Tuan rumah nampaknya orang yang baik dan ramah. Pada mulanya aku berbahasa Encik dengannya, tapi dia menyuruh aku untuk memanggilnya abang..
#Foto sekadar hiasan. Cerita bermula apabila pekerjaan aku memerIukan aku untuk menyewa di suatu tempat. Tempat itu tidaklah asing bagi aku kerana aku juga pernah belajar di situ. Anyway, semua nama di sini bukannya NAMA SEBENAR ya.
Aku mula mencari cari bilik sewa, aku beranggapan mungkin hanya untuk sementara hanya sekadar siap sahaja kerja aku, maka pulang lah aku ke negeri asal aku. Akhirnya, aku ternampak sebuah post di FB, yang menyiarkan iklan bilik sewa.
Aku pun mencuba kerana kawasan tersebut sangat strategik serta kadar sewaannya juga agak berbaloi. Kalau ditanya dengan kawan – kawan aku yang berada di kawasan bandar, pasti tak dapat dengan harga tersebut. Aku pun mulai berminat, rumahnya cantik, ada sekuriti dan fasiliti yang baik.
Disingkatkan cerita, aku pun bersetuju. Tuan rumah nampaknya orang yang baik dan ramah. Aku pun menandatangan Surat Perjanjian Sewa disaksikan oleh abang aku. Aku pun mendapat kunci. Aku terasa senang, suasananya yang nyaman dan tenang. Tempat yang baik untuk aku menulis dan menyiapkan laporan.
Capaian Internet pun boleh tahan laju, sesuai la untuk aku yang jenis “Work From Home”. Aku pun mulai berkenalan dengan rakan serumah. Waheeda dan Aqilah kawan baik sedari universiti. Mereka pun bekerja di tempat itu.
Tuan rumah juga pernah whatsapp personal, dia bertanyakan tentang keadaan di rumah, dia mulai bertanya ada apa – apa kerosakan atau yang kurang. Mungkin rumah baru, aku cuma berasa positif sahaja. Aku jawab tiada apa – apa kerosakan.
Pada mulanya aku berbahasa Encik dengannya, tapi dia suruh aku untuk panggil dia abang. Katanya, terlalu formal. Beberapa lama itu, dia pun bercakap akan ada orang baru untuk masuk ke bilik tengah. Aku pun mengiyakan.
Dia menyatakan hasratnya untuk datang ke rumah untuk urusan surat perjanjian bersama penyewa baru nanti. Sampai hari dijanjikan, aku agak sibuk mengejar timeline. Dia pun beri salam, aku nampak ada seorang perempuan di belakangnya.
Mungkin ini penyewa bilik baru. Aku pun membuka pintu, lalu terus bawa diri ke dalam bilik. Aku memang kerja dari rumah jika tiada kerja lapangan. Tapi masa kerja aku tetap seperti orang lain. Dari dalam bilik aku terdengar ada bunyi bising. Tapi aku malas nak menjengah.
Nantilah, lepas waktu bekerja. Tuan rumah mulai memanggil nama aku, aku capai tudung dan hanya berdiri di pintu bilik. Dia sedang memegang bekas air peti ais. Aku yang masih berdiri melihatnya pelik. Apa yang dia lakukan.
“Tengok ni Ame, Air Peti Ais ni dah penuh” katanya
“Oh yeke,” aku menjawab bersahaja, “Kejap ya Encik, saya ada kerja nak siapkan,” aku beralasan. Tapi, aku masih fikirkan kerja. T4rget aku esok untuk hantar Draf kepada boss. Aku pun masuk ke bilik tanpa bercakap lagi.
Aku pun meneruskan kerja, sesekali aku mendengar dia bercakap dengan bakal penyewa baru. Sedari masa pun berlalu, aku pun menutup laptop. Aku mahukan fresh air, sudahlah tepu daripada pagi. S4kit pinggang ini.
