Asal aku balik kerja je isteri takde, keluar karaoke, bergosip dengan kawan. Makanan pun tak sediakan untuk aku. Bila tegur jadi g4duh besar

Nusyuz tak isteri aku? Dengan suami sendiri, takde pun nak layan mesej tanya dah makan ke belum. Kalau dengan lelaki lain, boleh whatsapp berjela. Keluar rumah langsung tak minta izin. Bila aku tegur, sibuk nak tuntut macam – macam, terus ajak pergi mahkamah nak cerai.

Foto sekadar hiasan. Adakah Normal Isteri Selalu Keluar Malam dan Adakah Sudah Jatuh Nusyuz Perbuatan Ini? Adakah isteri jadi nusyuz jika keluar rumah tanpa izin suami. Isteri aku cuma beritahu sahaja bila sudah sampai. Tak minta izin pun.

Belum sempat suami izinkan, dia sudah sampai. Contoh pergi rumah keluarga dia. Keluar dengan adik beradik atau kawan. Bukan hal penting atau kecemasan pun. Boleh kata seminggu itu, hampir empat kali juga keluar, balik lewat malam pukuI sepuluh malam sampai sebelas malam. Memang confirm berg4duh sebab hal macam ini.

Keluar tak minta izin pun. Tahu tahu sudah sampai. Baru dia beritahu pergi sana. Tak tanya suami boleh atau tidak. Contoh kalau aku tak izinkan pun, sama juga, dia tetap keluar juga walaupun bukan perkara kecemasan. Kalau dia minta elok elok, aku izinkan keluar rumah, tapi aku pesan biar balik sebelum matahari terbenam atau pukuI enam petang sebelum suami sampai rumah. Tapi tetap pukuI sepuluh malam juga baru balik.

Kadang – kadang dia keluar bukan benda penting pun. Jumpa kawan, kadang – kadang pergi makan dengan keluarga dia. Kadang – kadang berkumpul. Tak ada ajak suami. Suami balik, rumah kosong. Dengan makanan bawah saji pun tak ada. Setiap hari kena makan luar. Nak tumpang makan masakan isteri pun tak dapat.

Aku setiap kali balik kerja nak isteri ada, siap pakej dengan makanan yang dimasak. Ini balik lapar, isteri keluar. Makanan bawah saji kosong. Sayur sudah berminggu beli sampai layu dan rosak, tak masak. Buang begitu sahaja tak disentuh langsung. Kadang – kadang kalau nak makan dekat rumah, aku terp4ksa masak sendiri.

Masa dia kerja dulu pun macam itu juga, buat benda semua nak melampau. Balik lewat malam. Kerja lebih masa sampai pukuI sebelas malam baru balik. Sekarang sudah berhenti kerja pun tak lekat dekat rumah. Macam sudah terkeluar dari fitrah wanita yang hanya menetap di rumah.

Kalau buat sesuatu memang melampau. Macam orang tak ada common sense. PukuI sepuluh malam ke atas baru balik rumah. Susah kalau jenis boleh pandu kereta sendiri. Kalau begitu, bila je boleh luangkan masa dengan suami. Pagi pukuI sepuluh pagi sampai enam petang aku kerja.

Waktu aku balik dia pula tidak ada. Frust. PukuI sepuluh malam sampai sebelas malam baru balik. Jadi berapa jam yang dapat luang masa dengan suami setiap hari. Itu pun masih nak curi masa lagi. Biasa sampai rumah terus tidur, kalau tak pun dia layan drama cina.

Kalau aku tegur dia balik lewat, confirm berg4duh besar. Tak pernah dengar kata maaf dari mulut dia, tak pernah dengar dia merayu nak selamatkan hubungan. Yang dia nampak pergi mahkamah, cerai sahaja. Hak aku sebagai suami langsung tak ada. Tapi tuntut macam macam konon tanggungjawab suami dalam Islam.

Komitmen pinjaman dia, aku tanggung setiap bulan, lebih dua ribu pinjaman sahaja. Tapi tidak ada pun kata terima kasih. Dalam hati aku berkata, ‘tak bersyukur betul dia ni,’ tapi aku diam sahaja. Aku paling tak suka waktu aku balik kerja, tengok isteri tak ada, dalam hati kata macam macam sebab marah. Penat balik kerja, makanan tak ada. Letih.

Aku letih kerja seharian. Waktu balik rumah, isteri tak ada. Aku cuma nak ada orang sambut sahaja. Dapat makanan dari rumah. Aku minta cuma balik rumah sebelum matahari terbenam. Tapi selalu juga balik lewat. Duduk melepak sahaja. Karaoke, borak kosong, gelak – gelak.

Aku tak berniat nak marah lebih lebih tapi dia jenis sangat mudah marah. Tak boleh langsung nak tegur dia. Tak pasti jiin apa menumpang sebab dia pernah ada sejarah disih1r dan dari keluarga ada s4ka. Setiap kali dia keluar tanpa izin, aku akan denda, tiada nafkah untuk dia tiga hari berikutnya sebagai denda.

Keluar sebab perkara penting tidak apa, ini berkumpul, duduk bercerita pasal orang, gelak – gelak, karaoke. Ajak pergi rumah mama aku, macam – macam alasan. Tapi bila rumah kawan dia lagi jauh daripada rumah mama aku, dia sanggup pergi seorang diri. Mak mertua pun dia nak buat musvh.

