Pelik tengok ‘FB’ kekasih, aku jalankan siasatan sekali ini yang aku jumpa

Aku kenal dengan seorang lelaki umur 30-an, orangnya kacak dan tinggi. Setiap hari mesej aku pagi sampai malam, dia suruh aku add dekat FB. Dia mula bagi hint ajak kahwin, siap bagitahu segala harta yang dia ada. Tapi suatu hari aku pelik tengok rakan di FB semuanya wanita. Aku jalankan siasatan..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Aku doakan semoga hari anda ceria selalu, tapi doa ini bukan untuk sang lelaki (sudah berpunya) yang miang lagi penipu! Aku wanita bekerjaya, masih muda dan belum berkahwin.

Dengan usia semuda ini, aku yang memegang jawatan ketua unit / department di sebuah agensi awam merasakan ia agak mencab4r lebih – lebih lagi jika urusan kerjaku melibatkan connection dengan orang luar terutamanya LELAKI.

Dimulakan dengan perbincangan formal, disusuli dengan ajakan berchatting pada waktu malam, pelawaan keluar teman berjalan atau tengok wayang dan sebagainya. Lillahita’ala. Semua lelaki yang terlibat seperti di atas adalah dalam kalangan bujang, pakwe orang, suami orang dan duda.

Hampir semuanya cuba untuk mendekati aku bahkan mereka tidak malu berterus terang denganku mengatakan mereka ingin mengenali aku dengan lebih rapat. TenggeIam terus urusan kerja antara kami ya tuan puan.

Aku hanya mampu tersenyum jika kata – kata tersebut keluar daripada mulut seorang lelaki bujang atau duda, tapi jika ia keluar daripada mulut pakwe orang atau lebih teruk lagi SUAMI ORANG, semestinya aku m4ki sebanyak mungkin (dalam hati je sebab masih menghorm4ti).

Hari ini aku bawakan satu contoh situasi yang aku aIami. Masih segar dalam ingatan. Aku pernah berurusan dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang lagaknya seperti bujang. Umur lingkungan 30-35 dan tak mengaku langsung sudah berkahwin!

Jika perlu aku gambarkan, orangnya kacak dan tinggi. Santunnya dipuji, kata – katanya memberi inspirasi, pemurah lagi baik hati, celotehnya buatku tertawa malam dan pagi. Apa yang aku tak tahu, ternyata dia seorang penipu, memasang t4ktik mencari madu, aku sangkakan bujang rupanya anak dah lebih satu! Penipu!

Sejak berkenalan atas urusan kerja, hari – hari dia Whatsapp aku. Bukan sebab nak beri info berkenaan kerja tapi sekadar bertanya khabar, disisipkan juga dengan panggiIan sayang buat aku. Perbualan ini berlarutan, kadang – kadang sampai ke malam.

Aku yang naif ini pun percaya yang dia bujang. Sebab apa? Kalau laki orang, takkan lah main handphone sampai ke malam hampir setiap hari. Mesti bini marah! Ternyata aku salah. Oleh kerana dia mengaku dia hidup sorang, aku pun layan lah dia sebab peribadinya baik.

Sangat mengambil berat tentang aku. Mana tahu ini j0doh yang dikurniakan Tuhan? Suatu hari dia minta aku add dia di media sosiaI. Mungkin untuk sesi perkenalan yang lebih mendalam. Aku setuju dan buat seperti yang disuruh.

Terdetik dalam hati, “bagus juga, boleh aku stalk mamat ni”. Sebenarnya aku paling tak ada masa untuk stalk orang sebab aku sentiasa sibuk dengan kerja. Tapi, aku rasa aku perlu tahu, siapa lelaki ini sebenarnya sebelum aku masuk ke babak – babak yang seterusnya dengan dia.

Jadi aku pun mulakan siasatan ke atas lelaki ini yang tiap malam titipkan ucapan mimpi indah kat aku. Dia menggunakan nama samaran di Facebook dan akaunnya normal. Tiada gambar bersama pasangan. Tiada gambar budak.

Status dirinya di laman tersebut juga tertulis “single”. Hanya gambar – gambar dia menjalani kehidupan hariannya secara solo. Aku pun simpulkan siasatanku dengan mengatakan, “betul, dia memang bujang”. Meskipun hari berganti hari, rasa cinta dalam hatiku belum berputik walaupun dia sudah mula berborak perihal cinta dan rindu. Sayang dan kasih.

Rasa suka dekat orangnya mungkin ada sedikit, kerana dia seorang yang Charming dan kuat berusaha untuk memenangi hati aku. Tapi entah mengapa kadang – kala, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Jika diam4ti, semuanya normal sewaktu kami berjumpa.