Aku membuka pintu bilik. Aku melihat dia sedang menyapu. Aku terdiam. “Kenapa….” dalam kotak akalku berfikir apa yang dia cuba buat. Aku pernah juga menyewa di rumah yang lain, tapi tiadalah sampai tuan rumah datang menyapu rumah. Aku melihat tak juga menolong.
Aku cuba untuk menghadam situasi. Aku melihat budak perempuan tadi dan cuba ajak berborak. Rupanya, dia bukan bakal penyewa baru. Dia nak lihat bilik sahaja. Leka berbual, Tuan Rumah mengemop lantai. Dari ruang tamu aku melihat dia berjalan keluar daripada bilik tengah.
“Ameera, ha mana upah house cleaning” tuan rumah berkata. “Eah apa pula, Abang yang rajin,” aku memerli. Tapi muka aku dari tadi memandang pelik, campur geram juga. Macam orang dalam rumah ini seolah dipandang tak reti mengemas rumah.
“Kenapa abang bersihkan rumah? nanti nanti pun kami boleh buat,” aku bertanya. “Abang rasa rumah macam tak best, kamu tak kemas rumah ke?” tanyanya. Ish, geram pulak hati kita. “Abang datang waktu hari bekerja, sebab tu nampak rumah ni macam tak sapu. Tapi selalu je kami sapu,” aku membela diri.
Kadang – kadang ada juga aku menyapu. Iyalah, pasti ada juga debu dan habuk. “Sebab tu la abang datang waktu hari bekerja, sebab nak spot-check rumah anak d4ra,” dia berkata. Aku mulai menarik muka. Apa ni? apa di cuba sampaikan? spot check.
Aku duduk di rumah sewa atau asrama? Aku mulai rasa tak selesa. Aku fikir, bertanya akan kerosakan dan keselesaan itu cuma niat baik tuan rumah. Takkan la sampai nak buat spot check macam bagi markah evaluation.
“Ameera, siapa yang masak nasi ni tak basuh periuk? Dah sampai berkulat dah”. Aku yang di situ pun tercenggang. Aku selalu order GrabFood atau Food Panda. Aku memang tak pandai masak. Makan pun sorang, sesekali ada juga rakan serumah aku memasak dan makan bersama.
Tapi minggu itu, entahlah muka pun tak nampak. Adat lah rumah sewa. Kadang – kadang orang dah keluar rumah pun tak pernah kenal. “Tak tahu….” aku membaIas. “Cakap jelah, abang takkan bagitahu siapa yang bagitahu,” dia cuba mengorek rahsia. Jujur aku tahu pelakunya.
Tapi aku memilih untuk merahsiakan. Sebab bagi aku, biarlah benda ini tak perlu dipanjangkan. Aku pun pergi ke balkoni. Aku tak tahu harus ke mana. Mujur, Tuan Rumah dan budak perempuan tadi nak beransur pulang.
Sebelum mereka berundur diri, sempat lagi tuan rumah aku mencuci bilik air luar. Rasa tak perlu seperti itu. Cukuplah hanya sekadar menegur. Aku pun menceritakan hal itu kepada Waheeda dan Aqilah. Mereka pun terdiam.
Disingkatkan cerita, satu hari itu dia datang kembali. Alasannya, rumah kawannya berada di atas unit kami. Kawannya meminta untuknya membuat perniagaan bilik sewa, sama seperti rumah kami. Cuma kawannya itu duduk di Sarawak. Jadi kawannya, meminta pertolongan daripadanya.
Katanya, dapat lah buat Bisnes. Aku cuma diam. Malas nak layan, itu juga masalah aku, tak suka melayan orang. Dia meminta izin untuk masuk ke rumah sewa kami, sebab ada peralatan yang disimpan dalam rumah kami.
Baru aku tahu, ada barang dalam perabot dapur. Ada alat pertukangan dan lain – lain. “Esok abang nak ambil barang lah dekat kabinet dapur, ada sesiapa di rumah,” dia bertanya di dalam WhatsApp Group. “Tiada, esok ada kerja” aku membaIas.
