Aku berdebar bila dapat tahu anak2 buah kena ‘usik’ dgn adik ipar. Bila aku tanya anak aku, dia terus nangis meraung

Adik ipar lelaki saya ni memang baik, solat tak tinggal, subuh ke masjid. Tapi saya percaya cakap anak – anak buah. Saya dan suami diam – diam rakam pengakuan mengejut anak kami. Bila kami nak buat laporan polis, namun tak sangka mak ayah aku subahat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Mungkin cerita ni agak panjang. Tapi saya tetap nak kongsikan pada ibu bapa yang ada anak terutamanya perempuan supaya ambil iktibar dari kisah saya ni. Bela dan pilihlah anak walaupun kau terp4ksa dibuang keluarga.

Saya buat luahan di sini sekadar untuk meluahkan rasa yang terpendam selama ni dan berkongsi pada yang tidak pernah alami perkara seperti ni supaya berhati – hati untuk kemudian hari. Tak pernah saya bayangkan yang selama ni cerita – cerita yang saya pernah baca di media sosiaI tentang kanak – kanak dicabuI oleh bapak sed4ra betul – betul terjadi dekat keluarga saya.

Dah lah anak – anak ditimpa musibah dan dalam masa sama keluarga berpecah beIah angkara orang luar yang mana saya sendiri tak akan tahu bila penghujungnya. Memang saya tak sangka adik ipar saya (suami adik yang bongsu, biar saya gelarkan dia H) sanggup mengambil kesempatan terhadap 5 orang kanak – kanak yang berumur pada ketika itu 5 hingga 12 tahun.

Daripada 5 orang tu, salah seorangnya adalah anak saya. Yang paling saya geram.. Adik saya ni kahwin dengan H tak sampai setahun pun lagi dia masuk dalam family kitorang nih. Tapi dah buat t4ik! Saya pun tak tahu sangat macam mana diorang ni kenal antara satu sama lain.

Tapi yang pastinya adik bongsu saya lepas habis belajar hanya sempat buat praktikal sahaja, si H ni terus ajak kahwin. Beza umur diorang 14 tahun. Walaupun mak dan kakak – kakak dia nasihatkan kerja dulu.. Ye lah duit dah habis bayar yuran itu ini kan, jadi baiklah kerja dulu ambil pengalaman.

Ehhhh.. tetap jugak dengan pendirian dia nak kahwin dengan si H ni. Mak saya mengalah jugak lah.. Ye lah anak bongsu. Mungkin dah sampai jodoh. Sepanjang si H masuk family kami ni, orangnya tak pernah tinggal solat, selalu jugak lah subuh di masjid, seorang yang pendiam tak banyak cakap.

Kalau kami tanya jawab sepatah – sepatah je, memang beralus orang nya. Takde lah nak huha huha sangat macam kami tapi rupa – rupanya s3tan bertopengkan manusia. Memang keji!! Pada mulanya saya tak tahu perkara ni.

Sehinggalah satu hari adik bongsu saya sendiri yang call saya dan ceritakan yang dia ada masalah dengan kakak no 2 dan anak – anaknya. Jadi fikiran saya tu mungkin si adik ada terkecik hati ke, merajuklah apa lah kan. Nak – nak pulak adik saya mengandung.

Mudah sensetif, jadiĀ  saya hanya nasihatkan si bongsu ni tadi bincang elok – elok supaya tak berlarutan. Saya ingatkan perselisihan faham yang biasa – biasa, normal lah adik beradik kan. Tambahan pulak semuanya perempuan.

Lagi pun adik bongsu saya ni memang rapat dengan kakak no 2. Adik pulak memang duduk dekat rumah kakak dan dijaga oleh kakak dari kecik sampai lah dah nak kahwin. Urusan kahwin pun semua kakak – kakak yang banyak bantu.

Untuk pengetahuan pembaca, mak bapak kami ada lagi tapi dah bercerai. Jadi ada 4 orang yang dah kahwin. Kami berpakat adik beradik sorang jaga ayah, sorang jaga mak dan bantu antara satu sama lain. Tapi rupanya saya silap bila adik saya cakap yang ini kes sangat besar melibatkan keluarga.

Dan dia sendiri tak pasti yang saya dah tahu atau belum cerita sebenar. Saya lagi lah jadi berdebar. Blur tak tahu apa – apa. Saya mintak dia jelas kan sebab kakak takde pun cerita apa – apa. Adik kata ada 4 orang anak kakak mengadu pada dia yang suami dia, si H ada buat perkara tak baik pada diorang adik beradik.

Adik cerita dia memang terk3jut dan macam tak percaya lah. Tak mungkin suami dia buat benda tak senonoh pada anak – anak buah dia. Sebab selama ni anak – anak buah semua rapat dengan bapak sed4ra termasuk lah dengan H ni.

Tak puas hati dengan perkara tu terus dia panggil kakak no 2 dan suami dia tanya secara bersemuka. Si H ni pun ape lagi sekeras – kerasnya buat penafian dan kata ni semua fitnah besar yang dia terima. Dan takde bukti pun dia buat budak – budak ni.

Sehingga tercetusnya perg4duhan besar antara kakak, anak – anak dan H. Masa tu mak saya dengan adik bongsu ni terp4ksa leraikan kakak yang memang dalam keadaan marah teramat sangat. Mengucap panjang jugak lah saya waktu tu.

Tapi dalam otak dan hati saya autom4tik kata yang saya percaya cakap anak – anak buah dan takde sebab diorang nak buat cerita, dengki atau tabur fitnah dekat H. Adik bongsu saya masih lagi tak boleh nak terima kenyataan dan masih tak percaya sebab H kata jangan main tuduh tanpa bukti.

Dan jangan percaya kata budak – budak 100%. Jadi dari situ saya dah boleh jangka yang H ni macam sesuatu sangat. Untuk apa anak – anak ni nak fitnah dan dengki tak memasal. Sedangkan diorang ni dah ada bapak sed4ra 4 orang dari sebelum diorang lahir lagi dan memang membesar dah ada bapak saud4ra.

Melainkan memang H ni yang buat per4ngai! Ye lah bagi saya kan siapa yang ber4k merata takkan nak mengaku tu t4ik dia. Untuk membuktikan yang H ni tak bersalah dan ianya cuma salah faham sahaja antara anak kakak, jadi adik saya ni mintak saya tanya kan pada anak – anak perempuan saya akan hal ini.

Kot – kot lah ada sepupu diorang ni cerita sesama diorang. Dan ada tak H ni dia buat perkara yang tak baik pada diorang jugak. Dan hati saya terus berdebar – debar. Tak tenang. Terus teringat dekat anak perempuan saya.

Lepas habis perbualan tu, saya terus ceritakan pada suami situasi sebenar apa yang berlaku. Kami suami isteri berbincang untuk rekod segala perbualan antara kami dan anak – anak perempuan yang berumur 4, 8 tahun dan 12 tahun pada ketika itu sebagai bukti pada adik bongsu dan juga bukti pada pihak tertentu untuk tindakan selanjutnya.

Dan soalan – soalan tu tak boleh ditanya secara prov0kasi atau terus tuju pada si H ni. Jadi saya panggil anak – anak perempuan dengan alasan nak bercerita pasal budak sekolah kena cuIik dan cabuI. Saya tak boleh nak terus terjah tanya soalan berat – berat sebab 2 orang yang bawah tu kecik lagi.

Dan ini bukan lah pertama kali saya cakap dan bercerita dekat anak – anak kisah ni. Dah banyak kali untuk mereka jadikan sebagai panduan. Cumanya kali ni ada sikit perbezaan dan situasi tak sama. Jadi, masuk part tu, saya bagitahu “kalau dekat sekolah kawan sekelas lelaki pegang kemaIuan, buah d4da ke kena terus bagitahu dan mengadu dekat cikgu perempuan sebab benda tu salah! Dan kalau dekat luar masa pergi jalan – jalan ke, masuk tandas ke ada orang lelaki buat macam tu pun kena bagitahu ibu ayah. Jangan takut – takut sebab ibu ayah akan percaya apa yang awak semua cakap.”

Tiba – tiba sorang anak saya yang besar menangis meraung!!! Dia cakap si H selalu buat perkara tak baik pada dia! Menggigil badan dan tangan saya waktu tu. Suami saya masa tu dah semacam jugak. Tapi kami masih kawal lagi sebab masih merakam bukti.

