Sebelum kahwin, suami rajin kerja, selalu OT. Lepas kahwin, dia terus berhenti kerja. Mertua tanggung kami laki bini. Dia cakap dah taknak hidup

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Masa nak nikah suami cakap, dia mampu tanggung semua. Siap kata dah nak beli rumah. Hakik4tnya simpanan pun takde. Majlis kawen pun mertua yang bantu. Sekarang ni, suami makan tidur je dekat rumah. Dia siap cakap, tak nak anak..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalammualaikum semua readers. Thank you jika confession aku dipublishkan. Aku rajin jugak membaca di sini. Ringkas pasal diri aku ni, aku ni wanita, seorang isteri, berumur penghujung 20an, study smpai menara gading, tapi akhirnya duduk di rumah. Sobs sobs. Okey cukup pasal tu.

Apa aku nak kongsi ini, lebih kepada nak meluah atau tanya pendapat. Sebenarnya tak baik bukak aib rumahtangga, tapi takkan nak pendam je. Kang buat aduan di Pejabat Agama, panjang pulak ceritanya. Aku rasa ramai je isteri di luar sana, alami masalah yang sama.

Masalah iaitu suami kurang menafkahi atau tak bagi langsung sebab isteri bekerja. Ataupun yang paling w0rst aku hadapi sekarang adalah suami tak bekerja. Kalau kurang menafkahi tu takpelah, sekurangnya bekerja la jugak. Jangan tr1gger okay.

Bunyi macam drama la kan, biasa kita dengar isteri je jadi surirumah, ni suami pulak jadi surirumah. Kalau tak kerja, tolong buat kerja rumah takpelah kan. Ni asyik tido je, makan, lepastu nak salahkan bini sebab tak dapat generate income. Plus, yang aku rasa tak boleh blah, dia cakap aku ni hidup atas ehsan dia.

Eh eh eh, memang la tengah str3ss, marah, tapi cakap tu biar fikir dulu. Cukup baik isteri masih setia tau, walaupun suami dah tak ada income, sembang asyik nak kaya. Memang la nampak buat pelaburan F***, tapi sorry lah aku tak nampak hasilnya.

Kalau ada pun lepas buat beli flavor r0kok dia je. Ada ke orang kaya buat pelaburan ni. Kalau ada alhamdulillah aku jugak nanti yang senang. Hahahaha. Lagu satu kalau dah lebih setahun tak kerja, isteri mana tak bising kan. Takkan nak salahkan ekonomi je.

Yang pergi gatal pergi berhenti kerja sebelum ni kenapa. Pleasa kalau dah jadi suami, cuba matang. Dan lagi satu, isteri sebenarnya tak selesa tinggal rumah mentua lama – lama. Dengan ipar duai. Bukan nak demand, sekurangnya usaha la sedia kan rumah sewa pun takpe.

Walaupun isteri tak kerja, penat jugak tau. Kena kemas rumah, masak, basuh pinggan bagai. Mujur lah tak kena mengasuh anak sed4ra. Ipar duai dok relax je, tengok TV. Sabo je la. Mujur mentua selalu rew4rd aku macam – macam. Macam baju, skincare, tudung. Patutnya suami yang provide, tapi takpe. Maybe rezeki dari mentua.

Tahun ni masuk tahun ketiga aku kawen, part anak ni ramai la dok menanya. Sensitive jugak aku rasa. Yelah, rasa macam bermasalah pulak. Suami pulak cakap dah miskin, tak payah berangan nak ada anak. So part batin ni pun memang jarang – jarang. Hmmm. Aku anggap je dia tengah str3ss, tu cakap tu.

Bawang rangers ni bukan tahu masalah orang ni. Asyik nak judge je. Tapi part sampai family bertanya, aku dah tak boleh nak sabar lagi tentang masalah aku, so aku story je la. Yelah, lagi – lagi mak sendiri, dia boleh rasa okay. First impression mak aku, dia tak redha. Tapi dia suruh aku bersabar slagi boleh.

Akak aku la paling tr1gger. Dia tak nak aku terus buang masa. Rumahtangga aku ni macam takde matlamat. Aku anggap je lah aku belum layak bergelar ibu, maybe sebab dalam keadaan aku sekarang ni. Sebelum korang tanya aku cari kerja tak. Aku cari jugak.