Makan bersama. Jalan bersama. Apa yang dia selalu bercerita sewaktu kami bersemuka pun hanyalah tentang bagaimana dia menguruskan hidupnya sorang – sorang tanpa teman di sisi. Namun firasat aku sebagai wanita merasakan ada yang tidak kena?

Jadi, satu malam aku pun bercadang untuk sekali lagi melawat facebooknya yang sudah pun ada dalam friend list aku. Aku ingin melihat semuanya dengan lebih teliti. Namun, masih normal. Tidakku jumpa apa – apa untuk kubuktikan yang dia milik orang.

Bahkan aku juga membuat beberapa percubaan untuk google nama dia dan hasilnya tiada. Kat situ aku terfikir, kenapa nama dia tiada? Takkan nama dia dalam laman web rasmi syarik4t dia pun tiada? Seakan dia tidak wujud, atau namanya sekadar rekaan.

Aku kembali ke facebooknya dan perhatikan satu per satu posting dan gambar. Ajaib. Yang komen semua wanita, itu pun hanya 10% gambarnya yang dikomen. Followers nya juga tidak ramai dan 95% daripadanya adalah wanita.

Minda aku yang kebingungan ini tiba – tiba berfungsi dengan baik sekali apabila mulutku sp0ntan berkata “kenapa tiada langsung gambar keluarganya (ibu, bapa dan adik beradik) atau rakan – rakan baiknya?” Sungguh sesuatu!

Berbeza dengan aku. Facebook ku dipenuhi dengan gurau senda rakan taulan, adik beradik, jiran, saud4ra – maraku di ruangan komen. Kalau aku upload gambar, pasti ada yang komen terutamanya adikku, makcik, pakcik, sepupu dan sebagainya.

Sangat meriah. Tapi, facebooknya sangat sepi. Gambarnya juga jarang di upload. Hatiku merasakan mungkin dia memang seorang yang mysterious sejak azali, sebab dia pun pernah kata yang dia tak banyak cakap (tapi dengan aku dia asyik bercakap).

Akalku yang ligat, tidak percayakan hatiku yang sentiasa Husnuzon. Aku teruskan penyelidikan ini demi mengenalpasti statusnya yang sebenar. Aku cuba cari dengan menaip nama ayahnya pula (powerkan idea wanita?).

Lalu aku jumpa akaun facebook yang aku yakin adik lelakinya (yang memaparkan nama ayah yang sama). Aku sangat yakin itu adiknya berdasarkan apa yang pernah dia cerita kat aku tentang beliau dari segi latar belakang pendidikan.

Dia dan adiknya masing – masing tidak follow antara satu sama lain. Pelik. Aku teruskan melihat gambar. Tidak banyak. Tapi ramai juga yang komen di gambar – gambar adiknya seperti saud4ra mara. Aku lihat dengan teliti setiap orang yang komen di situ, semuanya tidakku kenal.

Wanita memang sangat hebat dalam menjalankan tugas sebagai detektif. Jangan sesekali kau nafikan perkara ini, wahai lelaki. Langkah seterusnya. Aku merayu dengan kakakku untuk pinjam akaun facebooknya untuk satu hari.

Kakak aku benarkan kerana dia sebagai wanita sentiasa menyokong penyelidikan sebegini bagi membanteras suami – suami orang yang menipu. Untuk pengetahuan semua, pada saat ini lelaki tersebut sudah mula bagi hint pasal kahwin dan alam rumahtangga.

Saling menghantar gambarnya. Dia juga memaklumkan berkenaan aset dan harta yang dia ada yang kononnya akan menyenangkan aku jika aku berkahwin dengan dia. Wah lelaki yang stable. Bagus tapi mungkin sebab aku sendiri dah beli rumah, tiadalah aku melompat gembira sangat.

Kata – katanya juga masih manis bak gula Melaka dan aku masih layannya dengan baik walaupun aku sedang buka lilitan pekungnya sedikit demi sedikit. “Ya Allah, kalau lelaki yang berhajat untuk memperisterikan aku ini ada muslihat tak baik, tunjukkanlah aku kebenaran agar aku tak jadi penyebab rumahtangganya musn4h…”

Dengan menggunakan akaun facebook kakakku, aku tak search nama lelaki itu, tapi aku search nama adiknya yang aku jumpa akaunnya tadi. Aku teliti satu per satu komen di gambar – gambarnya lalu aku temui sesuatu. Salah satu gambar adiknya dikomen oleh seorang lelaki yang aku kenal susuk mukanya.

Pelik, sewaktu aku stalk menggunakan akaun facebook aku, komen itu tidak kelihatan. Aku klik untuk melihat akaun facebook itu. Ya, itu lah dia. Lelaki yang bibirnya sedang tak henti panggil aku sayang. Akhirnya aku temui akaun facebooknya yang lagi satu, yang terpapar status dirinya “married” di situ.