Sambil menangis dia cakap memang selama ni dia sentiasa berdoa supaya Allah gerakkan hati saya untuk tanya soalan macam ni. Sebab dia tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Dan takut takde orang percaya sebab orang tu adalah suami maksu!

Orang tak akan percaya sebab orang nampak dia baik! Tapi hanya “kitaorang” je tahu. Saya tanya kitorang tu siapa? Anak saya cakap, anak – anak kakak no 2. Sayunya hati saya bila anak cakap tak nak saya dan maksu dia berg4duh.

Lagi pun maksu dia tu mengandung ketika tu. Saya pun waktu tu sedihhhh yang teramat sangat tapi tetap tahan sebab perasaan tu dah bercampur dengan marah! Saya terus tanya dia waktu bila, di mana dan macam mana boleh berlaku. Dan kenapa tak bagitahu saya dan ayah dia.

Anak saya cakap banyak kali kena. Biasanya masa kami pergi rumah kakak saya. Memang kami selalu ke rumah kakak berkumpul adik beradik sebab kakak selalu buat makan – makan untuk keluarga. Puas fikir dan tanya anak saya waktu macam mana dia boleh “usik” diorang ni sedangkan kami adik bradik semua ada di dalam rumah! Bukan di luar rumah!

Rupa – rupanya masa kami semua tengah sibuk di dapur, ramai – ramai menonton TV ataupun berborak dan ada masa anak – anak ni bermain sesama sendiri samada di tingkat atas ataupun di bawah. Waktu yang orang tak sangka – sangka.

Yang paling teruk anak saya kena masa di rumah nenek dia. Masa raya haji, hari ke 2. Hanya keluarga saya dan adik bongsu sahaja yang ada di situ. Adik beradik lain di rumah mentua. Anak saya kena lepas mandi masa dia nak pakai baju.

Dia kunci pintu dan ada orang ketuk. Anak sangka saya atau adik beradik dia yang lain nak ambil tuala nak mandi memandang dia dah keluar bilik air. Seriously saya memang tak boleh nak brain dengan semua ni sebab dia sangat berani buat hal terkutuk ni.

Lagi pun rumah mak saya tu condo dan tak besar mana pun, cumanya rumah tu dah diubah suai sikit. Jadi bilik saya duduk tu area dapur ke dalam sikit dan jauh dari ruang tamu sebab ada tembok pemisah antara dapur dan ruang tamu.

Adik saya dalam bilik, kami laki bini sekeluarga, mak dan anak – anak yang lain waktu tu tengok tv di ruang tamu. Memang tak akan dengar lah apa yang berlaku di kawasan dapur sebab faham – faham lah waktu raya masa tu lah meriahnya dengar takbir raya.

Bayangkan waktu saya dan suami ada paling dekat bersama anak – anak pun boleh berlaku perkara macam ni! Saya tanya anak kenapa tak jerit..Dia cakap dia dah ketakutan sebab si H tutup mulut dia dan buat yang tak elok pada dia.

Dia memang tak boleh nak fikir apa – apa sebab berlaku dengan cepat. Lepas dia tolak si H sekuat hati. Anak saya cakap nak bagitahu ibu. Si H dengan berani nya dah saik0 awal – awal cakap takkan ada orang percaya! “Cuba lah bagitahu tengok ada yang percaya tak” kata H.

Lepas tu H terus keluar dari bilik. Memang s3tan sangat per4ngai dia!! Korang boleh bayangkan tak kudrat anak – anak nak meIawan badan orang lelaki dewasa. Terus anak saya kunci pintu cepat – cepat pakai baju dan keluar duduk di tempat yang ada orang.

Selesai rakam perbualan tu saya terus hantar bukti pada adik. Saya tak tahu ape yang adik saya mer0yan dekat si H tu.. Tapi saya screensh0t pengakuan dari adik mengatakan yang H ni dah mengaku dan mengiya kan pada dia.

Memang dia ada “usik” dan buat anak saya seperti mana percakapan dalam rakaman tu. Terus saya ke rumah kakak no 2. Masa ni Kebetulan mak saya pun ada di rumah kakak. Rupanya semua dah tahu cerita pasal si H ni.