Tapi yang dapat jauh bebenor, siapa nak sponsor nak merantau tu. Kalau dapat berdekatan pun, rupanya keje sales. Kerja online pun banyak sc4m. Droship? Cuba jugak, tapi kurang berhasil. Masa bujang adalah jugak aku bekerja, tapi takde lah setaraf kelulusan.

Bila dah kawen, kenalah ikot suami. Yelah dah suami mula – mula nak nikah dia cakap dia mampu tanggung semua. Siap kata dah otw nak beli rumah. Hakik4tnya savings pun tak ada. Majlis kawen pun mak bapak dia yang bantu. Ikot kami nak nikah je la. Dah tu je mampunya.

Lelaki… tolonglah jujur dengan pasangan. Jangan menipu pasal gaji semua. Sebab lepas kawen, menyalahkan sesama sendiri. Lepas kawen, komitment tinggi. Mujur lah mentua aku mampu lagi tanggung kami. Tapi my question is, sampai bila. Sepatutnya umur macam kami, dan ada kehidupan sendiri.

Kadang – kadang aku terfikir, untung ya generasi b00mers, mudah dapat kerja kerajaan atau kerja yang baik – baik. Aku ni puas dah mohon SPA, macam – macam syarik4t. Bila dapat interview kata tak ada pengalaman, atau bidang tak berkaitan. Please majikan jangan susahkan calon. Kesian calon datang dengan harapan pastu hampa. Tapis betul – betul resume tu.

Suami aku punya, pun aku dok mohon kan jugak. Kalau nak tunggu suami aku mohon, ibarat pahat dengan penukul, dik3tuk baru jalan. Tapi tulah, maybe Allah kata belum rezeki. So tak sangkut la. Puas jugak aku menangis, pilu, aku siap solat taubat. Mintak dipermudahkan rezeki kami suami isteri.

Yelah, takde orang kawen untuk bercerai. Tapi tipulah kalau hati tak terdetik untuk mintak cerai. Sebab aku rasa ada suami macam tak ada function. Mak ayah aku pulak cakap patut dah ada suami, suami menanggung. Bukan parents lagi. Takkan sebulan rm100 pun tak mampu nak tambah tolong bayar komitment aku. Aku adalah sedikit komitment.

Permasalahan utama adalah Duit, jadi lebih kritikal bila ketua keluarga iaitu suami tidak bekerja. Bila aku asyik suruh cari kerja, dia akan suruh aku yang cari kerja. Eh eh eh. Aku sebenarnya dilemma nak terus cari kerja di negeri suami ni. Atau cari je kerja di negeri kelahiran aku, kampung aku lah. Sebab aku jadi 50/50. Pompuan kan over thinking, aku takot kang ada anak, dia buat peel lagu ni lagi. Ishh ishh mintak jauh.

Tak sangka awal perkenalan memang suami rajin kerja siap OT. Selepas setahun kawen, terus resign dan jadi pemalas. Dia cakap dia nak m4ti. Apo cakap camtu. Mak mentua aku plak ada sedikit backup laki aku. Yelah, mak mesti sayang anak. Tapi anak tu dah kawen okay, bukannya bujang.

Satu part lagi, aku dah berbuih nak motivate laki aku, suruh solat pun liat. Last – last aku pulak dipersalahkan. Jadi aku sekarang macam dalam zon redha je la. Apo dia tak risau ke, cukup masa kereta nak kena servis, nak hidup kan roadtax kereta lagi, tu belum s4kit ke apa, abes tu takkan nak je menumpang mentua.

Sampai bila nak harap mentua tanggung hidup ni. Umur nak cecah mid 30s, patut dah ada rumah sendiri. Aku pulak risau. Fikir lah aku ni pun nak jugak balik kampung aku, aku ni ada parents lagi. Sejak kawen, jarang giIe aku balik. Setahun tu adalah anggaran 6 kali je. Padahal sejam je perjalanan. Aku nak balik sendiri tak bagi.

Tu belom nak ajak balik kampung, liat sangat. Kadang – kadang aku rasa dia ni tak suka ke mak ayah aku. Mak ayah aku takde pun tanya pasal dia tak kerja ke apa. Layan je macam biasa. Ma ayah aku pun asal datang sini, kena sewa bilik hotel. Yelah rumah mentua takde bilik kosong.

