
Alasan Pakcik tu, dia tahu akhlak dan budi pekerti suami aku dan dia yakin suami aku mampu menjaga anak dia. Depan muka aku, pakcik tu cakap ni pinang suami aku untuk anak dia. Dia siap cakap lagi, benda baik kena kongsi!
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Maaf kalau tulisan aku ni panjang dan serabut, tapi aku cuba susun sebaik mungkin supaya senang difahami. Kejadian ni berlaku lebih kurang tiga tahun lepas, tapi sampai sekarang masih segar dalam ingatan aku.
Malah esok genaplah ulang tahun perkahwinan kami yang ke dua belas. Bila aku imbas balik, macam – macam rasa bercampur dalam hati aku, ada manis, ada pahit, dan ada jugalah Iuka yang sukar nak dilupakan. Suami aku namanya Abu. Abu ni orangnya baik.
Kalau nak aku ringkaskan, dia seorang yang lembut tutur kata, penyabar, seorang yang sayangkan keluarga dan bertanggungjawab. Solat tak pernah tinggal. Penampilan dia biasa – biasa sahaja, bukanlah jenis lelaki yang terlalu menonjol atau suka bergaya. Pada aku, itu sudah cukup. Apa lagi yang aku nak harapkan, kan? Aku rasa sangat bersyukur dikurniakan suami macam dia.
Sejujurnya, kehidupan kami sangat manis dari awal perkahwinan sampai tahap ini. Perg4duhan kecil itu biasa, tapi jarang sangat berlaku. Kadang – kadang kalau ada pun, sebab perkara remeh yang aku sendiri pun dah tak ingat. Biasanya Abu akan mengalah.
Dia bukan jenis yang suka tinggikan suara atau nak menang sendiri. Itu salah satu sifat dia yang buat aku rasa dihargai. Cuma kebaikan Abu ni aku jarang sebut – sebut secara terbuka. Aku takut kalau ada yang iri hati atau teringin pula. Dalam keluarga pun aku tak pernah lebih – lebih memuji dia.
Cukup sekadar aku puji dia depan dia supaya dia tahu aku hargai dia. Media sosiaI aku pun biasa – biasa saja. Ada Facebook dan Instagram, tapi aku tak pernah post benda sweet atau pujian melambung untuk suami. Paling – paling pun sekadar letak gambar raya berdua dan ucapan ringkas.
Kami diuji dengan lambat dapat zuriat. Hampir lima tahun menunggu, barulah Allah kurniakan seorang anak yang comel dan manja. Saat tu hidup kami jadi lebih lengkap. Tapi ujian sebenar datang pada tahun kesembilan perkahwinan. Masa tu suami aku dipinang orang. Ya, dipinang! Bukan dia yang pergi meminang orang, tapi dia yang dipinang.
Orang yang datang meminang tu adalah sahabat tempat kerja suami. Aku namakan dia sebagai Pakcik Talib. Dia jauh lebih tua daripada suami aku. Yang meminang itu sebenarnya untuk anak perempuan dia. Anak dia pula bukan calang – calang orang.
Ustazah lulusan master bahagian syariah. Cantik, ada rupa, malah pandai bercakap. Hati isteri mana yang tak luluh bila dengar suami sendiri dipinang begitu? Alasan Pakcik Talib, dia tahu akhlak dan budi pekerti suami aku, dan dia yakin suami aku mampu menjaga anak dia. Katanya lagi, itu pilihan terbaik untuk anak dia.
Rupanya dah lama dia suarakan hasrat ni pada suami aku, tapi suami aku diamkan saja sebab tak nak aku marah atau meIetup. Aku hanya tahu bila tiba – tiba satu hari, Pakcik Talib bersama isteri dan anak perempuannya datang rumah.
Kebetulan waktu tu suami aku tiada di rumah. Dekat depan muka aku, dia cakap terang – terang yang dia nak pinang suami aku untuk anak dia. Aku terdiam masa tu. Rasa nak pecah d4da aku tahan marah. Anak dia tu pula dengan muka selamba, siap senyum – senyum seolah – olah memang berkenan sungguh pada suami aku.
Yang paling aku s4kit hati bila aku dengar ayat dia, “Semua yang baik ni pinjaman, tak salah berkongsi.” Amboi, ikutkan hati aku memang nak meIetup, nak halau mereka masa tu juga. Tapi sebab mereka datang sebagai tetamu, aku tahan. Aku jawab baik – baik walaupun dalam hati aku rasa sangat – sangat terkilan.
Dua hari kemudian baru aku beranikan diri cakap dengan suami pasal hal ni. Suami nampak terk3jut bila aku tahu. Aku beritahu yang Pakcik Talib sekeluarga datang rumah. Suami aku kata dia dah lama menolak, dia tak pernah setuju pun. Tapi aku manusia biasa, aku tak tahan, aku lepaskan juga kemarahan dan rasa kecewa pada dia. Kesian juga aku tengok muka dia waktu tu.
Malam tu aku tak boleh tidur. Aku bawa diri masuk tidur bilik lain. Lebih kurang pukuI 10 malam, aku terdengar suami aku bercakap di telefon di ruang tamu. Aku intai – intai, dan jelas aku dengar dia cakap, “Maaf, terus terang saya tak ada perasaan pada anak abang. Saya takkan dapat berlaku adil. Cari la orang lain.”
Masa tu aku menangis sendiri. Aku lega, tapi dalam masa sama aku tetap rasa s4kit dengan apa yang berlaku. Lepas tu memang bermula episod – episod duka dalam hidup kami. Keluarga Pakcik Talib terutama anak ustazah tu macam tak mahu lepaskan.
Ada masa aku perasan dia cuba hubungi suami aku, hantar mesej dengan alasan kerja. Ikutkan hati aku, memang rasa nak m4ki. Tapi aku tahan, aku jaga maruah aku dan keluarga. Akhirnya, suami aku buat keputusan untuk minta tukar ke cawangan lain.
Dia cakap dah tak selesa lagi kerja satu tempat dengan orang macam tu. Kami siap berpindah daerah sekali, semata – mata tak mahu ada kaitan lagi dengan keluarga Pakcik Talib. Pernah juga sekali, waktu kami keluar makan di sebuah restoran, aku ternampak anak perempuan Pakcik Talib tu duduk meja sebelah.
Rasa berder4u d4rah aku. Dia sempat pandang dan senyum ke arah suami aku. Aku nampak suami aku pandang aku dulu, lepas tu dia terus alih muka. Mujur masa tu aku dapat kawal diri. Kalau ikut hati, mahu aku bangun pergi cakap terus terang depan orang ramai.
Sampai sekarang bila aku fikir balik, aku hanya mampu cakap, aku duduk diam pun ada orang nak kacau hidup aku. Memang betul, hanya Allah sebaik – baik penjaga. Cukuplah setakat ini aku kongsi. Semoga jadi pengajaran. Assalamualaikum. – Rose (bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Kroll Shafi : Pernah ada orang kata… orang baik ni ramai peminat tak kira walaupun dah kahwin samada suami dan isteri. Tu sebab buat baik berpada – pada. Apa pun tahniah suami confessor membuktikan lelaki juga setia. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Moga rumahtangga confessor terus berbahagia dunia dan akhirat. Aamiin
Masruroh Asmad : Mujurlah suami tak layan, bagus tindakan untuk pindah daerah. Untuk ketenangan rumahtangga kalian. Moga dipermudahkan urusan. Kita ambil lah pengajaran dari kisah ni. Kalau ada yang bujang, carilah yang bujang. Kalau orang dah menolak, janganlah terhegeh – hegeh.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.