.

Sampailah seorang rakan baiknya di universiti datang melawat, kami menceritakan keadaan ayah dan dia terus berwajah sugul. Pakcik Ahmad iaitu kawan ayah hanya berdiam diri buat seketika dan sepertinya dia menelefon seseorang.

Keesokkan harinya, seorang wanita separuh umur datang melawat ayah. Kami semua tidak mengenali dia. Dia datang menghampiri ayah, dan mengucapkan perkataan, “saya maafkan segala d0sa awak kepada saya”. Kami sekeluarga terk3jut dan menjadi tanda tanya apakah d0sa ayah kepadanya.

Nasib baik waktu itu ibu tiada kerana menguruskan hal lain. Aku menghampirinya dan mulalah bersoal jawab. Apakah d0sa ayah sehingga tersiksa begini? Rupanya wanita itu adalah bekas tunang ayah. Wanita itulah yang menyara ayah di universiti dulu.

Sehinggalah ayah berjaya, ayah meninggaIkan dia dengan sekelip mata. Mereka tidaklah sampai berz1na tetapi ayah berjanji kepadanya untuk nikahi dia selepas berjaya. Hutang janji ayah itulah menjadi asbab ayah sengsara sewaktu menghadapi sakaratulm4ut.

Selepas satu jam kejadian itu, ayah pergi meninggaIkan kami dengan tenang. Ini bukan kisah dongeng untuk semua pembaca. Ataupun majalah mastika. Ini adalah cerita benar yang terjadi di dalam keluarga aku. Sampai hari ini ibu tidak mengetahui kisah ini kerana demi maru4h ayah dan kesedihan ibu, kami adik beradik berpakat untuk rahsiakan segalanya.

Aku sempat minum dengan wanita terbabit sebelum dia pergi meninggaIkan kami. Wanita itu mengatakan, dia tidak mudah memaafkan ayah kerana dia begitu setia dengan ayah disaat susah dan senang. Wanita itu jugak menolak pinangan orang lain kerana janji setia ayah kepadanya.

Dia berh3mpas pulas menyara ayah sehingga dia tidak ke menara gading kerana sibuk bekerja. Baginya cukuplah ayah capai cita – cita dan berkahwin dengannya. Perasaan sengsara itu dirasai hinggalah ke hari ini. Sebenarnya dia telah melupakan ayah, cuma dia lupa untuk memaafkan kekhilafan ayah kepadanya.

Aku menyusul kepada wanita terbabit untuk membayar segala kos pengajian ayah supaya tiada hutang di antara kami. Tapi dia menolak dan beralasan rezekinya m4kin bertambah selepas ayah mengani4ya dirinya. Al-fatihah untuk ayah.. kami tiada d3ndam kepada ayah, cuma yang aku ingin sampaikan kepada sahabat semua, jangan memandang ringan dengan d0sa dan janji sesama manusia.

Seperti kisah Puan Aina, beliau berhak untuk risau dan tr4uma kerana dia tahu tentang perkara ini. Buat Puan Aina, aku mendoakan semoga wanita terbabit memaafkan suami Puan. Keadaanya lebih keruh kerana hilang kehormatan dan dicurangi dengan begitu k3jam.

Buat semua sahabat, jauhilah z1na dan peganglah pada janji yang dibuat. Sekiranya tidak mampu untuk melunaskannya, mohon lah maaf kepada manusia terbabit dan selalulah berdoa agar hatinya dilembutkan oleh Allah swt.Akhir kalam, semoga kalian semua diIindungi Allah swt. Al-fatihah kepada ayahku.. – Jihan (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Natasha Hanna : Ada seseorang rapat dengan saya pernah ditangkap berz1na di dalam kereta dalam semak di kawasan kampung. DipukuI teruk oleh orang kampung dan diarak bersama perempuan tersebut ke balai raya.

Asbab nak tutup aib masing – masing mereka bertunang dan berjanji untuk berkahwin. Tetapi maIangnya ibu lelaki tersebut iaitu makcik saya tak suka kan perempuan tu di mana akhirnya mereka putvs tunang. Rawan la hati si perempuan ditinggalkan setelah diaibkan sekampung sebegitu rupa.

Si lelaki berjumpa dengan wanita lain akhirnya berkahwin dan ada anak – anak. Tak sampai beberapa tahun berkahwin, wife kant0i curang dengan lelaki lain. Masa ni baru lelaki ni mencari balik bekas – bekas kekasihnya yang hampir sepuluh orang telah dirosakkan dan meminta maaf kepada mereka semua.

Masa mula – mula taknak mintak maaf bila ada yang nasihatkan sebab katanya apa yang jadi dalam rumah tangga takde kena mengena dengan kisah silam sebab suka sama suka. Teringin juga nak tahu, ini pun dikira kifarah juga ke sebab menurut lelaki tu ni kes suka sama suka? Wife tu tentu – tentu dah salah lah. Dah dapat baIasan kena pukuI pakej kena cerai merempat pun. Hehehe..

Edha Yadira : Kisah ayah awak seperti kisah saya. Dia tinggalkan saya setelah dia berjaya. Masa study, job hvnting.. sama – sama susah. Support kewangan, semangat, etc.. sampai la dia hidup senang. Satu – satu barang impian dia beli.

Mengkhi4nati penantian saya untuk wanita lain. Saya masih sendiri, sering kali saya sedih dengan keb0dohan saya. Tapi Allah maha mengetahui segalanya. Semoga baIasan yang setimpal untuk si dia. Terlalu s4kit untuk dikenang.

Yusrina Yusof Mbbi : Well since your dad sebenarnya orang yang baek di penghujung usianye. Mungkin itu sebabnye Allah sukarkan kem4tiannya supaya dia mendapat kemaafan dari ex dia. Cuba kalau dia meninggaI dengan mudah, baIasan di akhir4t kelak lagi teruk.

Sebab ramai je orang berhutang / mengani4ya orang m4ti macam takde apa – apa tapi baIasan di akhir4t lagi teruk. So kesimpulannye.. jangan mudah kita judge cara kem4tian seseorang. Yang meninggaI susah bukan beerti ner4ka baIasannya. Yang meninggaI mudah belum tentu syurga tempatnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.