
Bekas suami bincang nak kahwin semula dengan aku sebab dia dah sihat, boleh kerja bagi aku nafkah. MaIangnya, lepas 3 bulan kami kahwin, suami berubah semula, m4kin kurus dan s4kit. Kali ni, aku yang nekad nak berpisah..
#Foto sekadar hiasan. Ini kisah aku part 1 : Mertua datang hasut suami tinggalkan kami. Masa sarat mengandung suami halau saya dengan anak. Saya takut, tidur tepi longkang. Penceraian pertama aku dengan suami pertama. Hasil dalam perkahwinan aku, kami mendapat sepasang permata, lelaki dan perempuan.
Tapi yang perempuan tu Allah simpan di syurga. Tak apa lah, tunggu umi ya sayang. Bagi umi redah jalan berduri untuk umi bertemu dengan kebahagiaan dalam rumah tangga. Selepas saja bercerai, kami memang tak berhubung dah. Bab anak ke apa ke, semua aku tanggung.
Anak aku ambil. Aku menjadi ibu tunggal dalam dua tahun. Lepas tu bertemu lagi dengan bekas teman lelaki aku dulu. Dia belum kahwin. Dia kata tunggu aku, dan dia melamar aku dengan bismillah. Aku terima dengan hati terbuka walaupun aku tahu dia tak ada kerja tetap, kerja kampung saja. Bagi aku, bab harta duit aku tak kisah, benda tu boleh dicari. Jadi kami menikah.
Lima bulan menikah kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Hati aku happy, Alhamdulillah. Kami pindah di satu pondok usang. Kat situ pondok tak perlu bayar, hanya duduk saja. Tapi bagi orang yang biasa hidup senang, tempat tu tak selesa sebab terlalu sempit.
Bagi aku, itu mungkin satu permulaan hidup aku bersama suami kedua. Hidup kami sederhana. Walaupun tempat tinggal nampak daif, tapi makan kami cukup. Aku bercucuk tanam, suami kerja menukang. Tinggal kami empat beranak di rumah usang tu.
Bila anak perempuan aku umur satu tahun, aku minta izin kerja. Suami izin. Aku kerja kilang kayu saja. Bila aku kerja, aku mula beli barang rumah. Benda pertama aku beli adalah mesin basuh. Itu pun tunai, Alhamdulillah rezeki. Dalam tahun pertama aku kerja, suami tak sihat.
Batuk – batuk munt4h nanah. Aku nak bawa dia pergi klinik, dia tak nak. Sebulan dia s4kit macam tu. Munt4h nanah dia satu hari dapat satu tin susu. Bau busuk dalam rumah tak payah cakap la. Kurus kering suami aku. Hari tu aku balik kerja, aku menangis kuat – kuat. Aku nak bawa suami ke hospital dia tak nak.
Puas pujuk akhirnya dia mengalah. Sampai hospital masuk wad. Kata doktor kuman dalam paru – paru, ada air, ada nanah dalam paru – paru. Kena letak bilik tertutup, nak masuk kena pakai baju khas. Aku balik kerja terus pergi hospital dulu tengok dia. Dua minggu di hospital, dia keluar wad. Sebulan juga dia tak kerja kerana s4kit.
Aku berhenti kerja kilang kayu, aku kerja kedai makan kerana nak gaji hari. Kerja kedai makan boleh tapau makanan. Masa tu suami tak kerja dah. Yang aku s4kit hati, dalam keadaan macam tu pun r0kok dia tak pernah tinggal. R0kok Suria Gudang Garam dia hisap. Tak sampai seminggu keluar wad, batuk lagi.
Kali ni dah kena teruk. Aku dah minta dia pergi hospital, dia tak nak. Aku penat dah nak menyuruh dia. Aku cakap, “Awak tak sayang aku dengan anak.” Dia diam saja. Dua bulan dia macam tu. Dalam rumah busuk. Aku balik kerja duduk merayu minta dia pergi hospital.
