
Sudahlah masak pun tak mahu. Kain pelik4t saya yang koyak pun dia tidak peduli nak jahit. Rumah banglo enam bilik, macam tongkang pecah. Saya malu nak bawak dua pergi majlis jumpa VVIP..
#Foto sekadar hiasan. Saya berusia hampir 60 tahun dan isteri 54 tahun. Anak ada tiga orang, tapi semua dah besar dan bekerja. Cuma tiada yang berumahtangga lagi. Saya bekerja, dan isteri pula sejak mengandung enam bulan anak sulung sudah tidak bekerja.
Kehidupan rumahtangga saya nampak aman damai. Sekurang – kurangnya itulah yang saya tunjukkan pada anak – anak. Tetapi dalam jiwa saya, ada satu perasaan yang bergelora terhadap isteri saya. Pada pandangan saya, isteri saya cantik dan menarik.
Namun sejak dari muda, semasa kami masih dalam golongan B40 hinggalah sekarang sudah boleh dik4takan berada, sikapnya tetap sama. Dia tidak mahu bersolek, tidak menjaga penampilan. Pakaian yang dipakai pun baju – baju lama. Seluar dalam pun koyak macam roti jala.
Saya beli baju baru, dia tak mahu pakai. Hadiah hari jadi gelang emas harga sepuluh ribu ringgit pun dia tidak mahu pakai. Bra pun beli di pasar malam. Saya pening, tidak tahu mahu buat apa lagi. Nasihat sudah diberi, minta mak ayah nasihatkan pun sudah, anak – anak pun pernah menasihati dia.
Ugvt mahu kahwin lain pun saya pernah cuba. Tapi berubah sebulan dua sahaja, lepas itu balik pada asal. Saya malu nak bawa dia ke majlis – majlis VIP. Sebab dia tidak mahu belajar tentang adab makan, adab bersosiaI dan sebagainya. Bagi dia semua itu remeh.
Saya selalu cakap, saya tidak minta dia jadi muda. Saya cuma minta dia bersolek agar sedap mata memandang. Kena fikir juga, suaminya ini dikelilingi staff yang muda – muda, pelbagai bangsa. Pejabat pula menghadap kolam renang yang setiap hari ada saja wanita berjemur tanpa pakaian.
Belum lagi waktu makan tengah hari, ada juga yang sengaja duduk bersilang kaki menampakkan betis. Saya lelaki, saya ada nafsu. Tapi saya seorang Muslim, saya ada iman. Takkanlah setiap bulan duit beribu yang saya bagi semua hanya disimpan dalam Tabung Haji.
Sudahlah masak pun tidak mahu. Kain pelik4t saya yang koyak pun dia tidak peduli nak jahit. Rumah? Macam tongkang pecah. Rumah banglo enam bilik, tapi ada satu bilik dibuat stor, menimbun baju yang sudah kering dijemur. Kalau saya mahu pergi kerja, saya kena seterika baju sendiri.
Pernah saya cadangkan ambil pembantu rumah, dia tidak mahu. Katanya takut saya tergoda dengan pembantu. Saya diamkan sahaja. Selagi mampu buat sendiri, saya buatlah. Anak – anak perasan keadaan ini. Mereka pernah meluahkan kebimbangan yang ayah mereka akan putus asa dan keluar dari rumah.
Tapi saya yakinkan mereka yang ibu merekalah cinta hati ayah. Dalam hati saya tahu, isteri tidak kisah pun kalau itu berlaku. Sebab cita – cita dia adalah duduk di pondok belajar agama. Tambah pula baru – baru ini dia balik dari rombongan melawat pusat tahfiz kepunyaan Ustaz Kazim Elias. Sejak itu, siang malam dia di atas sejadah.
Dia tahu tentang redha seorang isteri terhadap suami, tapi daya tahan degil itu lebih kuat. Dia jenis kalau dia mahu sesuatu, dia akan buat juga. Kalau saya merajuk, dia biarkan sahaja. Tidak ada masa nak pujuk. Dia pula panas baran, kalau ditegur, dia akan melenting.
Ada satu masa, saya cuba luangkan masa hujung minggu ajak dia keluar makan di hotel. Saya sanggup tempah meja cantik, pilih tempat yang ada muzik santai. Tapi dia hanya duduk diam, makan pun ala kadar. Lepas itu dia kata tempat itu tidak sesuai dengan jiwa dia. Malam itu saya balik rumah dengan perasaan kecewa.
Pernah juga satu hari, saya ajak dia beli baju baru di butik. Saya puji satu persatu baju yang cantik. Dia cuma pandang dan cakap, “Membazir, baju lama pun masih ada.” Balik rumah, saya tengok dia pakai lagi baju yang sudah pudar w4rna.
Kadang – kadang saya cuba faham. Mungkin dia sudah terlalu selesa dengan hidup sekarang. Mungkin dia rasa semua itu tidak penting. Tapi dalam hati saya, saya tetap berharap dia cuba berubah walaupun sedikit. Saya mahu bila keluar bersama, saya boleh rasa bangga di sisi dia.
Saya pernah terfikir, mungkin kalau saya bawa dia pergi bercuti, suasana baru boleh ubah mood dia. Jadi saya ajak ke Langkawi, tempah hotel tepi pantai. Hari pertama, dia cuma duduk di bilik baca buku agama. Hari kedua, saya ajak berjalan di pasar malam, tapi dia cepat penat. Habis cuti, saya rasa bercuti seorang diri walaupun dia ada di sebelah.
Kadang – kadang saya berdoa, “Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Kekuatan untuk mencari kebahagiaan sendiri, walaupun kebahagiaan sebenar aku ialah dia berada di depan mata.” Saya bertahan kerana masih sayang, tapi dalam diam saya juga penat. Bertabahlah hati…
Komen Netizen :
Puan Hawa : Buatlah pillow talk, sembang sambil pegang tangan. Solat sama – sama, lepas itu cakaplah “Cantiknya isteri abang”. Tapi selit juga ayat “Abang teringin nak tengok sayang pakai macam ini, pakailah untuk abang.” Kadang – kadang ayat itu memainkan peranan.
Jangan lupa juga cakap terus “Abang cari duit banyak – banyak untuk bahagiakan isteri abang. Abang tak suka tengok pakai baju buruk – buruk.” Kemudian, masa cuti hujung minggu, kemas almari sama – sama. Ambil plastik, buang terus baju yang tidak suka pakai itu.
Lepas itu ajak pergi membeli – belah. Komunikasi itu penting dalam rumah tangga. Gagal berkomunikasi adalah perkara paling bah4ya. Sebab dari awal kahwin, kena sentiasa bersembang. Beritahu apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka. Walaupun hal tempat tidur, kena jujur beritahu apa yang kita suka.
Shahreen Shahrin : Mungkin si suami tidak pernah merajuk dengan isteri. Kalau saya jadi suami dan saya mampu kahwin baru, saya akan merajuk dan saya mahu isteri pujuk. Kalau tidak dipujuk, baru saya kahwin baru. Isteri kena pujuk dengan bersolek, cantik – cantik sebab suami sudah sediakan semua. Kalau saya, suami bagi gelang harga sepuluh ribu ringgit, saya letak di dahi, bukan di tangan. Biar nampak eksklusif!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.