Pelik, aku dalam pantang, suami beli ubat kuat. Aku dalam pantang, mana mungkin dia nak cuba ubat kuat tu dengan aku. Aku jumpa mesej servis perempuan

Aku masih dalam pantang. Anak kecil masih menyusu. Suami pula sekarang nampak terlalu baik. Dia tolong jaga anak, bantu urus rumah. Tapi setiap kali dia pegang telefon, aku jadi curiga. Setiap kali dia balik lewat, hati aku berdebar.

#Foto sekadar hiasan. Aku tidak pernah terfikir akan sampai tahap ini. Aku seorang ibu kepada lima orang anak, bekerja dan dalam masa yang sama mengurus rumah tangga. Suami aku seorang pemandu lori. Sekarang aku masih dalam pantang hari ke sembilan belas selepas melahirkan anak kelima kami.

Badan masih lemah, emosi masih bercampur baur, tapi apa yang aku lalui malam semalam benar – benar menguji hati aku. Aku baru pertama kali luahkan perasaan di sini. Selama ini aku cuma baca kisah orang lain. Hari ini aku pula yang berada di tempat itu. Ceritanya bermula semalam.

Allah tunjukkan pada aku siapa suami aku yang sebenar. Semua gara – gara satu aplikasi sembang yang berunsurkan Iucah. Rumah tangga kami mungkin akan h4ncur berkecai kerana benda ini. Aku dapat tahu suami ada aplikasi itu sejak sepuluh bulan lepas.

Sepanjang tempoh itu mungkin dia bersembang atau melanggan khidmat wanita tidak bermoral. Dia sorok semua itu. Bila di rumah, aplikasi itu dia buang dan tidak nampak pada telefon. Aku langsung tidak syak apa – apa sebab dia nampak biasa saja.

Tapi semalam, mungkin dia terlupa padam screensh0t gambar dari aplikasi itu. Aku nampak gambar tersebut. Hati aku berdebar. Aku cuba install semula aplikasi itu dan di situlah semua kantoi. Aku nampak bukti perbualan dan transaksi topup digi lebih seratus ringgit yang dia belikan untuk perempuan yang dia tidak kenal.

Aku isteri dia sebelas tahun, topup paling mahal yang dia belikan untuk aku cuma tiga puluh ringgit. Itu pun dia berkira. Bukan itu sahaja. Dari aplikasi itu aku jumpa bukti pada enam Jun 2025 dia pergi ke satu hotel di sebuah tempat untuk bertemu dengan wanita tidak bermoral.

Ada voice message yang menjadi bukti dia berurusan dengan sindiket. Aku tidak terus ser4ng atau tuduh dia. Aku tanya baik – baik apa yang dia buat di belakang aku. Dia tidak boleh nafikan dia pergi hotel itu. Voice message jelas ada. Tapi dia nafikan dia tidur dengan wanita itu sebab aku tidak ada bukti.

Aku pun tidak tahu apa lagi niat seorang lelaki kalau pergi hotel untuk bertemu wanita seperti itu. Mana mungkin pergi ke hotel hanya untuk berbual kosong. Logik akal pun tidak masuk. Sebelum itu juga dia ada membeli ubat kuat dengan orang yang cod barang itu kepadanya.

Aku dalam pantang, mana mungkin dia hendak cuba ubat kuat itu dengan aku. Bila aku tanya di mana ubat itu, dia kata dalam lori. Banyak perkara aku tanya, dia mula melenting. Dia marah, hempas telefon dan barang rumah. Dia tuding kesalahan pada aku.

Katanya semua ini terjadi sebab aku. Mungkin aku tidak pandai melayan dia, tidak dapat puaskan dia. Dia cakap aku jangan control hidup dia. Itu privacy dia. Malah dia kata sekarang dia hendak minta kata putus dari aku. Kalau aku hendak hidup dengan dia, jangan ungkit hal ini lagi.

Aku fikir sejenak. Bini mana yang sanggup maafkan mungkin boleh, tapi untuk lupakan kejadian ini susah. Hati aku remuk. Bayangkan baru lepas bersalin, dalam pantang, aku diuji dengan perkara seperti ini. Aku cuba kuat. Aku fikir mungkin dia akan berubah.

Tapi semakin aku fikir, semakin aku nampak dia cuba tutup kesalahan sendiri. Bila aku tanya baik – baik, dia marah. Bila aku diam, dia buat baik seolah – olah tiada apa berlaku. Aku jadi keliru. Adakah itu tanda penyesalan atau hanya lakonan untuk elak aku terus bertanya?