Hak suami banyak dia tak tunaikan, tapi tuntut macam macam. Ingat masa ulang tahun, kami berg4duh sebab pasal pilih tempat makan. Dia tuntut nak lebih lagi. Aku ajak pergi kedai makanan laut. Dia cakap aku tak ada buat persediaan. Empat tahun sudah berkahwin. Tak bersyukur betul. Padahal aku bawa makan tempat yang elok je, mewah la jugak. Muka isteri aku masam je. Str3ss kalau ingat balik.

Sambungan… Dia paling ters4kiti. Aku sampai tahap tak nak bagi dia duit belanja atau nafkah sebab setiap kali lepas bagi mesti ada benda dia buat meny4kitkan hati. Biasa sebab balik lambat. Dia laju sahaja kalau keluarga dia ajak keluar. Kalau bahagian suami ajak datang kedai, rumah mama tiri, teman aku pergi COD barang, macam macam alasan keluar. Susah sangat nak tolong.

Banyak benda kami berg4duh adalah sebab dia selalu keluar rumah tanpa izin dan balik lambat. Dan mesej orang lain. Kalau nak hubungi suami berkira betul. WhatsApp orang lain banyak. Setiap hari duduk bergosip. Komen status orang. Dia mesej orang lain boleh.

Nak mesej tanya suami sudah makan atau belum pun susah. Aku sebagai suami rasa macam tidak berfungsi sahaja. Dia sering salahkan perbuatan aku. Padahal apa yang aku buat itu adalah sebab perbuatan dia ke atas aku yang aku terasa hati. Aku tidak membalas dengan kata – kata, aku buat dengan tindakan yang sama biar dia rasa apa yang aku rasa.

Dah bincang, tapi dia buka semua kesalahan lalu yang dia terasa hati. Bab aku terasa hati dia tidak sedar. Aku jadi jahat sebab respons dari perbuatan dia. Aku ok kalau dia tunaikan hak suami dengan baik. Jika dia balik lambat, jadi aku keluar lambat juga.

Tapi bila jadi macam ini mula berg4duh, dia mula bercerita kesalahan lalu. Sikit pun takde keluar dari mulut dia nak minta maaf atau merayu nak selamatkan hubungan. Terus ajak pergi mahkamah nak cerai. Tidak pernah dengar dari mulut dia nak betulkan hubungan.

Semua jadi macam ini sebab dia selalu keluar malam, hubungi lawan jantina, tak pernah minta izin suami, berhuha huha. Sikit – sikit tak apa lagi, tapi ini sampai tahap melampau. Isteri tidak ada usaha nak betulkan hubungan, yang dia nampak nak berpisah sahaja. Cuba dia minta maaf atas kesalahan dia, selesai masalah. Tapi ego dia lebih tinggi.

Kalau pergi kaunseling pun dia nak bercerai sahaja. Dia akan cakap per4ngai aku tidak berubah. Dia tak nampak salah dia. Macam Ustaz Khalid Basalamah cakap dalam ceramahnya, senjata wanita itu suara dan air mata. Kalau dia menangis dan minta maaf dulu, lelaki pasti menjadi lembut.

Apa yang terjadi, lelaki minta maaf juga. Tapi kalau diserang, sifat lelaki adalah pertahan diri dulu walau lelaki yang salah. Ini bincang, tapi dia bercakap mata berbinar. Cuba dia menangis dan minta maaf, terus selesai. Aku tak k3jam nak hukvm tapi hati dia keras. Tidak pernah keluar perkataan maaf.

Ustaz Azhar pernah cakap, lelaki akan kalah dengan minta maaf. Aku ada mesej dia marah sebab balik lewat. Cuma ada perkataan nusyuz. Dia terus marah teruk. Dia cakap kata kata macam pijak dengan kaki. Siapa awak nak jatuhkan hukvm dekat saya, cuma mahkamah sahaja boleh. Walhal tidak ada guna perkataan keji.

Aku letih dan sedih. Tidak ada tempat untuk kembali dan mengadu. Keluarga jauh, aku pendam perasaan ini seorang. Kadang – kadang sampai datang peny4kit cemas. S4kit. Tolong aku. Kami selalu berg4duh sebab dia keluar balik lewat malam dan mudah hubungi orang lain.

Dengan suami, nak mesej tanya khabar pun berkira. Tapi WhatsApp orang lain, berjela – jela sanggup balas. Borak kosong pun dia layan walau lawan jantina. Tidak pernah langsung minta izin nak balas mesej lawan jantina. Tidak jaga batas. Buat masa sekarang tidak ada siapa mampu nasihat dia. Dia kebal dari nasihat. Macam macam hujah dia akan beritahu buat suami nampak lebih teruk.

Aku nak keluar lepak pun fikir dua tiga kali kalau isteri ada dekat rumah. Tak nak isteri duduk seorang. Tapi bila giliran suami, langsung tidak fikir pasal perasaan suami. K3jam. Siapa sahaja yang kahwin nak cerai. Yang kes aku marah dia dekat kampung, sampai berg4duh besar dia lari rumah.

Bangun pagi sudah sibuk panggiIan video dengan abang dia. Lama. Kalau sekejap – sekejap aku ok lagi. Sampai aku sendiri rasa rimas. Bila tegur dia lagi kuat marah. Bukan waktu pagi bangun ingat terus cari suami. Ujian betul. Kerasnya aku dapat rasa. Berbekas dalam hati. Tapi hati masih terbuka menunggu kata maaf dari dia. Tapi agak sukar nak dapat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :