Tertukar anak masa umur 50 hari, aku pelik anak langsung taknak menyusu. Sekali toleh macam batu nisan

Aku dah cuba bagi anak aku minum susu tapi dia tak nak. Bayangkan bayi umur 50 hari tak nak susu, dia akan menangis dan tertidur. Esoknya aku cakap dekat mak aku, aku tak rasa ni anak aku sebab busuk sangat bau longkang. Padahal mak aku dah mandikan siap sabun. Lagipun anak aku kuat menyusu…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Usia aku sekarang menjangkau 30-an. Kisah ini adalah kisah benar yang telah terungkap satu persatu kebenarannya. Kisah ini bermula pada jam 10 malam setelah aku, anak berusia 50 hari dan suami aku bersiap sedia nak tidur.

Telah menjadi kebiasaan buat aku dan suami berborak sebelum tidur. Namun pada hari kejadian, hati aku panas dan terasa seram sejuk. Tanpa aku sedar aku telah berkasar dengan suami aku dan mengalirlah air mata wanita yang telah lama aku simpan.

Suami aku terus keluar dari bilik meninggaIkan aku dan anak. Tak sampai 5 minit suami aku keluar bilik, aku terdengar bunyi almari baju yang berada di hadapan mata aku terbuka sedangkan hanya aku dan anak sahaja di dalam bilik.

Dalam kegelapan malam aku cuba mengintai almari yang terbuka sedikit. Pelik kerana tiada benda yang mencurigakan. Aku mula mengambil posisi yang selesa di sebeIah anak aku. Sebelum memejamkan mata, aku mencivm dahi anak aku dan tenung mukanya sebelum tertidur.

Tiba – tiba ‘kreeeeekk’ bunyi daun pintu almari terbuka lebih luas dan besar perasaan seram dan takut mula mengh4ntui diri. Aku cuba membaca ayat qursi namun bacaan aku tunggang terbalik menjadikan d4da aku berdengup kencang.

Aku merenung t4jam ke arah almari sehingga aku tidak sedar bila suami aku masuk semula ke bilik. ‘Dah jom tidur’…. ajak suami aku sambil memegang bahu aku. ‘Ya Allah’…. terk3jutnya aku bukan kepalang. Lantas aku baring semula dan menghadap muka anak aku.

Sekali lagi aku terk3jut sehingga membuatkan jantung aku bagai nak terhenti di saat aku menoleh ke wajah anak aku bukan la manusia, tetapi seketul batu nisan. Aku terkaku memandang almari dan terlihat susuk tubuh hitam mencangkung pandang tepat ke arah aku.

Aku cuba untuk memberitahu suami aku yang berada di sebeIah aku bukanlah anak aku namun hanya seketul batu. MaIangnya suami aku hanya memandang aku dan suruh aku tidur. Aku sudah tak dapat mengawal diri aku dengan jantung aku berdegup laju seperti orang baru lepas berlari 1000 batu, terus aku menjerit keluar bilik menuju ke bilik orang tua aku sambil meminta tolong.

‘TAkutttt… makkk takut, arghhh’…. Aku seakan tidak mengenal diri aku dan menjerit tanpa henti. Mak bapak aku pula terk3jut lalu jirus kepala aku menggunakan air bacaan yassin. Tiba – tiba aku macam orang hilang ingatan terus diam dan memandang mak aku dengan sisa tangisan yang tersedu – sedu.

Bapak aku mengarahkan agar aku ambil air sembahyang dan tunaikan solat. Aku hanya menurut perintah mengambil wuduk dan cuba untuk solat. Sedang aku menunaikan solat, aku tidak sedar bacaan apa yang aku baca tapi yang pasti bukan lah bacaan dalam solat yang kebisaan aku lakukan.

Umpama ada yang berbisik kepada aku baca mentera. Selesai beri salam, aku menjenguk keluar bilik aku, aku terlihat arw4h atuk aku yg telah lama meninggaI dunia datang melambai – lambai ke arahku. Aku menjerit memanggil bapak aku, bahawa arw4h atuk datang memanggil.

Ingatan aku seolah – olah keliru dan separuh diri aku, aku rasakan aku berada di alam nyata, separuh lagi berada di alam yang aku sendiri pun tak pasti. Tak pasal – pasal aku jadi macam kerasukan umpama diri aku di kawal oleh benda lain.

Mata aku kenal dengan orang – orang di hadapan aku, tapi mulut aku tidak boleh bersuara memanggil mereka. Mulut aku kumat kamit membaca mentera yang datang secara tiba – tiba.Di hadapan aku, aku melihat keluarga dan jiran membaca sesuatu.

Mulut mereka kumat kamit, tapi suara mereka aku tak dengar. Setelah bert4rung 3 jam, akhirnya aku mengenali diri aku. Namun otak aku macam nak giIa kerana terIampau banyak kelibat aku boleh nampak. Hijab aku dah terbuka. Ye, hijab aku dah terbuka.

Jam dah menunjukkan pukuI 3 pagi. Mak bapak aku mengarahkan aku sekeluarga tidur bersama mereka untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Mak aku tidurkan anak aku di sebeIah aku, tapi hati aku tak nak anak aku.

Bukan tu aje, anak aku tak nak menyusu dengan aku. Sampaikan aku mengalami b3ngkak susu. Keesokkan harinya aku bangun setelah dik3jutkan oleh tangisan anak aku. Aku cuba bagi air susu aku, tapi anak aku tak nak.

Bayangkan bayi berusia 50 hari tak nak menyusu badan/botol. Lepas nangis dia akan tidur. Bangun nangis dan tidur, langsung tak nak menyusu. Pada masa yang sama sifat keibuan aku juga hilang. Sampai aku cakap kat mak aku, ni bukan anak aku.