Aku ni siap kaji dengan Google pasal psychology lelaki ni, apa aku dapati laki aku memang ada simptom depr3ss dan mental burnout (sebelum dia resign tu). Orang kalau asyik tido je, memang nampak malas. Tapi dia sebenarnya mengalami kesedihan mendalam.

Kalaulah banyak duit, boleh lah open niaga sendiri. Hakik4tnya perlu jugak cari kerja. Kadang – kadang rasa macam mengemis je. Yelah golongan B40. Universiti menjanjikan hidup lebih baik, tapi lepas habis belajar. Berapa ramai jobless, kerja tak setaraf kelulusan.

Starting point balik dengan gaji RM1000. Bila tengok hutang belajar, fuhh s4kit jantung beb. Tu belom kira belajar di ipts. Mohon tabah semua. Satu aku nak kata sebagai rakyat marhaen, sekolah dah universiti patut beri nasihat pada bakal graduan, bidang apa yang masih marketable untuk 10 tahun akan datang. Bukan kaut profit je. Dan pihak universiti bantu la graduan cari kerjaya dia.

Pak cik, mak cik yang dah tua, please la pencen cepat. Tak payah la tunggu 60. Kesian anak muda. Anak muda sekarang struggle, ramai jugak stay single walaupn usia dah lanjut. To economist please do something, supaya Malaysia ni well life-career balanced. Tu blom tengok inflasi Malaysia. Nak mintak kerja level operator pun, dipenuhi dengan w4rga asing.

So kepada lelaki di luar sana, please jadi matang, kawal emosi. Please la jangan suka – suka berhenti kerja tanpa backup. Isteri pun str3ss jugak tau. Sekali pun isteri bekerja, hanya untuk membantu keluarga. Bukan nak tanggung 100%. Cukup lah d3ra mental isteri.

Kepada wanita di luar sana, pastikan ada kerja tetap. Sebab bila tak kerja, takde duit kata – kata kita ibarat kosong je. Takde makna. Kawan – kawan pun lari. Yelah, takde duit orang pun tak suka. Sebab suami ni tak boleh jangka. Don’t hope on single income only.

Aku harap wanita lain tak mengalami macam aku. Pahit untuk ditelan. Menanti perubahan takdir je la. Doakan aku bertabah menghadap suami aku dan doakan kami dikurniakan rezeki pekerjaan yang baik. Biar lah berkahwin itu sekali je seumur hidup. Dugaan perkahwinan kan berbeza – beza. Selagi aku mampu, aku hadap je. Jangan kecam aku Okey.

Terima kasih atas kesudian korang membaca karangan aku. Aku doakan jugak sesiapa yang kena buang kerja ke, kena VSS, atau menganggur, dipermudahkan rezeki. Sebab bila takde income dalam rumahtangga memang jadi punca peng4duhan. Duit bukan segalanya, tapi segalanya memerIukan duit. – Isteri yang masih bersabar (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Indah Ratna : Tak tau nak kata, jenis ngam laki bini pemalas, sorry. Pastu tak pasal – pasal generasi b00mers pulak yang disalahkan. Suami saya waktu belajar di flying school, buat part time grab. Then lepas habis training cadet kat air asia pun dia buat lalamove sementara belum dipanggil bekerja. Pokok pangkalnya kena rajin. Rezeki ada di mana – mana, insyaAllah.

Shayna : Cari jelah kerja biasa even cashier pun. At least ada juga income masuk daripada mengharap ke mentua je. Takkan tak rasa malu wey? Suami tu anggap jela dia s4kit. So dia dah tak mampu kerja la senang cakap. Bermakna kamu lah kena ambil alih tugas dia cari nafkah. Begitulah ujian hidup.

Single ada masalah. Berkahwin pun ada masalah juga. Hadap jelah sebab setiap ujian yang kita hadap tu Allah yang letak. Redha dan keep f1ghting. Rezeki anak tu biar lah tangguh dulu. Kamu suami isteri masih tak mampu. Doa moga ibrah daripada ujian tu sampai pada diri kita. Ambil pelajaran daripadanya. All the best.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.