
Handphone yang suami selalu sorok tu jatuh. Aku ambik diam – diam, ada perempuan call. Aku terus menyamar jadi adik suami. Konon excited dapat cakap dengan bakal kak ipar. Aku korek rahsia..
#Foto sekadar hiasan. Hati aku dah terlampau s4kit. Kadang – kadang rasa nak luah semua dekat mak ayah, tapi aku dah tak ada mak ayah lagi. Rasa kosong tu susah nak digambarkan. Aku penat sangat, bukan setakat penat fizikal, tapi penat mental pun ya. Dalam kepala ni asyik berpusing fikir apa salah aku, kenapa semua jadi macam ni.
Masa tahun pertama dan kedua kahwin dulu, semua nampak indah. Hidup kami masa tu nampak bahagia, walaupun masa tu kami belum ada rezeki anak sendiri. Tapi sebab terlalu nak rasa ada anak, kami ambil anak angkat. Masa tu hidup rasa lengkap. Rumah kecil kami penuh dengan gelak tawa budak kecil tu.
Tak lama lepas tu, rezeki Allah bagi lagi besar. Dua tahun selepas ambil anak angkat, aku disahkan mengandung anak kandung sendiri. Aku ingat itu tanda Allah nak tambah bahagia dalam rumah tangga kami. Tapi rupanya dalam keadaan aku sarat mengandung, kantoi suami masih cari bekas kekasih dia.
Aku masa tu sabar, aku fikir mungkin bila dia tengok aku berjuaang dalam labour room nanti, dia akan berubah. Aku nak bagi dia rasa macam mana peritnya seorang isteri berkorban, nak bagi dia rasa tanggungjawab seorang ayah. Tapi aku silap besar.
Lepas anak pertama kami berumur setahun, aku dikurniakan lagi rezeki mengandung anak kedua. Tapi dalam keadaan aku mengandung kali kedua tu, suami m4kin jauh. Dia mula abaikan aku dan anak – anak. Dia jadi panas baran. Sampai satu hari, pada hari raya pula tu, dia ceraikan aku. Aku tak dapat bayangkan perasaan masa tu. Dunia rasa gelap.
Dia kata semua salah aku, sedangkan aku ni kerja siang malam bantu dia. Aku urus anak – anak dari A sampai Z, urus rumah, urus makan minum. Aku kerja setiap hari, cuti pun Sabtu Ahad tetap aku kerja. Tapi dia? Kerja sebulan lima hari pun belum tentu. Selebihnya duduk rumah main telefon.
Adakah sebab aku terlampau sibuk dengan urusan kerja dan anak – anak? Tapi dia langsung tak membantu. Aku tak pernah kisah, aku masih masak, masih kemas rumah, masih layan dia macam biasa. Tapi bila aku tegur sikit, dia marah dan m4ki aku dengan kata – kata kesat.
Dia panggil aku perempuan siaI, b0doh, b4bi. Masa tu aku rasa dunia aku betul – betul runtuh. Aku tak tahan, aku bawa diri dan anak – anak ke rumah kakak untuk beberapa hari. Kakak banyak nasihat aku. Dia suruh aku kuat, tapi dalam hati aku tetap fikir mungkin memang ada silap aku. Jadi aku ambil keputusan nak balik rumah dan cuba berbaik semula.
Tapi kuasa Allah itu memang tak ada siapa boleh halang. Masa aku balik rumah, dia tengah tidur. Aku sibuk mengemas rumah sebab memang tak boleh duduk diam tengok rumah bersepah. Tiba – tiba telefon dia yang selalu dia sorok jatuh dari poket seluar.
Aku nampak lampu berkelip tanda ada orang telefon, tapi bunyi senyap sebab dia letak silent. Aku pun ambil perlahan – lahan, sebab hati aku dah lama rasa tak sedap. Bila aku tengok skrin, tertera nama perempuan. Aku terus angkat panggiIan tu, dan ya, suara perempuan. Masa tu tangan aku menggigil.