Satu per satu gambar aku lihat dan akhirnya, aku temui potret keluarganya sewaktu hari raya. Menitik air mataku, bukan sebab hatiku h4ncur ditipu kata – kata manis lelaki ini, tapi aku sedang menggambarkan betapa sedihnya jika si isteri yang sedang menggendong bayi di dalam gambar tersebut dapat tahu per4ngai suaminya yang sebenar.

Kelihatan 2 orang kanak – kanak berbaju sedondon yang comel tersenyum kegembiraan. Aku tak dapat bayangkan jika aku lah penyebab terh4pusnya senyuman mereka yang bukan hanya sayangkan ayahnya tapi juga sentiasa perIukan seorang bapa.

Aku lawati juga facebook si isteri, banyak gambar keluarga. Gambar kahwin, gambar meraikan anak pertama. Video satu keluarga. Nampak bahagia. Ternyata sewaktu awal perkenalan dulu, kau suruh aku add facebook kau sebab kau nak block aku guna akaun ini in the first place?

Supaya aku tak dapat tahu adanya kewujudan keluarga bahagia ini? Begitu rupanya T4KTIK kau? Patutlah aku tak jumpa apa – apa bila aku selidik dengan akaun facebook aku. Bayangkan, dari pagi ke petang borak pasal rindu dan kahwin, panggil wanita lain sayang dan cinta, keluar berdua dengan dia, kemudian balik rumah main dengan anak – anak tanpa rasa apa – apa.

Tak terdetik sedikit ke rasa bersalah sewaktu kau tatap muka isteri kau yang dah 3 kali berk0rban rasa s4kit melahirkan zuriat kau? Tergamak sungguh. Allah dah bagi cukup. Kerja bagus, keluarga bahagia, isteri cantik, anak comel.

Apa lagi yang kurang? Mengapa nak diundang duka dan tangisan? Aku jamin, si isteri pasti tidak tahu kewujudkan akaun facebook kedua sang suami yang ada dalam friend list aku tu. Dah block juga agaknya. Bijak permainanmu, bijak lagi akal aku.

Alhamdulillah, dibukakan pintu kebenaran. Penyiasatan yang pada awalnya aku rasa hanya buang masa dan overreacting sebenarnya bernilai. Cuba kalau aku ni percaya bulat – bulat yang dia bujang serta pilih untuk teruskan perbualan dari hati ke hati.

Termakan kata – kata charming nya yang sedaya upaya menambat hatiku. Lama – lama pasti sayang. Bila dah sayang, susah nak buang sebab dah sebati dengan hati, melekat dengan jiwa. Seperti d4rah dan daging. Aku suka kau, sebab kau baik dan sangat ambil berat tentang aku.

Aku lapar pun kau boleh hantarkan makanan. Kau selalu kata kau rindu aku. Kau rindu nak tatap senyuman aku. Tutur kata kau lembut, senyuman kau bersinar bila kau jumpa aku. Tapi, senyuman kau tak penting bagi aku.

Bahkan, pada waktu itu senyuman aku sendiri pun tak penting bagi aku. Senyuman anak – anak kau lah sumber kekuatan aku untuk aku jauhkan diri daripada kau. Satu rasa cinta yang aku lahirkan dalam hati kau akan meranapkan 10 rasa cinta kau terhadap isteri dan anak – anak kau.

Kalau aku yang bertakhta dalam hati kau, aku khuatir sedikit demi sedikit ruang untuk mereka dalam hati kau hilang disebabkan aku. Sedangkan merekalah d4rah daging kau. Tempat mereka adalah di setiap sudut ruang hati kau.

Bukan aku. Jangan kau buka ruangan hati itu untuk aku because I will never destr0y that happiness. Saat aku sudah tahu kebenaran, aku bertindak untuk tidak terus menghent4m dia. Aku juga tidak mahu terus hilang tanpa sebab kerana jika aku block dia pada waktu itu, dia akan hubungi telefon pejabat aku mahupun datang ke Pejabat untuk berjumpa aku.

Ini lah yang aku aIami setiap kali aku ambil pendekatan untuk block whatsapp Lelaki miang. Penat staffku nak jawab berkenaan keberadaanku. Aku harap readers tidak kecewa kerana aku sikit pun tidak beritahu lelaki ini yang aku sudah tahu dia adalah suami orang.

Yang aku sudah jumpa akaun facebooknya yang sebenar, isterinya, anak – anaknya, aku sudah melihat gambarnya. Aku hanya berdiam diri seakan tiada apa – apa yang berlaku kerana aku ada sebab tersendiri. Tapi, selepas itu memang sengaja aku baIas whatsapp dia sambil lewa.