Kawan – kawan di sekeliling juga beri nasihat. Ada yang kata aku patut fikir tentang kesihatan aku. Risiko peny4kit keIamin bukan perkara kecil. Ada yang sebut tentang peny4kit misteri. Aku bukan hendak percaya benda karut, tapi hakikatnya hubungan luar nikah boleh bawa pelbagai peny4kit.

Aku masih dalam pantang. Anak kecil masih menyusu. Kalau aku s4kit, siapa hendak jaga anak – anak? Ada juga yang nasihatkan supaya aku bersabar dan solat minta petunjuk. Aku sudah cuba berdoa. Setiap malam aku menangis dalam hati.

Aku minta Allah tunjuk jalan terbaik. Aku tidak mahu buat keputusan tergesa – gesa. Rumah tangga sebelas tahun bukan tempoh singkat. Aku ada anak – anak yang masih kecil. Tapi pada masa sama, aku tidak boleh abaikan Iuka di hati.

Suami pula sekarang nampak terlalu baik. Dia tolong jaga anak, bantu urus rumah. Aku ingat dia benar – benar mahu berubah. Tapi dalam kepala aku masih teringat apa yang dia buat. Setiap kali dia pegang telefon, aku jadi curiga. Setiap kali dia balik lewat, hati aku berdebar. Ini bukan kehidupan yang tenang. Rumah tangga sepatutnya memberi rasa aman, bukan was – was.

Aku tidak tahu apa langkah seterusnya. Aku tidak mahu cepat ambil keputusan bercerai. Tapi aku juga tidak mahu terus hidup dalam keadaan tidak percaya. Kalau dia benar – benar menyesal, dia perlu tunjuk perubahan. Bukan sekadar kata – kata. Dia perlu buang semua aplikasi yang tidak berfaedah, jujur dengan aku, dan berjanji tidak ulang kesilapan sama.

Kalau dia tidak mahu berubah, aku pun perlu fikir tentang masa depan. Anak – anak masih kecil. Aku perlu kuat demi mereka. Rezeki Allah luas. Walaupun hidup mungkin sukar, aku yakin Allah tidak akan uji h4mbaNya melebihi kemampuan. Aku cuma berharap ada jalan penyelesaian. Sama ada rumah tangga ini dapat diselamatkan atau aku perlu belajar hidup berdikari.

Aku tulis semua ini bukan untuk membuka aib sesiapa. Aku cuma mahu luahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin ada yang pernah melalui situasi sama. Aku mohon pendapat dan nasihat. Apa yang patut aku lakukan? Adakah aku patut beri peluang lagi atau mula fikir tentang kehidupan baru? Terima kasih kerana sudi baca luahan aku.

Aku harap ada yang boleh berkongsi pandangan. Rumah tangga ini bukan hanya tentang aku dan suami, tapi juga tentang masa depan anak – anak. Aku mahu buat keputusan yang terbaik. Bukan keputusan berdasarkan emosi semata – mata. Tapi keputusan yang tidak akan aku sesali satu hari nanti.

Ulasan pembaca :

Nornaningsih Supamri : Maaf puan, bukan ingin mengh4ncurkan rumah tangga puan, cuma sekadar nasihat sahaja, lebih baik puan fikir baik – baik dan solat minta petunjuk kepada Allah. Jalan yang terbaik untuk puan. Sebab kalau jenis main perempuan GRO ini, kemungkinan tinggi risiko untuk mendapat peny4kit keIamin dan lebih teruk lagi RVD. Bersabar puan, Allah sayang kan puan sebab puan setia kepada suami.

Mma Syg : Orang yang suka cari dan makan luar dia tidak akan berubah. Sukar semua itu. Dia akan cari kesalahan bini sahaja. Salah dia tidak ada. Biarlah sis kalau dia tidak mahu berubah. Puan suruh lepas kan. Nanti dapat peny4kit lagi susah.

Pergi naik mahkamah tuntut nafkah anak – anak sebab takut dia culas. Rezeki itu ada di mana – mana. Sebelum anak bertambah lagi, keluar lah dari kehidupan itu. Takut dia balik membawa peny4kit misteri. Biarlah mencegah daripada mengubati. Akak tahu sukar dengan anak ramai, tapi keluar tunggu hati s4kit tidak guna juga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Baca juga : Aku syak suami curang, aku berlakon kononnya aku izinkan suami kahwin lain. Suami bagitahu suka dekat janda anak 4. Seronok suami bawak aku jumpa perempuan tu

Kongsi Artikel Ini :