Aku pura – pura cakap dengan nada lembut, mengaku kononnya aku adik suami aku. Jadi perempuan tu tak syak apa – apa. Aku pun pura – pura sembang konon nak berkenalan dengan “kak ipar”. Dari situ, perlahan – lahan aku siasat. Aku tanya macam – macam, dan akhirnya perempuan tu sendiri mengaku yang dia kekasih suami aku.
Mereka mula bercinta masa hari raya, masa suami aku lafaz cerai pertama dulu. Rupanya masa tu dia dah janji dengan perempuan tu nak kahwin pada bulan tahun depan. Patutlah dua kali dia ceraikan aku. Rupanya semua sebab dia nak cepatkan urusan kahwin dengan perempuan tu. Sedihnya, aku diceraikan dalam keadaan mengandung.
Tapi sebab aku fikirkan anak dalam kandungan dan anak – anak yang masih kecil, aku pilih untuk berbaik. Aku fikir kalau aku terus Iawan, anak – anak yang akan jadi m4ngsa. Bulan lepas, aku ambil keputusan berhenti kerja sebab aku nak fokus pada diri sendiri dan anak – anak.
Aku pulang ke kampung mertua, niat nak rawat hati yang Iuka sambil tunggu masa bersalin dan berpantang di kampung. Tapi sepanjang aku di kampung lebih sebulan, dia tak pernah tanya khabar aku dan anak – anak. Dia tak tanya pun pasal kandungan aku, seolah – olah dia dah lupakan kami.
Dua minggu aku diam, aku tak ganggu dia langsung. Tapi semalam, isteri kepada kawan tempat kerja suami mesej aku, tanya betul ke aku dah bersalin. Aku terk3jut sebab aku belum pun bersalin masa tu. Bila aku WhatsApp suami aku, dia boleh pula kata dia tak pergi kerja sebab kononnya nak balik kampung aku sebab aku dah bersalin. Hakik4tnya, dia tak balik pun.
Aku marah sangat masa tu, aku tegur dia. Aku cakap, kalau tak nak kerja tak apa, tapi jangan menipu dan jangan guna nama aku konon aku dah bersalin. Dia buat apa kalau tak pergi kerja tu, kepala aku dah macam – macam fikir. Lepas tu sampai sekarang dia senyap. Tak jawab mesej, tak balas panggiIan.
Aku duduk dekat kampung ni dengan hati yang masih Iuka. Kadang – kadang bila malam sunyi, aku termenung tengok anak – anak tidur. Anak sulung aku dah pandai bercakap, dia selalu tanya kenapa ayah tak balik. Aku hanya mampu senyum dan cakap ayah kerja jauh.
Padahal dalam hati, hanya Tuhan tahu betapa s4kitnya menipu anak sendiri supaya dia tak rasa kehilangan. Sekarang ni aku masih cuba kuat. Aku masih tr4uma nak percaya semula. Kadang – kadang orang kata aku degil sebab masih sayang, tapi sebenarnya aku takut.
Aku takut jatuh lagi dalam lubang yang sama. Aku dah cukup serik dengan pengkhi4natan. Aku cuma nak tenangkan diri dan besarkan anak – anak dalam suasana yang aman. Tapi aku masih tertanya – tanya, adakah salah aku kalau aku tr4uma dan tak mampu nak percaya lelaki yang pernah h4ncurkan hati aku dulu?
Komen Netizen :
Norhazwani Binti Othman Wani : Awak silap dari awal perkahwinan lagi, sis. Sebab awak yang buat dan tanggung semua benda. Manusia ni bila terlalu banyak diberi, dia takkan tahu menghargai. Lafaz cerai sebelum – sebelum ni dah buat pengesahan ke dekat pihak berwajib? Ada lafaz rujuk daripada suami sebelum ni tak? Hal ni serius tau. Dah kena macam – macam pun, masih lagi persoalkan diri sama ada nak terima ke tak.
Maisarah Mustafa : Bila rumah tangga tu dah ada isu nafkah dan tanggungjawab yang diabaikan, itu memang jadi masalah besar dalam perkahwinan. Ambillah tindakan serius, jangan tunggu nasib nak mengubah. Lafaz cerai tu dah buat pengesahan ke, puan?
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.