Kebetulan ketika itu aku sedang makan dengan Aqilah. Tiba – tiba telefon Aqilah mendapat satu notifikasi. Cepat – cepat Aqilah menunjukkan telefonnya kepada aku. Rupanya tuan rumah. “Nak apa dia?” aku bertanya tapi lebih kepada sarcasm.
“Dia tanya esok aku ada ke tak, aku masuk kerja pukuI 10 esok,” Jawabnya. “Suruh la dia datang awal pagi, ambil la apa dia nak ambil,” aku berkata. Esok awal – awal pagi dia datang ke rumah. Aku dengar juga grill pintu terbuka.
Malas lah nak menegur. Aku mandi pun belum, masih tengok Tik Tok. Nasib baik baju pun dah gosok, ada masa sikit. Aku pun mandi dan bersiap. Aku membawa alat kelengkapan dan dokumen berkaitan. Aku keluar daripada bilik terus ke meja makan.
Aku terk3jut ada gergaji besar di atas meja. Dah kenapa ada gergaji. “Aqilah, abang dah masuk ke belum,” Aku bertanya Aqilah yang sedang bermekap di biliknya. “Dah, baru sahaja dia keluar,” jawabnya. “Eah, ni kenapa gergaji ada atas meja ni?” tanya aku.
Aqilah tak menjawab. Mungkin tengah membuat eyeliner, perlu focus yang lebih. Aku pun meletakkan gergaji di luar pintu. Bagi aku senang la nanti dia ambil. Mungkin tertinggal fikir aku. Aku berjalan ke parkir kereta. Ada notifikasi masuk ke dalam telefon aku.
Aku melihat namanya, agakku pasti nak bertanya gergaji. Ya betul. “Saya dah letak gergaji di luar, nanti ambil lah. Rumah pun dah tiada orang,” kata aku. Aku terus menghantar tanpa melihat baIasan darinya. Bagi aku dah tersampai mesej. Aku memulaikan perjalanan.
Seusai aku melakukan perbincangan bersama ketua dan pihak atasan. Aku mengerling ke arah telefon aku. Ada notifikasi masuk. Aku pun membacanya. Tiba – tiba terasa panas pulak d4rah. “Maaf, tadi abang masuk dalam rumah masa orang takde, nak ambil wallpaper,” katanya di Whatsaapp personal aku dengan satu gambar wallpaper. Ish dia ni. M4kin hilang pula kepercayaan aku.
Tapi aku mulai bersabar. Aku cuba fikir nasib baik tiada orang. Kalau Aqilah, Waheeda atau Jannah (Rakan sebilik aku) baru bangun, tengah mamai tak memakai tudung. Pasti haru keaadaannya. Aku pun tak membaIasnya.
Cukup sekadar membaca. Malamnya, aku menceritakan kepada rakan serumah yang lain. Semua membuat muka tak puas hati. Tapi nak dimarahkan, dapat apa. Suatu hari, lepas aku pulang ke kampung halaman, aku bersembang dengan Jannah. Jannah seorang pelajar.
Waktu itu cuti sem. Jannah membuka cerita dia bercuti dengan teman lelakinya di Negeri asal Nasi Kandar. “Tuan Rumah ada whatsapp Jannah, nak tahu dia panggil Jannah apa?” “Apa?” tanya aku…. “Dia panggil Jannah Baby… lepas tu nak ajak jumpa sebab dah dekat katanya.”
“Euwww…” aku membaIas jijik. Miang keladi pula dia ni. Pening dan takut. Sedar tak sedar, dah 5 bulan aku tinggal di rumah sewa. Aku masih bertahan, mungkin juga sebab aku selalu balik ke kampung halaman lama. Tak la aku berjumpa dengannya jika dia datang.
Bulan Ramadan pun menjelma. Dia pun Whatsapp di dalam group. “Abang ada kerja dekat area rumah, boleh la singgah,” katanya. Aku pun pelik, apa yang nak disinggah. Rumah masih elok, untuk apa nak datang. Aku pun mulai bertanya, di Whatsapp Personal.
