
Suami macam boss. Dia nak aku layan dia macam Raja. Balik kerja asyik telefon sahaja memanjang tak reti nak membantu. Satu hari aku tak sempat basuh pinggan tengah malam, dia perli aku. Sy4itan jilat pinggan cawan kotor dalam sinki. Salah ke tolak ansur untuk tolong basuh?
#Foto sekadar hiasan. Maaf kalau post aku agak panjang. Aku dah bosan dengan alam perkahwinan. Suami aku jenis perfectionist tapi tak reti nak membantu. Balik kerja asyik telefon sahaja memanjang. Tapi orangnya solat lima waktu, solat sunat dan sebagainya memang tak tinggal. Bertanggungjawab juga. Nafkah, makan, pakai cukup.
Masalahnya lama – lama rasa bosan dan tak boleh ngam dengan dia. Aku jenis taat pada suami. Cakap lemah lembut tak pernah tinggi suara. Apa sahaja suami suruh aku buat. Anak aku tiga orang dan sekarang tengah mengandung. Lepas beranak memang aku dah plan nak stop terus.
Suami aku agak bossy. Kalau boleh hidup dia nak jadi macam raja. Bila aku dah terlampau penat aku kena bagitahu, senaraikan dan explain dekat dia dari a sampai z sebab apa aku penat lepastu baru la dia ambil alih anak – anak dan rumah. Itu pun mungkin dua tiga bulan sekali.
Nak dijadikan cerita, semalam dia tak buang sampah. Selama ini memang dia yang buang. Kalau dia tak buang, aku akan ambil alih untuk buang. Aku tak pernah berkira bab kerja rumah mahupun duit. Bagi aku, kalau suami aku tak buat, aku sendiri dengan rela hati akan buat. Tapi tak bagi suami aku.
Contohnya, bila satu hari aku tak sempat basuh pinggan tengah malam. Ada la dalam sebiji dua. Kadang – kadang terlepas pandang mungkin anak – anak minum lewat malam aku tak perasan. Jadi keesokan hari dia pun akan hantar video – video dari ustaz – ustaz yang mengatakan jiin akan bertandang ke rumah kalau tak basuh.
Ya aku tahu. Tapi dari pagi ke malam aku membasuh terlampau banyak pinggan mangkuk. Yang itu dia tak kira ke? Setiap kali kalau ternampak ada pinggan salah ke tolak ansur untuk tolong basuh? Tak boleh fikir ke? Aku sendiri kalau makan atau masak memang akan terus basuh pinggan.
Cuma yela, anak – anak kejap nak makan kejap nak minum jadi pinggan cawan tu sentiasa ada. Yang paling tak boleh blah, dia suka perli aku. Contohnya, kalau anak nampak dia membasuh, anak pun tanya “Eh, ayah basuh pinggan?” dia pun cakap kuat – kuat “Yela orang tak biar singki ada pinggan cawan nanti sy4itan jilat!”
Aku hanya terdiam. Aku tak meIawan apatah lagi tinggi suara. Faham tak perasaan aku? Itu baru sikit. Ada banyak lagi. Kadang – kadang sampai aku rasa aku ni useless. Sampai aku rasa suami aku tak sesuai ada isteri macam aku. Dia perlu cari wanita yang bijak, bekerjaya, modern dan pandai.
Memang bila dengan dia aku akan rasa aku b0doh. Aku pula mungkin sesuai dengan lelaki kampung. Tak kaya tapi rajin atau kelakar. Bukan tak bersyukur tapi entahlah. Kami berkahwin atas pilihan keluarga sebelah suami. Waktu awal perkahwinan suami ok. Memang terbaik.
Sampailah aku mengandung dan bersalin anak pertama. Dia pernah sahaja curang dengan aku. Layan omi chat bagai. Tapi lepas kantoi dia dah tak buat lagi sebab sayang. Waktu anak – anak baru lahir pun semua aku yang jaga. Dia jaga pun untuk seminggu pertama tu la sikit – sikit lepastu terus jadi pemalas.
Lepastu asyik complain. Lambat sikit tukar pampers anak bising, lambat sikit mandi anak bising. Anak menangis – nangis pun dia bising dekat aku suruh tengok anak. Bagi aku daripada dia bising tu tak boleh ke dia tolong? Kami pernah berbincang, tapi dia berubah untuk sehari dua sahaja.
Dia pernah bagitahu setiap kali dia salah bagitahu. Apa yang tak puas hati bagitahu. Tapi kadang – kadang aku tegur dia merajuk. Salah sikit merajuk. Nak kena tegur macam tegur anak raja. Aku seorang yang introvert. Lepas sekolah terus kahwin dengan dia. Hidup aku cuma keluarga. Tak pernah bersosiaI.
M4kin hari otak aku pun m4kin slow. Banyak yang lupa. Pernah aku bagitahu suami aku nak kerja, bukan untuk duit sangat cuma untuk upgrade diri. Supaya boleh belajar untuk berbual dengan suami sendiri. Dia tak bagi aku kerja. Aku rasa macam tak berguna.
Kata – kata dia memang makan dalam atau aku yang terlebih sensitif. Rasa macam hidup ni dah hilang w4rna. Aku tengok muka anak – anak, aku cuba kuat. Tapi suami aku buat aku rasa aku tak layak dihargai. Aku cuma dipakai bila dia perIukan. Selain itu aku macam robot. Sekarang aku cuma diam. Dan setiap hari dalam hati aku cuma tanya diri sendiri, sampai bila aku mampu bertahan macam ini?
Komen Netizen :
Saba Kosmetik Utara : Susah dapat suami yang macam ni. Makan hati sentiasa ye. Saya baca pun dah faham. Dia lebih baik dapat suami yang tak kisah walau tak membantu pun ok lagi. Asalkan dia tak kisah rumah macam tongkang pecah sekali pun tapi dah cerewet macam ni meny4kiti hati ja lah.
Tambah bukan dia nak buat. Kalau cerewet tapi dia usaha buat tak apa la kan. Pergi kaunseling puan, kat pejabat agama. Nanti ajak dia atau puan dulu mengadu nanti mereka panggil dia baru pergi bersama – sama. Biasa kalau bagi tau sekarang memang dia tak akan izin puan pergi buat aduan. Sebelum puan mend3rita s4kit jiwa makan hati. Segera lah ambik langkah untuk mengubah cara hidup dia.
Aniza Idris : Orang mulut bisa ni sebenarnya hati dia bukan baik. Sebab jika orang yang baik dia tak akan suka – suka perli padahal benda mudah. Dalam rumahtangga kenalah tolong menolong dan berlebih kurang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.