Kecuali saya! Baru lah saya tahu cerita yang sebenar – benarnya dari mulut kakak! Si kakak tak nak kecoh – kecoh sebab nak jaga maru4h anak – anak dia juga sebab si adik dah dok canang pada yang lain dan pada ayah kami yang anak – anak buah ni ada salah faham sebab tak suka laki dia yang suka menegur anak – anak buah supaya jaga pakaian dan tingkah laku.

Itu semua alasan. Budak – budak tu semua pakai seluar panjang dan t-shirt. Normal lah kalau budak umur 4 – 6 tahun pakai baju gaun. Banyak lagi yang si H ni buat pada anak – anak buah saya. Masa anak – anak ni mandi di kolam renang, teman nenek diorang balik kampung, pergi kedai dan banyak lagi lah!

Saya jadi bertambah marah sebab ini bukan fitnah lagi dah. Saya bagi kakak dan mak dengar bukti percakapan anak saya. Diorang masing – masing terk3jut sebab diorang ingatkan anak kakak je yang kena. Saya bagitahu kakak dan mak yang kami suami isteri akan pergi buat report untuk kes ni.

Sebab dah ada bukti yang kukuh dari pem4ngsa. Dan saya percaya cakap anak – anak ni! Mak saya pulak menangis merayu – rayu mintak saya dan suami pertimbangkan selepas adik bersalin tunggu masa je waktu tu. Katanya adik tak bersalah, yang bersalah laki dia.

Ye lah mak mana yang sanggup tengok anak dia susah kan. Nak – nak pulak tengah sarat mengandung, siapa yang tak berbeIah bahagi kan. Saya jadi tersepit tengah – tengah antara mak dan keluarga sendiri dan anak. Setelah berbincang kami semua termasuk lah anak – anak ni tadi bersetuju tangguhkan buat report tu atas belas ikhsan sebab adik dah nak bersalin!

Sebab tak lama due dia dalam beberapa hari sahaja. Memang tunggu hari je.. Tapi waktu ni kami dah tak ke rumah mak dan dah tak jumpa adik mahupun si H atas faktor keselamatan anak – anak. Tapi masalahnya timbul selepas adik bersalin dan berpantang. Dapat anak perempuan..

Ya, Mak saya yang jaga dia masa pantang. Tapi sikap mak saya pulak m4kin hari m4kin tak dapat nak diramalkan. Mungkin juga dia tersepit. Dia terp4ksa jadi lalang konon nak jaga hati antara adik, saya dan kakak. Katanya kesian adik dan anak dia.

Sedangkan dia jugak tahu apa yang berlaku. Salah tetap salah. Saya ingatkan mak saya bagi lah nasihat atau apa sahaja pandangan yang baik – baik pada adik saya.. Tapi sebaliknya lah pulak. Ini bukan kesalahan yang kecik – kecik.

Habis semua keluarga pecah beIah gara – gara si H ni tadi. Bila saya cakap dengan mak yang si H ni ped0phiIia mak saya seolah – olah macam takde apa – apa perasaan. Kami dah bagitahu mak, adik tu nanti kita semua akan sesama bantu.

Lagipun adik dapat anak perempuan dan kita nak elakkan perkara lain pulak yang timbul. Bukannya tak pernah ada kes haruan makan anak. Tapi mak saya memilih bersama adik dan adik memilih suami dia! Pilih suami dia yang baru setahun jagung kenal buat per4ngai dari memilih keluarga dan anak – anak buah yang selama ni ada bersama dia bertahun – tahun!

Mungkin mak saya fikir siapa yang nak bantu adik kalau apa – apa terjadi pada suami dia. Ataupun mungkin mak saya nak t3bus kekesalan sebab selama ni dia tak jaga adik masa dia kecik. Ntah lah saya pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran mak saya.. Saya pun buntu.

Apa yang saya tengok, mak tidak menasihati adik malah seakan – akan menyokong adik dan mengatakan yang kami ni seolah – olah nak runttuhkan rumah tangga adik. Ayah pulak tak tahu hujung pangkal dengar cerita sebeIah pihak sahaja.

Saya, kakak dan semua pem4ngsa terus buat report. Lepas si H kena tangkap dan kena tahan reman, masa ni lah saya nampak mak dan ayah sendiri berpihak pada yang salah! Adik dan mak mentua dia ada datang merayu dan meminta maaf pada anak – anak kami semua dan dalam pada masa sama minta kami tarik tarik report.

