Hujung tahun 2020 dia dah mula tak nak sentuh aku dan marah – marah atas hal kecil. Bila aku minta, dia bagi alasan dia penat.. Aku hanya tahu melalak dan menangis bila kena marah. Rasa malu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum salam sejahtera.. Nama aku Teja, bukan nama sebenar. Apa yang Aku nak luahkan ni adalah kisah Aku sendiri di mana Aku terkahwin dengan seorang lelaki yang sukakan kaum sejenis.
Aku nikah agak lambat, sebelum kenal bekas suami aku ni, aku dah ada kekasih tapi kekasih aku tu tidak menunjukkan mahu serius kahwin dengan aku. Usia aku dah 34 tahun ketika itu dan aku seorang yang bekerjaya. Aku kenal bekas suami aku dari seorang kawan sekerja, kawan aku kenalkan melalui lecturer dia.
Kami berkenalan, semasa berkenalan, dia memang seorang lelaki yang gentleman, kiriman Tuhan, dan suami idaman setiap perempuan. Kacak tu tidak tapi manis ada. Aku kahwin pada tahun 2019. Sebelum kahwin tu, semasa proses nak kahwin macam – macam dugaan yang aku lalui.. tapi aku tak nampak lagi apa yang Allah cuba tunjukkan.
Aku hanya ada mak aku, manakala dia ada family yang lengkap. Urusan pihak aku memang tiada siapa nak uruskan melainkan aku, mak dengan kawan – kawan dia.. family sebeIah mak aku semua di utara. Aku pendekkan cerita, setahun perkahwinan, yes indeed memang indah. Semua manis – manis.
Aku pernah bercuti dengan dia hanya dua kali saja, selebihnya dengan family dia dan jika dia travel dia travel dengan kawan – kawan dia. Alasan tak nak bawa aku sebab aku ni tak biasa travel dan susah nak dapat cuti. Sebab aku ni kerja shift.
3 bulan sebelum hujung tahun 2020 dia dah mula tak nak sentuh aku, dan marah – marah atas urusan kecil. Bila aku minta, dia bagi alasan dia penat. Aku hanya tahu melalak dan menangis bila kena marah. Rasa malu pun ada sebab macam terhegeh – hegeh.
Aku tak kisah kena marah tapi ayat – ayat marah dia tu sangat sinis. Balik dari kerja dia selalu bersama dengan kawan – kawan dia. Aku tak tahan dengan keadaan ni.. Aku minta petunjuk dari Allah. Dan doa aku dimakbulkan. Aku bukan jenis check hp suami dan sebagainya.
Satu hari tu aku terdengar notifikasi dari tablet suami dan Aku pun buka. Apa yang aku jumpa dalam tab tu? Dark side apps, termasuk video, gambar yang membuktikan dia seorang lelaki yang bukan normal. Aku rakam dan simpan dalam phone Aku.
Setelah bertenang. Aku WhatsApp dia untuk jujur dengan aku. Dia mengaku dia bukan lelaki straight. Dari segi ayat memang dia tak boleh berubah dan tak nak berubah. Aku bukan seorang penyebar aib, aku diam, hanya aku dan dia saja yang tahu.
Family dia langsung tak tahu, dia izinkan aku cari lelaki lain dan akan lepaskan aku. Tapi aku yang tak nak, aku masih berharap. Hubungan aku sebagai isteri atas kertas berlanjutan selama 3 tahun lebih tanpa sentuhan.. nafkah bulanan dia tak culas.
Oh ya.. lecturer yang aku taip di permulaan ayat tu, sebenarnya partner dia, malah pasangan dia tu dah ada HlV pun. Mana aku dapat tahu, itu aku selidik sendiri. Alhamdulillah sejak dia tak sentuh aku, setiap tahun aku check, dan Alhamdulillah juga keputusan d4rah aku baik.
Dalam masa 3 tahun tu, aku dimaIukan depan family dia, marah – marah aku depan mak Ayah dia, kakak ipar dia, by the way syukur juga aku tak ada anak dengan dia. Family dia tak tahu punca dia tiada anak daripada dia juga sebab aku dan dia pernah buat test.
Pendekkan cerita, masuk tahun ke-4, aku tahu dia dah tak nak aku, sebab dia kerap cakap kat aku, “kalau abang takde”. Aku plan aku nak luah kat dia sampai bila nak macam ni… tapi Allah sebaik perancang. Sebelum aku luah tu, ada kejadian di mana aku update status masa tu aku g4duh dengan dia.
Ayat dia memang sangat – sangat sarkastik. Salah aku juga sebab aku ikut emosi, aku tak hide status tu dari kakak ipar aku. Kakak ipar aku pm aku, tanya.. rupanya dia dah screensh0t tunjuk kat ex mak mertua aku dan bila ada campur tangan family maka bermulalah episod dia marah – marah.
Dia cakap, akan lepaskan aku dan dia terus keluar dari rumah aku.. Dia cakap lagi akan failkan penceraian. Aku hanya diam dan setuju. Pendekkan cerita, aku bercerai dengan dia cara baik.. depan hakim pun aku cakap saja aku yang salah. Aku tak nak aibkan dia sebab aku fikirkan jasa dan kebaikan yang pernah dia buat.
Sekarang… Alhamdulillah aku bahagia dengan mak Aku.. Untuk yang nak kahwin selidiklah betul – betul pasangan anda. Syukur for everything.. – Teja. (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Siti Fatimah Mohd Yusof : Sebab tu aku suka kalau orang bercerai biar je dia cerita semua supaya orang lain tak terkena.. termasuklah lelaki yang pemalas. Ni bila canang je kata sebar aib. Lepas tu ada pulak yang sibuk kata.. eleh duit raya pun jadi hal. Padahal hanya yang tidur sebantal je tahu laki dia macamana.
Ctfatimah Ghazali : Harap sis cek HlV tiap tahun ya lagi – lagi kalau kerap s4kit sebab ‘window period’ untuk HlV bertahun lamanya. Saya doakan sis dilindungi dan tidak dijangkiti kuman tersebut. Yang jantan pon dah tau gei tapi nak kahwin dengan pompuan sebenarnya hanya nak tutup mulut orang selalunya. Menyusahkan anak d4ra orang lagi – lagi kalau ada anak dengan jantan tu dan berpeny4kit tak ke menyusahkan. Tak fikir kat orang. Geram orang macam ni.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.