Sebabnya anak aku tak bau busuk macam longkang dan paling penting anak aku kuat nyusu, tapi budak ni tak nak susu. Bab yang anak aku bau longkang tu, padahal mak aku dah mandikan siap sabun. Tapi tetap bau longkang.

Mak aku sendiri mengaku pelik, kenapa anak aku bau busuk. Menjelang senja, suami aku membawa pengamal perubatan untuk ubatkan aku tanpa memberitahu aku. Namun entah kuasa apa yang aku dapat, tiba – tiba aku menjerit bagitahu kat mak aku suruh orang tu balik.

Aku terus lari masuk bilik. Aku menangis. Tapi aku tak tahu apa yang aku tangiskan sampai aku tertidur kerana keletihan. Suami aku k3jut aku suruh bangun, katanya ade orang nak jumpa. Orang tu masuk bilik aku bagi salam.

Aku jawab salam dia tapi tunggang terbalik. Otak aku jadi macam malam semalam, seolah – olah ade yang mengatur perbuatan dan percakapan aku. Aku tak tahu apa yang orang tu baca dan sembur – sembur kat bilik aku, tapi yang pasti aku hanya merenung dia dengan pandangan t4jam.

Dan yang paling aku tak lupa, orang tu bagi aku air untuk di minum. Aku ambil gelas air, bila aku nak minum muncul ulat dan air bertukar hitam. Terus aku baIing kat orang tu. Mereka yang ada di rumah aku kata, air tu hanya air masak biasa.

Tapi kenapa aku boleh nampak air lain? Arghh.. biarlah. Setelah azan maghrib, aku disuruh bersiap untuk berjumpa ustaz. Tangan dan kaki aku diik4t, aku ditarik keluar dari rumah kerana menurut mereka, aku meronta – ronta tak mahu ke rumah ustaz.

Sebelum bergerak, aku lihat bapak aku renjis air dekat kereta, untuk apa aku tak pasti. Tapi yang aku pasti, bapak aku dukung lembaga hitam. Dalam perjalanan aku terlihat sebuah kedai, di bahagian dapur, di atas periuk ade lembaga sedang mencangkung.

Haha, dah macam cerita dongeng. Tapi itulah realitinya. Sampai di rumah ustaz, aku menjadi balik. Aku taknak keluar kereta. Aku rase seram sejuk. Aku rasa nak menjerit. Aku takut. Mereka p4ksa aku keluar rentap tangan aku.

Bila jejak je kaki aku kat rumah ustaz tu, aku dapat rasakan macam kaki aku tercucuk paku. S4kitnya masyaAllah. Yang peliknya bila aku tengok tapak kaki aku, paku pon takde, d4rah pon takde. Sampai di depan pintu rumah ustaz, aku tak nak masuk aku dapat rasakan kaki aku dipegang oleh sesuatu yang membuatkan aku tidak boleh bergerak.

Hanya badan sahaja maju ke depan. Ustaz pandang ke arah kaki aku dan baca sesuatu sambil jari telunjuknya tuju ke arah aku. Tiba – tiba kaki aku yang tadinya berat terus ringan. Aku diberi minum air limau nipis dan ustaz mengarahkan aku supaya baca surah fatihah 21x dan Laa illa ha ilallah 21x agar kuatkan semangat aku.

Setelah proses berubat dengan dan ayat yang dia suruh amalkan aku buat, aku rase kepala aku ringan, dan saat itu aku teringat anak aku. Malam tu aku tak dapat tidur. Kepala aku rungsing memikirkan anak aku tak mahu menyusu.

Puas aku suapkan. Tetap taknak. Jauh di lubuk hati aku mengata ini bukan anak aku. Kesudahannye aku mintak suami aku bawa aku ke rumah ustaz tadi untuk bertanyakan perihal anak aku. Sampai di rumah ustaz, aku ceritakan anak aku dah tak menyusu 2 hari.

Di beri nestum dan susu botol pun tak nak. Bibir anak aku kebiruan, suhu badannya sejuk. Namun aku tak cakap kat ustaz tu yang aku syak tu bukan anak aku. Ustaz tu seolah – olah dapat tahu yang tu bukan anak aku, dia bace surah ape tah aku da lupa, pastu dia seru nama anak aku 3x dan sembur pada air untuk diberi anak aku minum.

Anak aku pula sepanjang ustaz bacakan bacaan tu, mata anak aku merah dan merenung t4jam ustaz tu. Benda ni memang tak masuk akal. Bayi 50 hari berkelakuan camtu. Sampai sahaja di rumah anak aku berbau bayi, wangi baby tu.

Hah! pastu dia merengek, aku suapkan susu badan aku terus dia tangkap dan menyusu cam da lapar sangat. Kejadian ini sangat pelik dan bila aku datang balik kat ustaz tu, aku tanya kan kenapa jadi pada aku dan anak aku.

Menurut ustaz, ada sesuatu yang mahu mengikuti aku lebih kepada s4ka. Dan yang paling tak boleh di terima akal, anak aku disorok di dalam almari. Selama 2 hari aku histeria, bayi yang aku pegang rohnya bukan anak aku tapi lain.

Ini pengalaman aku. Terpulang nak percaya atau tak. Namun aku yakin setiap kejadian Allah dah susun dan atur. Biarlah ianya menjadi kenangan paling seram buat aku. Oh yea, sehingga hari ini, hijab aku terbuka dan aku dapat bace perihal seseorang melalui raut wajahnya. Tapi biarlah aku simpan semuanya. Sekian..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.