Anak masih kecik, suami kahwin dengan wanita lain. Aku duduk dengan mertua yang benci aku. Satu hari, suami call aku. Dia tengah n4zak..

Aku dapat tahu suami kena k4nser tapi dia masih boleh bergembira sambut harijadi dengan isteri muda. Aku dibiarkan dengan anak. Sehinggalah satu hari, aku dapat panggiIan. Suami sedang n4zak, nama aku disebut – sebut…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua sahabat di Facebook. Aku cuma nak luahkan apa yang dah lama terbuku dalam hati. Maaf kalau luahan aku ni tak seberapa, sebab aku bukannya penulis novel atau pujangga. Aku cuma seorang perempuan biasa yang nak menceritakan kisah hidup aku, kisah yang mungkin orang luar tak pernah tahu.

Dulu aku seorang isteri, seorang isteri yang rasa dia wanita paling bahagia di dunia ni. Aku kahwin masa umur aku masih bawah umur. Orang kata gatal sangat, tapi hakik4tnya aku kahwin dengan cinta hati aku sejak zaman sekolah. Kami bercinta masa sekolah menengah, dan lepas sahaja keputusan SPM keluar, kami terus nikah.

Masa tu rasa semua benda manis saja. Kentut dia pun rasa wangi, sebab masa tu aku fikir, inilah lelaki terbaik yang Allah kirim untuk aku. Kahwin waktu muda ni memang lain rasanya, semua benda rasa segar, penuh impian dan harapan.

Pada usia kami 25 tahun, suami aku beli sebuah kereta Viva. Aku ingatkan lepas ada kereta ni, senanglah dia nak hantar aku ke pasar, ke klinik, atau ke mana – mana. Sebab dulu aku selalu naik bas, kadang – kadang berjalan kaki. Tapi rupanya hari dia beli kereta itulah titik mula ujian besar dalam rumah tangga kami.

Masa tu aku tak sangka langsung yang hidup aku akan jadi sekelam itu. Suami aku kantoi ada perempuan lain. Mula – mula aku ingat dia main – main, tapi rupanya dia betul – betul kahwin dengan perempuan tu tanpa pengetahuan aku. Masa aku dapat tahu, aku rasa dunia aku gelap gelita. Waktu tu hanya Tuhan yang tahu betapa pedih hati aku.

Anak kami baru seorang, masih kecil lagi. Suami aku mula tunjuk per4ngai sebenar. Yalah, kahwin muda ni memang menc4bar, belum puas dia nak rasa hidup bujang, belum puas dia nak rasa seronok dengan dunia luar, tiba – tiba rasa terik4t.

Aku rasa macam dunia ni terlalu berat untuk aku pikul. Aku pendam seorang diri bila tahu aku dah berkongsi kasih dengan wanita lain. Sampailah aku tuntut cerai sebab dia langsung tak berlaku adil. Dia biarkan aku terkontang – kanting dengan anak, macam aku ni tak wujud. Hidup aku macam dig4ntung tak bertali.

Yang paling meny4kitkan hati, madu aku sendiri pernah mesej aku. Dia m4ki hamun aku, kata aku tak pandai jaga laki sampai laki aku cari dia. Dia cakap suami aku cerita yang aku ni tak pandai melayan dia, aku ni macam batang kayu. Hati aku h4ncur masa tu. Apa salah aku? Aku isteri dia, aku yang susah senang dari awal.

Aku duduk di rumah mak ayah suami sebab aku ni anak yatim piatu. Lagi perit bila mak mertua pun tak suka aku. Aku dilayan macam bibik. Kalau aku nak makan apa – apa, dia sanggup baling – baling barang di dapur. Allahuakbar, masa tu aku cuma mampu menangis dalam diam.

Mana suami aku? Dia bahagia dengan isteri mudanya. Bayangkan, akulah orang yang sentiasa ada masa dia susah, masa dia tak ada apa – apa, tapi sekarang, senang – senang saja perempuan tu bolot segalanya. Masa tu aku rasa macam nak m4ti saja.

Aku doa setiap kali sujud, kalau dia bukan jodoh aku, Ya Allah, tolonglah bukakan pintu hati dia untuk lepaskan aku. Bertahun – tahun aku hidup bermadu, tapi aku terus diabaikan. Aku bertahan hanya sebab aku sayang dia dan anak kami.

Satu hari, aku dapat tahu dia s4kit k4nser. Walaupun aku dimadukan, walaupun hati aku Iuka, aku tetap rasa sayang. Aku sujud syukur minta Allah permudahkan urusan dia. Tapi yang paling pedih, masa dia s4kit pun, dia masih sempat sambut hari jadi isteri kedua dan anniversary mereka.

Aku? Birthday aku langsung dia tak peduli. Aku rasa macam dia benci aku. Aku tanya dalam hati, apa salah aku sebenarnya? Sampai satu malam, lebih kurang jam 10, aku terima panggiIan. Dalam panggiIan tu, aku dengar dia cuma sebut – sebut nama aku masa dia n4zak.

Dia langsung tak sebut nama bini muda dia. Aku tak tahu nak rasa apa masa tu, marah ada, sedih pun ada. Rupanya aku dapat tahu, isteri mudanya pun tak jaga dia. Perempuan tu dah lari ikut lelaki lain. Akhirnya suami aku meninggaI dunia jam 1 pagi.

Aku tak sempat melawat dia di hospital. Bila tengok jen4zah dia di rumah mertua, aku rasa tenang. Tenang sebab aku dah redha dengan takdir. Sekarang dah 2 tahun dia pergi. Aku cuma doa semoga dia tenang di alam sana. Aku pun tak pasti, adakah aku dah maafkan dia atau tidak, tapi aku serahkan segalanya pada Allah.

Kadang – kadang bila aku teringat balik semua kenangan tu, aku rasa macam hidup ni penuh pengajaran. Aku belajar untuk kuat. Aku belajar untuk berdiri atas kaki sendiri. Kalau ada wanita lain di luar sana yang alami nasib macam aku, aku cuma nak cakap, jangan pernah rasa diri kita tak berharga. Jangan biar orang pijak maruah kita. Hidup kita ni terlalu berharga untuk disia – siakan demi orang yang tak tahu menghargai.

Komen Netizen :

Ct Hamna : Dah m4ti pun laki ko, terserah ko lah nak maafkan walaupun macam tak dapat dimaafkan jak per4ngai dia tapi dah arw4hkan. Nak buat macam mana. Dia hanya teringat ko masa nafas dia dah nak putvs je. Itu pun sebab bini muda yang dia agungkan sangat tu dah tinggalkan dia. Mungkin dia dah menyesal. Ko dah lepas dari d3rita. Semoga ko dapat pengganti yang lebih baik dari arw4h. Baguslah dia dah jadi arw4h.. Kalau masih hidup mungkin ko lagi s4kit. Jadi tuhan dah makbulkan doa ko.

Lily Nur Shifa : Memang berat dugaan awak, bukan mudah nak lalui rumahtangga yang dikhian4ti. Tetapi dengarlah nasihat pembaca – pembaca supaya maafkanlah arw4h suami awak. Sekarang pun dah 2 tahun berlalu, selagi awak tak memaafkan dia, selagi tu awak tak boleh move on dan rasa tenang.

Ajar dan ceritalah yang baik – baik tentang arw4h suami pada anak awak. Semoga dia dapat membantu doakan arw4h ayahnya di sana nanti. Salah satu amalan yang berterusan untuk si m4ti adalah doa dari anak – anak yang soleh. Saya doakan awak terus kuat dan dapat lupakan kisah yang pahit tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :