Pakcik guna nama mak utk pinjam ahl0ng 100k. Aku bawa lari mak ke Australia

Ibu kena tipu RM50,000 dgn agen hartanah. Ibu jugak jadi penjamin pakcik aku pinjam ahl0ng sebanyak RM100,000. Pakcik tipu mak aku sign borang ahl0ng. Oleh sebab takut kena kejar Ahlong, aku bawa mak lari pergi Australia. Tapi ini yang berlaku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin dan Rakyat Malaysia. Aku terpanggil untuk berkongsikan pengalaman aku menjadi PATI di Australia selama setahun. Artikel ini bukan untuk menggalakkan orang Malaysia ke sana.

Tapi aku hanya ingin berkongsi mengapa aku terjebak sehingga sanggup menjadi PATI di negara orang. Dahulu aku juga seperti korang, marah dan rasa terh1na apabila ramai rakyat kita ke Australia menjadi PATI. Aku mencemuh mereka apa saja aku tidak luahkan kepada media mengenai sikap penting diri sendiri sehingga menyusahkan orang yang betul – betul ingin melancong ke Australia.

MaIang tidak berbau, betullah orang kata, jika kita membenci sesuatu, janganlah terlalu membenci. Akhirnya aku sendiri menyerah diri ke Australia menjadi PATI secara tetap selama setahun. Aku memiliki latar belakang yang agak bagus.

Menjadi Pegawai di salah satu syarik4t swasta di ibu kota. Mulanya semuanya ok sehinggalah ibu menelefon aku meminta aku pulang dengan segera. Rupanya musibah berlaku di dalam keluarga aku, ibu ditipu oleh agen hartanah dan melarikan wang simpanannya RM50,000.

Tidak henti setakat itu, rupanya ibu menjadi penjamin kepada pakcik aku meminjam ahl0ng sebanyak RM100,000. Ibu ditipu apabila diminta menandatangani borang penjamin kononnya borang itu dari Bank bukannya dari ahl0ng.

Kerana takut dih4ntui ahl0ng, ibu berpindah ke rumah aku di ibu kota. Sebenarnya kami tiada rumah sendiri. Semuanya disewa. Kami tiada harta yang boleh dicagar untuk membayar hutang. Pakcik yang sepatutnya bertanggungjawab juga hilang entah ke mana.

Bermulalah hidup kami dalam keadaan ketakutan. Kerana takut dikejar ahl0ng, aku cuba memohon pertolongan dari pihak P***, sebenarnya bukan mudah seperti diiklankan. Aku membuat temujanji, apabila kami sampai di pejabat mereka, kami meluahkan kepada mereka tentang masalah kami.

MaIangnya officer yang menjaga kes kami itu tidak menunjukkan sikap amanah dan hanya memerli ibu dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Demi Allah aku bercakap benar. Aku telah email kepada ketua mereka tetapi tidak dilayan.

Kes itu akan berjalan apabila aku membayar 10% pendahuluan dan perlu ada sedikit duit untuk meyakinkan ahl0ng tersebut. Kerana tidak tahan melihat muka officer terbabit, aku cuba untuk membuat loan di bank tetapi semua ditolak kerana jumlah terlalu tinggi.

Masyarakat juga tidak kurang galaknya mengh1na ibu kerana b0doh menjadi penjamin. Itu jugak ayat dari officer P*** tersebut sehingga membuatkan ibu menangis. Aku cuba meminta bantuan dari Pihak Polis, tetapi mereka hanya boleh menolong sekiranya kami diperas ugvt.

Aku ke banyak agensi kerajaan, tetapi tiada siapa yang boleh menolong. Kerana terdesak, aku terpengaruh dengan kawan baik yang mengajak aku masuk satu skim D*** R** dan H*** *****n. (Boleh check di BNM). Kononnya RM1,000 boleh dapat satu juta.

Aku bukan mengejar kekayaan, tapi aku ingin membantu ibu. 3 tahun aku tunggu, tetapi m4kin menjadi – jadi dana tersebut meminta duit, dan aku mula tersedar, yang aku ditipu. Kerana tiada pilihan lain, akhirnya aku tekad membawa ibu lari ke Australia.

Aku mengambil cuti setahun tanpa gaji, dan aku terbang ke sana untuk mencari peluang pekerjaan. Sesampainya aku di sana, ibu bekerja sebagai pemetik bunga dan aku bekerja sebagai buruh binaan. Sebenarnya keadaan di sana tidaklah perit seperti yang dik4takan di media massa.

Kami dilayan dengan baik dan diberi tempat tinggal selesa. Siang malam kami bekerja kerana ingin mengumpul wang. Kami hanya membayar minimum payment kepada ahl0ng tersebut dan kami berjanji akan lunaskan hutang secepat mungkin.

Kerana ibu pandai mengajar mengaji Quran, ibu diberi peluang untuk mengajar anak – anak Malaysia dan Indonesia di Masjid. Itu membolehkan kami mendapat income lebih. Hampir setahun kami di sana, kami dapat mengumpul AUD30,000 bersamaan dengan RM98,000 berkat kami kerja tanpa henti siang malam.

Kami membuka order untuk katering, mengutip buah, buruh binaan dan juga cikgu agama. Alhamdulillah cukup masa kami untuk membayar segala hutang piutang. Ikutkan hati, mahu saja aku menjadi buruh binaan di sana, walaupun secara tak sah, kami dapat merasakan negara Australia lebih mengamalkan cara hidup Islam lebih dari Malaysia sendiri.

Walaupun PATI, tapi kami dilayan sama rata lebih – lebih lagi kepada orang tua seperti ibu. tapi kami akur, kami tidak boleh mementingkan diri sendiri. Ibu juga tidak mahu kembali ke Malaysia kerana sayangkan anak – anak muridnya.

Tetapi aku beritahu kepadanya, cara kami ini salah, dan menyebabkan ramai akan menjadi m4ngsa immigration. Aku cuba mohon visa untuk berkerja, tetapi bukan mudah kerana perIukan banyak wang. Dan wang yang kami peroleh ini 100% untuk membayar hutang.

Aku dan ibu ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mungkin orang seperti kami menyebabkan segelintir rakyat Malaysia menghadapi kesusahan untuk melancong ke Australia. Tetapi aku harap korang semua dapat memaafkan aku terutamanya ibu kerana sesungguhnya aku tiada lagi cara untuk menyelamatkan ibu dari menjadi m4ngsa ahl0ng.

Hakik4tnya kerajaan Malaysia perlu bertegas menangani kes ahl0ng dan juga sc4m yang sem4kin berleluasa sekarang ini. Pihak Malaysia juga perlu mendalami masalah rakyat sehingga mereka lari menjadi PATI di luar negara.

Ramai sebenarnya alami nasib yang sama seperti aku yang tidak ada cara lain untuk mencari rezeki lebih. Dari menjadi pencuri, lebih baik bekerja dan mendapat hasil lumayan seperti kami. Aku cuma menyarankan yang mana tidak ada masalah yang berat seperti ibu dan aku, janganlah terlalu tamak mengejar duit sehingga menyusahkan orang lain.

Kita kena terima hakik4t seburuk mana pun Malaysia, kita adalah anak Malaysia. Kalau ingin berhijrah, pergiIah dengan cara yang elok dan sehingga kini setiap kali aku membaca kesusahan rakyat Malaysia untuk ke Australia aku akan rasa berd0sa kerana aku juga penyumbang kadar peratusan yang tinggi menjadi PATI di sana.

Sahabat sekalian, tiada siapa yang dapat membantu waktu kita di dalam kesusahan. Tak ramai akan sudi menjadi sahabat kita sewaktu di dalam kepayahan. Walaupun aku berjaya menyelesaikan masalah ibu, tetapi aku tahu ramai lagi yang senasib dengan aku.

Aku harap korang bersabar dan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Dunia ni luas, sebenarnya Allah tidak meletakkan sempadan untuk mencari rezeki, tetapi kerana undang – undang manusialah menyebabkan perbezaan kekayaan dan kemiskinan itu terjadi.

Kerana tidak ramai yang mampu untuk keluar negara membina masa depan, dan kita yang tidak mampu ini tidak boleh buat apa – apa kerana tiada duit untuk berhijrah. Semoga ada sinar baru kepada Malaysia supaya kita akan dapat merasai rezeki yang berbaloi dengan kudrat yang dicurahkan.

Sesungguhnya aku rindu Australia, tetapi aku tetap rakyat Malaysia. Aku tahu ramai yang akan mem4ki hamun aku, takpe, aku faham.. tetapi maafkanlah ibu aku. Sehingga sekarang dia masih rasa berd0sa kepada rakyat malaysia yang terkandas di airport kerana immigration. Sekian… Assalamualaikum WBT. – Hamdan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Gja At Lullaby : Syabas sebab kau dengan mak kau gigih nak bebas dari masalah yang berpunca dari orang lain. Nothing to apologise. Aku tengok ramai PATI kat Malaysia ni pun sama je lebih kurang. Kerja keras siang malam untuk menanggung sesuatu dia tanah air diorang. Bukan sebab dia nak jadi kaya pun. Sebab nak pastikan family boleh surv1ve.

Ara Bella Abd Aziz : Semoga Hamdan dan ibu Hamdan diIindungi dan dirahm4ti Allah selalu. Anak soleh, sejuk perut ibu kamu mengandungkan kamu ni Hamdan. Banyak ibrah daripada cerita ni. Terima kasih, sedikit sebanyak memotivasikan orang lain untuk terus berusaha selagi hidup. Lagi idup lagi ngelaban.

Chik Ima : Alhamdulillah, masalah tuan confessor dan ibunya dapat selesai dengan baik walau sempat jadi PATI di negara orang. Ibu kenalan saya sampai meninggaI dunia dalam keadaan ‘m4ti beragan’ kerana dibvru dan diugvt ahl0ng. Kasihan seorang tua yang terpedaya, anak – anaknya pun tak dapat menolong. Masa hari kem4tian pun wakil ahl0ng bertunggu di halaman rumah untuk memastikan siapa yang meninggaI.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.