
Suami pergi rumah mak angkat dia senyap – senyap, sanggup menipu sedangkan baru kenal. Aku tahu dorang pilih suami sebab suami boleh bagi duit dekat dia. Lepas tu mak angkat dia marah aku, cakap aku betina tak guna dan siaI, mak kau tak ajar kau!
#Foto sekadar hiasan. Assalam w4rga fb semua. Aku sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Aku ringkaskan dan nak tanya pendapat korang semua. Apa korang rasa sebagai isteri bila suami lebihkan mak angkat yang baru dia kenal dan keluarga mak angkat dia, tapi dia nak jadikan mak angkat tu pun tak ada bincang dengan aku.
Aku kahwin dekat 10 tahun. Tapi bila dia jumpa dengan mak angkat dia terus dia banyak menipu, tak pernah jujur. Dengan adik angkat perempuan dia tu bukan main mesra sampai satu tahap aku menyampah tengok. Aku banyak berdiam dan tak ambil tahu hal suami dengan mak angkat dia sebab suami rela pertahankan mak angkat dia dari anak bini dia.
Banyak benda aku jumpa dia dengan keluarga angkat dia sampai suami sanggup tanggung hidup keluarga angkat dia dari tanggung belanja keluarga dia sendiri. Satu lagi disebabkan mak angkat dia, aku dengan suami macam musvh.
Suami sanggup tak pedulikan anak bini. Macam – macam mak angkat dia hasut suami dan suami suka mengadu dekat mak angkat dia. Tapi dengan aku semua benda dia sembunyi, kalau boleh satu sen pun aku tak dapat. Setakat barang dapur pun guna duit kerajaan bagi. Duit gaji dan lain tak tahu dia habiskan ke mana.
Dia pergi rumah mak angkat dia pun senyap – senyap, sanggup menipu demi menjaga hati mak angkat dia yang baru kenal. Sedangkan anak bini dia dia biar saja. Lantak kau lah nak buat apa. Tapi bila aku keluar pandai pula cakap dia tak izin.
Aku ni str3ss dan tension. Kena duduk rumah 24 jam jaga anak, tapi dia 24 jam dekat luar rumah. Balik semata mandi makan dan tidur. Duit belanja dan duit nafkah memang tak ada bagi sebab dia banyak menipu aku. Bila aku bagi bukti dia langsung tak nak mengaku sampai dia sanggup beritahu dekat mak angkat dia, kalau aku buat salah ke apa marah saja aku, dia izinkan.
Lepas tu mak angkat dia marah aku, cakap aku betina sundaI dan siaI, mak kau tak ajar kau. Yelah sebab aku marah kenapa suami jaga betul anak si mak angkat dia sebab terlebih mesra walaupun depan aku. Kalau aku meng4muk dia tak kisah.
Tapi jangan sebut hal keluarga mak angkat dia. Aku ni siapa bagi dia. Aku tak ada hak ke sebagai isteri. Aku tahu dorang pilih suami sebab suami boleh bagi duit dekat dia. Tapi aku dengan anak anak memang tak suka. Keluarga angkat dia ni perawat, tapi tak tahu lah sah ke tak.
Kalau betul seorang perawat kenapa dia sanggup membatu apikan suami sampai suami sanggup marah dan pukuI aku, sampai suami rela tak peduli aku. Bila aku minta cerai dia cuma cakap kau nak cerai, pergi lah mahkamah sendiri. Tak sanggup dah aku hidup dalam hubungan yang t0ksik ni.
Banyak benda suami dengan keluarga angkat dia sorok dari aku, sembunyi apa yang dorang buat. Sanggup jaga hati keluarga sana yang baru kenal dari jaga hati anak bini dia. Telefon pun tak bagi aku sentuh. Bab duit lagi lah. Duit dia habiskan dekat orang lain, tapi bila tahu aku ada duit sanggup dia minta dengan aku sebab dia cakap dia tak ada duit.
Habis duit dia kerajaan bagi dan KWSP semua gaji mana pergi. Sedangkan duit aku yang tak seberapa tu dia minta. Selama ni dia tak bagi duit nafkah dan duit belanja. Aku hadap juga dengan anak – anak. Tapi bila dapat tahu duit semua dia belanja dekat orang lain aku memang s4kit hati dan marah.
Tapi suami masih tak nak mengaku sampai keluarga angkat dia sanggup cakap aku ni bukan – bukan menghasut suami. Sekarang ni aku sorang – sorang, tak ada pun suami pertahankan aku. Malah dia pulaukan aku. Mungkin dalam hati dia dah tak sayang dan dah taw4r hati sebab dia lebih mesra perempuan lain dari isteri dia, lebih lebih keluarga angkat dia.
Bunyi saja mak angkat cakap tak ada duit terus dia bagi. Sedangkan bini minta duit selalu tak ada. Aku duduk dalam rumah ni semata – mata jaga anak – anak. Suami memang langsung tak pandang aku. Kalau nak apa tangan saja dia hulur.
Tak tahu aku nak buat keputusan macam mana. Disebabkan dia tak nak aku ambil tahu hal dia, aku dengan dia lama dah tak bercakap. Mungkin kalau aku cerai bersorak keluarga mak angkat dia tu sebab suami bukan sebelah aku. Suami pun mungkin tunggu aku pergi mahkamah sebab dia tak akan cerai. Mungkin tu yang dia nantikan.
Setiap kali aku telefon dia, dia angkat tapi lebih rela bercakap dengan kawan dia dari isteri dia. Mungkin keluarga angkat dia tu dah cari pengganti untuk suami kot. Kalau betul dia tak nak aku dengan suami cerai, kenapa dia banyak hasut suami supaya tak bagi aku buat apa, tak boleh pergi mana – mana, harta suami tak bagi aku guna. Bukan setakat keluarga angkat tak suka, mak mentua pun sanggup hasut anak dia macam – macam. Memang ramai sangat yang masuk campur dalam rumah tangga aku.
Ulasan pembaca :
Sheila Abdul Hisham : Yeke mak angkat? Entah – entah mak terangkat, tak pun tu mak mentua second laki kau. Cuma dorang sorok selindung kononnya mak anak angkat. Baik kau segera buat laporan dekat Jabatan Agama Islam Selangor masa laki kau dekat rumah dorang tu, walau apa sekalipun dorang bukan mahram.
Kau kena tegas pertahankan hak kau sebagai isteri. Dan lagi satu nak cakap, kenapa laki kau tak nak ceraikan kau dan nak kau sendiri yang tuntut cerai atau fasakh? Pertama, dorang nak orang pandang kau sebagai isteri nusyuz dan menderh4ka.
Dan kedua, supaya senang laki kau nak gugurkan nafkah mutaah, edah, harta sepencarian, bahkan mungkin hak jagaan anak atas alasan kau isteri nusyuz dan sebagainya yang mungkin dorang dah siapkan bukti – bukti rekaan untuk menjatuhkan kau. Sekarang kau kena bijak dan tegas. Negara ada undang – undang. Alang – alang laki kau nak h4ncurkan kau, biar sama – sama h4ncur.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.