Pelik isteri pertama langsung tak marah saya nak kahwin dgn suami, lepas kahwin baru tahu

Beza saya dengan suami 22 tahun tapi saya tetap pilih dia sebab, isteri pertama tak pernah pun cari saya atau marah – marah bila tahu hubungan kami. Lepas kami berkahwin di Songkhla baru lah saya tahu kenapa isteri dia rela bermadu. Terduduk, menangis saya bila tahu ditipu..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum.. Saya isteri kedua kepada seorang lelaki berusia 52 tahun. Jarak usia kami? 22 tahun. Ramai yang pelik kenapa saya pilih bermadu sedangkan boleh cari dan jumpa yang lebih baik. Ini kisah saya, jadikan tauladan.

Ini perkahwinan kedua saya selepas saya diceraikan melalui SMS oleh suami pertama yang bekerjaya bagus dan ditinggalkan bersama anak perempuan berusia 2 tahun ketika itu. Kerjaya bagus tak menjamin sikap yang bagus.

Saya jadi semacam serik nak kahwin dan lebih selesa bertukar – tukar boyfriend selepas menjanda pada usia 24 tahun. Saya takut nak kahwin sebab dunia perkahwinan akan menyebabkan perubahan sikap pada lelaki. Jadi saya cuma bermain cinta, dah bosan, saya tinggal.

Tak kira bujang, duda, suami orang semua saya layan. Tapi yang sorang ni, lain macam sikit caranya. Cara pertama suami saya, dia minta izin daripada keluarga saya dahulu. Sanggup terbang ke Kuching bertemu keluarga saya.

Selepas tu, kami bertunang sebab dia risau saya kena caras dengan lelaki yang bersusun nakkan saya, yang berusia 26 tahun ketika itu. Melihat cara dia yang serius, saya beri peluang kepada dia untuk mengenali hati budinya dengan lebih dekat.

Tapi ada sesuatu yang cuba disorokkan, iaitu isteri dan keluarganya. Semacam ada rahsia besar yang ingin disorokkan. Saya bertanya, ni nak mengorat saya, dah ada izin ke? Dia kata, memang isterinya suruh cari. Sebab dulu mereka kahwin atas pilihan keluarga, jadi isterinya nak beri kebahagiaan pada dia untuk merasa bercinta dan berkahwin dengan pilihan hati sendiri.

Yang membuatkan saya percaya ada beberapa peristiwa antaranya sepanjang 2 tahun perkenalan, walaupun isterinya tahu (Saya tahu isterinya tahu sebab saya pernah baca mesej mereka), isterinya tidak pernah sekalipun mencari saya atau berjumpa saya marah – marah.

Dan peristiwa yang saya alami iaitu semasa arw4h bakal mak mertua ketika itu meninggaI dunia, saya berjumpa dengan dia dan dia hanya tersenyum. Dia kenal saya. Yes, itu sahaja. Memandangkan hubungan kami yang sem4kin rapat dan hubungan anak saya dengannya sem4kin erat, saya buat keputvsan untuk memilih dia menjadi suami saya.

Disebabkan proses yang agak rumit nak kahwin di Malaysia, kami pergi ke Songkhla dan menikah di sana. Tapi langit tak selalunya cerah. Baru saya tahu kenapa isterinya beria – ia nak carikan j0doh suaminya. Bukan sebab rela dimadu, tapi sebab nak jadikan alasan untuk minta cerai.

Sebab selama ini, isterinya bermadu kasih dengan lelaki lain (yang saya jumpa sendiri buktinya di laman sosiaI media). Tapi disebabkan suaminya ibarat Mr. Perfect, tak boleh tuntut fasakh. Dan rupanya sikap suami saya juga antara puncanya.

Dia tak baran, tapi seorang yang agak materialistik dan memandangkan saya ada kerjaya yang baik, gaji yang bagus dan harta (rumah dan kereta milik saya, dah habis bayar). Jadi sebab tu dia nak mendapatkan saya. arrrghhh! B0doh nya saya terper4ngkap cinta lelaki tua yang materialistik.

Satu persatu penipuan suami saya terb0ngkar dan sekarang saya terduduk dan menangis, memandangkan saya dah mengandung 7 bulan. Mana saya nak lari? Proses daftar nikah dalam proses, tunggu panggiIan mahkamah.

Anak dalam perut m4kin besar, dan saya berseorangan di rumah. Nasib kerjaya saya melibatkan interaksi dengan ramai orang, jadi saya tak lah giIa sorang – sorang. Cuma bila malam memang sunyi, tak ada beza masa sebelum kahwin.