“Abang jadi ke datang,” tanyaku, bila baca semula geli pula aku bahasakan dirinya sebagai abang. “Kalau sempat datang lah, sebab hari tu siapa ntah Waheeda cakap kipas rosak,” katanya. Aku bertanya kepada Waheeda. Waheeda pun mengiyakan.
Sedang berborak mencari alasan agar tuan rumah tak datang. Takut dia kemas rumah lagi. Aqilah di pintu bilik air memandang. “Dah kenapa kau?” Tanya aku. “Pintu ni tak boleh tutup” jawabnya. Nampaknya terp4ksalah mengizinkan tuan rumah untuk datang.
Boleh juga dia membetulkan pintu bilik air. Kami pun menyenaraikan kerosakan. Ada juga Televisyen ini meragam. Itu pun kami masukkan dalam list. Biar dia datang tu ada makna. Takde la datang nak bersihkan rumah.
Aduan telah diberikan kepadanya. Dia pun membaIas, “Nanti, Abang datang nanti jom kita berbuka”. Aku terdiam membaca mesej itu. “Kawan abang dengan isterinya ajak berbuka. Boleh kita buka bersama” Aku sekali lagi menatap mesej itu. Lama.
“Tak nak lah bang. Segan.” Jawab aku. “Ala kenapa nak segan, nanti abang ajak lah semua. Kita pergi ramai – ramai”. Katanya. “Takpelah” baIas aku. Jujur aku tak boleh nak berfikiran positif. Malam itu aku bercerita dengan semua. Semua menyokong tindakan aku.
Umpama tiada kena mengena sahaja aku mengikutnya nak berbuka puasa. Alhamdullilah cukup makan minum aku sepanjang puasa. Rupanya, semua penyewa dia WhatsApp. Bertanyakan soalan yang sama. Mujur semuanya menolak.
Sampai hari yang dijanjikan. Dia datang ke rumah sewa. Kebetulan, petang hari kejadian pintu aku ada masalah lock. Aku dan rakan sebilik aku terkunci daripada dalam. 3 Jam juga aku terper4ngkap selepas menggunakan besi halus dan kertas keras untuk menyelak pintu.
Dia datang malam, mungkin lepas berbuka. Tapi dia tidak memberitahu di dalam group. Tetiba Zahara (Penyewa Baru) membuka pintu. Aku, Aqilah dan Waheeda masih di ruang tamu. Mujur aku dah memakai tudung kerana dah plan nak cari angin pergi membeli jajanan.
“Eh abang, kenapa tak cakap nak masuk” Tanya aku. “Abang dah bagitahu Zaharah” jawabnya. Aku tak puas hati. “Abang nak ambil TV nak pergi check, sebab ni maybe rosak dalaman” Katanya. “Eh, lepas tu tak dapat la betulkan pintu. Pintu bilik saya pun rosak locknya” Kataku.
“Ganas betul guna pintu sampai rosak, Ikutkan kontrak itu semua ditanggung oleh penyewa. Kalau setiap kali datang asyik nak kena betulkan susah lah saya” katanya seolah aku menyusahkan. Tak faham aku, selama ini bukan dia ke yang nak datang rumah dan tanya pasal kerosakan rumah.
Aku faham barang “Wear and Tear” tanggungjawab penyewa. Tapi dia yang cakap pasal masalah, aku pun bukan pandai nak betulkan. Itu lah susah, semua tak tahu. Geramnya. Dia cepat – cepat mengambil Televisnyen dan berlalu pergi.
“Abang, pintu ni bila nak betulkan?” tanyaku. “hujung bulan nanti abang datang lagi, nanti abang betulkan” jawabnya. HUJUNG BULAN? Aku dah terkunci berapa lama lagi. Tak boleh. Aku mesti cari solution. Geram aku hingga aku minta tolong kawan aku untuk memasang tombol pintu yang baru.
Sehari selepas kejadian, aku nak menelefon kawan aku. Entah bagaimana aku tersalah nama. Mungkin nama pun dekat – dekat. Mendengar suaranya aku cepat – cepat mem4tikan. “Rindu abang ke?” Tanyanya di Whatsapp. Rasa nak baling je telefon aku. Aku sabar.