Tapi kami dan anak – anak ni semua tak setuju memandangkan bukan 1 orang kanak – kanak.. Tapi 5 orang. Anak – anak ini kami perlu bantu mereka keluar dari tr4uma dan bela mereka seadilnya. Kesian bukan tak kesian bila tengok adik sendiri macam tak terurus handle kes suami dia dengan anak yang baru lahir.

Tapi kami lebih kesian kan anak kami. Masa ni betapa h4ncurnya hati kami sebagai anak dan cucu – cucu yang lain. Mak telefon kakak marah – marah macam orang kena rasuk dan cakap “lepas daripada ni kau jangan panggil aku ni mak kau lagi! Aku tak pernah ada anak macam kau!! Sanggup kau aniaaya adik kau sendiri”

Allah.. Kecewanya kakak dan saya masa tu sebab mak tahu sebenarnya yang mana salah dan yang mana betul. Mak anggap kami ni macam perosak dan buatkan keluarga berpecah beIah lah kononnya, dalam sejarah keluarga kiranya kami ni bagi keluarga malu dengan saud4ra mara yang lain.

Sedih dan pelik kan? Itu lah hakik4t yang sangat pedih buat kami sebagai pembela anak – anak. Si H pulak, selepas tahanan reman habis, dia diik4t jamin oleh adik dan keluarga dia. Pelbagai cara adik saya buat semata – mata nak tutup kesalahan si H ni.

Termasuk lah putar belit cerita semasa ambil keterangan dan mereka cerita yang tak pernah ada dan mak saya pun turut ikut sama dengan berikan keterangan yang bercanggah. Sekarang H masih bebas dan bahagia bersama keluarga ditambah pulak adik saya dah selamat bersalin anak yang no 2. Macam seolah – olah tiada apa yang berlaku.

Kami dan anak – anak? Terp4ksa menganggap yang kami ni dah tiada lagi keluarga iaitu ibu dan ayah, atok nenek seperti yang diminta mak saya. Saya dan kakak juga terp4ksa bagitahu jawapan yang sama setiap kali anak – anak tanya pasal kes mereka.. iaitu “kita bersabar sahaja”.

Sebab kes senyap. Sedih kan. Mungkin lah jugak senyap dan tertangguh lama sebab pandemik. Kami husnuzon. Walaupun dah 2 tahun kes masih tak berjalan lagi. Anak – anak yang dari sekolah rendah kini sudah pun menganjak ke sekolah menengah tahun ke 2.

Walaupun ada bukti – bukti kukuh pengakuan dari tertuduh semua lengkap masih belum boleh untuk mendakwa H. Si H juga melantik peguam untuk pembelaan diri dia yang dik4takan tidak bersalah tu. Kini pendakwaraya yang lama pun sudah bertukar yang baru, kes pun dah dipindahkan dari putrajaya ke klang.

Dan kami masih lagi belum pasti apa yang akan berlaku dan si pelaku masih bebas, bahagia dan mungkin dia jugak banyak dapat sokongan kewangan dari keluarga dan membuatkan dia kebal. Ye lah.. 5 M4ngsa kanak – kanak mungkin tak cukup kuat lagi.

Mungkin kena ramai lagi m4ngsa baru akan ada pendakwaan. Kami terus menunggu dan menunggu agar nasib anak – anak kami terbela walaupun kami terp4ksa dibuang keluarga. Tiada lagi gelak ketawa bersama mak dan ayah kami.

Kiranya macam terputus sudah habis ik4tan kekeluargaan tu. Mereka juga dah berpindah ke tempat lain, nombor hp juga dah bertukar. Sedihhh kan. Semua dah jadi macam br0ken family sesangat. Susah nak pulihkan keadaan ni. Tapi Allah lebih tahu kenapa kami kena pilih jalan ni.

Bayangkan em0si dan kesan pada anak – anak ini lalui macam mana. Tapi kami bersyukur walaupun mungkin ada pilihan kes atau double standard dalam kes perundangan yang macam ni. Kami tetap dapat selamatkan anak – anak dari terusan jadi m4ngsa ped0.

Semoga ibu bapa yang lain jadikan iktibar. Percaya lah pada anak – anak. Berper4ng lah habis – habisan membela perkara yang benar walaupun ianya meny4kitkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.