Cuma, rezeki anak yang Allah beri, pengubat hati saya. Jadi, tolong berhati – hati dengan cinta suami orang. Manisnya sekejap, mend3ritanya lama. Dah ramai yang nasihatkan saya, tapi saya ingatkan dia berbeza. Padan muka saya!

Jadi, tolong jangan percaya! Lelaki, hampir semua sama. Sekarang saya sedang cuba menerima kekurangan dirinya dan menghargai kelebihan dirinya. Masih lagi dalam fasa mengenali sebab beza keadaan sebelum dan selepas kami nikah.

Jadi nak tak nak, saya terp4ksa juga terima. Saya mula nampak kesungguhan suami cuba menjaga dan mencintai saya, serta semampu boleh berlaku adil tapi jujur, hati saya sebenarnya dah tak ada pada dia sebab kecewa dengan penipuannya.

Saya beri peluang mengenangkan anak yang dikandungkan dan terima takdir saya (yang saya salah pilih sendiri), cuba terima sampai ke akhirnya. Kalau boleh, biarlah susah dan s4kit macam mana pun, saya cuba bertahan asalkan dia tak naik tangan dan bertanggungjawab.

Yang lain tu, boleh cuba perbaiki perlahan – lahan. So, girls! you worth more than you expect. Saya bernasib baik sebab saya ada kemampuan, jadi ada suami atau tidak, saya tetap boleh tanggung diri sendiri dan anak – anak. Jangan jadi b0doh dan memperb0dohkan diri sendiri, menerima lelaki memperlakukan kita sesuka hati.

Untuk pengetahuan semua, semasa perkahwinan pertama, saya jadi m4ngsa d0mestic vioIence. Perkahwinan kali kedua pula, jadi m4ngsa buaya d4rat. So, jangan jadi b0doh macam saya. Kalau saya boleh putar masa, saya memang nak single balik.

Happy with my 8 years old daughter and now soon, baby girl juga. Mungkin ini hadiah yang Allah nak beri pada saya. Bukan seorang suami yang mithali, tapi mungkin anak yang jika didikan saya betul, boleh jadi penawar duka saya.

So, girls! Jangan rendahkan harga diri anda semata – mata nak suami. Pastikan dah ada kerjaya, gaji dan persekitaran yang baik (kereta, rumah) supaya kalau ada apa – apa yang berlaku, awak masih boleh hidup. Suami tu bonus, yang penting berbakti untuk ibu bapa / orang yang jaga dan besarkan kita.

Saya dah buat kesilapan yang sama dua kali, jadi saya berkongsi di sini supaya wanita – wanita tak terjebak dengan lelaki macam ni. Jangan terlalu considerate sangat sampai makan diri. Akhir kata, lebih baik jadi andartu daripada bermadu.

Kecuali bakal suami awak tu memang mampu berlaku adil, zahir dan batin, dan madu yang sporting. Jadi, mungkin rezeki mu di situ. – Nuradiba Natasha

Komen Warganet :

Omar Mukhtar II : Pernah kah penulis terfikir bahawa apa yang berlaku itu adalah satu kifarah dari Allah kerana telah mempermainkan ramai lelaki. Ingat lah bahawa tiada rugi nya apabila terus berbuat kebaikan meskipun hati diIukai kerana kebaikan itu akan menarik kebaikan juga. Mohon lah keampunan dari DIA dan mohonlah agar dipermudahkan kehidupan penulis dan anak – anak.

Wan Suria : Bila nak kahwin, cara kena betul. Kalau betul isteri dia restu. Jumpa untuk dapat pgesahan. Kalau kahwin di negera jiran, pada saya di sini silap besar dan lelaki tu tak jujur. Biasa sahaja suami orang cari perempuan bekerjaya. Sebab diorang memang nak senang. Perempuan bila nak kahwin kena fikir panjang. ingat! Jangan b0doh sangat!

Pelangi Hitam : Ye lah tu, balik – balik laki jugak yang kena, ambil cermin lepas tu muhasabah la diri apa yang kita dah buat di masa lampau, saya tak nak komen bebanyak takut jatuh fitnah dengan mengumpat plak, saya doakan awak dan family selalu dirahm4ti oleh Allah s.w.t aminnnn ya rabbalalaminnnnn

Aisyah Ahmad : Semoga confessor dapat bermuhasabah atas apa yang berlaku. Jangan berdend4m dengan kisah lalu, apetah lagi membaIasnya kepada orang lain. Berhati – hati, berwaspada dan berbuat baik selalu. Jangan berharap kepada manusia, harapkan ganjaran Allah di akhir4t yang kekal selamanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.