Last dia panggil aku duduk depan dia. Dia kata dia tak boleh nak bagi semua nafkah. Jadi nak aku buat keputusan. Aku kaku masa tu. Bila suami kedua aku minta aku buat keputusan, aku jadi bingung. Aku tanya dia, “Abang dah tak nak selamatkan rumah tangga kita ke? Tak nak pergi hospital untuk sembuh ke?”
Jawab dia, dia dah tak ada semangat nak teruskan hidup. Kalau boleh biarlah dia macam tu. Aku tenung dia dalam – dalam. Aku tanya, “Abang nak aku buat apa?” Dia menangis dan berkata, “Abang tak boleh dah. Kita pisah je dulu. Abang tak nak siksa awak dengan anak – anak kerana abang.”
Aku diam seribu kata. Bagaikan anak panah datang beribu, aku biarkan saja ia datang menyucuk. Keesokannya, dia lafaz cerai depan adik aku dengan talak satu. Aku cakap, aku tak kan report mahkamah pasal penceraian ni sebab aku yakin esok – esok aku akan bersama dia balik dalam keadaan sihat.
Ikutkan hati aku, nak giIa dah. Kadang – kadang aku tanya pada Allah, kenapa rumah tangga aku macam ni. Apa salah aku. Salah ke aku nak merasai kebahagiaan macam orang lain. Aku tak mintak suami kaya. Cukup lah hubungan kami kekal. Hidup susah aku tak ada masalah.
Lepas dia ceraikan aku, dia cakap, “Awak pergiIah kerja luar negeri, jaga anak baik – baik. Abang sentiasa ada kat kampung je, rumah nenek abang. Pasal abang tak payah fikir. Abang tak nak tengok awak depan abang selagi abang tak sihat.” Aku pegang kaki dia, aku cakap, “Aku boleh terima keadaan abang, cuma abang je tak nak cuba sembuh.”
Aku pergi, tapi ingat, aku nak abang sihat. Aku tunggu abang. Aku bawa diri kerja KL. Anak mak aku nak tolong jaga buat sementara. Sebulan aku kerja, mak aku call. Dia cakap, “Bekas suami kau dah sihat. Lepas kau pergi KL, dia masuk hospital. Kena tebuk tulang rusuk buang nanah banyak sangat dalam paru – paru. Sekarang dia dah sihat, gemuk dah dia.”
Aku gembira dengar berita tu. Tiga bulan aku duduk KL, mak aku call lagi cakap, “Bekas suami kau naik KL kerja driver lori. Sekarang dah ada motor dah dia.” Aku gembira dengar dah ada perubahan bekas suami aku. Genap satu tahun aku kerja KL, aku balik kampung.
Masa aku sampai, aku tengok bekas suami aku ada. Allahu, menangis aku tengok dia dah sihat. Kami borak – borak dan dia cakap nak sambung balik hubungan aku dengan dia. Aku setuju je. Kami pergi mahkamah selesaikan apa yang patut dan kami menikah buat kali kedua.
Hasil pernikahan kedua kami dikurniakan seorang anak lelaki. Kami sewa rumah, ok sikit daripada pondok tu. Dia tak kerja KL dah, balik kampung kerja jadi pembantu driver lori. Tiga bulan pernikahan ok lagi. Masuk umur anak satu tahun, badan dia jadi kurus balik.
Aku perhatikan je keadaan dia. Lama – lama m4kin kurus, s4kit lagi. Aku minta izin nak kerja tolong dia, dia izinkan. Aku kerja, dia berhenti kerja. Katanya kontrak dah habis. Tak apa lah, aku kerja dulu. Aku kerja sampai umur anak dua tahun, dia duduk rumah. Aku tanya dia kenapa tak cari kerja. Dia jawab, “Sabar lah, rezeki ada je nanti.” Aku jawab, “Rezeki tak kan datang kalau kita tak usaha.”
Suami kedua aku ni tak pernah marah aku. Tak pernah tengking, tak pernah tinggi suara pada aku, tak pernah pukuI aku. Tapi kerana dia macam tu lah buat aku sedih. Tak nak usaha. Masa bercerai, ok je dia. Dengan aku dia kata macam tak tahu nak buat apa, otak jadi bingung.
Tak apa, aku sabar lagi. Cukup umur anak ketiga kami tiga tahun, rumah tangga kami jadi panas. Walaupun dia tak pernah tinggi suara, tapi dengan gaya dia, aku balik kerja dia main telefon, nasi tak tanak, air pun tak ada aku nak minum. Aku penat dah.
Aku cakap, “Macam ni lah. Kalau betul abang kata duduk dengan aku otak jadi bingung, kita pisah jela. Aku tak nak tengok abang macam ni.” Tanpa fikir panjang kami pergi mahkamah cerai buat kali kedua. Betul sangkaan aku, tiga bulan lepas cerai dia sihat balik dan kerja balik.
Fikir aku, mungkin salah aku. Aku bawa diri lagi. Hati r3muk tu tak payah cakap la. Kadang – kadang aku menangis dalam hujan. Adakah akan ada sinar yang sedang menanti untuk aku miliki sebuah rumah tangga yang bahagia. Bila aku tengok perubahan bekas suami selepas bercerai dengan aku, aku biarkan dia macam tu.
Nak bersama dia balik memang tak kan aku bersama dia balik. Cukup lah untuk dua kali. Mungkin kerana aku, dia jadi s4kit, jadi tak boleh nak kerja. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata ada saka, tak ada pun. Nak kata aku cantik sangat sampai laki tak nak pergi kerja pun tak lah. Jadi malas nak kerja.
Aku pergi lagi KL kerja. Nak bawa anak – anak, mak tak bagi. Mak kata biar je dengan mak. Mak sunyi rumah tak ada orang, ada cucu – cucu dia, dia happy. Aku berat hati nak bagi mak jaga, tak nak susahkan mak. Tapi mak berdegil. Ok lah, aku bawa diri sorang – sorang pergi KL. Aku kerja, kerja, kerja je. Cukup bulan hantar duit pada mak.
Lima bulan kerja, aku berjumpa dengan seorang lelaki. Setiap hari dia datang belikan nasi. Dia kata nak melamar aku. Aku dah cakap aku janda anak tiga dah. Hati aku dah serik nak menerima mana – mana lelaki dalam hidup ni. Biarlah aku jadi janda sampai ke tua.
Tapi setiap hari dia datang tempat aku kerja. Tiga bulan masa dia datang tanpa satu hari pun dia lupa nak datang. Aku mula rasa dia seorang lelaki yang baik dan serius. Aku balik kampung, dia ikut. Dia bagitahu mak ayah aku nak kahwin dengan aku.
Mak aku tanya mak ayah dia mana. Dia cakap semua dah meninggaI, sama macam suami kedua aku yatim piatu. Masa tu aku rasa nak jaga dia. Aku terima lamaran dia dan kami menikah. Seawal pernikahan aku, macam biasa je. Cuma aku dengan dia sama – sama kerja kilang.
Kami sewa rumah flat masa tu, bina kehidupan baru. Aku suka cara dia yang rajin kerja. Pemikiran matang walaupun umur muda dari aku. Dua bulan kami kahwin aku pregnant. Happy dia nak jadi seorang ayah. Aku dengan dia pergi mana – mana bersama – sama, tak pernah dia tinggalkan aku. Kami kongsi semua sama – sama. Dalam hati aku, mungkin ini sinar yang selama ni aku nantikan. Alhamdulillah.