Kadang – kala dengan nada gurau, aku bagitahu yang aku meragui bahawa dia bujang. Dia ada bercanda mengatakan kalau dia tak bujang pun dia MAMPU berpoIigami, MAMPU jaga aku sebaiknya. Baiklah. Adakah anak dan isteri kau mampu MENERIMA?

Kalau betul kau mampu berpoIigami dan isteri kau mampu menerima, mengapa kau nak sorokkan mereka daripada aku dan sorokkan aku daripada mereka. Aku teruskan tunjuk rasa tidak berminat dan rasa tidak peduli terhadap dia.

Aku block akaun facebook nya. Beri 1001 alasan untuk tolak ajakan keluar dengan dia. Tidak baIas, tidak angkat panggiIannya. Setiap kali dia telefon atau datang pejabatku, aku pesan dekat staffku untuk mengatakan aku keluar, aku meeting dan aku outstation.

Padahal aku ada di dalam bilikku, sedang sibuk mengelak daripada bertembung dengan kebebaIan otaknya. Walaupun dia nak jumpa atas alasan kerja, aku minta staff aku yang deal dengan dia, sehinggalah usahasama agensiku dengan syarik4tnya tamat.

Sekilas raut wajahku pun aku tak beri dia lihat. Tidakku kira berapa bulan tempoh perkenalan aku dan dia atau seberapa lama namanya tersemat dalam doa aku. Kegirangan suaraku sudah tak lagi hiasi halwa telinganya kerana bagi aku biarlah dia fokus mendengar gelak ketawa anak – anak dan isterinya.

Walaupun kami dah tak berhubung lagi tapi dia masih tak tahu yang aku dah tahu segalanya. Isteri dan anak – anak dia pun tak akan tahu yang aku pernah wujud dalam hidup suami dan ayah diorang. Semua akan terus hidup bahagia, aku harap begitu.

Aku tak nak kau lagi sungguh pun isteri kau yang datang merisik aku. Kau bukanlah j0doh kurniaan Tuhan, tapi adalah ujian dariNya. Buat readers wanita, men will always be men. So it’s your responsibility to av0id any disputes dan mess-ups caused by men.

Perempuan tak segagah lelaki, but together we stand untuk menjadi gagah dan per4ngi orang sebegini. Minta didoakan j0doh aku seorang yang setia, tak menduakan aku dan tidak akan menggur1skan hati aku dan anak – anak demi orang lain ya. – Dee (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cempaka Biru : Orang laki ni kalau dah umur 30-an ke atas, berkerjaya, kacak bergaya, jarang sangattttt laaaa bujangnya. Semasa atau sebelum kamu entah berapa ramai perempuan kedua dalam hidup dia. Jenis ni memang akan cuba – cuba je. Ada rezeki, dapat la, tak ada rezeki, cari lain. Sebab dia tau, ada isteri dekat rumah yang sedang tunggu.

Noor Akmar Norikhsan : Terbaiklah confessor, cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan kepada single ladies yang lain. Penulisan pun baik. Tatabahasa yang baik. Memang penulisan seorang yang bijak pandai.
All the best. Semoga ALLAH swt rahm4ti sis Dee dengan j0doh yang baik – baik. Aamiin yaa Robbal a’lamin.

Ana Fatin : Wanita memang hebat bab menyiasat. Lelaki sorok macam mana pun, Wanita akan tahu jugak. Percaya lah cepat atau lambat je. Dan perkara biasa jugak perempuan dah tahu A-Z tapi pura – pura tak tahu sebab nak lelaki sendiri bukak mulut. Semoga aku jugak dijauhkan dari lelaki sebegini.. Jangan mudah percaya lelaki

Suhana Abdul Samad : Alhamdulillah.. masih wujud lagi insan berhati mulia macam Dee. Tahniah sebab bijak memilih jalan hidup.. Akak doakan awak bertemu j0doh yang jujur setia dan menghargai awak. Terima kasih kerana sanggup melupakan perasaan sendiri demi anak – anak comel tu.

Azura Ismail : “Wanita memang sangat hebat dalam menjalankan tugas sebagai detektif. Jangan sesekali kau nafikan perkara ini, wahai lelaki. Langkah seterusnya. Aku merayu dengan kakakku untuk pinjam akaun facebooknya untuk satu hari. Kakakku benarkan kerana dia sebagai wanita sentiasa menyokong penyelidikan sebegini bagi membanteras suami – suami orang yang menipu”

Hahaha… Ayat ni memang buat saya tergelak besar sebab memang majoriti wanita power bab menyiasat ni. Apa – apa pun semoga confessor dipermudahkan urusan mendapat j0doh yang terbaik

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.