“Tak, maaf tersalah nombor. Abang, nak bagitahu, saya betulkan je la tombol pintu tu. Susahla tak boleh nak kunci. Nak tunggu hujung bulan macam lama sangat” BaIas aku. “Dah betulkan ke? Sendiri ke?” Tanyanya.
“EH tak, ada kawan tolong” Aku membaIas. “Owh dah agak dah” jawabnya. Aku cuma memberitahunya pintu bilik aku dah elok. Kunci baru aku sangkut di tempat kunci untuk salinan pemilik. Bermula dari situ aku agak dingin dengannya.
Aku kadang – kadang tak membaIas pun apa – apa di group mahupun di dalam Whatsapp Personal. Tiga hari kemudian selepas kejadian dia mengambil Televisyen, dia datang kembali. Dia membawa isterinya. Pelik, kenapa datang dengan isteri tak pergi berbuka masa dengan kawannya itu. Beza tiga hari je. Pelik lah dia.
Tahu dia akan datang, aku merancang nak keluar. Kebetulan Jannah mengajak ke Kedai ECO. Usai di kedai ECO aku mengajak Jannah pergi ke kedai Kuih di kawasan yang agak jauh dari rumah sewa. Malas juga nak jadi penyambutnya.
Katanya nak datang nak uruskan rumah atas. Dah tu kenapa nak masuk rumah kami? Sebab tu rumah dia? Dalam perjalanan, dia menelefon aku, tapi beg aku di belakang. Aku pun sedang memandu. Jannah cuba mengambil. Tapi panggiIan dah berakhir. Kali ini telefon Jannah pula berbunyi.
Jannah tak mengangkat. Kalau angkat bukan boleh pun ke rumah sewa. Kami dah separuh jalan. Berdenting – denting WhatsaApp masuk. Habis semua gambar dan komen umpama rumah itu diterbalikkan dan bersepah.
“Abang dah sapu rumah, cuma tak sempat je nak mop. Pintu bilik air tu nanti hujung bulan baru abang betulkan”. Apa masalah tuan rumah aku. Rasanya sapu sampah tu bukannya esok kami tak boleh buat. Tak lah bersepah mana. Sepah sepah rumah sewa.
Tak tersusun tak lah sampai berulat satu rumah. Malas aku lah nak melayan kerenahnya. Semua mendiamkan diri. Seolah tak membaca. Malamnya kami pun meluahkan rasa tak puas hati. Sekadar datang untuk sapu dan mop sahaja ke? Aneh lah!
Aku bercerita dengan kawan baik dan adik beradik aku. Semua cakap “Dia pelik”. Cuma satu je nak cakap, aku bayar sewa bukannya menumpang. Sampai di situ sahajaIah cerita aku. Aku mungkin rasa dia memeningkan dan agak pelik.
Mungkin orang akan menyokongnya. Tapi bagi aku, aku tak selesa. Kalau benar dia mahukan Everything is perfect. Mungkin kena tulis dalam kontrak, “Abang datang buat house cleaning”. Maaf jika cerita ini membuat ada yang terasa hati dan mungkin saya perlu mendapatkan pandangan dari sudut yang positif. Terima kasih.
Komen W4rganet :
Ezan Zulkarnain : Tak kan kunci rumah dia ada copy dalam undang – undang mana boleh ruan rumah sesuka hati masuk rumah yang disewakan.. kecuali kita penyewa panggil untuk baiki apa yang rosak dan atas alasan untuk kemas itu tak normal. Takut nanti dia ada niat lain so better uall berhati – hati jangan smpai jadi benda yang tak elok.
Yusof Yusreenah : Saya ada rumah sewa, dah 5 tahun tak jejak. Dapat duit sewa dah ok dah. Lagi pula budak – budak bujang PGA. Bukan selalu ada kat rumah. Kerja selalu dekat pulau atau sempadan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.