Masa tu kami tak ada kereta, ada motor je, tu pun dia punya. Pergi mana – mana dengan motor je. Tak apa, aku tak kisah hidup macam tu. Janji aku bahagia. Lapan bulan aku pregnant, kami bertolak balik kerja. Itu adalah yang terakhir aku dengan dia.
Kami dirempuh van pekerja dari belakang. Suami aku meninggaI tempat kejadian sebab patah leher. Aku tak ada apa – apa, cuma calar je. Masuk wad juga sebab takut keadaan anak. Tapi Alhamdulillah anak ok, aku ok, suami je tak ada. Dalam wad tu aku tak tahu suami aku dah tak ada.
Masa kemaIangan tu aku tak boleh bangun, aku tengok je dari jauh suami aku terbaring di tepi jalan. Aku tak tahu keadaan dia macam mana. Bila semua dibawa ke hospital, aku tanya mak aku, “Suami aku ok ke?” Mak cakap ok, mak cakap dalam ICU kita tak boleh tengok. Masa tu mak tipu aku. Mak tak cakap suami aku sedang dikafankan.
Keesokannya mak datang lagi. Mak menangis peIuk aku. Dia cakap, “Z dah tak ada.” Aku usap perut tarik nafas. Minta izin dengan mak nak pergi tandas kejap nak mandi. Mak pimpin aku. Dalam tandas aku buka air paip hujan, aku genggam batang paip air, aku menangis kuat – kuat tanpa suara. Allahuakhbar. Itu je yang aku ucap.
Keluar wad, aku terus pergi kubvr suami aku. Lima langkah nak sampai kubvr dia, kaki aku lembik tiba – tiba. Masa tu tak ada siapa boleh tahu apa yang aku rasa. Aku cuba untuk tak nak menangis, tapi tak boleh. Tangan aku mengigil sampaikan Yasin yang aku pegang jatuh.
Aku pejam mata untuk tenang dan mencari erti reda dan ikhlas untuk menerima keadaan aku masa tu. Tiga jam aku kat situ, habis Yasin aku termenung. Sampai lah mak aku datang bawa aku balik. Sampai masa aku bersalin, dapat anak lelaki. Doktor yang azankan.
Masa tu kepala aku, hati aku kosong. Tak ada mood nak hidup. Tak ada mood nak susukan anak, nak jaga anak pun semua tak ada mood. Dua bulan jugak aku macam tu. Bila ramai datang bagi semangat, aku bangkit balik. Tujuh tahun aku jadi ibu tunggal anak empat.
Sampai lah aku jumpa suami aku yang sekarang. Hasil pernikahan aku dengan suami keempat, kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Seumur hidup aku menikah, kali ni aku dapat merasai kasih sayang dari kedua mertua. Mertua aku baik sangat.
Dapat berikan anak pertama dan cucu pertama dalam family suami aku, aku rasa amat bersyukur. Sekarang aku bahagia dengan suami keempat aku. Dia syurga aku. Dan ini mungkin suami terakhir aku. Namanya adalah Muhammad Firdaus.
Doakan aku kekal bahagia selalu. Macam mana boleh kenal dengan suami keempat aku, aku kerja Mydin, dia manager aku. Dia lamar aku depan semua staff. Aku terima dia dengan bismillah. Semoga kami bahagia selalu. Sekarang diri aku tenang dapat luahkan kisah aku sepanjang aku membina rumah tangga.
Jangan tanya aku kenapa tak serik. Aku serik. Cuma hati aku lebih suka kasih sayang, cinta kedamaian. Aku tak boleh hidup sorang – sorang, nak kena ada pasangan. Aku suka membelai, memberi kasih sayang, memberi cinta. Kerana itu aku tak pernah serik dalam menerima seseorang. Apa yang terjadi aku jadikan pengalaman. Langit tak selalunya mendung, akan ada sinar juga. Dan aku yakin dengan bismillahirrahmanirrahim, pada setiap h4mbaNya pasti akan ada kebahagiaan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.