
Malam tu aku share gambar dekat media sosiaI. Ayah dengan mak aku nampak gambar tu diorang macam agak marah dan wasap aku..
#Foto sekadar hiasan. Tahun ni genap 5 tahun aku berkahwin. Kami berkahwin beberapa minggu sebelum pkp dan agak bersyukur sebab semua dah di rancang dan berjalan lancar. Kalau plan kami waktu berlakunya pkp memang rugi teruk.
Zaman sekolah dulu aku sebenarnya boleh dik4takan aktif bersukan. Merentas desa, sukaneka, bola dan lain – lain. Sejujurnya aku sedikit sebanyak rasa ‘cemburu’ bila kau ada competition lepastu waktu dah menang celebrate tengok kawan – kawan kau pergi dekat mak ayah diorang tunjuk medal.
Aku ingat lagi merentas desa. Aku tengah lari dengan kawan aku lagi 700 – 900 meter nak sampai. Mak dan ayah kawan aku dengan adik dia sekali jerit “along lagi sikit along dah nak sampai!” Lepastu kawan aku m4kin laju lari memang nampak dia punya semangat tu. Habis dia p0tong dan tinggalkan orang lain termasuk aku.
Sepanjang aku bersekolah, tingkatan 6 dan masuk universiti tak pernah sekali mak atau ayah aku yang datang tengok aku bertanding. Aku sebenarnya tak terkesan tapi bila ada sekali ni dalam hidup aku minta mak dan ayah datang. Tapi sampai ke sudah diorang tak datang.
Padahal kawan aku yang lagi sorang tu kerja sama tempat dengan ayah aku, dia keluar sekejap waktu lunch sebab nak tengok anak dia. Aku cuma mampu gelak dalam hati sahaja. Sambung ijazah aku ada kenal seorang gadis, kami jatuh cinta dan lepas graduate dan bekerja dalam 3 tahun kami pun mendirikan rumah tangga.
Sepanjang aku berkenalan dengan isteri aku, bertunang dan bermesra dengan keluarga dia. Mak dan ayah isteri aku ni jenis yang sangat involved dengan setiap achievements anak – anak dia. Diorang tunjuk album gambar hampir setiap pertandingan anak – anak dia semua diorang datang.
Pertandingan membaca darjah 1 ada, sukan ada, debat ada, kiranya semua ada. Setiap gambar tu mak dan ayah mentua aku dia label, dia tulis tarikh dan dalam 1 – 2 baris. Bila aku tengok tu rasa kagum betul. Siap diorang boleh recalled balik situasi tu padahal dah berbelas dan berpuluh tahun.
Aku terus terang betul – betul impressed. Masa kami kena pkp semua duduk jauh. Setiap minggu ada saja barang mak dan ayah mentua aku hantar. Family video call untuk catch up recent issue. Kiranya jauh beza dengan family aku. Bukan lah family aku tak bagus ke jahat ke apa. Family aku bagus, aku pun sayang keluarga aku.
Tapi, bila aku berkahwin dengan isteri aku dan hidup dengan keluarga mentua aku. Boleh bayangkan beza tu jauh sangat. Mak dan ayah mentua aku ni dia dengan anak – anak dan menantu jenis chill lagi satu boleh nampak sebab cara didikan diorang ni membentuk anak – anak dia macam mana.
Selepas 2 tahun lebih pkp tamat kita masuk era pandemic. Dan tak lama selepas itu office aku ada macam small ceremony untuk achievement dan celebrate kenaikkan pangkat pekerja. Aku pun bagitahu dekat isteri aku, “oh minggu depan ada benda ni dan aku terlibat.”
Sebelum ni office aku ada buat juga masa first year aku kerja ada lah colleagues aku punya family datang sebab dia macam family day. Tapi aku waktu ni tak fikir macam nak invite isteri aku datang. Pada aku benda dah biasa lagipun dah selesai semua terus balik dan isteri aku pun dia kerja.
Aku pun pagi pergi kerja macam biasa. Masa ni buat dekat hall company aku semua dah prepare tinggal tunggu vip, speech etc then makan. Dah selesai berucap akhirnya ceremony yang beberapa orang kena naik stage termasuk aku. Aku pun naik atas…
Dan bila menghadap ke depan stage tu dia punya rasa terk3jut dan terharu bila nampak isteri aku lambai – lambai tangan tu hanya tuhan sahaja tahu. Aku waktu ni dah nak menangis rasanya. Isteri aku, ayah dan mak mentua aku dekat atas tu lambai – lambai. Aku cuma mampu lambai balik sambil tersengih sebab tahan takut nak menangis.
Sampai sekarang bila aku tengok video tu rasa kelakar betul aku tersengih tapi dalam hati tengah tahan tak nak menangis. Bila dah selesai semua aku jumpa diorang siap dapat bunga dan dapat hadiah lagi, dan dia punya rasa nak menangis tu m4kin kuat.
Sebelum ni aku memang dah bagitahu dekat family belah aku dan isteri aku pasal company aku punya event. Isteri aku sendiri pun dah kasi hadiah sempena aku punya promotion. Ayah dan mak mentua aku cakap, “tahniah, dapat promotion ni walaupun senang tapi tanggungjawab tu m4kin bertambah jadi kerja elok – elok mak dengan ayah ni cuma mampu doakan sahaja”
Malam tu aku share gambar dekat media sosiaI. Ayah dengan mak aku nampak gambar tu diorang macam agak marah dan wasap aku, “lah kenapa tak kasitahu kena datang kalau tahu datang tadi” padahal aku dah call ayah aku cakap nak datang tak.
Tapi ayah aku cakap, “takpelah jauh nak pergi” mungkin ayah dan mak aku rasa malu sebab mak dan ayah mentua aku datang siap ada gambar. Seminggu lepastu mak mentua aku print gambar kami berempat waktu tu dan dia simpan dalam album kata ini kenangan jadi ada copy physical dan lagi satu digital.
Aku bila tengok tu rasa dia bukan apa, keluarga aku ada juga album gambar. Tapi tak ada satu gambar yang macam tunjuk achievement aku waktu membesar. Padahal rumah tu boleh dik4takan banyak pingat sukan, sijil tapi bila tengok tak ada gambar aku berdiri dengan mak ayah.
Jadi kepada ibu bapa generasi yang ada sekarang ni cuba sebaik mungkin hadirkan diri dalam setiap aktiviti anak – anak tak kira seremeh mana sekalipun, bukan setakat anak – anak kita. Tapi untuk isteri, suami, ayah, mak, atuk dan nenek kita cuba. Kalau nak rasa macam terharu cuba pergi tiktok dan taip showing up matters dan sejujurnya entah berapa banyak air mata mengalir tengok setiap video tu. – Haz (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Yus Rie Naa : Bila kau tak dapat apa yang kau nak, Allah kata sabar dulu. Nanti Dia bagi. Nahhhh, kau dapat isteri pakej dengan mak ayah mentua sekali yang sangat support kau. Memang tak sama dengan mak ayah sendiri, tapi nak kata apa?
Nak luah rasa kecewa pada orang tua? Rasanya ramai anak yang mmbesar memendam rasa demi taknak berd0sa. Aku faham walau aku bukan di situasi tu. So, kita ubahlah. Apa yang mak ayah kita tak buat untuk kita, kita cuba buat untuk anak – anak kita. Chill lah!
Anne Rosland : Terharu. Mak saya dulu jenis showing up jugak tapi takde la setiap event larian segala. Tapi ni betul – betul buat saya tersentuh baca. Thanks tt. Will do it dekat anak pasni insyaallah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.